Ahad, Jun 8

Ozel

Dah sampai masanya beli baru kerongsang ni sebab kerongsang sedia ada banyak yang patah dan ada yang melarikan diri 😅. Ini masalah perempuan ni. Saya ke sini dan Dania ke Watson deret yang sama. 


Bila staff Ozel keluarkan design baby brooch sahaja. Nak beli yang kecik je. Macam-macam design ada sampai rambang mata memilihnya. Nak pula memancar silaunya bila terkena lampu. 


1 design tapi beraneka warna. 


Design bunga paling banyak. 


Dua kuntum bunga. 


Design ni sweet. 


Design ni saya ada beli. 


Banyak design lepas tu tak tahu nak pilih yang mana pulak. 


Cantik jugak yang ni. Hmmm.....


Akhirnya ini je yang dibeli.


Warna ni sangat la sweet di mata saya. Warna hijau lembut dengan pink. 


Bagi saya kat Ozel ni banyak pilihan tapi harganya tidaklah begitu murah. Walaupun begitu, ia sangat tahan walaupun selalu pakai batunya tak jatuh-jatuh. Pulak tu pin belakang juga tahan. Kalau bukan Ozel, dah tercabut dah pinnya tu. 





XOXO,
Ezna

 

3 ulasan:

  1. Ozel nie berjenama.. Tapi, berbaloi lah.. Tahan lama...

    BalasPadam
  2. Cantik2nya memang rambang mata dibuatnya. Selalunya hilang walaupun beli banyak2.

    BalasPadam
  3. Waaaa...semua cantik2 ha...bersilau dan berkilau...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.