Isnin, Jun 30

Desserts dari Lets Dessert by Farah Md Zaki

Hari tu saya ada hantar kangkung kat rumah adik saya. Saya juga dapat ni in return. Katanya memang akan beli dessert kat sini. Alang2 saya datang bawa kangkung, adik menghulur saya dessert ni juga. 

Thai Milk Bun. Kebetulan kawan saya ada pergi Bangkok dengan kawan-kawannya. Dia suruh saya cuba Thai Milk Bun ni kalau ada kesempatan. Teringat saya pada kata-katanya. Kali ni baru saya dapat merasa Thai Milk Bun ni. 


Dalamnya ada cheese, yang putih tu susu agaknya.....


Saya tak suka sangat susu putih dan cheese, adakah saya akan menyukai Thai Milk Bun?. Dalam ni ada roti. Roti je yang saya suka. 😅

Rasanya? Eh sedap pulak la bila bergabung susu, cheese dan roti ni. Bagi saya kena makan sejuk-sejuk dan sikit-sikit. Kalau banyak saya rasa muak. 


Ini pula kek batik. 


Saya sebenarnya kalau chocolate dalam masakan saya tak menggemarinya. Kalau chocolate bar ya saya boleh makan. Saya cuba merasanya. Sedap juga rasanya tapi memang kena makan sejuk-sejuk dan sikit-sikit jugak bagi saya. 


Not bad juga rasa dessert dari Farah Md Zaki ni. Adik saya kata based dekat Kota Damansara. Post ni bukan review berbayar ya review jujur.....




XOXO,
Ezna
 

6 ulasan:

  1. Kalau cheese dgn dicampur susu putih lagi.. boleh jadi muak kalau banyak sgt hihii.. ke gane? 😅

    BalasPadam
  2. budak rumah ni suka thai bun tapi kiter kureng sket lagi suka yang ada coklat

    BalasPadam
  3. i suka jer dessert susu/putih gitu heheh cuma betul lah setakat sesuap dua ok sbb akan rasa muak!

    BalasPadam
  4. Thai Milk Bun ni pernah viral rasanya. Tapi itulah, saya pun tak pernah makan lagi. Nampak macam sedap gabungan roti, cream cheese dan cheese tu. Nampak macam keras sikit chocolate ganache topping dia tu.

    BalasPadam
  5. SAa plak kureng skit ngan sweet2 ni...x berapa gemor..heheheh...saavory takpe...

    BalasPadam
  6. thai milk bun yg original kt thailand tu sedap...yg local jual tk sure sbb tk pernah rasa tp baca review rmi yg ckp tk ok

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.