Sabtu, Mac 29

Happy Birthday Hubby! Juadah berbuka hari keduapuluh tujuh

Alhamdulilah, hubby menyambu hari jadinya pada 28 Mac 2025. Mungkin hari jadi ini akan dikenang memandangkan abang kepada hubby meninggal pada 26 Mac 2025. 

Siap order nak makan apa dan kena bayar deposit sebanyak RM100 mengikut jumlah pax yang makan. Tempat kami makan di Serai Shaftsbury, Cyberjaya. Kami pilih lokasi ni sebab berdekatan dengan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah. Kalau nak dekat lagi kat Serai IOI City Mall tapi nak pergi Masjid tu agak jauh la juga. 

Masa kami ke sini, semua meja nampaknya penuh. 


Saya dan Dania siap berjubah sebab senang nak solat nanti. Hubby berbaju melayu. 


Ni order Dania. Sar Har Ying Yong. Tudia udang Dania. 


Close up sikit order Dania ni. 


Ini order Hubby. Nasi Serai. Bukan Serai pun tapi Serai tu merujuk kepada Restaurant Serai ni. 


Saya pula Spicy Thai Rice. Ada telur goreng, udang, acar timun, ikan bilis goreng, sambal dan kerabu mangga. 


Ini tambahan, 1 sirap bandung. Saya dan Dania minum air kosong je. Ini share la kami berdua.


Ini pula Pandan Banana Fritters. Ada ice cream vanilla dengan serbuk kekacang dan madu juga. 


Lokasi Serai Shaftsbury yang berdekatan dengan masjid ni memang memudahkan kami. Lepas makan, kami solat maghrib di sini seterusnya isya' dan terawih juga. Alhamdulilah. 

Ada seorang jemaah wanita berjubah dan berstokin tu dah lengkap dah tapi pakai tudung bawal dan menampakkan tengkuknya. Memang jarang. Saya beritahu orang sebelah jemaah wanita tersebut tapi elok pula dia solat juga tanpa pakai telekung 😅. Kita dah tegur kan....sebelah saya pun perasan dok tenung tengkuk jemaah wanita tersebut. Saya ingatkan saya je yang perasan. 


Lepas solat, hubby ajak moreh pulak....udah la pergi ke Pelita Cyberjaya tu. Saya tak order makanan kecuali air teh o ais ajer. Hubby order capati. Saya cuit la sikit. 


 Alhamdulilah untuk hari ini. 😊. Hari ni makan luar ajer tak payah masak. 
Ramai juga yang dah pulang ke kampung ya....kami di pagi raya jika tak ada aral melintang. Berhati-hati semua ya. Penat....rehat dulu. 




XOXO,
Ezna

3 ulasan:

  1. Mknn dania tu nmpk sedap sungguh! Sanah helwah to ur hubby.moga dipnjgkan usia yg penuh keberkatan

    BalasPadam
  2. meriah udang menu dania...lama tk mkn kt Serai...dissert kt sini kita suka pavlova..anyway happy birthday utk husband ezna

    BalasPadam
  3. Saya lagi sukaa beli jubah sekarang. Tp saya cari yg warna2 gelap, biar nampak slim hahahaha. Tak laah, biar mudah di mix and match.

    Dan memang jika nak sholat lbih mudah juga kan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Majlis aqiqah di Lamanz De Putra

Majlis kedua pula di Putrajaya.  Ada kanopi yang luas di sini tapi tempat duduknya di bahagian dalam. Kat luar ni ada sedikit ajer meja dan ...