Cempedak goreng ni kalau nak beli memang mahal la kan....kadang RM2 dapat berapa biji je. Baru-baru ni ada beli buah cempedak kat Pasar Borong Selangor. Dah masak elok dah buahnya. Manis betul.
Bancuhan tepungnya dah ngam. Saya letak sikit serbuk kunyit sebab nak bagi warna sikit pada bancuhan ni. Idak la warna dia pucat sangat. Dalam gambar nampak pucat tapi sebenarnya dah ada warna kuning sikit.
Cempedak dimasukkan dalam bancuhan.
Setelah selesai digoreng. Alhamdulilah....puas makan. Dania memang tak makan cempedak. Nangka pun tak makan.
Kalau beli kat luar siap goreng cempedak ni....sebanyak ini mahal. Jadi....kita masak sendirilah lagi berbaloi.
Ada yang suka cempedak goreng?
***Hari ni Dania nak menghadapi Final Exam Bahasa Korea. Dania kata dah prepare Insya-Allah tetapi badan agak panas rasa nak demam jadi siap makan panadol dan tidur pun awal semalam. Moga Dania boleh menjawab paper Bahasa Korea dengan tenang dan dapat markah yang cemerlang.
XOXO,
Ezna
Saya suka betull ni Kak Ezna...
BalasPadamTengoklah kalau jumpa, nak goreng sendiri..
Kena cari buahnya tu. Berbaloi goreng sendiri dari beli siap goreng..mahal sangat.
PadamAduhai...Terliur betul sy tgk...Mmg kena cari la nnt =D
BalasPadamSila cari Niza tapi kadang buahnya bila kita cari tak jumpa pulak.
PadamBetul tu, berbaloi lagi beli buahnya dah buat sendiri. Ada juga yang jual RM2 sebiji. Lagi haruuu...
BalasPadamSemoga Dania dapat jawab exam dengan tenang dan lancar. Semoga cepat sembuh.
Aamiin untuk doanya....RM2 sebiji....ish ish ish memang mahal la.
Padampuas hati kak kalau masak sendiri...kalau beli mahal dan tak puas
BalasPadamYa Taufik...kalau beli siap memang mahal la. Kita goreng lagi puas hati.
Padamsedap kak..berbaloi goreng sendiri puas makan..
BalasPadammoga Dania cepat sihat,dapat jawab exam dengan baik
Aamiin untuk doanya. Sedap Afzan sebab puas kita makan berbanding yang kita beli. Mahal pulak tu.
PadamMaunya tak suka hehe.... Betul kalau yg dah siap goreng tu mahal, makan pun tak puas.
BalasPadamYa kan PH?. Mahal sekarang ni harganya.
PadamAll the best utk Dania.
BalasPadam#tak sempat wish, tertekan publish ðŸ¤
Aamiin....terima kasih PH selitkan doanya.....bab tertekan publish tu pernah terjadi gak. Laju je tangan ni kan.....hehe
Padamcempedak goreng dah jadi kudapan mahal....seronok grg sendiri, puas makan. All the best buat anakanda Dania , moga cepat kebah demamnya. Musim demam dan covid skrg, minta dijauhkanlah.
BalasPadamAamiin untuk doanya. Ya goreng sendiri memang puas hati sebab boleh makan sampai puas. Kalau nak beli siap goreng mahal sangat la.
Padamaaa sedapnya, puas hati dapat goreng sendiri. terkadang bila beli bancuhan tepung tu kureng sikit banding buat sendiri.
BalasPadamgoodluck Dania!
Kalau buat sendiri kita boleh ikut citarasa kita. Memang puas hati. Thanks ya.
Padamsedapnya..makan plak panas2...emmm..alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulilah MA. Buat sendiri lagi berbaloi.
PadamCempedak goreng tu fav my hubby. All the best utk dania.bittawfeeq wannajaah
BalasPadamOh ya?...Masa buat ni lama pulak tak makan jadi tu yang beli dan goreng sendiri.
Padam