Isnin, Julai 14

Kenduri di tepi tasik di Aqua Garden

Ikutkan saya malas betul nak pergi kenduri yang saya tak berapa kenal ni. Ni kenduri jemaah surau yang saya kurang kenal tapi hubby kenal. Wajib perginya kalau anak kepada kawan atau saudara mara. 

Majlis diadakan dii Aqua Garden yang terletak berdekatan dengan Pusat Latihan Institusi Bank di Bangi ni. Kiranya dekat je dengan rumah. 


Dania tiba dan ambik aiskrim dulu. Peminat aiskrim katanya. Cuaca pun panas kat luar ni memang ngam la. 


Ada juga senarai harga pakej lengkap perkahwinan kat sini. Bermula RM20,000++ ke atas. 


Luas tempatnya. Parking pun senang sebab banyak. 


Dania masa masuk kata bau apam balik ni dah ada cumanya tak nampak kat mana apam baliknya. Bila dah nampak, terus ambik la. Saya ambik 1 rasa. 


Kami bertiga.....kena la ambik gambar kenang-kenangan. 





Masa kami pergi pun banyak tempat yang masih kosong. 


Pengantin sedang menuju ke pelamin. 
 

Diantara lauk yang dihidangkan ialah ni. Lauk orang jawa yang ada tempe jugak tu. Saya suka glass noodle tapi tempenya kurang la. Tempenya dipotong kecik je. 


Pengantin dah di pelamin tapi saya zoom je pun. 


Apam balik lagi....


Ada gerbang bunga kat depan. 


Cermin yang selalunya ada nama pengantin. 


Landskap dia cantik juga kat sini. 


Tasik yang tenang....


Makanan yang dihidangkan semua sedap la bagi saya. Lepas tu kami ke arah Bukit Canggang pulak. 




XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. Tenang dan damai suasananya. Memang nampak santai, makanan pun sedap.

    BalasPadam
  2. tasik nampak luas...dulu masa duduk bangi memang jarang nak merayau kat areasini...selalu lepak kat Dataran Putrajaya je

    BalasPadam
  3. cantik kawasannya.....tepi tasik. Sambal jawa tu susah nak jumpa...

    BalasPadam
  4. Apam balik tu fav my razeen.cantik tmpt ni.esp ada byk parking.convenient!

    BalasPadam
  5. selamat pengantin baru utk kedua mempelai..cantik tmpt wedding tepi tasik

    BalasPadam
  6. Kalau kita x kenal sgt mmg malu jgk nk pegi...=D

    BalasPadam
  7. SA pergi kenduri kahwin hari tu x sempat nak tunggu pengantin...orang dah ramai kan..

    BalasPadam
  8. Semi outdoor ya konsepnya... 👍. Baguuus Deco nya kak. Lebih aman begini, kalo tetiba hujan tak bubar jalan pestanya 😁

    BalasPadam
  9. best buat majlis mcm ni. pengantin kalau nak buat OOTD pun tak yah g jauh2. kat sebelah tasik pun dah cun

    BalasPadam
  10. Sejuk segar jer rasanya tgk permandangan tasik tu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.