Bila Dania cakap nak keluar dengan kawan-kawan sebilik masa asasi saya ok je. Mereka nak main kat Escape Room. Mulanya kat MyTown tapi nasib baik realize Escape Room dah berpindah ke Lalaport pulak. Kebetulan minggu ni 30 Jun 2025 - 6 Julai 2025 adalah study week. First paper Dania pada isnin minggu hadapan.
Ada macam-macam tema Escape Room ni, group Dania pilih yang ni. Kenapa ada 18+ ni?. Katanya ada satu part kena merangkak nak melepaskan diri dari bilik ni. Dania kata ok je. Ada juga lagu yang dipasang untuk efek suspens. Kalau tengok gambar ni yang berani je la mencuba ya?. Mereka kena menyelesaikan teka-teki, puzzle atau petunjuk untuk melepaskan / meloloskan diri dari bilik tersebut. Pasukan pula terdiri daripada 2-7 pemain. Kalau ada penyakit lemah jantung memang tak boleh la ya sebab takut ada elemen kejutan. Dania kata tak ada orang pun dalam ni maksudnya tak ada la orang betul dalam Escape Room ni yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pemain.
Credit : Google
Seronoknya mereka ya. Sebelum berjaya keluar, mereka siap kena merangkak. Merangkak tu part last sekali. Ikut Escape Room mana yang dipilih la.
Dapat la kad ni bila dah selesai. Group Dania diberikan masa selama 45 minit untuk keluar dari Escape Room ni. Mereka berjaya menyelesaikannya dalam masa 43 minit, 24 saat.
Bergambar kenang-kenangan depan cermin agaknya ni.
Masa makan, Dania bagi eye shadow kat semua. Ambik gambar setelah habis makanan. Kalau mak mak sebelum makan kena ambik gambar dulu 😅. Dari kiri depan Ayuni, Wafa, Corina. Kanan depan Durrah, Hana, Dania.
Seronok kawan-kawan Dania dapat eye shadow ni sampai Dania kata mereka tak sabar nak buka. Ada seorang kawan Dania sampai cakap disebabkan Dania selalu bagi make up kat mereka....dah dia pun pakai make up. Sebelum tu tak pakai tapi bila dah dapat sayang pula kalau tak guna. Yang cakap ni memang terus je pakai eye shadow ni. Rasanya macam pernah bagi compact powder, lip balm dan eye shadow ni je selain benda yang lain. Saje suka-suka je.
Moga persahabatan mereka kekal selamanya dan dah plan bulan 11 nak jumpa lagi. Mereka ni takdelah jumpa selalu tapi persahabatan mereka baik la. Apatah lagi masing-masing busy dengan Bacelor masing-masing. Moga berjaya mereka berenam dalam Final Exam nanti dengan flying colors. Tak ramai kawan2 ASPer yang masih contact kawan sebilik lepas berpecah ke Bacelor masing2. Kiranya group kawan-kawan Dania ni rare la. Lepas tu kawan-kawan sekelas Dania yang Dania baik pun ada plan selepas Final Exam....
XOXO,
Ezna
gitulah...kami pun ada 4 orang masih berkawan...tapi, masing2 dah ada kerja dan family kan...tak dan nak hang out...kekangan masing2...
BalasPadamkalau takde orang macam rumah hantu tu, ok je rasenya...rumah hantu tu, macam risau lah terkejut2 nie
seronok tu dpt release stress sblum final exam..nk plak kwn2 tu dpt eyeshadow..all the best utk final exam nanti
BalasPadamBagus Dania dan kawan² pilih aktiviti gini, mmg fun la kan... All the best semua utk exam nanti ye
BalasPadamsis memang dari kacil lagi memang x gemar rumah hantu atau movie yang ada banyak jumpscare ni.. mau malam tak tido sebab teringat-ingat.. huhuhuhu..
BalasPadamKawan kawan masa di tempat belajar memang seronok... Taufik zaman sekolah memang tegas org nya...mungkin sebab tu tak ramai kawan.... Tapiiiii walaupun tak ramai itu laaaa yang Taufik sangat rapat dan hargai ...sekarang jarang² dapat jumpa...cuma video calll je...
BalasPadamSA dulu pun ada 5 kawan baik termasuk SA, sekarang masih berhubung cuma jarang berjumpa. My Dania kawan sekolah menengah dia raami tapi tinggal 2 orang je masih berkawan rapat..lain2 dah bawak haluan sendiri...dan dah x pernah contact dah
BalasPadamsemoga ikatan persahabatan kekal sampai ke syurga.
BalasPadamseronok hang-out dgn kawan-kawan yg masuk air begini.
Menarik jugak main Escape Room ni. Kena ada ahli team yang bagus.
BalasPadambest nya dpt join aktiviti gini dgn rakan2 sebaya :)
BalasPadamCantik2 geng dania ni!
BalasPadamSayangla pulak kalau dah dapat makeup tapi tak pakai kan. tu yg dari tak pakai makeup kena belajar jugak!
moga friendship Dania together forever! hehehe
BalasPadamSeru sekali kalau anak-anak muda seperti Dania dan teman-temannya bermain dan berkumpul, seperti terlihat pada foto diatas.
BalasPadamIni permainan escape room itu ya Mbak?
Salam,
Tumpang seronok sekali tengok persahabatan diorang
BalasPadamBr ammi tau ada tempat ni. Nanti tanya anak2 dorang nak gi tak? Tp kene sekali ngan sepupu2 jelah br berani nak lepaskan
BalasPadam