Sehari sebelum Aidiladha, ada seorang group bayam Dania kata nak membersihkan batas di ladang 10. Kawan2 satu group yang lain masing2 dah balik kampung dah. Ain ni tinggal di Sabah tapi tak balik Sabah la sebab faktor jauh kan jadi balik rumah kakak je kat Cheras.
Tinggal la Dania yang memang berdekatan UPM ni dan tak balik kampung nak tolong Ain. Sebenarnya pegawai pertanian dah suruh clearkan batas selepas Hari Raya Aidiladha. Pokok bayam yang bantut tak naik ni semuanya dicabut.
Rumpai dibiarkan ajer sebab nanti akan dibuat balik batas ni.
Group sebelah masih ada sawi belum dituai.
Dua sekawan yang nak masukkan bayam bantut ni dalam plastik untuk diberikan kepada haiwan.
Banyak juga dapatnya.
Mereka dah contact lecturer dan lecturer pun minta datang ke tempat amali di Fakulti Pertanian dengan bayam ni. Sebenarnya sayur yang tak naik ni boleh diberikan kepada haiwan ternakan. Mereka dah program Sains Haiwan jadi mereka ada inisiatif untuk bagi idea sayur yang tak jadi atau 'residue' diberikan kepada haiwan.
Bila dah dicabut semua bayam di atas batas, makan group Dania dah tak payah la datang ladang lagi hari jumaat untuk menjaga bayam. Selesai dah semuanya.
Nampak kat ladang ni juga pokok jagung yang dah berbunga. Tak lama lagi berbuah la tu.
Saya juga pertama kali tiba kat tempat mereka amali. Kambing pula dilepaskan setelah 2 sekawan ni tiba. Dr Suraya ni bukan lecturer mereka tapi kebetulan ada di ladang hari ini. Dr. Suraya ni specialised dalam genetik dan pembiakbakaan haiwan. Nanti Year 2 akan jumpa Dr. Suraya. Dania baru Year 1 sebabnya tukar course kan. Patut dah Year 2 Sem 2 dah. Now baru Year 1 Sem 2. Kat UPM nak tukar program pengajian kena tunggu 1 tahun. Jadi...1 tahun la lewat dari kawan2 satu batch. Walaubagaimanapun Dania tetap bersyukur dapat juga course idaman akhirnya. Alhamdulilah.

Kambing tak berapa nak makan tapi bila bagi kat lembu....berebut-rebut.
Letak je kat tempat kat depan tu. Pandai-pandai la lembu makan.
Video Dania nak bagi makan kat anak lembu tapi yang dewasa tolak2 je anak lembu tu.
Ain menyapu bayam yang jatuh di lantai. Jangan bazirkan sebab boleh je bagi lembu makan.
Saya bagi anak lembu makan tapi takut-takut juga. Tengoklah jauh juga saya bagi makan tu sebab ada lembu dewasa standby je tu.
Dania suruh pat kepala lembu ni. Takut saya nak pat pun. 😅.. Lembu ni diasingkan dan paling besar diantara lembu yang lain.
Rumput-rumput yang akan diberikan kepada lembu. Kat UPM ni ada ditanam rumput Napier.
Kat sinilah amali pelajar Sains Haiwan diadakan. Kat sini ada kambing, lembu dan ayam. Rusa dan burung puyuh pula ada kat tempat lain.
Sebelum balik, Dania ucapkan terima kasih dulu pada Dr. Suraya yang sedang membersihkan kambing.
Saya rasa untuk program Sains Haiwan ni, pelajar perlu ada minat juga dan berani untuk berinteraksi dengan haiwan. Lecturer pun mandikan dan bersihkan kambing jadi bukan pelajar je yang buat tugasan tersebut. Saya salute juga sebab saya tak ada keberanian dengan haiwan. Sedangkan ada seekor kambing yang ikut2 kami ke kandang lembu pun saya boleh menjerit perlahan (perlahan je tak kuat tapi ni spontan je bukan buat-buat). Risau saya sampai kambing tu confuse nak pergi kanan ke kiri 😆. Sebenarnya kambing tu manja. Nanti bila nak sambung ke peringkat seterusnya juga kena berinteraksi dengan haiwan juga jadi kena ada ihsan dengan haiwan. Berlemah lembut....even masa belajar program ni pun, mereka diajar untuk menambat haiwan dengan betul supaya tidak menyakitkan haiwan. Lagi satu tak boleh geli dengan sisa buangan haiwan 💩 kan....kena tahan juga bau sisa buangan dan bau haiwan tu juga.
Hanya yang minat dan berani je boleh ambil program ni dan saya tak termasuk dalam golongan ni...
XOXO,
Ezna
Memang sesuai la course ni ngan anak- anak kita kan...My Dania tu lasak tapi jenis syg haiwan...bagus, bayam yang x jadi atau bantut tu dijadikan sumber makanan haiwan...so takde la dibiarkan membazir...
BalasPadamYa sebab tak semua minat agriculture sebenarnya. Pokok yang tak menjadi pun boleh jadi makanan haiwan. Betul kalau camni tak le membazir.
Padampart pat tu i ok jer, cuma part bersihkan najis tu la i tak sanggup hahah tu lah sebabnya i tak leh nak beli kucing kat rumah wpun suka jugak main2 dgn kucing
BalasPadamI tak boleh juga bab najis haiwan tu Suzz. I kucing ni kalau dia diam I ok...kalau dah start dia menggesel I dah panik....haiwan lain pun sama je walaupun I suka tapi I takut. Hehe
PadamDania rajin juga bantu bersihkan ladang bayam. Sepertinya Dania enjoy dengan aktivitasnya ya Mbak.
BalasPadamBagus juga ya bayam yang bantut dijadikan makanan kambing dan lembu, jadi tidak ada yang terbuang sia-sia.
Salam,
Ya bayam yang tak jadi tu boleh beri hewan makan. Betul tak ada yang terbuang.
PadamOk la takde bazir bayam bantut tu boleh bagi makan haiwan. Cie memang bukan pencinta haiwan. Memang takut tak berani nak pegang.
BalasPadamAkak suka haiwan tapi takut. Tak berani la akak ni pun. Ya bayam bantut boleh bagi haiwan makan.
Padam