Sebelum ke UPM, makan chicken dan Mac & Cheese wrap. Dalam ni ada cheese, buah tomato, daun salad, bayam, sos thousand island. Isi ayam dan Mac & Cheese kena ada la. Mac & Cheese ni saya dapat idea dari Subway. Dulu2 masa makan Subway...dia ada masukkan Mac & Cheese dalam roti tu. Kali ni, kita masukkan dalam wrap.
Dania dengan kotak pen. Ummi suruh bagi sorang satu untuk 1 kelas. Dania kata ada student exchange dari Jepun nama Tokui Ayaka ambik subjek Agricultural Economics. Boleh bagi ke?. Ummi kata bagi je la. Dah satu kelas pun walaupun hanya untuk kelas ni je. Moga dipermudah untuk Dania menjawab soalan dengan asbab bagi pen ni. 😍
Tudia notes Dania. Teringat masa ummi belajar dulu2. Sama macam ni la notes saya. Ummi siap ajar macam mana nak lipat jadi banyak page. You alls pernah buat tak?. Bila nak exam, baca tajuk ajer untuk ingatkan balik apa yang kita belajar tu.
Hantar balik tempat semalam. Final exam paper ni dari 11.30 pagi - 1.30 petang.
Gap dengan paper kedua belah petang cuma 1 jam. Ikutkan boleh je naik bas dari main campus nak ke fakulti kan tapi saya rasa takut tak cukup masa je sebab nak makan lagi dan nak solat lagi. Kalau saya ambik, dalam perjalanan Dania dah boleh makan Mac & Cheese yang saya prepare siap2 masuk mangkuk tingkat. On the go camtu.
Petang ni pula paper Animal Agriculture. Bila ambik Dania, eh eh dapat pula makanan yang Wazan (Pusat Pengurusan waqaf, zakat dan infaq, UPM) provide. Dania kata nak makan yang ummi masak. 😅. Dah yang ummi masak memang favourite Dania...
Mac & Cheese ada buah tomato, bayam, ayam dan cendawan butang. Kalau Mac & Cheese ni memang Dania suka sangat.
Kejap je Dania makan. 😅. Lapar sama lepas menjawab paper pagi. Ni parking dalam kawasan Masjid UPM. Makan dulu baru gi solat.
Selesai makan, Dania solat jap kat masjid.
Ok...ni dah hantar ke Fakulti dah. All the best Dania untuk Animal Agriculture. 😊. Tiba 20 minit awal dari waktu nak mula exam. Gap 1 jam dari 1.30 petang - 2.30 petang tu tak lama. Nak makan lagi, nak solat lagi.
Ok lepas ni gap jauh sikit iaitu Isnin, 10 Feb 2025 baru ada paper Turkish Language. Lama sikit la masa nak study Turki ni.
End of day 2 Final Exam. 😅
XOXO,
Ezna
Tentu Dania dapat jawab dengan tenang sebab ummi yang hantar dan makan masakan ummi.
BalasPadamItu juga yang ummi dia harapkan Ujie. :)
PadamTu dia nota dia..takut tgk sbb teringat zaman belajar dulu hahaha... Alhamdulillah ummi nya buat mknn sedap..insyallah all the best dania..
BalasPadamOh rajin buat nota juga la tu. Kalau nota budak perempuan kena colour2 sikit. Hehehe. Terima kasih :)
PadamAll the best Dania.
BalasPadamSekarang ni dah musim student exam.
Ya betul. UITM dan UIA pun tengah final exam.
PadamAlahai..Tgk nota warna warni tu terigt nk mase dkt kolej dulu...Separuh kertas kajang utk simple note tp padat dgn colorful ..I loike =)
BalasPadamHehe....nota orang pompuan. Warna-warni tak lari lepas tu pen pun macam2 warna ada. :)
Padamgood luck Dania...
BalasPadamThanks Linda :)
PadamAll the best utk dania! zharfan tinggal satu paper jer lagi ie on sunday 9/2 ni
BalasPadamWahhhh seronoknya Zharfan ada lagi 1 paper. Dania ada lagi 2 paper. Gap dia jauh2 pulak tu. All the best buat Zharfan ya.... :)
PadamDulu saya saat belajar, memang lebih suka pakai buku. Pernah coba tulis dinotes macam itu. Kelebihannya Krn saya tulis, jadi cepat hapal juga. Tapi terkadang saya malas nulisnya 😂. JD langsung lah baca dan hapal dari buku 🤭. Dan lagi saat belajar accounting sebenarnya LBH banyak praktek drpd hapal.
BalasPadamMA dulu pun suka buat nota colorful ...
BalasPadam