Selasa, Disember 31

Kendurian di Tiny House Tapah, Perak

Pada cuti Hari Krismas baru-baru ni, hubby selaku AJK Surau mendapat jemputan dari ex Pengerusi Surau untuk kendurian di tiny house beliau di Tapah, Perak. Mulanya dalam group AJK Surau tu macam tak ada sambutan je sebab maklumlah mungkin masing-masing ada hal masing-masing kan....sekali ada orang initiate dengan tentative lagi. Dari tak ada yang respond sehingga jadi dalam 30 orang pulak.

Akhirnya terjadilah potluck pada hari tersebut. Beriya saya buat sandwich telur dengan 1 jumbo Gardenia. 


Mee bulat sebab takde mee sanggul. 


Air dari bekas yang SA bagi ni pun tak dilupakan. Setia dibawa kalau travel jauh sikit. 


Kami dalam kereta. 


Lalu kat Luge Gamuda dan bila tanya Dania katanya nak repeat lagi. 


Dah tiba Perak dah. 


Laluan ke kebun. 


Risau juga tak tiba-tiba lagi ni. 


Ok dah tiba dah. Ni group muslimat. Nampaknya saya dan Dania diantara yang termuda kat dalam gambar ni. Hehe. 


Lagi gambar. Ni kiranya area beranda kat luar tiny house ni. Lantainya kayu. 


Group muslimat. Of course la takde gambar saya sebab saya tukang ambik gambar. 


Group muslimin. Maaf gambarnya gelap sikit. 


Dah namanya kebun durian. Jadinya...ini durian yang jatuh malam sebelumnya ke paginya. 


Rambutan pun ada. 


Ni kat dalam rumah. Saya kagum sebenarnya bukan sebab apa....tuan rumah...Hj Khairul yang bina rumah ni sendiri. Kata isterinya Kak Wan Nur Iza....rumah ni disiapkan hampir 2 tahun. Bina sendiri ya....Di dua bahagian rumah ni ada tempat tidur macam ni kat bahagian atas. 


Ni kat dalam rumah menghadap ke luar. 


Kak Iza tengah keluarkan ais sebab nak letak air twister yang kami bagi ni. Laku keras juga air ni. 


Tempat memasak menghadap luar. 


Makanan potluck yang disediakan. Ada mee rebus tempahan tuan rumah. 


Atas meja ni pun ada. 


Saya dok repeat la ambik cucur tu. 


Rendang dengan pulut kuning pun ada. Selain tu sambal tumis. 


Jom kita intai di bahagian luar pula. Memang hijau di sana-sini la kat sini. 


Sihatnya ulam raja ni. 


Ada jaring juga disediakan jadi durian jatuh kat jaring ni la. Ada la 2-3 buah jatuh kat jaring ni. Hubby dapat 1 buah yang besar juga kat jaring ni. Alhamdulilah. 


Ini pula tandas bata merah dengan konsep estatik dan ........


Tandas konsep terbuka.....πŸ˜… masuk tandas ni dan nak mandi ke boleh menikmati keindahan alam semulajadi. Siapa berani?. Hehe


Ni bila saya dan Dania turun dari area Tiny House tu menuju ke sungai. Tiny House ni atas bukit. Sungai agak deras dan keruh musim hujan.


Ni Kak Iza tunjuk gambar sungai masa air jernih. 


Cantiknya air sungai kan?. Jernih sampai nampak batu-batu dalam sungai. Berbeza sungai hari kami datang tu. 


Ada pokok paku pakis kat sini. Geramnya rasa nak petik pucuk tu haa....


Ada juga beberapa pokok ditanam berdekatan dengan sungai. 


Jambu air pun ada. 


Close up sikit....


Pokok-pokok yang masih kecil. 


Tiny house yang terletak di atas bukit. 


Kerusi kayu ni pun silap-silap tuan rumah yang buat. 


Sebelum balik, sempat mengabadikan gambar bersama tapi bukan semua yang bergambar ni.


Lagi gambar....errr belakang saya bukan hubby saya ya....hubby saya baju biru tu. Hj Khairul dan Kak Iza belah kanan sekali. Terima kasih kerana menjemput kami. Alhamdulilah. Cantik kawasan sini, makanan pun sedap. Baju hitam kat belakang saya tu pula imam kat surau kami. 


Setiap keluarga dibekalkan pucuk paku. 


Dan juga petai. Hubby kata petai kat kebun sini juga. 


Dan.....jeng jeng...tentulah buah durian. Ada 7 biji semuanya. Alhamdulilah. Durian kat luar ni durian yang baru je jatuh kat net masa kami datang tu. 


Seronoknya kalau ada kebun buah-buahan ni kan?. Kebun orang pun rasa teruja sangat-sangat...inikan pula kalau kebun sendiri. 

Kepada Hj. Khairul dan Kak Iza...terima kasih kerana menjemput kami ke sini. Terima kasih juga buah tangan. Saya ada juga bagi jagung yang saya beli dari kawan Dania tu. Pun fresh dari ladang sebab baru petik sehari sebelum Krismas. 





XOXO,
Ezna


 

Ke Alamanda ke kita?

Dah lama pulak tak pergi food court Alamanda ni. Nak makan karipap dia sebab sedap. Ada telur dalam karipap ni. Masa ni anakanda kat washroom. Lepas tu datang sini pun sebab ada hal nak ke Maxis Center tu haa....kalau kat IOI City Mall tu cuma dealer je. Kita bergambar berdua je la ya...


Lepas tu singgah la tengok2 kasut lagi kat Parkson dalam Alamanda tu. Masih sama ya tengok2 je. Tapi tu la agaknya orang perempuan ni tengok2 je pun dah bahagia. Hehe. Apatah lagi kalau beli ya....


Kat Maxis Center pun hanya tanya je takde apa2 yang berlaku. Takde ambik pakej baru ke apa ke....lepas tu kami balik la.....





XOXO,
Ezna

Isnin, Disember 30

Menyiapkan projek berkumpulan

Pada hari ahad 22 Disember 2024, Dania kena singgah Kolej Serumpun sebab sama2 nak buat projek kat kertas manila. Kalau group work kena participate la kan. 

Kami datang ni lepas saya breakfast dengan Dania kat Q Bistro. Ayah pula sibuk dengan aktiviti Kudah dengan gang2 surau kena membersihkan kawasan kami ni. Kat Q Bistro ni selain makan2 saya suruh tapau juga roti canai asing dengan kuah2 untuk setiap satunya. Boleh pulak dia kata boleh ke sekalikan kuah dan sekalikan roti canai? Saya kata tak boleh sebab rumah lain2. Kalau nak explain bebudak ni bilik lain2 panjang lak kena explain. Lepas tu datang lagi kat saya boleh ke sekalikan roti canai tapi kuah asing? Saya tegaskan sekali lagi tak boleh sebab rumah asing2. Dia buat akai2 kata orang ramai. Tak sempat nak buat. Tapi kami datang diantara yang terawal juga. Orang tak berapa ramai masa kami datang dan pekerja kat Q Bistro ni memang ramai (nampak berborak je tu...hmmm). Alasan nak cepatkan kerja dia je tu sebenarnya. Nak buat macam mana....kalau bebudak tu satu bilik ok la....ni lain2. πŸ˜…

Ok aunty bekalkan breakfast dan barang-barang kraf hasil lebihan dari hias kelas Dania masa sekolah dulu. Lebih tu nanti bagi Dania balik so boleh la guna untuk projek kelas yang lain pulak. Hantar Dania ni dalam 8.45 pagi kot. 


Banyak Dania nak kena bawak ni tapi nasib baik kat atas tangga ni je perjumpaannya sebab ada meja dan kerusi. Boleh la buat kerja. 


Hari sebelumnya ada la Dania print gambar organ berwarna tu kat kedai. Ni lah diantara hasilnya. Kalau gegirl bab menghias ni tak risau sangat. Tahulah mereka kan?. Ada lelaki seorang juga kat group Dania ni. Ada seorang pelajar dari China juga dalam group Dania yang kurang faham Bahasa Inggeris. 

Kalau tengok keliling kertas berwarna putih tu siap ada bentuk lagi. Mungkin gunting pakai gunting berbentuk tu. Tulisan Prolactin hijau tu tulisan Dania. 😊


Kalau group work ni selalu saya tak kisah nak bagi barang2 yang saya ada sebab apa-apa pun nanti anak kita juga nanti akan dapat markahnya. 





XOXO,
Ezna

Mencari Thermometer Digital

Lepas balik dari Burgerman ni lalu la kat tepi highway. Nampak la bumbung tempat Dania buat amali. Pearly si anak kambing ada kat situlah. Kat kawasan berdekatan tempat Dania menanam rumput Ruzi dengan kawan-kawan. Kalau rumput Dania tumbuh dengan baik, ada la markah tambahan. Mereka tak perlu jaga pun rumput tu. 


Nampak lembu2 dilepaskan di luar untuk meragut rumput. Tu sebabnya kawasan UPM ni luas sebab ada ladang-ladang. Belum lagi ladang buah-buahan...


Tujuan kami lalu highway dan masuk ke tol UPM sebab nak ke Sri Serdang. Nak singgah ke Big Pharmacy. 

Dania nak mencari thermometer sebab nanti nak kena ambil suhu haiwan. Mungkin kambing atau lembu. Jadinya di bawah ni thermometer yang kawan2 Dania beli dari pharmacy yang lain2. Ada brand Fore Health, ada brand Rossmax. Harga ada tertera di situ. Lecturer suruh cari yang dijual di pharmacy. 


Ini pula brand Omron. Boleh tahan juga harganya tu. Tengok pharmacy mana kawan Dania beli....


Sebelum beli, saya ada survey di internet dan ternyata di Big Pharmacy ni harga thermometer dia murah sikit. 


Tengoklah harga thermometer kat Big Pharmacy ni. Rata2 harganya RM20++ berbanding Constant dan Caring. 


Ini pula brand Medisana. Harganya pun RM20++. 


Akhirnya beli brand Omron MC-343F di Big Pharmacy dengan harganya RM27.50 berbanding di Constant Pharmacy dengan harga RM40.50. Tinggal 1 je stoknya. Dania kata kawan2 dia borong ke sebab Sri Serdang ni yang paling dekat dengan UPM tu. πŸ˜…. Beza Omron dengan Omron 2 lagi tu, yang ni boleh dilentur jadi bila masuk kat rectum animal tu boleh la lentur ikut rectum animal tu. πŸ˜…. Macamana la Dania nak masukkan tu ya sebab lecturer kata jangan masuk straight sebab nanti akan kena saluran πŸ’©animal. Kena sengetkan sikit. Haihhhh nak imagine pun saya tak reti. Tunggu Dania update nanti. 


Nak kena survey harga juga sebab dengan brand yang sama dan no siri yang sama boleh dapat harga yang sangat berbaloi. 





XOXO,
Ezna