Khamis, Julai 31

Interview di Parkson

Hari ni dijadualkan interview di Parkson. Pukul 3 patut berada kat sini tapi saya dan Dania bertolak awal dari rumah. Tiba dalam 2.40 petang. Kena ke kaunter nak jumpa rakan sekerja full time tu Nik namanya. 


Tengok cermin dulu elok ke tak make up tipis tu. 


Jam 3.20 petang baru kena panggil ke office nak jumpa HR. Dania kena escort la dengan staff full time Uniknya...Nik baru perasan yang tarikh lahirnya dengan Dania sama iaitu 7 November. Eh eh ni memang kebetulan. Beza umur Dania dan Nik ni 3 tahun. Kiranya Nik tua 3 tahun pada Dania. Masa ni Nik dah bagi la Dania surat dapat kerja tu. Kena compile sekali nak jumpa HR pulak. 


Sementara itu saya berjalan-jalan la kat sini.....jap tengok baju lelaki, jap tengok baju perempuan....siap berborak dengan staff part time lagi. Dia student Matrikulasi Perak. Kerja 2 bulan sebelum nak tunggu panggilan UPU Ijazah. Top 3 mintak UKM, UPM dan UUM untuk Perakaunan. Hehe tengok la ummi sampai interview orang pulak. Gambar takde la tapi handsome budaknya. 


Lalu kat sini....eh macam kenal....ritu staff ni kat IOI City Mall. Punya peramah suruh tengok2 kat J&Co sana. Hari ni kat Alamanda pulak. Pun peramah suruh tengok2 baju J&Co kat sini. Bukan donut JCO ya. Terconfuse saya juga ritu. 


Dania habis interview jam 4.45 petang. Fuhhhh nasib baik ummi tunggu dalam tempat aircond jadi nyaman je la. Rupanya banyak tanya course apa, kerja kat mana dulu?, umur berapa? Adik beradik berapa orang?...bila Dania kata anak tunggal dia pun tanya ok ke anak tunggal?. Dia risau sebab dia pun ada seorang anak juga. Kos kan makin tinggi...briefing tentang tatacara nak menghantar barang yang customer nak beli ke cashier. Pagi2 ada briefing staff. Kat mana staff nak masuk, nak kena bayar RM5 untuk pas kerja dah kena bayar kat kaunter tingkat lain pulak. Hmmmm...patut la lama...terasa ummi tunggu macam interview nak masuk kerja tetap je walaupun hakikatnya Part Time je... 😅. Malam ni tunggu rakan sekerja whatsapp bagitahu jadual kerja. 

Ikutkan hari tu kalau berdasarkan dah isi borang kerja pada 25 Julai 2025 tu memang dah dapat la kerja tapi formalitinya kena interview dengan Parkson jugak. Kalau F.O.S. dulu interview terus dengan F.O.S. je. Parkson ni caranya gini pulak. Kerja mana-mana pun kena ikut la prosedurnya. 

Lepas tu singgah jap minum kat Food Court ni sebelum balik. Moga yang baik-baik ajer untuk Dania. 




XOXO,
Ezna



 

Majlis Perkahwinan di Bangi Convention Center

Hari ahad baru-baru ni pula ada jemputan kariah surau pula untuk majlis perkahwinan anaknya. Majlis diadakan di Bangi Convention Center. Ada 2 Convention Center seakan sama namanya. Lagi satu Bangi Avenue Convention Center. 


Ambil gambar kat cermin ni. 


Masuk je Dania terus beratur kat sini. Apa lagi....ice cream la. 


Lauk pauk yang saya ambil ialah ayam goreng berempah dan cendawan hitam masak lemak, jelatah dan papadom. 


Dewan yang luas. 


Ada kuih muih juga. Ni share je ni. Saya cuma makan kuih cucur badak tu separuh je. Share dengan hubby. selebihnya hubby la yang makan. 


Dania beratur kat...apam balik la pulak.


Barisannya boleh tahan la. 


Dah habis makan dah...cuma tunggu Dania bawak apam balik je. 


Apam balik ni nipis je....memang nipis dari yang selalu saya pernah makan. 


Nak balik dah ni....hubby jumpa jemaah surau pulak. 


Dania bergambar dengan Tuan Rumah iaitu Kak Nisah. Tahniah Kak Nisah dah dapat menantu. Teringat masa solat terawih sebelah Kak Nisah....tanya punya tanya Kak Nisah ni duduk kawasan tanah lot kat atas bukit. Saya kata bestnya tinggal sana....kemudian Kak Nisah cakap dengan nada bersungguh. You nak beli ke rumah sebelah I....dia nak jual dalam 1 juta....Erkkkkk....1 juta? (Ni dalam hati je ni). Sengih je la saya 😅. Kalau 1 juta bagi saya baik la saya beli benda lain dari beli rumah....itu saya ya....sebab setiap orang keperluan dan kehendaknya berbeza. 


Gambar pengantin saya tak ambik sebab pengantinnya kat depan sangat. Kami duduk paling menghadap jalan nak keluar dewan. 

Kalau ada 1 juta agak2 apa yang anda semua nak buat?. 




XOXO,
Ezna
 

Kain untuk baju kebaya

Baju kebaya ni dijual baju sahaja, jadinya kena ada kain la. Kebetulan ada beli kain 2 meter. Kain dia jenis premium satin embossed (tempat beli tu kata kita ikut je. Bukan kenal pun jenis kain ni). Warna background kain ni hijau yang lembut je warnanya. Selalunya kalau kebaya ni dipadankan dengan kain batik kan....ni kita suai padankan dengan kain lipat batik floral pulak. Gambar bawah ni kain belum dijahit lagi. 

Kainnya la nak dihantar kat kawan saya. 


Singgah la kat rumah kawan saya untuk dibuat kain ni. Kawan saya kata kalau kain je beliau boleh siapkan dalam masa 30 minit. 

Borak-borak dulu sebelum kawan saya ambil ukuran Dania. Kami berkawan since Dania sekolah rendah lagi. Kawasan rumah kat Puncak Jalil juga. Bila saya pindah area Kajang/Bangi.....kawan saya pun pindah area Bangi. Dania pernah satu kelas dengan anak kawan saya ni Amy masa sekolah rendah. Mereka satu sekolah agama jugak kat SRA Bandar Kinrara 5. Pernah selepas SPM, kerja sama2 kat F.O.S IOI City Mall jugak. 

Kena hantar kainnya awal sebelum bulan Ogos sebab nanti Dania pulak busy kerjanya....


Nanti tengok la kejadiannya macam mana....kalau kain siapnya awal, boleh la pakai ke kelas nanti. Itu pun Dania kata baju kebaya tu juga boleh dipadankan dengan seluar. 

Memang ya kain siap awal. Hari ni hantar....esok dah siap 😁. Laju kawan saya menjahit. Katanya menjahit selepas kelas pulak tu. Kawan saya mengajar menjahit juga jadi lepas kelas katanya terus jahit kain Dania pulak. Masa saya datang tu sampai tertidur pula. Penat kan.....

Ni jahit lipat batik iaitu lipatan bahagian depan dan takde belah. 


Nanti kita lihat bila Dania pakai baju dan kain ni. 




XOXO,
Ezna
 

Rabu, Julai 30

Malaysia Halal Food Expo MHF2025 | Jumpa selebriti mana tu?

Lepas pick up kat Watsons tu terus la ke IOI City Mall sebab.....
Nak ke sini. Tak payah bayar bila masuk ya. Free je. Ada juga kalau pergi pameran ni dikenakan bayaran masuk. 


Booth Bagoos ni ternampak Yana Samsudin. Elok je pose for my phone camera. Manis je Yana ni. Yana ni kahwin dengan adik Farid Kamil jadinya Farid Kamil tu abang ipar la. 

Ada tester susu oat perisa coklat yang kami rasa sedap la. Tak terus beli sebab nak pusing lagi kat sini. 


Dok promote cendol dara durian.....


Tiba pula kat sini dan.....


Beli pizza sebab nak tutup dah. Habis pizza yang dijual hari ni. Tinggal 3 kotak ni ajer. Since dah lama tak makan pizza jadi kami beli. 3 kotak ni berharga RM20. 

Perisa pizza ni ialah chicken salted egg. 


Best kat pameran ni banyak sample minuman dan makanan boleh rasa ya. Air ni sedap juga tapi energy drink. Jangan minum dalam kuantiti yang banyak la. Tester pun cawan kecik je. 


Harganya kalau berminat nak beli. 


Mi jenama Jin....Jin mana pulak ni?


Haaa Jin yang ni Dania dan ummi memang kenal. Hehehe....Jin dari kumpulan BTS. Tak beli tapi Dania suka rasa tester Mi yang perisa ada cheese tu. Ada Halal Indonesia ya. 


Rasa juga Danish Cookies ni. 


Cantik betul diletakkan di dalam tin yang beraneka corak ni. Tin camni memang saya simpan la kan...lawa....


Bukan makanan orang je...makanan haiwan pun ada. Comel standee ni. 


Hubby pantang tester....nak dirasa je...kat sini minum kopi kot. 


Nak beli ke tak nak beli ke?. Beli pes ni kemudian boleh campur dengan ikan etc....jadilah masakannya. 


Ramai orang kat sini. Standard la kalau weekend. 


Cik B dan Dato' Vida. Siapa pernah rasa Salmon Skin ni?. Harga dia memang agak pricey juga. Ikan Salmon pun bukannya murah kan....


Kalau ada tester mesti ambik ni.....hehehe


Ini pula rendang daging. 


Kat booth kami beli pizza tu dah duduk mengadap phone dah sebab laku keras. Hasil dagangan habis. 


Dania ambik tester white chocolate. Bila bagi ummi rasa macam ada rasa wangi2 pulak dan ummi tak suka rasa tu. 


Ni memang rasa juga.....kek lapis Sarawak. 


Kat sini beli keropok lekor nipis tu. Bila tanya orang beli kat mana....dia kata kat tengah2 so kami mencari la kat tengah2 berpandukan bau keropok lekor. Hehe...Bila masuk tengah eh bau dah hilang maka...kami ke bahagian tengah yang lain pulak. Berpandukan bau je dah jumpa dah. 


Mi kat booth mana ni tak ingat dah....Mi Jin kot...(Ada Mi jenama Jin kat atas). 


Jenuh juga berjalan dari satu booth ke booth yang lain. Exercise juga la tapi poket pun exercise jugak. Hehe. Pembelian kat sini Pizza dan Keropok Lekor sahaja. 




XOXO,
Ezna

 

SPX dan Watsons

Masa hari ahad baru ni, kami nak keluar dah lepas tu ada 1 item yang order dari shopee tak tiba lagi padehal kat website shopee kata item ni on delivery. Petang pun tak tiba lagi ni...Elok saya cakap gitu ada kereta datang dan hantar barang. Kereta persendirian je bukan bawa van Shopee SPX tu. Ni Dania ambik la ni. Kami ni pun bersiap nak keluar dah ni. Elok sangat la timing ni. Barang ni order dan datangnya dari Jakarta, Indonesia. Order baju kebaya untuk Dania. Sebabnya saya ada beli 1 kain pasang dan bajunya padankan dengan baju kebaya ni la. Bukan kebaya pendek tapi labuh sikit menutupi apa yang patut la. 


Kami nak ke Watsons yang terletak di IOI Connezion. Item yang dibeli pick up kat sini sebab tak ada stock kalau nak pick up dari IOI City Mall 1 @ 2, kat Alamanda pun takde stock. Jadi kat Watsons sini je la pick up kami. Tak jauh pun dari IOI City Mall tu. Haa kat Bangi pun tak ada stock. 


Ni la Watsons kat IOI Connezion ni tapi parking depan ni semuanya Valet Parking pulak. Kena bayar RM5. Nak pick up kejap je pun jadi hubby jalan2 dulu dengan kereta. Dulu bukan Valet Parking. Boleh je parking kalau ada kosong. Entah bila dia buat tak tau la. 


Lepas tu kemana arah tuju kami?....




XOXO,
Ezna

 

Selasa, Julai 29

Potong pokok dan brisk walk

Nampak cuaca kat luar dah nampak ada improvement sikit berbanding sebelumnya. Ni hubby memotong dahan pokok yang masuk ke rumah jiran. Sampai termasuk dalam kolam pula dahan pokok yang jatuh tu. Senang ada mesin potong pokok ni. 


Lepas potong pokok boleh slot in aktiviti beriadah bersama keluarga. Ikutkan saya malas ya nak keluar. Kat tempat ni ada pula buaian. Dania masa kecik2 cukup suka naik buaian sampai sanggup tunggu kalau ada orang lain kat buaian. 😅. Dah besar ni biasa je la jumpa buaian pun. Errr hubby dok tengok atas juga takut2 buaian tak boleh tampung remaja purba....😆


Haishhhh seronoknya la. 


Ni masa tengah brisk walk kita ambik gambar dulu. Lalu bawah jambatan ni macam berbunyi sebabnya memang ada kenderaan lalu kat jambatan ni. 


Suasana petang kat sini. Cuaca pula tiba-tiba mendung. Jangan la hujan....


Warna bunga ni sangat cantik.....mana taknya warna ungu. Hehe....Ada kawan saya cakap....Ena dengan ungu tak boleh dipisahkan. 😅


Ok setakat sini je saya larat. Ni masa nak balik. Kepala rasa pening sikit jadi Dania tunggu la dengan saya. Hubby masa ni berjalan nak ke kereta. Nanti pick up Dania dan saya kat sini. 


On the way nak balik, ada khemah didirikan kat tengah ni. Mungkin event larian hari ahad agaknya. Kat Putrajaya ni selalu la ada event larian kemudian jalan pun akan ditutup. 


Tiba rumah kena la membersihkan diri sebab melekit dah badan sebab brisk walk kan....malas je nak mula brisk walk ni tapi bila dah mula....ok je....




XOXO,
Ezna