Jumaat, Mei 23

Permandangan indah tasik putrajaya dari dalam 'Water Taxi'

Hari tu kami tak dapat naik Water Taxi di Putrajaya. Kali ni kami berjaya. Naik sebelum jam 6 petang lagi. Kami parking ni di Taman Botani. 


Nampak Masjid Putra. 


Seronok juga la bersantai dalam Water Taxi ni. Kami bayar tiket untuk ke jeti Anjung Floria. 


Best pula kalau bekerja di pejabat yang boleh tengok permandangan tasik ni. Tenang je. 


Video dari dalam Water Taxi. 


Hotel Zenith belah kiri. 


Jambatan depan ni sekerat je. Nampaknya belah kanan dan kiri tu akan disambung. Macam ada construction di kedua belah. 


Jambatan ni kalau lalu kat bawah macam bukan laluan kereta tapi macam ala ala laluan keretapi. 


Jambatan depan ni baru jambatan laluan kereta. 


Permandangan menjelang senja. 


Ikutkan kami ni tiba je kat laluan Anjung Floria kami akan turun bot la tapi entah macam mana, ada seorang cina ni kemain banyak cakapnya akhirnya dia dapat naik walaupun dah last boat sebenarnya. Akhirnya bila kat Anjung Floria tu yang bawak water taxi ni cakap boleh patah balik tapi setakat Cruise Tasik je sebab itu last stop dah. Kena parking water taxi kat sini. 

Taman Botani - Anjung Floria - RM7
Anjung Floria - Cruise Tasik - RM5

Kena tengok jadual kalau nak naik water taxi ni. 

Ni lah rupa water taxi kami ni. Naik je dari jeti ni dah boleh jumpa Masjid Putra dah tapi kena naik tangga dulu la ke atas. 


Sebelum tu haus la pulak dan saje nak kunyah jadi singgah minum dulu kat Old Town White Coffee. Ada 2 jenis roti. 


Roti stim dan bergula. Gulanya takdelah banyak. 


Boleh nampak tasik dari dalam ni. 


Ni bila kami dah naik atas. Cantik masjid ni. 


Lagi gambar Masjid Putra. Tak solat sini pun sebab kereta kami kat Taman Botani jadi kami nak cepat2 ambik kereta. 


Dari Masjid Putra order Grab untuk ke Taman Botani. Senyap je orang Grab ni rupanya Dania set Quiet Ride tapi ayah Dania rajin borak itu ini 😅


Dah ambik kereta dah. Tengok-tengok kereta kami je parking kat situ. Kereta lain jauh sikit. 


Terus la kami balik. Solat Maghrib kat rumah je. Memang tak jauh pun rumah kami dari Taman Botani ni. 

Puas merasa naik water taxi. 

 



XOXO,
Ezna

6 ulasan:

  1. Tak mahal sangat tambangnya tapi berbaloi-baloi dengan pemandangan yg indah.

    BalasPadam
  2. Wahhhh..Bestnya...Nnt nk kena try jgk ni...=D

    BalasPadam
  3. Menarik jugak dapat try water taxi ni. Saya cuma tau ada cruise Putrajaya tu je.

    Cantik Masjid Putra pada waktu malam.

    BalasPadam
  4. Bestnya pengalaman macam ni. Nak kena try ni, murah pun murahh. Sekali sekala play tourist dekat tempat sendiri kan?

    BalasPadam
  5. syok naik water taxi sambil tgk view tasik putrajaya...roti kapit butter tu fav

    BalasPadam
  6. ayah Dania peramah macam ibu dia juga...tapi, Dania nampak pendiam

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.