Alhamdulilah....untuk bulan ni ada kawan yang hadiahkan saya urutan Aromatheraphy selama 2 jam. Bila booking, ada slot 2 jam jam 2.30 petang tu. Sebelum tu boleh la pilih minyak aromatheraphy apa yang kita nak.
Oh ya ini sempena hadiah belated birthday saya bulan Mei 2025. Lambat katanya hadiah yang diberikan. Lambat ke cepat bukan ukurannya. Kalau nak beri....saya terima dengan tangan terbuka benda yang saya sangat suka. Selalu kalau saya sendiri yang bayar buat 1 jam 30 minit atau 90 minit je.
Kalau ikutkan semua baunya tidaklah saya suka sangat sebab ada bau minyak yang kuat jadi pilih yang kurang tak suka. Hehe....bukan la bau perfume. Kalau perfume wangi. Ni bau minyak. Kali ni saya pilih minyak yang ada bau rose Signature. Selalu saya akan pilih bau Calm tapi Calm tak ada stok. Nampak sangat semua pilih bau ni kan....
Mula-mula terapis akan basuh kaki dulu dengan scrub. Masa ni Dania dah berjalan dah. 2 jam lagi datang sini.
Bilik urutan. Lepas ni saya diurut la kan....sedap dan sakit dalam masa yang sama. Kalau tak nak sakit, kena relax...jangan keraskan badan. Tapi....kalau diurut kat part yang bermasalah tu sakit juga tapi saya tahan especially part bahu. Mula-mula diurut tu memang la sakit tapi lepas tu rasa lega ya amat. Memang saya suka sangat urutan Thai ni. Tidak bising berbanding urutan Melayu yang suka mengeluarkan sendawa. Nak nak kononnya kalau kita yang banyak angin. Masa lepas bersalinkan Dania memang menggunakan khidmat urutan dari tukang urut Melayu....dan memang la mulutnya tak senyap ya....π
. Saya lebih suka urutan yang tenang dengan muzik yang tenang juga.
Terima kasih kepada kawan yang menghadiahkan saya urutan aromatheraphy ini. Alhamdulilah. Tukang urut orang Thailand ni pun sedap betul dia urut. Ada sekali tu cangkuk belakang subang tercabut....udah la tukang urut mencari bersama-sama berpandukan lampu dari phone saya. Dah la kecik belakang subang tu pun π
. Jumpa juga akhirnya.
Moga murah rezeki kawan saya yang menghadiahkan belated birthday present ni, panjang umurnya, bahagia bersama keluarga tercinta, berjaya dalam karier, dijauhkan dari manusia toksik, dan semua yang baik-baik untuknya.
XOXO,
Ezna
bestnya dapat ber "me time".. ^^
BalasPadamYa betul...alhamdulilah.
Padamdapat kawan kawan yang baik dan murah hati ni satu anugerah juga...
BalasPadamAlhamdulilah...terharu juga dengan hadiah ni...
Padambest manjakan diri πππhappy belated birthday eynaπ
BalasPadamTerima kasih :)
PadamBestnya Ezna!
BalasPadamBila dah sampai fasa skrg ni tak harapkan sangat hadiah barang2 kan, tapi dapat treatment macam ni: urut ke, spa ke lebih seronok kot...
Semoga berkekalan ukhuwah kalian
Treatment macam ni ya allah PH....memang hargai sangat2 kalau dapat. 2 jam tu untuk diri kita ajer....
PadamKomfom zzzzzzzz kan?
BalasPadamMana UG tahu?. Haha ye....sampai tukang urut cakap Good Morning...Good Morning. Hehehe
PadamBestnya dpt massage.i nak gi massage jugak tp selalu tak jumpa masa yg sesuai
BalasPadamBestnya kat mana tu? Nak cari jugak yang urut macam ni. Lega rasa lepas urut2 tu kan.
BalasPadamAlhamdulillah...rezeki kawan bagi hadiah. Dapat juga memanjakan diri. Bab urut-urut ni saya surrender, terasa-rasa sakit diurut tu. huhu...
BalasPadamNaaah saya pun bingung, kenapalah tukang urut lokal nih kebanyakan sendawa saat mengurut π. Di sinipun samaaaa kak. Makanya saya tak suka hahahahha. Tapi juga saya tipe orang mudah geli. Jadi diurut begitu, yg ada saya kegelian dan bakal terbahak2 nanti π€£π€£.
BalasPadamsronok dpt adiah gift manjakan diri...kita pn br je aritu pi massage..lama tk urut bdn kn
BalasPadamOkey i need this too...badan dah penat sangat dan nak manja2...
BalasPadamSampai sekarang masih tak faham kenapa kita yang diurut tukang urut pulak yang berbunyi huhu
BalasPadamSeronoknya...dpt manjakan diri π₯°
BalasPadam