Isnin, Ogos 4

Lepas lunch, petangnya kita brisk walk

Kadang-kadang buntu la nak masak apa. Dalam buntu tu masak la udang bercili....


Daun salad ni kita habiskan sebab tinggal sikit je. 


    Bendi tumis pun kita habiskan semua. 


Petang tu, cuaca agak baik jadi ummi kata jom la kita brisk walk. Dekat je tempatnya. Janji brisk walk je. 


Sambil-sambil saya snap gambar bunga kat sini. Bunga ni macam ada dua warna. Merah dan merah jambu. 


Sepanjang sini ada pokok bucida juga atau ada yang panggil pokok doa. Ada kawan saya nak bagi pokok doa ni tapi saya tolak sebab pokoknya besar dan daun dia selalu gugur. Nak maintain jenuh ni sebab pokoknya memang akan membesar. Ada jiran tanam kat luar kawasan rumah kami ni kemudian nak buang pokoknya sebab menjalar rantingnya tu....sekali tebang kena caj RM800 sebab pokok dah besar. Kalau nak tanam juga pokok ni kena cari bucida warna putih. Kecik sikit pokok ni tapi daun dia yang tak tahan tu kalau gugur sebab daun dia kecik2. Ada juga jiran saya yang tanam kat luar. Akhirnya dia tebang dah. 


Ni macam bunga melur....tapi bila cium tak ada bau. 


Daun ni pula saya suka tengok sebab ada 3 warna. Hijau, ungu dan merah. 


Sambil brisk walk sambil ambil gambar. Jadilah dapat 5 pusingan. Berpeluh juga la. Alhamdulilah. Habiskan masa bersama sebelum Dania kerja nanti. 





XOXO,
Ezna

 

13 ulasan:

  1. ada geng briskwalk kt taman syok tu

    BalasPadam
  2. rimbun betul pokok doa tu.. dulu ingat masa tinggal di jerantut, dorang jadikan pokok doa ni sebagai hiasan landskap.. tapi, dorang tanam dalam pasu, jadi takdela membesar seperti di atas tanah..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...dapat juga keluarkan peluh

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah keluar juga peluh tu... Pokok bunga putih tu tak silap namanya jeliti, species jasmine juga

    BalasPadam
  5. best nya..nie yg paling MA suka bila briskwalk kat luar..dpt tgk keindahan alam...subhanallah...

    BalasPadam
  6. Best lah bisa briskwalk sambil lihat banyak bunga2 cantik. Jadi semangat kan workout nya. Lumayan tuh kak, dapat 5 pusingan. 👍👍

    BalasPadam
  7. Ingatkan yg bunga kaler pink tu pokok bucida. Nak tebang je smpai 800, mmng tak boleh tanam pokok tu kat area2 rumahlah nampaknya

    BalasPadam
  8. seronoknya dapat BW....dapat keluarkan peluh

    BalasPadam
  9. bagusnya brisk walk... kita ni... tgk ajee... bila nak rajin

    BalasPadam
  10. Best nya brisk walk dapat exercise keluar peluh, tempat pun best.

    BalasPadam
  11. birswalk di tmpt yg menyejuk kan mata.. mmg best :D

    BalasPadam
  12. best~best~best, briskwalk sambil grounding sekali.
    pegang pokok or pegang benda2 natural alamsemula jadi.

    BalasPadam
  13. woww mahal juga harga tebang pokok.. sekali dengan bersihkan semua kan.
    Pokok yang daun 3 kaler tu husband ada tanam... kalau tengah kering gugur daunnya jenuh juga nak menyapu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.