Ahad, Ogos 31

Menang 5 Beef Roti

Dania apa yang diteropong tu?. Ni gambar hiasan je ni.


Ada satu hari tu lepas hantar Dania, minum dan makan la Beef Roti ni. Kebetulan bila beli setiap RM10 dapat la peluang pilih bola dan dalam tu ada hadiah yang dimenangi. Saya makan situ sekeping dan tapau 3 jadi pembelian saya RM20++ dan dapat ambik 2 bola. 

Hadiah yang ditawarkan....

Credit : Suteramas Beef Roti Instagram

Saya ambil bola pink dan bola hijau. Bola pink 'sila cuba sekali lagi'. Bola hijau pula dapat la hadiah yang ini. Nak tebus terus tak la sebab dah beli 4 kan jadi kali ni betul2 nak redeem sebelum Dania masuk kerja. 


Ni tengah nak top up Beef Roti nya. 


Pilih apa yang ada je la. Pilihan saya 3 daging klasik, 1 ayam klasik dan 1 ayam pedas. 


Harga Beef Roti ni. 


Dania makan ayam klasik. 


Hubby makan yang ni. 


3 daging klasik dan 1 ni saya punya. So tapau bawak balik 2 daging klasik. 


Alamak muka tak sedia la. Haha. 


Ni pula masa Dania thumb print. Kena keluar balik mall dan lalu kat laluan staff untuk thumb print. Dah gaya dia gitu kena ikut la kan walaupun kita dah ada kat dalam mall. Maybe nak bezakan promoter yang baru masuk kerja dengan yang rehat dan dah habis kerja. Kalau nak rehat boleh je keluar dari dalam mall. Sama la jugak masa nak balik pun. Dulu, Dania main belasah....nak thumb print ikut pintu dari dalam je. Tak tahu pun ya jugak. Dah tahu kena ikut prosedur la ya. 

Masa ni first time tunjuk hubby.....Dania akan masuk pintu mana dari dalam Parkson. Botol air bawak dari rumah memang tak tinggal ya. Sama la masa pergi kelas. Botol air sentiasa ada di sisi.


Lepas tu saya dan hubby balik la. Tunggu nak ambik Dania malam pulak. 



***Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 68 Malaysia....ada yang pergi tengok perbarisan?. Ada yang pergi jalan? Long Weekend kan....saya kat rumah je la. Dania pun kerja Hari Merdeka ni. Dapat la double / triple pay nanti....Insya Allah. 





XOXO,
Ezna

Jumaat, Ogos 29

Reunion di Majlis Perkahwinan

Hadiah yang dibeli dah siap bawa walaupun sebelum tu terlupa 😅. Masa nak masuk gate mana ni eh??....tertera nama pengantin yang sepatutnya kami pergi hari Ahad. Hari Sabtu majlisnya sebelah majlis yang saya pergi. Kami nak pergi majlis di Gate 4. Bila nampak Wardah dan Zharfan ni terus whatsapp ibunya....betul ke majlis di A-Park sebab bila nama pengantin sama tu memang sangat rare. Naterah kata ya tapi ni majlis pihak perempuan. Anak Naterah ni lelaki. 

Majlis ini diadakan di A Park, Pulau Meranti Puchong. 


Dah nampak nama pengantin dah. 


Dania bergambar dengan anak kawan saya, Puteri Nur Aneesa. Pernah sekelas masa Darjah 6. Lawa la kawan Dania ni. Lama tak jumpa pun ya jugak. 


Warna baju kawan Dania pun saya berkenan. Sweet je. 


Dari kiri Iman anak Cikgu Shada, Cikgu Shada, Dania, Saya, Cikgu Rozilawati dan Cikgu Siti Rozela. Cikgu Shada pernah ajar Dania Sains & RBT, Cikgu Rozilawati pula cikgu Sains dan Cikgu Siti Rozela yang ajar subjek Matematik. Dania pun tuition Matematik dengan cikgu ni.



Dania dan Iman. Pernah sekelas masa Darjah 5. Iman ni tinggi sungguh ya. 



Eh eh....ada kawan suami buat part time sini kat majlis kawan saya. Beliau ni rasanya Floor Manager. Memastikan semuanya lancar. 


Dania kata Ummi....mak Rusyaidi duduk meja sebelah kita. Rusyaidi tu kawan Dania masa tadika Little Caliph dan Sekolah Rendah. Lepas tu saya tengok la dia....sekali....larrr bukan mak Rusyaidi la tapi mak kawan Dania SMK Jalan Empat iaitu Mira Farisya. 😅. Jumpa pulak kat sini. Tina cakap dengan saya 'I know you'. Kawan Dania, Mira ni kat UIA buat law. Nak masuk 3rd year rasanya. 


Dengan Ustazah Sharina. Masa saya ambik makanan, ustazah tanya Dania mana mak?. 


Saya bergambar dengan kawan Dania kiri sekali Amira. Dulu lepas Darjah 6 terus ke Seseri SBP di KL. Masa daftar pelajar baru UPM untuk Bacelor, Amira tegur Dania. Masih ingat walau lama tak jumpa. Masa Asasi mereka lain2. Amira PASUM di UM dan Dania UPM. 

Tanya punya tanya, ibu Amira kerja kat Institut yang terletak di Fakulti Pertanian. What a small world ya. Mereka juga jiran Tuan Rumah yang buat majlis ni. 


Ini pula Juliana. Anaknya Aiman pernah sekelas dengan Dania masa Darjah 5 kemudian mereka sekeluarga berpindah ke USA sebab ikut suaminya sebagai Pegawai Tentera dan jadi attachee di Washington. Bila Aiman ambil silibus USA ni, bila tiba kat Malaysia...kawan2 tak mula lagi degree tapi Aiman dah ambik degree sebab ambik HND masa sekolah di USA. Kiranya Aiman ni sekarang senior budak Mechanical Engineering dengan kawan Dania lagi seorang tu kiranya Aiman ni senior dia dan dia pulak junior. Kalau ambik silibus antarabangsa ni memang anak kita masuk Uni awal la kan. Panjang betul intro dia. 😅


Bergambar beramai. Ada guru penolong kanan dulu kat SK Bukit Jalil. Mak pengantin 3 dari kiri baju pink tu. 



Dengan Tuan Rumah tak ada gambar sekali jadi letak gambar masa sama2 dalam flight. Masa ni boleh keluar negara lepas Covid tahun 2022 tapi atas flight wajib pakai face mask.  Sama2 transit di Doha, Qatar dan lepas tiba Zurich, kawan saya meneruskan perjalanan dengan kawan sekolah rendah ke Croatia sebelum jumpa hubby di Zurich. Mulanya bila Zie tanya Ezna nak pergi mana?. Saya tak jawab direct di facebook sebab atas langkah keselamatan. Just whatsapp ajer....alehnya sama flight dan Zie duduk 3 tempat depan Dania. Bila nak jumpa atas flight dekat sangat la kan....

Tapi bila tiba kat Switzerland, mereka dah tak pakai face mask dah pun. Kalau kita pakai dah nampak macam kita pulak yang pelik. 


Bila nak balik, Puteri Nur Aneesa ajak bergambar lagi sekali. Elok gambarnya terang benderang. Maafkan gambar dari phone Aunty yang malap ni. 😅



Ini pula dengan kawan Dania nama Adriana dan ibunya Adzlina. Dania pernah sekelas la dengan Adriana tak silap Darjah 5-6. 


Kat luar, boleh dapat juga sekuntum bunga ya. Tak silap saya ada 200 kuntum bunga yang Tuan Rumah sediakan. Silalah ambik 1 bouquet untuk setiap seorang. 

 

Dah la bunganya Gerbera. Memang saya suka bunga ni. Saya pilih warna dark pink. Ikutkan rambang mata nak pilih warna apa ya 😅


Pilihan bunga kami. Hubby pilih warna kuning dan Dania pilih bunga carnation / teluki. 


Ada keretapi untuk menghantar ke tempat parking. Boleh la jalan kaki tapi eh jom la naik. 


Adik baju hijau depan saya ni rupanya naik bukan nak ke tempat parking tapi saje2 naik. 😅


Kita ambik gambar Dania dulu kat sini. Belakang tu ada macam kapal kecik. Pun boleh naik ya. Adik baju hijau kata dia naik 3 kali dah....lepas tu bila toleh ke belakang eh eh ada juga adik tu. Unik betul majlis perkahwinan kat sini. 


Kat belakang ni rumah ala Sepanyol. Cantik sangat. 


Permandangan yang sangat indah kan?. Memang ada rumah ala Sepanyol dalam kawasan ni dengan tasik depan rumah. Mungkin tasik buatan la kot. 


Ni masa dah keluar dah ni. Lalu kat kawasan majlis anak kepada kawan saya. Meriah juga. 


Bagi saya majlis di A Park ni gilang gemilang, tempat yang sangat cantik, kawasan pun cantik, makanan sedap, ada kapal kecil untuk tetamu naik keliling tasik, ada buggy / train untuk menghantar ke area parking dan ada juga cenderahati berupa sekuntum bunga untuk tetamu. I guess budget besar majlis ni sebab hubby dan Dania kata ada cendol dan kuih muih seperti cakoi etc lagi. Saya sibuk beramah mesra dengan cikgu2. Hehe.

Hari Ahad pula saya akan menghadiri majlis kawan yang lagi satu....nak jadi cerita majlis yang saya hadiri hari ni bersebelahan majlis pihak pengantin perempuan kawan saya tu (anak kawan saya lelaki). 





XOXO,
Ezna

Khamis, Ogos 28

Siri membeli-belah tak habis lagi....

Lepas ke kedai emas tu, naiklah ke atas nak tengok anakanda buat apa. Kalau ke sini, tak sah la kalau tak check Dania dulu 😅. Dania tegur ummi bawa beg Parkson besar 2. Dalam tu yang berisi bekas makanan tu. Ada 2 rumah pengantin jadi beg kertas pun ada 2 jugak la. 


Melenggang kangkung 2 beg kertas besar, 1 tote bag sendiri. Tak habis shopping lagi ni. 😅


Ni masa saya gi food court untuk minum air teh o panas kejap dengan beg kertas penuh atas meja. Sampai boleh cover kita yang duduk situ 😅


Ini saya belikan untuk seorang kawan Dania lelaki. Yang nak kahwin nanti abang dia. Dah lama tak jumpa. Kawan sekelas Dania masa darjah 1, berpisah kejap masa Dania Darjah 3 tengah tahun sebab Dania pindah sekolah dan jumpa balik masa Darjah 4 kat SK Bukit Jalil sebab Faris pindah sini. Lepas tu masa sekolah menengah Faris kat SMK Bukit Jalil dan Dania ke SMK Jalan Empat. Ummi Faris kata ikutkan Faris nak ke SMK Jalan Empat tapi memandangkan mereka tinggal di Bukit Jalil masa tu tak larat ummi Faris nak drive tiap hari ke Bandar Baru Bangi. Saya pulak time tu dah pindah area sini. 

Jadi inilah hadiahnya tempat kad. Masa beli ni memang ada potongan harga jadi boleh jimat jugak la kan....


Ni lah kawan Dania nama Faris yang pakai baju hijau yang lebih kurang sama tudung Dania. 


Ni masa Darjah 4. Alalalala.....comey je masa kecik2. 


Ni pula saya belikan untuk ibu dan kakak pengantin. Kiranya ibu dan kakak Faris la. Ibunya lavender. Kakaknya cherry blossom. Ni pun masa saya beli kat BBW ada juga potongan harga. Ibu Faris ni dah kenal since 2011. Pernah la kadang-kadang saya bawa Faris balik tak pun Naterah bawa Dania balik. Selalu Naterah bake pie la, muffin la bagi Dania. Ya untuk Dania ya...kemain Dania ya...ummi Faris selalu bake untuk Dania. Bila Dania ada kelas tambahan, saya belikan pizza untuk Dania dan Faris pun dapat 1. Pernah juga saya terlupa nak bawa duit ke Pasar Malam. Time tu mana ada QR code lagi. Terus ke rumah Naterah sebab nak pinjam duit sekejap. Nak balik rumah sendiri jauh. Esoknya ganti balik. Sampai macam tu tak segan dah nak pinjam sebab kami baik. Alaaa pinjam RM30 kot nak beli makanan kat Pasar Malam 😅. Rumah Naterah memang dekat la dengan Pasar Malam. Pernah juga saya dan hubby ke Glenmarie ambik kereta baru tapi tak sempat nak ambik Dania kat sekolah jadi Naterah la tukang ambik. Pernah juga kami pergi kereta yang sama tapi Nat suruh saya bawa kereta yang diservice balik. Jadi saya pandu kereta yang Nat service kat service center tu. 

Terima kasih untuk semua ya Nat. Walau dah lama berlalu I tetap ingat. Terimalah hadiah yang kecik ni untuk you dan Naw. 


Dah selesai minum Teh O Panas, saya pun beransur pulang. Sakan pulak shopping rasanya....




XOXO,
Ezna

 

Lama tak ke kedai emas....

Buat mereka yang pakai subang skru kat belakang telinga tu, pernah tak ada pengalaman skru dia hilang entah ke mana?. Saya pakai jenis ni la lepas tu sedar2, eh mana pulak skru untuk sebelah subang ni?. Hilang dah. Kalau tak pakai kat tempat tindik tu kang dia tertutup pulak. Nak tindik lagi satu hal. Haha takmo dah umur gini tindik wehhhh. Takut sakit sikit la. Kalau masih anak kecil ok sikit sebab nak sembuh nanti ambil masa sekejap je. Dania tindik masa umur dia 5 tahun. Ni bila dah berumur, cuping telinga pun tebal kan....

Since subang saya beli dari Habib, jadi ke Pak Habib jugak la. Alang2 nak hantar Dania kerja...kita singgah jap la Habib kat sini. Masa ni Dania sempat teman kejap je lepas tu terus masuk kerja. Hari kerja ni memang tak ramai orang la. 


Ni lah subang love saya yang ada corak sarang lebah. Sebelah subang tak ada belakangnya. Nak tak nak kita tukar dia. Ambil gambar dulu la buat kenang-kenangan. Kalau boleh nanti nak ambik yang tak payah bayar lebih. Kalau kita yang ada lebih tak apa.


Nak kata banyak pilihan tak juga la. Saya nak cari sesimple yang boleh. 


Akhirnya ini yang menjadi pilihan. Sebelah warna kuning dan sebelah tu chrome. Masih juga emas 916. 


Tak faham la kenapa susah sangat mereka ni nak beri kita cash kalau harga yang kita beli ni lagi murah dari harga yang kita jual balik subang tu. Dia akan suruh kita ambik barang lain. Dengan balance yang patutnya saya dapat tu  kurang daripada RM200, saya boleh ambik wafer emas Habib tapi saya tak nak sebabnya :

1. Saya kumpul emas bar Public Gold. 
2. Wafer emas Habib ni berat dia 0.2g. Kalau jual balik tu susah harganya tu naik sebabnya beratnya tak sampai 0.5g. Kalau berat emas 0.5g ke atas baru harganya best sikit. Wafer emas 0.2g kalau nak buat koleksi boleh tapi kalau nak jual balik harganya agak rendah berbanding 0.5g. 

Lepas tu saya cakap saya nak beli subang ni untuk tempat bertindik No. 2 jadi saya nak saiz yang kecik sedikit sebab sebelah lagi tu memang saya pakai yang bentuk ring tu. 

Akhirnya barulah saya dapat cash balance jual emas saya tu. Kalau boleh awal2 lagi disuruh ambik barang lain. Katanya cash tak ada. Which saya rasa macam alasan je. Habib ada polisi tak bagi balance melebihi RM200 ya....kalau <RM200 kita boleh dapat balance balik. Info ni saya tahu masa jual balik gelang pandora kat Habib HQ. Jadi info ni saya bagitau dia. So....tak boleh dia bagi alasan lagi tapi ya ada juga alasan yang diberikan iaitu katanya ramai customer transfer duit online ke akaun Habib jadi mereka tak ada cash. 😅. Hmmmm....

Last sekali katanya akan tanya orang dalam pejabat dan akhirnya barulah saya diberikan cash. Akhirnya....

Dengan cash yang saya ada, saya cari 2 hadiah wedding. Saya belikan bekas simpan makanan ni. Ada 2 set. Beli 2 set sebab sabtu dan ahad ada wedding. Saya bawa ke tempat customer service untuk dibalut. Kalau suruh mereka balut percuma je kalau guna pembalut Parkson. 


Ni lah rupa bekas simpan makanan tu. Tengah ada sale kat Parkson jadi saya grab 2 ni dengan harga yang sangat berbaloi. I mean it....betul2 berbaloi. Ada 1 ni harga kalau sebut sini memang terkejut. 


Masa buat bayaran, adik kat cashier yang part time pakai strip kat hidung dia. Rupanya nak bagi lubang hidung dia buka besar sebab selsema. Aircond betul2 atas dia. Dia tak tahan sejuk. Kesiannya. Mula la saya tanya Universiti mana dan course apa....katanya Office Management kat UITM. Dia kata bahagian atas ramai student Part Time (tingkat Dania kerja). Rajin pulak berborak dengan dia 😅. Dia pun bosan sebab orang tak ada masa tu.




XOXO,
Ezna