Sabtu, November 30

Fakta tentang sarang burung

Burung akan bina sarang yang mempunyai laluan yang palsu untuk mengelirukan haiwan pemangsa. Fakta ni saya dapat pada facebook di post 'Earth Wonder'. Rupanya laluan kecik tu laluan utama burung bukan laluan yang besar tu. 

Credit : Facebook

Ada pulak yang komen : 

'And the snakes don't access the internet to learn about this, so the nest might be ok' 😅

(Ular tak tengok internet jadi sarang tu akan baik-baik ajer.)

Credit : Facebook

Haiwan pun ada akal nak mengelirukan pemangsanya supaya koloni dia selamat. Unik kan? 





XOXO,
Ezna

Jumaat, November 29

Teringin ikan apa tu?

Masa nak ambik Dania kat main campus, ada laluan yang diletakkan kon dan depan Bangunan Canselori tu dah naik dah beberapa khemah. Tak lama lagi UPM nak konvokesyen dah pada 30 November - 6 Disember 2024. Dok fikir nak masuk lagi ke dalam untuk kelas Dania pada 3 Disember dan 5 Disember 2024 nanti. Masa tu banyak la laluan kena tutup ni. 😎

Akhirnya sebab saya dah lama tak makan ikan pekasam dan ikan patin....maka......ke Johan Patin Temerloh, Bandar Baru Bangi la kita. Lagi satu nak pergi hantar kain dekat rumah kawan saya nanti. Ok lepas ni saya cerita. Elok je ada parking depan kedai. Jangan lupa bayar parking ya. Kat sini memang rajin penguatkuasanya. Tak bayar kang dapat 'surat cinta' pulak nanti. Kena install apps Flexi Parking. 


Masa ni tengah menunggu ikan patin. Tengah masak lagi tapi adik tu kata tak sampai 10 minit la. Alhamdulilah ada ikan pekasam dan saya ambil daun salad dan tomato ceri lepas tu tempoyak. 


Ikan patin dihantar terus ke meja. Saya memang minta bahagian ekor. 


Total semua RM35.50 termasuk teh o ais dan teh o ais limau. Dania pada mulanya kata tak nak la makan ikan patin. Lepas tu ummi tengok bertambah je ikan patin dalam pinggan sekali dengan kuah tu. Ummi gelak dalam hati je la. 😆. Mana taknya ikan patin tu panas-panas lagi dalam periuk besar baru masak. Sedap la nak makan panas-panas dengan nasi. Semua habis kecuali ikan pekasam tu saya ada tapau la.

You alls makan ikan patin tak?. Ada orang tak lalu nak makan....






XOXO,
Ezna

 

Ada yang belanja di Rumah Kueh Kak Zu

Adik saya Elza ke UNIKL MFI (Malaysia France Institute) untuk hantar anaknya nak exam UKKM. Exam kemasukan untuk ke MRSM pada hari Sabtu baru-baru ni. Lepas tu teringin nak makan kat Rumah Kueh Kak Zu sebab adik saya ni tinggal bukan area Kajang/Bangi ni. jadi dia dan anak saudara saya lagi seorang bernama Zharif pun makan la kat Rumah Kueh Kak Zu. Macam ajak saya juga tapi akhirnya saya ke Rumah Kueh Kak Zu. Tau je la bila kat rumah dah tu nak keluar macam malas je. Hehe. 


Adik saya belanja ni....ini pun dia kata cukup ke ni? Nak tambah lagi?. Berpada-pada la ya walaupun sibuk suruh saya beli air juga 😅. Suruh tambah tu bukan jenis perli ya memang betul-betul suruh ambik itu ini. 


Mementanglah first time datang sini saya skodeng apa la yang adik saya beli. Maruku pun ada. 


Kuih-muih dan makanan yang sedia untuk dimakan. Nasib baik adik ipar saya takde jadi tak segan la nak berborak. 😆


Ha tudiaaa.....ambik juga kuih serabei dengan kuah durian ni. Saya pun ada ambik juga sebab susah juga nak jumpa. 


Ini bahagian saya yang adik saya belanja. Kurang dari apa yang adik saya Eja nak bayarkan. Alhamdulilah. Terima kasih Eja. Moga Allah kurniakan rezeki berpanjangan. 


Adik saya ni penyegan sikit jadi saya ambik gambar dia sipi-sipi je la ya. Zharif pula sibuk dengan handphone dia biarkan mama dia dan aunty Ena dia ni ha berborak. 

Kejap je pun jumpanya sebab adik saya nak fetch Zharfan yang habis buat exam UKKM tu pulak kat MFI. Tak boleh nak tunggu kat MFI sebab MFI buat style drop and go. 

Masa kat sini, nasib baik kami jer yang duduk. Lain-lain tapau ajer. Rancak sikit la nak berborak. 😅. Adik saya kata nak Lalamove dari Rumah Kueh Kak Zu ni ke rumahnya lebih kurang RM30. Jadi, alang-alang dah tiba dia memborong la pulak. 

Moga ada rezeki anak saudara saya Zharif dan Zharfan ke sekolah yang terbaik buat mereka. Bukan sekolah yang terbaik buat mama dan papanya ya. Hehe. Tapi....adik saya ni susah berpisah jugak ni....kita tengok perancangan Allah bagaimana ya?. Kita cuma merancang ajer. Alhamdulilah....setakat peringkat Ijazah ni Dania masih dekat dengan saya....peluang berjauhan tu ada masa Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Matrikulasi tapi tu lah....allah dah tentukan perjalanan anak kita kan?....





XOXO,
Ezna

Khamis, November 28

Hot Frosty | Netflix

Watak utama dilakonkan oleh Lacey Chabert dan Dustin Milligan.  Genre komedi romantik movie ni. Ia mengisahkan Kathy seorang yang single dan sunyi kehidupannya selepas kematian suaminya. Pada suatu hari berjalan dan ternampak ukiran manusia yang diperbuat daripada salji. Ukiran manusia ni diapit oleh kedua ukiran salji yang mengenakan selendang. Maka Kathy pun pakaikan selendang panas dia kat ukiran manusia tu. Kemudian, bila Kathy ambil gambar...ukiran salji tu macam bercahaya di mata.

Credit : Google

Malam tu ukiran manusia salji tu hidup. Dia lari dari anjing dan orang tua tiba-tiba dia terlanggar cermin kedai pakaian dan cerminnya pecah dan akhirnya dia pun ambil la overalls dan kasut untuk dipakai dari kedai tersebut. Kathy pula ternampak 'Jack' ni yang bercakap dengan ukiran yang lain dan offer untuk makan di kedainya. Jack cakap yang dia paling ingat Kathy letak selendang tu kat tengkuknya dan Kathy ambil gambarnya. 

Sementara itu, seorang Sheriff sibuk la menyiasat kes kedai yang dikatakan pecah masuk tu walaupun owner kedai kata dah memaafkan kerana Hari Krismas bakal menjelang. Jack ni pula cepat belajar walaupun dia cuma ukiran patung salji (snowman macam Olaf) je. Tengok TV je dah boleh masak dah. 😅. Ya Jack masak pizza. 

Saya bagi 3.5/5 la untuk filem ni. Santai je movie ni takde la tembak-tembak ke aksi bergaduh ke apa. Movie pun simple ajer dan straight forward. Selalu kalau movie pasal Hari Krismas ni memang selalunya happy ending. 

Saksikan apa kesudahannya ya. 






XOXO,
Ezna





Pelajar Animal Science menanam rumput Ruzi

Dapat gambar ni dari Dania. Dalam dua minggu sekali untuk subjek Animal Agriculture kena pergi ladang. Kali ni kena tanam rumput Ruzi. Nama panjang rumput ni Brachiaria Ruziziensis. Rumput ni diantara rumput yang diberi kepada animal. 

Tukang ambik wefie ni pelajar dari China (depan sekali). Jauh merantau nak tuntut ilmu. Ingatkan cina Malaysia rupanya dari China jadi tak faham la kalau cakap Bahasa Malaysia. 


Setiap satu group kena tanam di dalam tali yang disediakan. Sempadan group ditandakan dengan tali. Kat belakang ni pun nampak tali-tali tu. 


Memang kena pakai topi ya untuk mengelakkan panas. Bucket hat Dania tu kiranya boleh cover keliling kepala. Kalau pakai topi biasa tu hanya cover depan je la. Belakang dia tak cover. 


Alhamdulilah nampak Dania enjoy la apa yang dia buat. 


Bersyukur jika anak enjoy apa dia buat. Nak paksa teruskan program lama macam tak adil juga sebab hatinya memang berat ke arah Animal Science. Ada kawan saya tanya kenapa....Dania tak boleh buat ke program sebelum ni? Saya kata kalau tak boleh buat takkan sampai 2 sem dapat sijil dekan....ni bukan pasal tak boleh buat tapi minat. Bila pergi kelas je sebab kena pergi kelas bukan sebab happy pergi kelas. Ada beza dua ni. 

Kali ni memang nampak la kesungguhan tu jadi saya sendiri sebenarnya yang suruh Dania tukar program kalau betul-betul minat. Dania dia tak nak tukar pada mulanya sebab tak nak ummi dan ayah susah sebab dah 2 sem kiranya katanya wasted la apa yang belajar. Tapi...bagi saya 2 sem kiranya ilmu yang extra la sebab bila masuk Animal Science, mereka tak belajar apa yang Dania belajar tu....Dania dah ada extra subject seperti Business Law, Intro to Food Science, Farm Practice (yang tanam pokok jagung dan sayur tu), Agribusiness Accounting, Agribusiness Management. 

Cumanya bila tukar program ni nanti grad lewat setahun la dengan kawan-kawan satu batch kecuali kawan-kawan yang ambil program Dr Perubatan dan Dr Perubatan Veterinar. Mereka akan grad sekali sebab program mereka pun 5 tahun. 

Tak apalah kan lewat setahun pun kalau dah minat, teruskan ajer. Pejam celik pejam celik sebenarnya setahun tu kejap ajer. Dalam menuntut ilmu yang baik ni tak ada yang rugi pun. Buat yang terbaik macam program sebelum ni. Insya Allah...Dania boleh!!!. 





XOXO,
Ezna

Rabu, November 27

Cara untuk menutup akaun simpanan di Bank Rakyat

Dulu pernah Dania buka akaun simpanan Bank Rakyat sebab kononnya nak masuk Matrikulasi. Matrikulasi ni dapat tahu dulu keputusannya dari UPU. Nak tak nak bukalah akaun ni dulu. 

Jadi, memang tak masuklah Matrikulasi kat Kolej Matrikulasi Melaka sebab dapat tahu dapat masuk Asasi Sains Pertanian kat UPM. Lagi dekat...hehe....jadinya akaun simpanan Bank Rakyat ni memang idle la sebab sebelum tu kerja part time kat FOS selepas SPM kena buka akaun CIMB. Duit masuk dalam CIMB. 

Tak nak banyak-banyak akaunnya....jadi Dania pun tutup la Bank Rakyat ni walaupun pegawai Bank Rakyat kata kalau dah ada akaun biarkan buka sebab memang nak buka akaun sekarang ni agak susah sebab bank nak elakkan buka akaun sebab nak jadi akaun tumpang je untuk scammer. Actually mana-mana bank pun susah nak buka akaun ya. Latest Dania buka akaun Ambank tu ya allah....banyaknya tanya. Mereka juga perlukan banyak dokumen tambahan. 

Cara-cara : 

1. Kena menghadirkan diri ke cawangan yang kita buka akaun Bank Rakyat. 
2. Bawa bersama kad ATM dan kad pengenalan. 
3. Tandatangan borang dan jawab soalan pegawai bank kenapa kita nak tutup akaun. Dania jawab sebab tak masuk Matrikulasi jadi pegawai bank akan tanya masuk institusi pengajian mana sekarang.....


4. Kad ATM akan dipotong. Nampak elok lagi walau dah dipotong ya....


5. Tunggu nombor dipanggil untuk urusan di kaunter dan kita akan mendapat balik duit yang kita masukkan di dalam Bank Rakyat. 


Mudah je kan?. Cukup la ada 3 bank CIMB, RHB yang wajib buat untuk pelajar universiti awam dan Ambank masa kerja FOS masa degree (FOS tukar bank pula. Masa kerja lepas SPM tu CIMB). 





XOXO,
Ezna

Bila penyanyi yang mengajar Bahasa Mandarin

Kat UPM ni, kena aktif juga kumpul sijil kalau ada rezeki nak dapat beberapa anugerah seperti Anugerah Universiti atau Anugerah di Fakulti. Pelajar yang serba boleh dalam kokurikulum, penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan dan cemerlang dalam pelajaran yang akan dipilih dahulu. 

Jadi, masuk je la mana-mana yang mudah dan tak mengganggu pembelajaran contohnya seperti ini. Webinar ni diadakan online sahaja pada hari Sabtu. Kerjasama oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) & Koperasi Siswa (KOSISWA) UPM. Kadang-kadang ada aktiviti yang dibuat pada hari kuliah. 

Jadi siapa yang mengajar tu?. Penyanyi yang bernama Meer Nash yang mengajar. Pandai ke Meer Nash mengajar Mandarin?. Rupanya Meer Nash ni atau nama sebenarnya Muhammad Shahmeer Bin Mohd Nashrul dilahirkan oleh ibunya seorang berbangsa Cina dan ayahnya seorang Melayu. Oh patut la pandai cakap Mandarin sebab Meer Nash juga belajar kat sekolah cina. 

Ok juga la yuran yang ditawarkan cuma RM18. 



Tak ramai yang join dalam 20 orang je kot lepas tu nama Dania Yasmine kena panggil oleh Lǎoshī Meer Nash untuk tengok jawapan Dania pada latihan yang diberikan. Nama penuh disebut sebab ada seorang lagi yang bernama Dania. Bila saya tanya...boleh jawab ke tu?. Lǎoshī Meer Nash kata jawapan Dania betul. Tapi....punya malu2 nak cerita. Sabar je lah. Mentang2 cikgu pun handsome ya?. 😁

Photo ni Dania screenshot kat IPad. 

Sedikit lagi intro tentang Meer Nash ni. Beliau merupakan graduan bidang perakaunan dari UITM Puncak Alam, Selangor. Di awal penglibatan bidang seni, beliau dari kumpulan VOTEz dan akhirnya mengundur diri dari kumpulan ini dan bergerak secara solo. 

Wakil negara dalam The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition For Foreign College Student di mana beliau memenangi kemenangan peringkat Asia dan kedua peringkat global dengan memenangi Anugerah Kepetahan Terbaik dan Anugerah Populariti Terbaik. 

Menyumbang untuk runut bunyi bagi Filem Rise Ini Kalilah bertajuk Saya Anak Malaysia dan peserta I Can See Your Voice musim ketiga. 

Sebenarnya ikutkan saya tak kenal sangat la tentang Meer Nash ni sehinggalah saya nak cari lagu untuk diletakkan bersama reels instagram untuk percutian keluarga di Pulau Pangkor pada Februari tahun ni. Lagu bertajuk Permata. Bila jenuh tak boleh nak buat reels ni langsung tak jadi reels Pulau Pangkor ni 😆. Pernah dengar nama tapi tak pernah la dengar lagu kat TV ke apa ke....

Ini e sijil yang Dania dapat tu...


Moga ada lagi penyertaan yang ada e sijil ni. 






XOXO,
Ezna




Selasa, November 26

A&W dan Bata

Bila dah mula ada selera makan, nak makan waffle dengan ice cream la pulak. Jadi, pergi la A&W ni haaa....


Haaa tudia....kena makan masa waffle ni panas sebab bila sejuk tak sedap dah. 


Onion ring ni Dania suka sangat.


Dalam set Dania ni ada curly french fries sekali. 


Chicken burger. 


Sementara Dania nak singgah tempat lain, berpisah kejap la. Dania ke tempat dia nak pergi...saya tunggu kat Bata je nak tengok kasut-kasut kat sini. 


Ni macam kasut ballerina ni. 


Selesa nampaknya kalau tapak macam ni. 


Bata Comfit dengan design yang tersendiri.


Dah lama dah Bata di pasaran dari 1894 lagi. Dulu punyalah ingatkan Bata ni dari Malaysia ya sebab time saya kecik-kecik ni nampak brand Bata ni. Bukan....Bata bukan dari Malaysia tapi dari Republic Czech. Republic Czech pula negaranya terletak di Eropah. Pengasasnya bernama Thomas Bata. Tu yang Bata dapat namanya. Generasi ke sembilan pembuat kasut dalam keluarganya. HQ Bata ni pula kat Lausanne, Switzerland. 


Kat Bata ni hanya cuci mata semata-mata. Lepas tu tumpang la tempat duduk ni ha. Hehe...buat-buatlah tengok kasut. 😆





XOXO,
Ezna

 

Hello Kitty dan Christmas Ornaments

Bila dah dekat nak christmas ni paling best ialah promosi dan barangan yang diperagakan. Banyak barang-barang comel. Ni kat kedai Typo. 


Ada tema Hello Kitty pulak. Dania dah beli dah kalendar Typo yang dalamnya ada voucher penjimatan. 


Buku nota Hello Kitty. 


Lilin Hello Kitty. 


Alahai comelnya mug ni. 


Tumbler Hello Kitty tapi harganya tak murah. 


Semua mug ni comel. 


Tempat minum transparent Hello Kitty dan kawan-kawan. 


Ini pula bekas pensil. Besar pulak nak letak dalam beg tapi comel la. 


Cosmetic bag ni warna dia putih. Ada ribbon merah kat tepi. 


Macam-macam ada. 


Cermin Hello Kitty. 


Ini pula takde kena mengena dengan Hello Kitty. Ni marker ketam. 


Christmas Ornaments ni letak kat pokok krismas. Care Bears belah kanan ni saya tonton kartunnya masa kecik dulu. 


Ini pula Chip. Budak kecik yang disumpah jadi cawan. Ibu dia teko. Satu castle kena sumpah disebabkan Prince dia. Ni dalam citer Beauty and the Beast. 


Care Bears lagi. 


My Little Pony ni pun saya tonton masa kecik2. 


Minnie Mouse....kalau ke Disneyland ada la karakter ni. 


Saya peminat Garfield masa belajar jadi masa kat UITM Dungun, cadar, sarung bantal, tuala dan ada juga 2-3 Garfield buat teman tidur. Hehe. 


 Kalau tengok perfume ke make up ke mesti ada promosi best sempena nak Christmas ni. 





XOXO,
Ezna