Sabtu, Ogos 2

Blazer tapi nipis jer

Ni adalah salah satu item saya beli di shopee. Kalau tak kat Tik Tok, saya beli kat Shopee. Memandangkan baju Dania formal warna hitam limited....jadi saya beli blazer tapi jenis nipis ni boleh pakai di luar. Kalau kerja kat Parkson ni kena berpakaian formal. Samada pakai blouse lengan panjang, baju t-shirt berkolar dengan inner warna senada atau kat luar tu blazer. Tak boleh pakai cardigan kat luar atau inner warna selain daripada warna hitam. Serba serbi hitam la kiranya. 

Lepas tu bila saya ke Parkson, ada la tanya Sales Girl tu dia kata baju bercorak walaupun hitam tak boleh, kena baju yang formal la kiranya. Nak kena tepek at least lipstick kalau tak nak make up. Patut la saya perasan kalau ke Parkson memang bibir pakai lipstick dan kadang make up menyerlah. Kalau yang jaga bahagian kosmetik tu memang kena make up la. 

Beli blazer ni good idea juga la....boleh pakai lengan pendek baju F.O.S Dania warna hitam tu kat dalam. T-Shirt F.O.S ni tidak berkolar. Fabrik nipis je ni....senipis harganya RM20.69. Ok la kan bukan blazer biasanya yang tebal tu. Lagi pun bila padankan dengan T Shirt bahagian dalam tu kalau blazer tebal takut panas dengan cuaca kat Malaysia ni. 

Dah tiba dah blazer ni dari Indonesia. Tempat asalnya Bandung. Beli selang sehari dari kebaya Dania tu. Tiba kat Malaysia setelah 5 hari. Kalau nak pakai cepat tak sempat la tapi sebab beli awal siap-siap ok la. 

Credit : Google

Beli je pakaian formal kat luar jadi padankan dengan tak formal bahagian dalam. Dapat pula cari harga yang berpatutan jadi ok la kan...jadi nak dapat harga yang berpatutan tu kena survey2 dulu la sebelum beli. 

Kalau kerja kat F.O.S. takde la wajib formal pun sebab bajunya pun T Shirt berleher bulat. Make up kalau tak pakai pun takde sape yang marah. 




XOXO,
Ezna

 

14 ulasan:

  1. mata nie terus tertangkap dekat warna pink tu...lawa sungguh la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah berkenan jugak tapi sebab kena beli warna hitam...so beli yang hitam je la.

      Padam
  2. Blazer takda lining. Nampak simple tapi formal. Cantikk

    BalasPadam
  3. cantik blazer ni. barulah dania nampak bergaya sikit
    saya dulu masa kerja parkson beli baju dari panda eyes yg fesyen takyah gosok tu je, harga tak sampai rm20

    BalasPadam
  4. Syukurlah sekarang boleh beli online je kan... Plus choice pun banyak skrg ni dari segi material, harga, cutting dsbnya

    BalasPadam
  5. Cantik semya warnanya. Potongannya pun nampak kemas.

    BalasPadam
  6. blazer jenis nipis camni ok..tkde la panas dgn cuaca skarang

    BalasPadam
  7. smart..nipis so x la panas kann

    BalasPadam
  8. Saya envyyyy lah. Barang2 Indonesia banyak yg bisa masuk ke shoppee sana. Sementara saya susaaah sangat nak cari parfum Malaysia legendary, yg saya nak 🤣🤣🤣. Mesti beli saat kesana. Dah cari di shopee Indonesia, tp tak ada yg jual 😄.

    Baguus blazernya kak. Yg begini yg saya suka juga, tipis, kalo tebal tak sanggub pakai di cuaca tropis 😅

    BalasPadam
  9. lawa. nipis la sesuai dgn cuaca negara kita.
    kita ada usha juga hari tu, nak beli tapi mikir hendak dipakai ke mana? adeih!

    BalasPadam
  10. SA nak kena letgo semua blazer SA yang size S dan M...kena beli baru size L...M langsung x leh pakai dah...

    BalasPadam
  11. Sesuai lah dengan keadaan cuaca kita. Walau nipis tapi nampak cantik potongannya tu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.