Isnin, Julai 7

Cahaya Tasbih di Nasyrul Quran

Kami bawa 2 kereta yang berasingan masa pergi breakfast. Sebabnya satu kereta nanti saya akan parking di Nasyrul Quran. Tak suka parking tak proper atau tepi2 jalan ke. Lepas parking, hubby ambik la saya dan Dania dan pergi la makan kat Q Bistro tu. Masa ni dalam 7 lebih pagi....pendaftaran peserta dalam 8.45 pagi. 

Hubby makan roti banjir. Dania makan roti pisang.


Saya pula roti sarang burung tapi telur yang 1 tu pass kat Dania. 


Nak balik Dania suruh ummi ambik gambar kucing ni. 😅. Eh terkelip-kelip je mata dia. 


Lepas tu hubby hantar saya dan Dania ke Nasyrul Quran. Saya dan Dania nak menghadiri program Cahaya Tasbih ni. Sesekali hadir untuk makanan rohani. Saya tahu pasal program ni dalam whatsapp group Muslimat surau rumah saya. 


Masa saya dan Dania pergi ni lengang lagi. Tu yang bagus kalau pergi awal-awal. Dapat pula tempat depan2. Saya pilih tempat kedua. Dewan ni yang akan digunakan untuk solat jumaat nanti. Kat Nasyrul Quran ni ada solat jumaat ya. 


Depan sekali tu tempat duduk tenaga pengajar. 


Ambil gambar dulu. 


Sebelum majlis bermula. 


Saya kalau pergi majlis ilmu mesti bawa buku nota. Senang nak mencatat kan. 


Kebetulan ada yang pernah ikuti program yang sama jugak jadi dia cakap akan solat dulu. Majlis bermula dengan bacaan surah Al Rahman, solat dhuha dan solat tasbih. Ustazah Siti Yusra yang akan memimpin bacaan surah dan solat. 

Solat sunat Tasbih yang agak mencabar sebab kena baca dalam 4 rakaat tu tasbih sebanyak 300 kali kesemuanya. Lepas baca ayat yang kita baca biasa diikuti dengan tasbih sebanyak 15 kali / 10 kali. Dania cakap kat saya, mencabar juga nak beribadah ni ummi. Kalau sunat Dhuha ok lagi. 

Masa sujud tu saya ada la berdoa supaya Dania dapat part time kat tempat yang terbaik untuk Dania. Kita tengok tempat mana yang terbaik untuk Dania nanti. 


Selesai bacaan doa, kami semua berpindah kat tempat duduk pula. 


Alhamdulilah, Dania nak ikut ummi ke sini. Saya kata moga asbab Dania ikut ke majlis ilmu ni Allah akan permudah perjalanan Final Exams Dania. Insya Allah. 


Masa duduk kat sini, ustazah akan memimpin bacaan surah al kahfi pulak. 


Dah baca surah Al Kahfi, ada tazkirah ringkas. Kusyuknya anak ummi....


Kalau duduk belakang ni boleh la melunjur kaki kalau lenguh. Bila dah lama bersila lenguh juga. Kalau depan...jangan berani pulak melunjur kaki. 


Slide yang diambil gambarnya. 


Bila dah selesai sempat la ummi dan Dania beratur nak salam ustazah. Sementara itu, dewan pun siap sedia untuk menerima muslimin yang akan solat jumaat. 

Ambil gambar Dania dan Ustazah Siti Yusra. 


Kalau nak beli Quran boleh la beli kat sini ya. 


Habis pun dekat jam 12 tengahari jadi kami ke Alamanda je la nak makan. Tak larat la nak masak. Blog post hari ni bukan tentang eh baiknya la pergi pengajian ke apa tapi tentang pengalaman menghadiri program kat sini. Ambil yang baik-baik ajer. Ustazah cakap biarlah kita tidak dikenali dengan penduduk di bumi ni tapi mendapat redha Allah. Bila kita mati baru orang tahu tentang kebaikan kita.....Ustazah cerita tentang amalan membaca quran...orang nampak dia rajin membaca quran tapi di akhirat nanti hilang semua amalan dia sebab apa?. Riak. Baca quran sebab nak orang nampak....orang puji....

Jadi ambil yang baik-baik ajer....




***Dania akan menghadapi Final Exam hari ni untuk subjek Animal Biochemistry. Moga allah pimpin tangan anak ummi untuk menjawab dengan tepat mengikut skima pemarkahan. Aamiin. 





XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. bagusnya u dpt attend program gini ezz! alhamdulillah. all the best utk dania! bittawfeeq wannajah

    BalasPadam
  2. kita suka entri ni, suka juga join xtvt mcm ni.
    all the best utk Dania, doa ibu tanpa hijab. lovenyaaa...

    BalasPadam
  3. ramainya majlis ilmu ......seronok dapat luangkan masa utk diri (metime).....comel kucing tu pandai dia possing hhehehhehe

    BalasPadam
  4. Seronoknya kalau sekali sekala dapat pergi majlis ilmu...
    Semoga Dania dapat menjawab soalan exam dengan sebaiknya, Aamiin...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, bagus kalau banyak progam macamni diadakan...seronok bila beramai ramai

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, makanan rohani nie memang perlu, supaya kita tak selalu lupa apa tujuan sebenarnya kita di muka bumi nie...seronok betul dapat pergi...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..Seronok majlis2 gini =D

    BalasPadam
  8. Solat tasbih ni wpun lama tapi Sy suka kalau dapat buat. Nikmat bila sujud lama, rukuk lama sementara nak baca tasbihnya tu kan...
    Semoga Allah makbulkan doanya 🤲🏻

    BalasPadam
  9. alhamdulillah....dpt join prog2 mcm ni..
    all the best to dania..utk exam & utk dpt keja partime yg best!!!

    BalasPadam
  10. Sronok dpt pegi majlis ilmu..tq for sharing..all the best Dania...lamanya tak singgah QBistro

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.