Jumaat, Januari 31

Menyapu halaman...

Nak menyapu halaman untuk sapu daun-daun kering. Kalau tanam pokok kemboja ni daun-daun dia senang gugur. Ada 3 pokok kemboja tinggi kat rumah saya ni. 

Elok menyapu, terjumpa benda alah ni dan plastik makanan rapu. Siapa lagi yang buang kalau bukan bebudak yang main depan rumah ni. 


Haaa close up sikit. Nak bina kereta la apa la dengan benda alah ni. 


Gotong royong anak beranak. Menyapu ni pun boleh keluarkan peluh juga. Rumah saya nak kena menyapu tepi rumah sebab ada kawasan sikit, belakang dan bahagian depan. Rumah saya juga kategori redup sebab banyak pokok-pokok rendang. Kalau banyak pokok-pokok nak kena rajin menyapu daun-daun kering jugak. 😅


Tidak la menyapu halaman setiap hari, tunggu masa dia. Letak plastik daun-daun kering depan rumah dan akan ada lori taman datang ambik. Seminggu sekali atau dua minggu sekali datangnya. 





XOXO,
Ezna

Sikandar Ka Muqaddar | Netflix

Filem ini diterajui oleh :

Jimmy Sheirgill sebagai IO Jaswinder Singh
Avinash Tiwary sebagai Sikandar Sharma
Tamannaah Bhatia sebagai Kamini Singh
Rajeev Mehta sebagai Mangesh Desai

Mengisahkan kes curi 4 butir berlian di dalam pameran. 3 suspek akhirnya menjalani soal jawab oleh IO Jaswinder Singh. IO Jaswinder Singh pada mulanya mengesyaki Kamini dan seorang lagi trader batu permata bernama Mangesh Desai. Kamini mati-mati cakap yang dia baru je bekerja di situ. Seorang lagi suspek bernama Sikandar yang merupakan seorang yang pandai membaiki komputer. Dalam sesi soal jawab teruk juga Sikandar ni dikerjakan oleh polis Jaswinder Singh ni. Diantara ketiga-tiga suspek, polis ni mengatakan Sikandar yang bersalah tetapi tidak ada satu pun bukti menunjukkan yang Sikandar bersalah. 

Ada kisah di mana akhirnya ibu tunggal yang bernama Kamini bercinta dengan Sikandar Sharma. Setelah 15 tahun, polis bernama Jaswinder ni masih obses dengan kes kehilangan berlian ni dan memulakan siasatan semula. Sikandar pula pada masa yang sama bekerja di Abu Dhabi. Akhirnya Jaswinder mengatakan akan meminta maaf depan Sikandar atas perilakunya sebelum ini. Dulu kan masa dalam tahanan Sikandar ni diseksa oleh Jaswinder sebab Jaswinder nak Sikandar mengaku mencuri berlian. 

Movie ni ada plot twist sedikit. Siapa sebenarnya yang mencuri berlian?. Saya berikan 4/5 untuk movie ini. Penat saya memikirkan siapa yang mencuri berlian tersebut sebenarnya?. 





XOXO,
Ezna








 

Khamis, Januari 30

Selesai sudah Hanyang International Winter School Session A 2024/2025

Selesai sudah Hanyang International Winter School A 2024/2025. Walaupun pre recorded online tapi kena komited juga. Kena selesaikan tengok video pengajaran Dr. Jason Bechervaise sebanyak 40 lebih videonya. Dr. Jason kata kena habis tengok video sebelum 9 Jan 2025. Jadi kena pandai-pandai la bahagi masa. Tak masuk lagi yang Dr. Jason suruh baca. Tak boleh lajukan video 2X speed sebab nanti dikira menipu. 

In between ada mid term test dan final test. Kalau boleh jangan dapat markah bawah 59 sebab 0-59 tu kiranya markah F = Fail. Kena tengok semua video dan jika ada 2 @ lebih video tak tengok pun dikira fail sebab kehadiran dikira berdasarkan video yang ditengok. Jika tak hadir pun tak boleh dapat cert of completion juga. Kena lulus barulah akan dapat cert of completion. Dania dah hantar ke fakulti dah untuk makluman dan Dania ada la merit antarabangsa. 

Academic Transcript ni susahnya nak faham macam mana nak print. Kena install apps dia baru boleh print. Lepas tu bila keluar arahan in Korean. Mana faham beb. 😅. Tapi kebanyakkan in English (arahan in english pun confuse sebenarnya 😅) walaupun arahan suruh click OK in Korean. Setelah berbalas email dengan International Office Hanyang barulah akhirnya boleh print tapi susah juga sebab print kat luar jadi kena install apps tu. Kena tunggu la lama sikit. Lepas selesai semua barulah uninstall apps ni kat komputer kedai tu. 

Mereka macam kawal academic transcript ni supaya tak print lebih daripada 1. Kalau print lebih, kena bayar in Krw (Won). Tak ada PDF disediakan juga. Memang susah la sebenarnya nak print pun. 

Dania berjaya dapat 86.7 / 100 dan gred B. Kalau kat UPM 86.7 ni dah A. Kat Hanyang, 95-100 baru A. Tinggi la grading system dia. Mujur kat Malaysia grading system tak setinggi sana. 


Dania pun email juga lecturer yang mengajar untuk Winter School ni nak ucapkan terima kasih. Lecturer ada bagitau kat kelas kalau nak jumpa dia kat Hanyang University Korea, nak tanya apa-apa pun boleh. Silakan. Kalaulah student join mobilty kat uni di sana. 


Terima kasih Dr. Jason Bechervaise. Banyak ilmu tentang kebudayaan, perfileman Korea yang Dania tahu. Dr. ada mentioned suruh menonton filem The Host & Train To Busan untuk soalan final exam. Peminat K-Drama dan filem Korea mesti minat kursus ni. Kursus Dania ambik ni 'From Oldboy to Squid Game : Navigating The Korean Culture Wave' (Korean Studies). 

Bila search QS Ranking 2025 untuk universiti di Asia, Hanyang University di atas Universiti Putra Malaysia pada kedudukan 19 dan 20. Hanyang University juga Top 10 Universiti di Korea. Pernah saya bercakap dengan lecturer UNIKL bahagian pelajar tajaan untuk ke universiti di Korea ni beliau kata Mara kalau nak taja pelajarnya ke Korea di Top 10 Universiti pada tahun semasa.  


Selesai sudah virtual mobility ni. Alhamdulilah. Moga ada rezeki join mobility di Universiti mereka pula satu hari nanti. 





XOXO,
Ezna
 

Hadiah hari lahir buat kawan

Hari Lahir kawan yang Dania baik masa SMK dah makin tiba. Tarikh lahirnya 10 Feb 2025 nanti. Siap dah hadiahnya masuk kotak dah. 

Kotak dan shredded paper ni memang pernah dapat masa hari lahir Dania dulu jadi guna je kotak yang ada. 


Kita masukkan kesemua hadiahnya dalam ni. Ada Rom&Nd Lip Velvet Tint, Emina Lip Cream, Tony Molly face mask, Zawara eyebrow pencil dan Lovisa bracelet. Kecik-kecik je hadiahnya. 

Harap-harap Zalilah suka la ya. 


Kemudian ikat dengan ribbon hitam ni. Memang sekali dengan kotak ni. 


Sedia awal-awal sebab time birthday Zalilah tu Dania sibuk nak final exam. Lagi pun tak jauh dah tarikhnya. 





XOXO,
Ezna

Rabu, Januari 29

Masak apa tu?

Dah lama tak buat ayam masak merah, kita buat. Kali ni resipi saya ikut Che Nom tapi ada juga bahan saya tambah. Ada bahan yang perlu dimasukkan untuk mewangikan ayam masak merah ni. Nak tahu apa?. 

Resipi :

1. Ayam 
2. Serbuk kunyit
3. Garam secukup rasa
4. 1 tangkai daun kari (saya masukkan 3 tangkai sebab ada tanam daun kari)
5. Air asam jawa
6. 3-4 sudu besar sos cili
7. 1 biji bawang besar potong bulat 
8. 1 keping gula melaka saya tukarkan kepada gula perang
9. 2 sudu besar sos tiram.
10. 3-4 sudu besar sos tomato
11. 4 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis)

Bahan Kisar :

12. 1 biji bawang besar 
13. Halia sebesar ibu jari
14. Bawang merah
15. Bawang putih
16. 2 batang serai 
17. 13 biji cili kering (ikut tahap kepedasan) direbus baru dikisar.

Ayam letak serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng. Letak tepi dulu kemudian tumis bawang besar, 4 sekawan dan daun kari. Sebenarnya daun kari ni lah nak bagi wangi ayam masak merah ni. Setelah wangi dan naik bau, masukkan bahan kisar. Bagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa, gula perang (atau gula melaka), sos tiram, sos cili dan sos tomato. Last sekali masukkan ayam yang kita goreng tu. Perasakan sikit dengan garam. 

Boleh la dihidangkan. Memang wangi la ayam masak merah kita ni. 


Ada pula telur dadar ni. Tak tahu kenapa jadi macam ni sebab terlebih kacau agaknya sebelum masuk dalam kuali. 


Ada pula daun salad dalam peti jadi lauk la dia. 


 Alhamdulilah dapat masak untuk keluarga. 





XOXO,
Ezna

Tudung Ruffle hadiah buat adik2

Bila tengok Tudung Ruffle X Wardah ni cantik, saya pun beli juga untuk adik-adik. Biar merasa juga tudung yang cantik ni. Kita sama-sama ada tudung cantik. 

Saya buat pembelian online ajer di tudungruffle.com. Biar surprise bila tudung ni tiba kat rumah. Adik No. 2 saya pilih Tudung Ruffle X Wardah in Fleur Espresso. 

Cantik modelnya pun. 

Credit : Tudung Ruffle

Tudung ni ada corak ribbon yang besar. Sweet la bagi saya. 

Credit : Tudung Ruffle

Tudung adik No. 3 saya pula, saya pilihkan Tudung Ruffle X Wardah in Laura Everlast Pink.

Kalau tadi ribbon besar...yang ini ribbon kecil pula. 

Credit : Tudung Ruffle

Kat tengah tudung yang putih tu ribbon. 

Credit : Tudung Ruffle

Harap adik-adik suka sebab kakaknya memang suka sangat dengan koleksi ni. Wardah ni adalah Wardah Cosmetics yang berasal dari Indonesia. Didatangkan juga dengan pouch dan pin ribbon.

Bila sampai je Tudung Ruffle kat adik-adik saya suruh ambil gambar sebab nak tengok pouch yang dapat tu dan pin. Rupanya pouch tu lain dari yang saya dapat. Pin pun bukan ribbon tapi huruf TR (Tudung Ruffle). Pouch ni mengikut Tudung Ruffle X Wardah mana yang dibeli sebab ada Fiorella, Laura, Fleur dan Evelyn. 

Adik saya ni Fleur Espresso. 


Ini pula pouch Laura Everlast Pink untuk adik saya lagi seorang. Kalau tengok pouch dia mengikut corak pada tudung. 


Seronok dapat menggembirakan orang tersayang!. 





XOXO,
Ezna

Selasa, Januari 28

Makan @ Taman Warisan Pertanian

Masih di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya....ada band pula buat persembahan kat sini. 


Lagu Ella. 


Ni kat food court dalam Taman Warisan Pertanian. Ada juga sate Hj Samuri tapi masa ni tak bukak lagi.  


Dania makan ayam gepuk.


Saya makan laksa ikan seekor. 


Roti John untuk hubby. 


Nak duduk kat luar pun boleh. 


Bila turun kat tangga ni akan terbau, bau bunga yang wangi. 


Bau bunga ni dari bunga kenanga yang ditanam di sini. Orang dulu-dulu ada yang letak kat dalam bedak sejuk untuk disapu ke muka. Nak bagi bedak sejuk tu wangi. 


 Lepas tu takde ke mana jadi balik la kami...





XOXO,
Ezna

People's Market @ Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Berkesempatan untuk ke People's Market di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. 


Jom la tengok apa yang ada kat sini. Banyak yang jual baju preloved. 


Kalau pandai pilih, ada yang elok2 seperti jaket ni hanya RM20. 


Ada juga jual makanan seperti ini. Bau dia punya wangi bila lalu kat tepi. 


Makanan yang dijual lagi. Silakan membeli. 


Ada kain batik direntangkan macam ala ala bumbung. 


Aksesori juga ada dijual di sini. 


Elok je ni jual baju berwarna putih. Susun berderet kat sini. 


Dania kat tangan tu ada beli something tu. 


Singgah pula tengok seluar. 


Harga dia berpatutan sangat. 


Meh la ke People's Market @ Taman Warisan Pertanian, Presint 16 Putrajaya. 
Hari : Ahad
Jam : 8 pagi - 3 petang

Mana tahu....ada satu item yang you alls berkenan untuk dibeli.... 😁





XOXO,
Ezna

 

Isnin, Januari 27

Breakfast berdua

Terlepas pula post yang ni. Masa ni breakfast berdua lepas hantar Dania ke Fakulti pada 21 Jan 2025. Cantik awan pagi ni. 


Hubby tapaukan untuk Dania sekali. Hari ni ada amali di ladang penyelidikan jadi mesti lapar.


Hubby makan nasi goreng dengan lauk ikan masak lemon. 


Saya pula 3 pisang goreng. Pisang ni sedap. Tak tahu pisang apa dengan set sup cendawan dengan garlic bread. 


Teh O Panas dan Teh Tarik juga. Total dalam RM14++. Ok la kan...





XOXO,
Ezna

 

Menambah koleksi Tudung Ruffle

Lepas makan, perut kenyang kita ke Tudung Ruffle lagi. Eh kenapa ramai betul hari ni?. 


Ramai influencer la pulak. Saya dan Dania sibuk nak membelek tudung. Ramai pula kat kedai ni. Ramai pula yang sedang buat video dan ambik gambar. Dania ada nampak @fa.ieren jugak. Ummi tak kenal la. 


Tudung yang sempat dibelek. Tak lama pun kami kat sini sebab agak rimas. Kedai tak besar mana tapi orang lak ramai. Tudung ni saya belikan untuk Dania. Soft je warna dia. Tepi tu warna pink. 


Warna ni pun cantik. 


Ni warna terang sikit berbanding atas tapi masih manis sebab design berbunga. 


Warna kelabu pulak.


Tambah lagi koleksi tudung ruffle. Hehe. Harap2 tak nampak la muka masam depan kaunter tu sebab masa saya nak membayar tu sibuk pulak nak buat video dengan nak membetulkan kedudukan phone lagi. Nak berlakon lagi, Haihhh la....Harap tak masuk la dalam TT ke IG muka orang tu ya. 😆. Lama juga saya tunggu tu. Apa salahnya saya bayar dulu ye tak?. Dania pula lepas pilih dia keluar sebab dia kata tak nak masuk pula muka dalam media sosial orang lain dan dia rimas ramai pula dalam ni. Kedai pulak tak besar mana pun. 

Tambah lagi la koleksi tudung Ruffle saya dan Dania. Dah ikut sekali belikan sehelai untuk Dania jugak. Ummi adil kan? 😃.

Dania kata kalau ada event dengan influencer, tutup la kedai tu nanti bila kita datang penuh je kedai tu. Sale pun kena buat jugak kan Dania....kalau tutup, sale tak jalan pulak. 





XOXO,
Ezna 

 

Celebrate semester terakhir tahun 2024/2025

Selepas siap mengurut di Thai Odyssey, saya dan Dania pun sepakat nak makan kat Dubuyo.


Masa Dania jalan sorang-sorang tu sempat pula dia beli keychain Mofusand ni. Suka betul dengan karakter ni. Siap letak kat beg duit dah. 


Air kami order yang sama iaitu Peach Tea. 


Dania order Soondobu Jigae Chicken dengan set dia ada nasi dan 3 condiment. 


Saya order Tteokbokki. Kenyang makan macam ni pun. 


Ok dah kenyang. Nak ke mana2 tak? 



***Hari ni bermulanya Study week selama seminggu. Moga Dania dapat menelaah pelajaran dengan khusyuk. 





XOXO,
Ezna