Jumaat, Mei 16

Ke Kuala Kubu ke kita?

Singgah solat pulak di Masjid di Kuala Kubu Bharu. Besar masjidnya. 


Settle solat, depan masjid ni ada Cendol Pak Samat. Cuaca pulak masa ni terik sangat.....jom kita...


Tapi....saya order ABC. Kongsi dengan Dania. Hubby order Cendol. 


Nampak tak bangunan depan tu? Tu lah Masjid....dipisahkan dengan jalan besar je tapi nak ke seberang sini kena berhati-hati sebab banyak kereta. 


Order jugak goreng pisang dan keropok lekor. Goreng pisang ok, keropok lekor pulak banyak tepung dari isi ikan. Teringat masa kita tak boleh keluar dulu zaman PKP tu....saya siap buat keropok lekor lagi. Punya teringin nak makan ya....


Masa tengah makan-makan, hubby teringat tak bayar lagi telur masin kat Warung Atap Hijau. Boleh pulak teringat. Masa bayar dia kata ada makan salai itik tak? tapi hubby cakap tak cumanya terlupa ada makan telur masin. Telur masin dibuat daripada telur itik kan?....nak patah balik jauh la kan....

Gigih la saya mengoogle no telefon dan akhirnya bila bercakap nak bayar. Bagi QR code so boleh terus transfer duit telur masin tu.....Warung Atap Hijau kata halal....halal....banyak kali halalnya tu. Bukan kita tak nak bayar kan....tapi terlupa. Akhirnya halal ya makan telur masin tu. Kena call juga sebab akan jadi darah daging kan.....

Itu je la citernya....terlupa nak bayar telur masin. 😅





XOXO,
Ezna

 

14 ulasan:

  1. Ooo..hihi..
    Tapi betul tu Kak Ezna..dah jadi darah daging kena usahakan jugak nak membayar kan..nasib baiklah zaman sekarang banyak cara nak cari kedai...Alhamdullillah Kak Ezna dapat settlekan.....

    BalasPadam
  2. Pekena cendol/ ABC time panas² memang heaven la 😋
    Bagus skrg ada info no tel, qr dsbnya kan... Sy pun pernah makan tp terlupa bayar, cedok hati ayam seketul tp Acik tu tak perasan kot. 50 sen je tapi esok tu pegi bayar semula. Gelak Acik tu, dia kata takpe je tak perasan pun. Tapi kita ni la risau bab² gini kan.

    BalasPadam
  3. cuaca panas layan cendol & abc tu sejuk tekak

    BalasPadam
  4. terlupa kan, tapi Alhamdulillah diperingatkanNya semula, kita bab makan ni memang aka jaga sebaiknya kan Ezna :)

    BalasPadam
  5. Saya beli pasembor hari Jumaat mggu lepas...dah sampai depan rumah baru teringat x bayar lagi...menonong balik...cashier tu pun senyap x panggil suruh bayar...google no telephone ...call suruh hantar QR code...

    BalasPadam
  6. Alamak..nasib terigt sis...Part keropok lekor tu..Sy pun pernah buat sendiri masa PKP...=D

    BalasPadam
  7. Nasib baik zaman sekarang pelbagai kemudahan..... Syukur

    BalasPadam
  8. syukur dh dikira halal tu :) terlupa tu tak leh nak elak esp jenis sistem mkn2 lps tu baru byr

    BalasPadam
  9. sungguh la betul jika melibatkan makanan ni, walaupun seringgit nak juga bayar, kalau tidak akan rasa tak tenteram.
    kita pernah terpecahkan sebiji telur dlm sepapan 30 biji telur. lepas tu kita tinggal dan ambil lain. balik tu rasa tak best, esoknya pergi balik kedai tu bayar sepapan telur even dak kaunter tu cakap, telur tu memangnya dah rosak. dorang buang terus. kita suruh juga dia ambil duit kita.

    BalasPadam
  10. suami saya suka keropok lekor yang banyak tepung, kalau saya suka yang ori dari terengganu yang banyak ikan tu.

    BalasPadam
  11. Goreng Pisang, keropok lekor dan cendol/ABC, memang lah sedap time panas2. Alhamdulillah rezeki dihalalkan telur masin tu. Kami pun pernah lupa bayar satu makanan, bayar yang besar2 je. Kuih kecik terlupa. Alhamdulillah tak jauh, patah balik. Toke kedai kata tak payah lah.

    BalasPadam
  12. Bab makan ni kita kne jadi org yg jujur tk kisahlah berapa harga makanan tu. Alhamdulillah tokey halal kan, tkyah jejauh nk pusing kedai semata nk bayar telur masin hehe

    BalasPadam
  13. SA sakit tekak semula lepas makan cendol time panas Sabtu lepas..hahaha.. tapi ni dah ok la..xde sampai batuk ..risua gak sebab tonsil SA kan sensitif..betul bab makan kena jujur..sebab jadi darah daging kan

    BalasPadam
  14. Saya juga pernah kelupaan bayar kerupuk. Langsung balik lagi dengan Raka 😄😄. Untungnya tak jauh sangat.

    Sayang Lekor nya kebanyakan tepung ya kak. Tapi mungkin kalo saya beli, tetep akan suka, secara jaraaaaang sangat makan Lekor 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.