Selasa, Julai 15

Bukan hanya sotong tetapi....

Pasar Borong Selangor ni bukak setiap hari tapi tak sure pulak opening hours dia macam mana. Kali ni saya nak mengikut hubby beli barang basah kat sini. 

Hubby nak beli sotong je ya....hehe tapi saya nampak lala ni cakap dengan hubby dah lama tak makan. Dania pun suka. So ya...1 plastik ni kita ambik. 


Ikan pari ni sederhana besar tapi tak reti pula nak masaknya. 


Ikan apa ni tapi kalau goreng pun sedap ni. 


Ok nak beli sotong tapi tak nak besar sangat. Nak bersaiz sederhana je. 


Ikan bulu ayam ni pun beli tapi 1/2kg je. 


Ketam ni hanya tengok je. 


Hubby nak top up udang sebab udang dah habis. 


Saya request nak beli pisang sebab nak buat cekodok pisang. 


Beraneka pisang. End up beli pisang susu. 


Lepas tu nampak cempedak nak juga sebab lama tak makan cempedak goreng. Nak beli cempedak goreng sekarang ni harga mahal. Baik la kita goreng sendiri. 


Bila isterinya mengikut bukan hanya sotong je beli tapi lala, ikan bulu ayam, udang, pisang dan cempedak. Alhamdulilah. 😊. Berbaloi la jika kita memasak kan...kalau tak memasak rugi la beli lauk basah banyak2. 



***Hari ni Dania ada final exam Statistics for Animal Science. Moga Dania dapat menjawab tepat mengikut skima pemarkahan. 





XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. dpt pi pasar mmg meriah ..kita pn lama tk mkn lala

    BalasPadam
  2. Aaa.. kalau dah ke pasar tu, memang bukan satu aje la dibeli. Ramai yg nak ikut balik jugak.

    Good luck & all the best for ur examination, Dania.

    BalasPadam
  3. Aduhai sis sama la kita..kalau gi pasar borong mmg rase semuanya nak diborong =D

    BalasPadam
  4. datang sini memang rambang mato eh.... πŸ’–πŸ’–πŸ’–All the best Dania, semoga dapat menjawab dengan tenang.

    BalasPadam
  5. betul kak, sekarang seketul cempedak goreng da rm2.... baik goreng sendiri

    BalasPadam
  6. baru la berbaloi pegi kan, mcm2 beli..
    all the best Dania!

    BalasPadam
  7. Ikan pari kali di kampung saya di Tapanuli biasanya di gulai kak. Atau bakar. Tp saya LBH suka gulai. Kalo dj Jawa biasanya di mangut. Mangut ini macam masak lemak Cili api. Memang sedaap lah.

    BalasPadam
  8. Seronok dapat pergi Pasar ni. Macam2 ada kan. Ikan pari tu, pandai makan tapi tak pandai nak potong/cuci/masak, takut hanyir.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.