Isnin, Mac 31

Rezeki dari jiran

Alhamdulilah dapat ni dari jiran. Dia bagi kat semua rumah taman perumahan saya. Sedap juga makan ni. Ralit....


Chocolate Chip Cookies ni jiran yang lain bagi sebab saya beri beliau sun melon. 


Alhamdulilah...rezeki jangan ditolak. 





XOXO,
Ezna


 

Selamat Hari Raya Aidilfitri!


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya sekeluarga. Mungkin blog ni senyap kot 2-3 hari. Tunggu saya balik sini baru update. Sementara itu, bersilaturrahim dengan ahli keluarga dan saudara-mara dulu. You alls balik mana tu?. Saya akan ke Alor Setar, Kedah dan Ipoh, Perak. 

Psssttt....terjumpa tengah jalan ke, R&R ke tegur la ya 😊





XOXO,
Ezna



Ahad, Mac 30

Last minute shopping

Sehari sebelum berhari raya, kami ke IOI City Mall. Ada lagi nak beli kat Watson ni haa....ingat kot nak bagi buah tangan kat rumah yang kami bakal kunjungi. Terjumpa pula gel mandian Watson RM6.40 satu botol. Beli la beberapa sebagai buah tangan. Berbaloi sebab 1000ml. Kebetulan ada diskaun pula.


Ada beberapa cucu saudara perempuan saya bercadang bagi lipstick. Tukar la dari bagi duit raya. Mereka pun dah masuk Uni. Tapi....ramainya orang kat IOI City Mall tu. Tengah nak tengok2 lipstick ada yang sibuk nak tengok lipstick juga. Dah la laluan bukannya besar sangat ya.


Ayah dia ada barang nak beli kat Lotus. Dania lepas beli cookies dia nak naik tingkat atas kat Uniqlo pula. Saya tak ikut sebab rasa letih pulak jadi duduk je kat tempat yang disediakan. Uncle sebelah saya tengok video kat phone dia punya kuat. Tak dengar agaknya....sabar je lah. 😅


Cumanya jalan nak ke IOI City Mall lengang la. Pergi dan balik tapi orang tetap ramai dalam IOI City Mall ni.



***Hari ni je ada 9 entries blog. Paling banyak keluar sehari....





XOXO,
Ezna

 

Pengisytiharan Hari Raya Puasa 1446 H / 2025 M

Berita TV1 start je dimulai dengan Pengisytiharan Hari Raya Puasa. 


Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dah nak announce dah. 


Tak syak lagi bagai dikata...kita merayakan Aidilfitri pada 31 Mac 2025. 


 Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. 
Berita TV1 habis awal la pulak. 15 minit dah habis beritanya.





XOXO,
Ezna

Juadah berbuka hari keduapuluh sembilan

Alhamdulilah, juadah berbuka untuk hari ini ialah ayam bakar. Saya marinate dengan bawang putih, bawang merah, madu, ketumbar biji, serbuk kunyit, serbuk cili, sos tiram, serbuk lada putih, sedikit garam dan sos cili. Bila nak bakar dalam oven,...letak sikit minyak atas ayam. 


Bayam tumis. 


Ada stok daging lagi sebab nak makan dengan.......


Ketupat palas yang beli kat Putra Mart, UPM. 


Ada limau bali jugak. Hubby bawa dari kampung masa balik baru-baru ni....


Insya Allah selesai dah post juadah berbuka puasa kita untuk tahun 2025 ni. Kejap lagi tunggu pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja ya. Alhamdulilah tahun ini juga saya gigih memasak untuk berbuka. Pat on my back.....Yayyyy.....tak masak beriya tapi ada la....😊





XOXO,
Ezna

 

Juadah berbuka hari keduapuluh lapan

Alhamdulilah...tak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Saya dah siap-siapkan daging masak Pah ni untuk dimakan raya nanti. Boleh la jadikan sejuk beku. Jadinya lauk berbuka alang-alang ada daging ni kita berbuka dengan yang ini. 


Ada sup ni lagi. 


Kali ni hari puasa ke 28, saya masak nasi serai lagi. Alhamdulilah.





XOXO,
Ezna

 

Juadah berbuka hari keduapuluh enam

Ada burung puyuh yang dibeli dari Putra Mart, UPM. Ni setelah siap direbus. Nak buang kulitnya. 


Saya jadikan sambal tumis telur puyuh. 


Ada juga sup ala cina yang ada carrot, cendawan tiram, ayam, telur puyuh, taburan daun sup dan daun bawang dan last sekali masukkan telur untuk tekstur bertali tu. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Cili merah dipotong nipis pun ada. 


Alhamdulilah. Inilah menunya untuk hari ke 26. 





XOXO,
Ezna

 

Juadah berbuka hari keduapuluh lima

Hari ni sangat la simple saya cuma masak telur masak kicap dengan kentang. 


Ikan masin letak cili kering dan bawang besar. 


Ini pula sun melon yang saya beli dari Putra Mart. Manis betul sebenarnya. 


Simple je hari ni. Kami berbuka berdua ajer sebab hubby balik kampung. Nak perabih cepat2 entry berbuka ni sebabnya macam dah tak berapa nak ingat masak apa sebabnya post keluar lewat sikit. Hehe. 





XOXO,
Ezna

 

Singgah Tealive dalam UPM | Tealive x Mofusand

Lepas ke Putra Mart, kami menuju ke dalam main campus sebab nak singgah Tealive ni. 


Ada kolaborasi dengan Mofusand. Dania minat karakter Mofusand ni. 


Dania nak kumpul sticker Mofusand ni. Comelnya....


Beli air awal sikit tapi kami berpuasa ya. Malas nak keluar lepas berbuka sebenarnya. Nak nak hubby masa ni dah kat kampung sebab abang sulung meninggal. 


Lengang je UPM ni sebab pelajar ijazah kebanyakkan kelas online. Tinggal pelajar Asasi. 


Tiba kat rumah, singgah menghantar sun melon kat jiran. Ni anak jiran ni bakal pengantin bulan Ogos nanti. 


Kelas Dania jam 5 petang online, kami tiba rumah 3 lebih macam tu. Alhamdulilah. 





XOXO,
Ezna

 

Jualan di Putra Mart UPM

Nampak ada iklan jualan di Putra Mart UPM kat Instagram jadi saya ajak la Dania pergi. Kebetulan lepas kelas tu nak ke kelas seterusnya dalam beberapa jam lagi. Sempat la selitkan aktiviti ke Putra Mart. 😅


Ada jualan susu Farm Fresh. 


Aneka kerepek. 


Saya beli ketupat palas tu. 


Telur puyuh pun beli jugak. 


Ternampak nama Dr. Dania kat board. Hehe. 


Harga jualan Pusat Pertanian Putra. Ada 1kg daun salad berharga RM6 baru je harvest. Saya nak beli takut tak terhabis sebab banyak. Adacendawan tiram, telur masin, pisang nangka, 


Masa kami pergi tu tak ramai orang. Pagi tu ada jual daging rusa, daging ayam, daging lembu tapi masa pergi macam dah tak ada. 


Puas hati beli hasil dari UPM ni. Ada juga dari orang luar yang berniaga kat sini. Ada juga saya beli sun melon (tembikai matahari). Takde pulak dalam gambar. 





XOXO,
Ezna

 

Baju pengantin pun cantik digayakan

Ada awal tahun ni...beberapa bulan jugak la...Wanzar ada buat clearance baju2 pengantin dia. Memang cantik2. Bagi saya baju pengantin Wanzar ni bukan hanya sesuai digayakan masa majlis perkahwinan sahaja tetapi majlis konvokesyen ke, majlis makan malam ke etc pun sesuai juga.

Kemudian ternampak ada gambar pakai pakaian baju pengantin untuk konvokesyen. Kalau tengok corak jubah tu dah tau la konvokesyen kat mana. Ni konvokesyen di UPM. Jubah UPM berwarna merah. Jadi....naik seri betul dengan warna baju putih ni. Cantiknya bagi saya. 

Semua gambar-gambar dari facebook Wanzar ya


Tambahan this girl ni memang cantik. Pakai warna apa pun cantik. Kalau tengok hud yang dipakai berwarna hijau ni samada dari Fakulti Pertanian atau Fakulti Alam Sekitar. 


Lagi gambar.....cantik kan?. Merah dan putih ni memang boleh naik serinya. 


Maybe baju pengantin yang ni rasanya this girl pakai. Cuma kena potong kat bahagian kain supaya tak meleret. 


Diantara baju pengantin yang clearance masa tu ialah Hudda ni. Lace kat bawah baju dan bawah lengan. Potongan kurung Pahang dan berbutang bulat di bahagian depan. Butang tu hiasan je sebab ada zip di belakang baju. 


Bahagian atas tu dari Duchess Satin. Material agak keras dan bahagian bawah pula lace dengan chiffon. Material ni flowy.  


Harga clearance masa tu tak lebih daripada RM100. Harga asalnya RM359. Ada juga perincian manik kat lace tu. Potongan kurung pahang ni manis sangat2 dan sopan sebab labuh. 


Bagi saya memang cantik betul dan harganya memang terbaik masa tu lah. Sekarang ni dah sold out dah pun Hudda ni. 


Tidak keterlaluan potongannya. Manis je. Gaya dia simple je. Tak dipenuhi lace satu baju. Kain pula jenis bersusun kat belakang dan polos. Boleh juga dipakai untuk majlis yang lain. 


Jadi....saya beli ke tak?. Ya saya imagine Dania yang pakainya. Macam rugi kalau tak beli. Pakai bila tu nanti kita fikirkan. Hehe. Jadi memang beli la ya. Saya tak kisah pun kalau fesyen ni fesyen Wanzar yang lama. Bila tengok depan-depan, Ya Allah memang cantik sangat. Dania pun kata cantiknya. Jadi dah masukkan dalam sarung baju yang bertutup dah pun. Alhamdulilah. 

***Gambar semua diambil dari facebook Wanzar. Kalau berminat boleh la ke website wanzar.com.my



XOXO,
Ezna



 

Sabtu, Mac 29

Juadah berbuka hari keduapuluh empat

Juadah kali ni saya cuma masak sayur sahaja memandangkan daging masak Pah saya masih ada. Daging ni kalau reheat lagi....lagi sedap. Macam rendang la juga. 


Sayur sawi dengan udang. 


Ada kuih dari Rumah Kueh Kak Zu. 


Specialnya sebab dalam nyiru dan dilapik daun pisang. Ada 8 jenis kuih. Alhamdulilah. 


Rezeki untuk hari ke 24. Alhamdulilah. 





XOXO,
Ezna



Juadah berbuka hari keduapuluh tiga

Juadah berbuka hari keduapuluh dua tak ada sebab saya berbuka kat luar yang Marrybrown tu. Makanya untuk hari ni saya buat daging masak Pah saya. 


Ada martabak. 


Daging masak Pah saya ni makan dengan acar timun dan nasi serai. 

Resipi Nasi Serai :

1. Blend 2 serai, 1 serai lagi diketuk
2. Blend juga 3 daun pandan, 2 daun pandai disimpul
3. Bawang merah dan bawang putih mayang halus
4. Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. (Rempah 4 sekawan). 
5. Mentega atau Marjerin atau Minyak sapi. Pilih la salah satu.
6. Beras ikut berapa pot kita nak buat dan siap basuh. 

Serai yang blend, 1 serai diketuk, air daun pandan blend (kita nak airnya sahaja. Hampas ketepikan), 2 daun pandan yang disimpul tu masukkan dalam periuk nasi. Perasakan dengan garam. Sementara itu, bawang merah dan bawang putih tu ditumis dengan mentega / marjerin / minyak sapi sehingga naik bau kemudian masukkan 4 sekawan. Dah naik bau semuanya transfer ke dalam periuk nasi. Tambah la air ikut sukatan beras tu. Masak la seperti biasa. Ada juga yang masukkan santan tapi saya tak masuk pun. Ini pun sedap jugak...Alhamdulilah. 

Inilah kejadian nasi serai tu. Wangi bila tengah masak tu sebab ada bau serai dan bau daun pandan. Nak makan dengan ayam masak merah pun kena jugak....


Oh ya ada karipap yang dalam tu ada telur jugak dan....roti Baghdad / Roti Khurasan / Roti Goreng. Kulit luarnya pakai kulit popia. Bila makan tu krup krap bunyinya. 


Hubby kata sedap nasi serai ni. Alhamdulilah....senyum la saya ya. Bulan puasa ni nasi lemak pandan, nasi ayam, nasi minyak dan nasi serai saya dah buat. Nasi apa lagi nak cuba....mungkin next nasi tomato pulak. Kena beli puri tomato la macam ni. 





XOXO,
Ezna