Nak dijadikan cerita, lepas Dania habis kelas....saya bawa kereta nak ke emart24 yang baru buka kat UPM ni. Dania kata nak beli aiskrim. Ada masa dalam sejam kot sebelum online test.
Masa bawak kereta entah macam mana....ternampak ada benda melayang tapi tak sure apakah benda itu. Tiba2 ada dengar bunyi seret kat bawah kereta. Sudah.....apakah bunyi itu?. Sekali bila parking ada seseorang tegur saya. Nampak macam student. Payung saya ada terbang, lepas tu kereta langgar payung tu.
Nampak dia tunduk camtu?. Bukan saya melanggar ya. Seram pulak kalau salah faham. Enjin kereta pun dah dimatikan.
Ini lagilah macam kena langgar ya....tak bukan.....dia tengah tengok payung dia yang tersekat bawah kereta saya. Nak capai jauh ke tengah.
Akhirnya....kejadian payung yang terbang dan saya melanggar payung tersebut. Kena seret sampai koyak. Kesian pulak. Dia letak payung kecik ni untuk lindung phone dia. Dia letak payung ni kat motor dia. Sekali....payung ni terbang daaa....
Kalau tengok kat shopee harganya dalam RM5 dan ke bawah. Mujur juga tak mahal sangat. Tapi....tak sampai hati saya tengok muka muram tu yang banyak kali dia ulang saya tak salah. Maknanya saya la tak salah. Dia kata payung dia tu yang terbang. Saya pun macam serba salah juga tengoknya.
Ni masa masuk emart24. Punya panjang barisannya. Mulanya ada ambik roti dan Dania nak beli aiskrim. Tak jadilah sebab nak online test. Takut tak sempat pulak.
Next time je lah singgah emart24 ni. Tak ke mana pun emart24 ni haaa...tengah hangat ni kita tak payah pergi. Ada beberapa meja dan kerusi juga kalau nak makan kat sini.
Sempat ke tiba rumah?....sempat....awal 5 minit dari masa test. 😅. Sebelum buat test Dania cakap ok ummi bye bye....hehe...nak bagitau jangan kacau tengah test la tu.
XOXO,
Ezna
eh, comelnya payung tu. ada yg lebih kecil lagi kan? gigih dia ambil juga.
BalasPadampart dania say goodbye tu shooookiut!
ringkas je cerita kak ezna kali ni.
Payung tu memang comel. Kalau kita bawak basah gak kita masa hujan. Gigih dia ambik tu. Akak idak la sebab kena tertonggek baring camtu...buruk pula akak yang buat. Hehe. Hehe nampak nau citer akak selalu panjang2 ya...
Padampayung kecik? tak pernah nampak lagi...
BalasPadamYa payung kecik untuk letak kat motor kemudian nak lindung phone dia tu.
PadamSyukur payung tu jatuh bawah kereta/ di tanah. Risau kalau payung tu terbang belah depan, lindung pemanduan kita.
BalasPadamBaru buka ye e-mart situ? Area Batu Caves ni ada satu rasanya. Ingat² lupa pulak 😅
Ya PH payung dah terbang kat depan cumanya dia cepat2 jatuh ke jalan cumanya masa memandu tu tak tau la apa yang terbang tu.....ah ah baru buka emart24 dalam UPM ni dan sesak sungguh dengan student. Hehe
PadamKesian pulak ye gigih dia ambik payung bawah tu. Memang rasa serba salah pulak kita kan. Kenapa dia tak letak hp dalam poket atau beg ye. Lindung dengan payung je.
BalasPadamItulah nak jadikan cerita. Mungking payung tu dipasang tak kemas pada motor dia. Gigih dia ikut kereta sampai parking.
Padamkiranya payung tu yg terbang ke arah ur car so memang u tak salah laaa..alahai mcm2 hal la plakkkk..1st time i tgk payung kecik gitu hahahah
BalasPadamPayung ni comel je you tapi I ada la ternampak 'something' melayang kat depan tapi tak nampak dengan jelas benda apa yang melayang. Kecik je payung ni. Sebesar kucing je payung ni.
Padamkalau orang tak baca habis memang dah salah anggap da tu hihihi....
BalasPadamMemang dah. Awal2 dah explain. Kalau tengok gambar je macam saya pulak yang melanggar dia....BUKAN.....dia tengah nak ambil payung yang tersekat bawah kereta.
PadamAlhamdulillah semua tak ada apa2, payung lekat bawah kereta je, takut payung terbang dan cover cermin depan semasa driving. Takut jugak hujung payung kalau tajam.
BalasPadam