Selasa, Jun 24

Rezeki tak disangka....

Dania cakap...ummi...kawan nak bagi kangkung. Ummi dia ingatkan banyak mana kan...sekali....banyak ni. Terkejut jugak la. Baru tuai kangkung ni. 


Dia letak dalam bag 99 mart ni dan penuh satu bag sampai atas. 


Close up kangkung yang kawan Dania tanam kat batas untuk subjek Keusahawanan Pertanian. Ini kangkung bahagian dia. Dia tak nak sebab ye lah kalau kat kolej macam mana nak masak pulak. Dia tahu Dania duduk luar yang dia bagi je Dania. Sepatutnya kena menjual tapi entah memang dia bagi free ajer ni. Group lain dah selesai dah kecuali group dia sebabnya penanaman semula. Mereka tanam bayam sebelum ni tak menjadi. 


Memang tak la saya makan kangkung sebanyak itu jadi akhirnya saya masukkan dalam plastik. Secekak lebih juga saya masukkan. Ada yang bagi adik-beradik. Siap hantar kat rumah mereka lagi dan ada yang letak kat surau juga. Letak kat surau tu lepas solat clear terus kata hubby. Alhamdulilah...kita panjangkan pula sedekah. Kami punya kangkung ambil sekadar sekali masak je la sebab kangkung ni tak boleh juga simpan lama-lama. 

Petang tu lepas Dania habis kelas, saya suruh Dania bagi ni kat kawan dia orang Bangladesh tu. Saya belikan in return makanan. Boleh la buat makan malam pula kan. 


Hari yang sama terjadinya kangkung belacan. 


Ini pula sambal udang. 


Alhamdulilah untuk rezeki ini.




XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. Seronoknya dapat kangkung fresh....slowly ye SA balasa BW, sebab masih pening ni...SAa dah kat office tapi boss xde...rehat kejap algi nak tido la..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki sis & org dkt msjd...Sedap tu kangkung tumis belacan =q

    BalasPadam
  3. rezeki tu ..byk kangkung tu...kita tk mkn sayur kangkung tp sambal udang tu fav

    BalasPadam
  4. Rezeki yang memberi dan yang menerima kan Kak Ezna..kemain cantik pulak tu daun dia..
    Paling best yang dah siap masak tu, sedap betul rupanyaaa

    BalasPadam
  5. wah..sedap nya.fresh2 nampak kangkung tu, alhamdulillah

    BalasPadam
  6. alhamdulillah rezeki! i suka kangkung!

    BalasPadam
  7. sedapppppp....kangkung belcan, menjadi tanam gebu-gebu

    BalasPadam
  8. Sambal udang tu tak berapa merah... mesti tak pedas

    BalasPadam
  9. Kangkung masak lemak pun sedap jugak! 😋

    BalasPadam
  10. wahhh kangkung sedap...tapi kena tengok betul betul kat batang dia....risau termakan ulat plak

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.