Jumaat, Julai 11

Lagi lagi IOI City Mall

Salah satu shopping mall yang selalu dikunjungi sebab dekat dalam 7 km dari rumah. Boleh exercise kaki juga selain poket la. 😅


Dania ada nak mencuba seluar jadi ke fitting room dulu. 


Tengah menunggu sales girl ambik seluar yang baru. 


Kat kaunter ni kena sidai lama sebab apa?. Ada couple berumur dari Melbourne Australia (saya tanya dari mana.....kepochi sikit. hehehe) nak buat pembayaran tapi kena tunggu nak punch sebabnya dia beli tingkat atas, bayar kat tingkat bawah jadi promo ke apa cashier ni kena tanya sales bahagian atas. Udahnya kena la menunggu. Dari saya seorang berdiri belakang couple ni sampai panjang kat belakang. Nah.....tengok total pembeliannya....ye lah duit Aussie convert duit kita berapa la sangat. Cuba kira kat money converter RM 781.70 = AUD 281.01. Apa la sangat bayar duit AUD kan....


Lepas tu pergi Watsons nak beli itu ini pulak. Watsons ni selalunya memang akan singgah sebab ada je nak beli. Barang habis, sini la tujunya. Staff tu kenapa buat mulut camtu tu tak dapat dipastikan. Sila abaikan. 


Ni produk yang dipakai sekali waktu malam oleh Dania. Elok la muda2 jaga kulit muka kan...Dania kata produk SKIN1004 ni boleh tahan dekat 1 tahun la sebab pakai sikit dan sekali je sehari. Member Watson ada potongan 5% dari total harga. SKIN1004 Centella Asiatica is an award -winning hypoallergenic and natural skin care brand from Korea. Centella tu dari Madagascar. Jauhnya....Ummi dia pun tak pakai yang ni. Mungkin kena cuba jugak kot. 😅. Ada jual kat Watsons. 


Lunch, saya dan Dania singgah makan la kat Boat Noodle ni. Datang hari biasa memang tenang je sebab orang pun tak ramai. Nak cari tempat pun ada je. Kami berdua order yang sama je. 


2 air teh ais Thai dan Sangkaya. 


Pilih meja sebelah ice rink. Sesekali dapat juga tengok mereka ice skating. 


Ummi dan anaknya.....lama betul gap paper final Dania ni dengan yang pertama....next week baru ada tapi ada 2 paper la hari yang berlainan. 


Singgah JD pulak saje tengok. Dania tengok kasut ni. Pernah LMK (Little Miss Khan) promo kasut ni. Lawa memang la lawa cumanya harga je tak berkenan ummi heh....RM300++ harganya. Dengan harga tu boleh makan banyak kali kat Boat Noodle tu. Dania tak beli pun tapi saje tengok je. Warna kasut ni black and pink. Memang ala ala ballerina la. 


Jalan-jalan lagi sehinggalah jam 3 petang tu dah get ready nak balik rumah dah sebab malas nak redah jam lepas orang balik kerja nanti. Depan IOI City Mall memang slow moving traffic pun. 

Lepas tu Dania sambung la study balik lepas rehat. Lega sebab tak payah suruh dah. Tau tau dah hari jumaat la ya. 






XOXO,
Ezna

 

5 ulasan:

  1. Best dpt dating berdua tu.i jrg2 gi ioi mall ni sbb jauh dari rumah dan tak familiar dgn susun atur dan pilihan kedai dlm tu

    BalasPadam
  2. lama tk singgah boat noodle..fav sangkaya tu...kasut puma tu cute tp tula harganya kayangan

    BalasPadam
  3. bestnya dating mommy dotter ehehehe

    BalasPadam
  4. meja boat noddle tu kecik...rasa tak muat meja...hihihi

    BalasPadam
  5. wahh dating dengan Dania ...ioi mall kalau datang sini penuh ring fitness 😀

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.