Isnin, Jun 30

Sup tulang masak masa weekend

Weekend hari ahad pada 29 Jun 2025, plan nak masak sup tulang. Mulanya nak masak hari sabtu tapi sebab dah keluarkan udang dan terlupa nak masak sup tulang jadilah kejadian masak lemak cili api udang dan belimbing buluh. 

Hari ahad terjadinya lah sup tulang tapi ada masukkan juga daging sikit. Garnish dengan daun sup dan daun bawang yang banyak. 


Buat juga cili kicap untuk pertama kalinya masak sup daging. Bila masak sup daging tak pernah la saya sediakan cili kicap ni. Blender je bahan-bahan ni tapi tak hancur sangat la. Eh sedap la sebab boleh potong rasa lemak dari daging tu. 


Ada juga telur dadar. Saya suka letak bahan dalamnya seperti lobak merah, daun sup dan daun bawang, cili api, cili merah, bawang merah dan bawang besar. 


Alhamdulilah untuk rezeki ini. Bila hubby dan Dania kata sedap memang senyum la sampai ke telinga. Rasa bahagia je. Selagi boleh masak, saya akan cuba masak. Pengikat kasih sayang hubby dan anak juga. Tak kisah la you masak apa...pasti kasih sayang you curahkan dalam masakan you juga....😍

You alls masak / makan apa hari ahad? 


XOXO,
Ezna

 

Desserts dari Lets Dessert by Farah Md Zaki

Hari tu saya ada hantar kangkung kat rumah adik saya. Saya juga dapat ni in return. Katanya memang akan beli dessert kat sini. Alang2 saya datang bawa kangkung, adik menghulur saya dessert ni juga. 

Thai Milk Bun. Kebetulan kawan saya ada pergi Bangkok dengan kawan-kawannya. Dia suruh saya cuba Thai Milk Bun ni kalau ada kesempatan. Teringat saya pada kata-katanya. Kali ni baru saya dapat merasa Thai Milk Bun ni. 


Dalamnya ada cheese, yang putih tu susu agaknya.....


Saya tak suka sangat susu putih dan cheese, adakah saya akan menyukai Thai Milk Bun?. Dalam ni ada roti. Roti je yang saya suka. 😅

Rasanya? Eh sedap pulak la bila bergabung susu, cheese dan roti ni. Bagi saya kena makan sejuk-sejuk dan sikit-sikit. Kalau banyak saya rasa muak. 


Ini pula kek batik. 


Saya sebenarnya kalau chocolate dalam masakan saya tak menggemarinya. Kalau chocolate bar ya saya boleh makan. Saya cuba merasanya. Sedap juga rasanya tapi memang kena makan sejuk-sejuk dan sikit-sikit jugak bagi saya. 


Not bad juga rasa dessert dari Farah Md Zaki ni. Adik saya kata based dekat Kota Damansara. Post ni bukan review berbayar ya review jujur.....




XOXO,
Ezna
 

Ahad, Jun 29

Brisk Walk waktu petang di Putrajaya

Pada 28 Jun waktu petang, kami sempat meluangkan masa briskwalk di depan kediaman Qatar ni. Sebelum tu kami pernah briskwalk di depan kediaman Iraq. Entah la ada orang ke takde dalam kediaman ni. Nampak cuma guard je kat pondok guard. 


Kediaman Qatar berwarna putih. 


Memanjang kediamannya. 


Kami mula kat atas ni berjalan sampai kat bawah ni kemudian naik atas balik mendaki. Takde la teruk sangat mendaki tapi mengah jugak la. 😅. Landskap kat Putrajaya ni dijaga elok. Nampak juga area kediaman negara yang kosong dulu tapi sekarang ni dah dibersihkan dari hutan. Mungkin pembinaan kediaman konsulat akan dijalankan tak lama lagi. Kalau tengok sekitar sini macam area kediaman konsulat negara Islam seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi, Iraq, Kuwait dan lain-lain. 


Sambil berjalan, ambil gambar tumbuh-tumbuhan. Bunga dari pokok sempadan yang ditanam tepi jalan.


Daun pokok sekitarnya berwarna hijau tapi pokok yang ni berdaun merah. Macam ala ala daun maple pulak. 


Sesekali nak kena briswalking juga untuk kesihatan. Macam malas je nak keluar rumah tapi paksa diri je ni. 




XOXO,
Ezna





 

Sabtu, Jun 28

Ikan Tilapia Merah fresh

Kebetulan masa saya pergi Kolej nak jumpa kawan Dania seorang ni dari kursus yang lama, saya nak hadiahkan pocket perfume sebab masa majlis anugerah tu saya bagi dia bunga je kemudian rasa macam nak top up lagi. Pocket perfume dari enchanteur ni boleh sembur sebanyak 250 kali. Kecik je perfume dia. Sesuai la pelajar letak dalam beg je. 

Masa nak jumpa Juna tu, kebetulan ada Ku Yana dan Shafiqah. Terus la saya panggil. Saya memang suka panggil kawan2 Dania dan sibuk la bertanya khabar. Ku Yana kata nak pergi bagi makan ikan. Terbuka la cerita mereka kena bela ikan untuk sem 4 ni untuk subjek Amalan Ladang : Akuakultur. Bila saya tanya boleh ke beli ikan? Sebab saya tahu kalau beli ikan mereka memang fresh la tapi tak nak bersaiz besar sebab ikan yang kecik sikit lagi sedap. 

Jadi hari yang dijanjikan pun tiba, saya nak pick up ikan saya. Kena pergi balik ladang yang Dania tanam bayam tu tapi kena pergi kat tempat mereka bela ikan. 


Sibuk saya nak tahu ikan apa yang dibela kat sangkar ni. Kat dalam ni ada ikan patin, siakap, ikan tilapia hitam, ikan tilapia merah, udang pun ada juga dan ikan yang lain. Nak lalu atas jambatan ni bergoyang la dan buat saya takut je. Hehe.


Meor bagi penerangan tentang alat kat tengah tu. Bila musim panas ni nak sejukkan ikan, mereka akan menggerakkan mesin tu....maaf jika salah pula penerangan saya...kalau tak silap saya la kan. 


Banyaknya ikan....ikan yang group mereka ni bela spesis Ikan Tilapia Merah. Ada 300 ekor semuanya. Mereka dapatkan dari supplier di Cheras. 


Senyum senyum....aunty nak ambik gambar tunjuk kat Dania. 
Depan dari kiri Denis dan Ku Liyana, Belakang tu Meor. 


Meor ni memang masa Dania kat Bacelor Sains Perniagaantani, boleh diharap dan berpengetahuan. Memang minat sangat dalam bidang pertanian. Boleh nampak passion dia. Kalau nak tanya apa-apa saya tanya Meor ni la. 


Ini salah satu contohnya....Meor siang ikan ni sampai bersih you alls. Elok dia siang. Kerja lelaki ni. Ku Yana kata elok je dia siang dan cepat pulak kerjanya. Terima kasih, cepat la kerja aunty nanti. Saya beli 1kg, dapat la 6 ekor ikan. 


Dah sedia untuk letak kunyit dan garam beserta tepung. Ikan ni ikan darat jadi selalunya ada baunya tersendiri. Hubby gosok guna daun serai nak hilangkan bau. Ikan ni dimasak pada hari saya beli tu. Lagi la fresh kan.         


Ikan setelah digoreng rangup. Kelar ikan macam tu rupa supaya dia cepat rangup. 


Alhamdulilah untuk rezeki dapat beli ikan ni. Ikan darat ni tak semua yang suka kan...tapi ada selalunya kat masakan orang Indonesia. Kalau nak cari ikan tilapia selalunya Restoran Geprek ada dalam menunya. 

Ada sesiapa yang suka makan ikan tilapia merah juga?




XOXO,
Ezna 

Khamis, Jun 26

Watsons ada express service

Barulah saya tahu yang Watsons ada express service kalau beli online ni. You alls tahu ke?. 


Kebetulan Dania cakap nanti bila study week, kawan-kawan sebilik asasi Dania nak keluar sekali. Selalunya saya akan prepare gift kecik untuk kawan-kawan Dania ni. Kali ni saya beli eye shadow Princess Disney. Comel betul eye shadow ni. 

Setiap princess warna eye shadownya berlainan. Dari kiri ada buah epal tu dah tentulah Snow White, tengah tu ada ikan untuk Ariel dan kanan sekali Jasmine sebab ada monyet dan tikar terbang. Kalau saya pilih Snow White sebab box dia cantik. Hehe...orang pilih warna...kita pilih box. 😅. Tak ada untuk saya...ini untuk mereka je.


Geram je tengok kotak luar dia. Comel sangat. Ada ditulis juga tak sesuai untuk anak-anak kecil. Ye lah takut buat main je untuk anak2 kecil kan sebab ni bukan mainan. Dania pun dapat 1 dan pilih Jasmine. Nak dekat dengan nama Yasmine agaknya. Tak la...sebab Dania suka koleksi warna eye shadow Princess Jasmine ni. 


Actually kat dalam website ada boleh check dah boleh pick up ke barang kita within 2 jam tu. Barang saya ni tak sampai 2 jam dah boleh pick up. Rasanya 45 minit kot dah boleh pick up. Saya pilih Watsons IOI City Mall. Oh ya kita boleh pilih Watsons mana kita nak pick up. 

Harap-harap kawan Dania suka la gift kecik ni. 




XOXO,
Ezna 

Hwachae | Korean watermelon fruit punch

Dania kena bawa susu strawberry dan nata de coco je untuk kelas Bahasa Korea tapi ummi saje la nak bagi lebih sikit. Gigih malam sebelum order kat MBG melalui Grab Food je. Tibalah buah mangga dan anggur. Masukkan siap2 dalam bekas. 

Ikutkan awal kelas jam 5 petang tu akan diadakan Test bertutur dalam Bahasa Korea. Lecturer tanya dan kita kena menjawab. Lepas selesai barulah kena sediakan Hwachae ni. 


Esoknya ayah Dania pula tolong belikan susu dutch lady. Besar tak ada jadi beli yang kecik ajer. Bawak la 6 kotak ni haa....bekas pink tu nata de coco perisa strawberry. Kecik je bekasnya. Ada yang besar tapi besar sangat pulak. Dalam plastik tu siap-siap letak 2 bekas ais batu. Baru la sedap makan fruit punch sejuk-sejuk. 


Dania bersedia dah dengan beg Ikea ni. Dapat masa kenduri kahwin. Berbaloi rasanya dapat beg ni. 


Akhirnya inilah kejadian Hwachae. Kawan Dania siap bawa air sprite dan tin buah koktail. Lecturer pulak bawa buah tembikai dan tembikai susu. Gabung dengan kami punya memang banyak la buah buahannya. Share la 1 group. Ais yang Dania bawa guna 1 bekas je, bekas lain bagi kat group lain. 

Bahagia dengar bila kawan group Dania happy sebab Dania bawa extra buah. 


 Resipi Hwachae group Dania :

Susu Strawberry
Sprite
Buah Anggur
Buah Mangga
Buah Tembikai
Buah Tembikai susu
Nata De Coco perisa strawberry
Buah-buahan koktail
Ais

Gabungkan semua, sedia untuk dinikmati. Minuman yang orang korea sediakan ketika musim panas (summer). Boleh juga masukkan buah seperti strawberry, blueberry dan lain-lain mengikut kegemaran kita. Makan ni Dania kata kenyang jugak la....Alhamdulilah.

Kelas ni merupakan kelas terakhir untuk semester ini. Jadinya minggu ini merupakan kelas yang terakhir sebab minggu depan mereka akan bercuti selama seminggu. Jumpa lecturer masa paper Bahasa Korea nanti yang dijadualkan pada 18 Julai 2025. 

Kejapnya dah nak final exam dan nak naik Year 2 dah. 




XOXO,
Ezna


Selasa, Jun 24

Rezeki tak disangka....

Dania cakap...ummi...kawan nak bagi kangkung. Ummi dia ingatkan banyak mana kan...sekali....banyak ni. Terkejut jugak la. Baru tuai kangkung ni. 


Dia letak dalam bag 99 mart ni dan penuh satu bag sampai atas. 


Close up kangkung yang kawan Dania tanam kat batas untuk subjek Keusahawanan Pertanian. Ini kangkung bahagian dia. Dia tak nak sebab ye lah kalau kat kolej macam mana nak masak pulak. Dia tahu Dania duduk luar yang dia bagi je Dania. Sepatutnya kena menjual tapi entah memang dia bagi free ajer ni. Group lain dah selesai dah kecuali group dia sebabnya penanaman semula. Mereka tanam bayam sebelum ni tak menjadi. 


Memang tak la saya makan kangkung sebanyak itu jadi akhirnya saya masukkan dalam plastik. Secekak lebih juga saya masukkan. Ada yang bagi adik-beradik. Siap hantar kat rumah mereka lagi dan ada yang letak kat surau juga. Letak kat surau tu lepas solat clear terus kata hubby. Alhamdulilah...kita panjangkan pula sedekah. Kami punya kangkung ambil sekadar sekali masak je la sebab kangkung ni tak boleh juga simpan lama-lama. 

Petang tu lepas Dania habis kelas, saya suruh Dania bagi ni kat kawan dia orang Bangladesh tu. Saya belikan in return makanan. Boleh la buat makan malam pula kan. 


Hari yang sama terjadinya kangkung belacan. 


Ini pula sambal udang. 


Alhamdulilah untuk rezeki ini.




XOXO,
Ezna

 

Majlis Aqiqah Naura

Bila Dania pergi Tadom Hill Resorts, ummi dah ayah dapat jemputan ke rumah aqiqah. Majlis ni agak tertutup sebab tak dipanggil ramai orang. AJK Surau pun cuma AJK & pasangan. Kalau panggil AJK surau je memang hubby je la pergi. Kalau panggil berdua pula kalau ada Dania memang saya tak pergi la. 

Rumah berwarna putih beratap biru tersergam indah. Terletak kat kawasan kami la. 


Pemilik rumah ni Prof Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin buat kenduri aqiqah untuk cucu beliau iaitu Naura Arisa Yap. Prof ni merupakan seorang pensyarah di Fakulti Sains di UPM. 

Credit : Google

Ini pula salah seorang yang masak. Kalau tengok dari tepi macam Chef Amann Teoh yang ada C.A.T. Wok kat Bangi Getaway tu. Apa yang dihidangkan pun kuetiau ala masakan cina. Saya ambik sepinggan....sedap sangat. Kalau nak repeat kuetiau kena singgah C.A.T la. C.A.T tu Chef Amann Teoh. 

Nampak tak rumah berbatu-bata merah tu?. Itu adalah tiny house dan tepinya ada pokok-pokok durian. Mungkin tuan rumah ada bila musim buah durian. Bestnya ada dusun / kebun sendiri.


Ini pula seleksi rojak buah dan ada laksa kedah. 


Seleksi pemanis mulut. 


Close up cream puff yang sedap. Takdelah besar sangat. Comel je. 


Inilah yang diraikan ni. Naura Arisa. Comel sangat. Saya cakap kat si cilik ni Why you are so pretty?. Senyum dia. Ibunya dah bagi izin ambik gambar ya. 


Cantiknya kat tempat ni pun. Dihias bunga-bungaan manis je warnanya. Lepas tu ada photographer nak ambik gambar saya dan hubby kat sini sampai 2 kali pulak tu. Sesambil ambil gambar, owner Mohd Chan ada depan kami. Kalau beliau tak masuk rumah mahu je saya ajak wefie ke....hehe....kalau perasan video yang dipasang di Restoran Mohd Chan berulang kali ni ada la muka Prof Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia setakat tahun 2025 ni. 


Ada terdengar muslimat bercakap kalau dalam bangsa cina, hanya cucu dari anak lelaki yang sulung membawa nama keluarga (family name) seperti dalam nama Naura Arisa Yap. 




XOXO,
Ezna

 

Isnin, Jun 23

Healing di Tadom Hill Resorts | Ansci Day Out

Pagi lagi ummi dan ayah hantar Dania ke Cafe Kolej Serumpun UPM. Rasanya tiba sebelum jam 7 pagi. Dania dah siap2 Roti Boy yang beli lebih sebab nak bagi kawan-kawan. Hari ni Dania dan kawan2 Ansci (Bacelor Sains Haiwan) dari junior ke senior akan ke Tadom Hill Resorts untuk Ansci Day Out. Bayaran yang dikenakan RM25. which is sangat la berpatutan. Dania naik bas UPM. Boleh je pergi sendiri tapi bab ni biarlah Dania bersama-sama kawan-kawan. Tak nak kacau la. Kena bagi kebebasan kat anak juga. 

Dah siap dengan pakaian lebih sebab nanti nak mandi-manda kat situ. 


Aktiviti yang akan mereka lakukan di situ. Since Dania Year 1 jadi saya galakkan Dania join la aktiviti macam ni supaya dapat la gather dengan kawan-kawan sekelas dan senior. 1 hari ajer dan tak ada menginap pun. 

Credit : IG Ansci

Ini gambar sekelas Dania. Tak cukup korum juga sebab ada je yang tak pergi sebab ada kokurikulum. 



Haa ni gambar Dania dan dua kawan yang dia baik kat kelas. Nampaknya banyak gambar yang Dania ambik masih orang yang sama je. Dania ni dia pendiam jadi siapa yang dapat approach kiranya pandai la approach Dania kan. Kedua mereka ex Diploma Kesihatan dan Peternakan di UPM, Bintulu. Ada seorang lagi tak dapat attend. Kalau tak mereka berempat. Kiranya Dania muda setahun dari mereka. Alhamdulilah. Ummi bersyukur. 


Apa aktiviti yang ada di Tadom Hill Resorts ni?. Ini salah satunya iaitu aktiviti berkayak. Jangan lupa mengenakan sunscreen ya. Topi pun jangan lupa. Nak nak sekarang ni punya cuaca memang panas. 


Lepas berkayak boleh la mandi ya. Sebenarnya ini dipanggil Emerald Lake. Ini sebenarnya ialah bekas lombong. Bab ni saya seram sikit la. Lombong kan agak bahaya sebab ianya dalam. Setiap mereka kena pakai life jacket tapi pakai life jacket pun kalau nak buat aktiviti jangan buat sorang-sorang. Kena dengan kawan atau dalam satu kumpulan. 


Aktiviti mandi dan berkayak tu dah termasuk dengan Day Pass tapi kalau nak main go cart, kena bayar asing. RM35 untuk bermain go cart. Eh mana pulak dapat cermin mata hitam ni?. Dania kata ada sorang kawan dia siap-siap bawa 3 unit cermin mata hitam untuk Dania dan kawan pakai. Amboiii....Dania pun siap pakai stokin renang safa. Dalam air memang pakai stokin renang ni. Bawa spare jugak tu lepas mandi pakai yang baru. 


Cantik permandangan kat sini. Emerald Lake dan bukit batu kapur. Kawasan sini dulunya adalah perkampungan Orang Asli Temuan yang terletak di dalam hutan. Sekarang ni didirikan resort ala buluh yang sangat unik. 


Ini masa nak balik agaknya sebab semua pun dah bertukar pakaian yang lain. 


Bila Dania whatsapp kat saya kata bas dah berada kat Putrajaya, terus saya siap-siap untuk ke UPM. Elok je saya tiba masa Dania dah turun bas. 


Aktiviti yang menarik Dania kata sampai lenguh-lenguh la berendam dalam lombong tu. Sesekali nak kena pergi healing juga tak adalah asyik nak study ajer. Recharge balik. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Tadom Hill Resorts, Banting boleh ke https://tadomhillresorts.com Boleh datang sehari atau plan nak menginap kat sini. 

You alls dah pernah sampai sini?. Saya cuma pernah dengar ajer....





XOXO,
Ezna