Khamis, Oktober 31

Item dari Korea Selatan tiba 3 hari je ke Malaysia | Shopee

Ini adalah diantara barangan yang saya order direct dari Korea melalui Shopee. Bedak debu ni memang saya dan Dania pakai. Innisfree No Sebum Mineral Powder. Ni berkolaborasi dengan Sanrio yang ada karakter seperti Hello Kitty, My Melody, Gudetama, Little Twin Stars dan banyak lagi. Nama karakter ini pula ialah Kuromi. Kalau google rupanya Kuromi ni ialah seekor arnab berwarna putih yang selalu bergaduh dengan My Melody. Kiranya seteru My Melody la ni. 

Tapi.....notty pun kenapa masih nampak comel?. 😅. Tiga ni Dania punya. Bagi nanti masa birthday. Rasanya memang tak ada jual kat Malaysia ni. Macam item ni hanya dijual di Korea. 


Item ni expired date dia masih lama iaitu 2027. Kiranya lagi 3 tahun la. 


Tengok la alamat penghantarannya memang dari Korea. Tapi....yang rasa kagum sangat ni....item tiba 3 hari selepas saya buat pembayaran. Pembayaran pula sebelum jam 2 petang. Kiranya saya order pagi. Hari yang sama juga barang saya tiba kat tempat penyaringan barangan di Korea. Esoknya dah naik flight dah ke Malaysia. 2 hari lepas tu barang dah tiba Malaysia dan hari ketiga barang saya dihantar ke rumah. Buat lagi kagum. Hari Shopee Express hantar barang tu hari ahad ya. Jadinya ahad pun barang jalan jugak. 


Rupanya memang ada jaminan 5 hari penghantaran untuk barangan dari Korea, China dan Indonesia. Mungkin sesetengah kedai sahaja. Kena tengok t&c la.  Shopee kata jika barang tak tiba lagi pada 30 Oktober, saya akan mendapat voucher percuma sebanyak RM5. Barangan saya tiba pada 27 Oktober 2024. 

Kalau minat nak check it out kedai Shopee dari Korea ni boleh la type Go To Korea Store
Selamat membeli!





XOXO,
Ezna

 

Selasa, Oktober 29

My Cat Expo Halloween Edition

Awas : Banyak gambar dalam post ni. 

Bagi pencinta kucing macam Dania tentu tak akan melepaskan peluang ke Pameran 'My Cat Expo Halloween Edition' yang terpampang banner sepanjang jalan berdekatan IOI City Mall. Hari yang ditunggu-tunggu kami bertiga ke sini waktu petang. Masa ni hubby nak cari barang dia kat Aeon, IOI City Mall tu. Saya dan Dania yang beratur. 

Errr line beratur macam ular.....panjangnya.....tapi cepat je bergerak line ni pun. 


Unik pulak bentuk bumbung IOI City Mall kat new wings ni. 


Dah dekat nak tiba dah Dania dan saya. 


Ada macam hiasan sawang kat My Cat Expo ni sebab temanya Halloween. 👻👻👻
Bayaran masuk RM5/pax. Dia akan bagi wet food sample kalau kita cakap ada kucing kat rumah. 


Kucing putih ni nampak sedih je. Tak silap kucing untuk kita bawa balik. Kita boleh adopt kucing ni. 


Bila pergi pameran kucing ni memang akan ada pengunjung yang bawa kucing sekali. Contohnya yang ni. Baik je kucing British Short Hair (BSH) ni. Gebu dan comel. Lupa pulak namanya. 


Ni anak kepada kucing yang atas ni. Comel.....saya dan Dania usap2 la kepalanya. Saya kalau kucing orang pegang berani la saya usap tapi kalau kucing yang dilepaskan tu aktif....jangan harap ya....Haha....takutttt.....


Comel anak kucing warna golden ni. For sale kucing ni. 


Kucing untuk kita adopt. Dipakaikan tali kat tengkuk warna merah jadi menyerlah pulak kucing baka biasa ni. 


Kat pameran kucing pun ada orang jual pizza. 


Treats kucing ni berbaloi harganya. 3 dengan harga RM16.50 dan dapat 1 free. Dania beli. 


Alaaaa cute kan?. Asal ambik gambar dia tengok tempat lain. 


Macam-macam warna untuk dijual kucing-kucing ni. 


Ada juga persatuan yang minta kutipan sumbangan untuk makanan kucing-kucing liar. 


Amboi majikan sungguh la. Tengok dia tu....


Amboiii sampai terpejam mata kena belai ya?. Princess kot namanya. 


Ada juga tempat untuk up close and personal dengan Alpaca. Alahhhh comelnya. 


Bayaran masuk RM10/pax. Kena sanitize tangan dulu sebelum nak bagi makan alpaca ni. Makanan yang disediakan ialah lobak merah yang dihiris halus. Oreo ni tengok je dan tak nak makan pun. 


Alpaca ni kuat makan. Namanya Coco. Cara nak bagi makan....letak berdekatan mulut Alpaca dan bila Alpaca dah gigit makanan di hujung kita kena lepaskan makanan tu. Haaa tu caranya nak bagi makan. 


Alpaca ni namanya Oreo. 


Ada juga seekor kambing Pygmy. Sejenis kambing yang dikacuk secara genetik. Saiz dia kecik walaupun dah dewasa. Kambing ni pulak aktif jalan sana sini sampai keeper ni kena jaga dia sebab saya kata takut dengan kambing ni yang aktif. Saya ni jenis geli. Dania nampak Pygmy ni cium2 kaki Alpaca yang nama Coco tu kemudian kena tendang. Hehe.....Bing..... aktif lagi Bing....

Keeper ni kata kambing ni suka perhatian (attention seekers). 


Mulanya Coco tu pun duduk tapi bila terkejut dengar bunyi belon pecah terus terbangun. Keeper kata Alpaca ni dibawa masuk berjalan ke dalam ICM ni bila orang tak ramai sebab Alpaca ni senang terkejut. Bunyi belon meletup pun dia terkejut. Boleh menyebabkan dia akan berlari laju. Cute pulak kalau dibawa masuk berjalan dalam mall tu haa...


Dania pegang Pygmy ni pulak. 


Gebu betul dia. 


Ini haiwan apakah ini?. 


Ferret untuk dijual. Ferret ni bila google adalah haiwan karnivor. Kalau karnivor ni dia makan daging. Kalau omnivor makan daging dan tumbuhan, kalau herbivor makan tumbuhan sahaja. Jenuh la nak bela haiwan ni sebab makan daging. Dah la daging semua mahal. 


Ada Llao Llao juga dalam ni. 


British Short Hair lagi. 


Ada itik juga. Cumanya nak tunjuk bulu itik ni cantik kalau guna produk fur booster ni. Dania macam geli-geli nak pegang itik ni sebab badan itik ni macam ada 💩 dia. Haha. 


Bergambar kat props ni sebelum keluar dewan. 


Props yang bertemakan hantu. Nasib baik dalam dewan tak jumpa orang pakai macam hantu tapi masa time beratur ada orang pakai costume ala dracula lepas tu pegang tangan plastik yang berdarah. Tapi....jauh la orang tu. Kalau dekat.......😭


Ni masa kat luar dewan. Nampak tuan kucing letak kucing atas tempat ni. 


Ada yang pegang jugak dia.


Ni owner pakaian batik untuk kucing ya 😁


Comelnya kalau kucing pakai baju batik. Tak nak beli ke untuk sedondon masa raya nanti? 😅


Boleh la search nama ni kat IG @myfurryfinds kalau berminat nak beli baju batik untuk kucing you alls. 


Comelnya kucing warna golden ni. gebu aihhh....


Kalau ada kawasan yang luas dan rezeki yang lebih boleh la beli banglo kucing ni ya. Mewah sungguh la.


Sebelum balik ambik gambar dengan kucing hitam ni haa....


Puas hati Dania dapat ke sini. Dapat tengok secara dekat dan memberi makan Alpaca dan dapat belai kucing. Terapeutik kerana ia membantu menenangkan kita. 






XOXO,
Ezna

Creamy Spicy Butter Clams ala Two Sons Bistro

Bila Dania suka makan Creamy Spicy Butter Clams Two Sons tu saya try la masak sendiri. Resipi saya google ajer. 

Bahan yang diperlukan :

1. Clams @ nama dia kepah. Baru tahu nama dia kepah dalam Bahasa Malaysia. 😅. Saya masukkan 1kg. Puas makan nanti. Rasanya harganya RM9/1kg. 
2. Serbuk Paprika.
3. Emping Cili (Chili Flakes).
4. Serbuk Lada hitam 
5. Mentega / Margerin
6. Cooking Cream 200g
7. Daun kari. Dah ada tanam kat rumah saya masukkan 5 tangkai.
8. Bawang putih blend atau dipotong halus.
9. Serbuk pati ayam. 
10. Garam secukup rasa
11. Parsley kering


Masukkan mentega / marjerin kemudian tumiskan bawang putih dan daun kari sampai la naik baunya. Kalau yang tak suka bawang putih dipotong halus ni boleh la blend ya. Kemudian masukkan cooking cream dan tambah air sikit-sikit sebab nak ikut kepekatan mana yang you alls prefer tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat. Kacau...kacau....kemudian masukkan la semua bahan yang lain kecuali clams. Masukkan paling last ya. 


Kuah saya warna kemerahan sikit sebab saya taruh banyak serbuk paprika nak bagi kick sikit sebab tak nak la rasa muak pula kan. Serbuk paprika ni bagi saya takde la pedas sangat pun. Emping cili pun sama. Ikut tahap kepedasan yang you alls nak. Saya taruh banyak juga emping cili ni. Last masukkan clam dan perasakan dengan garam. Bagi secukup rasa sebab dah ada serbuk pati ayam tu. Dah masak.....sedia untuk dihidang. 


Masa dalam proses masak tu suruh Dania rasa hmmmm.....sedap. Ok la pass la tu standard Dania. Hehehe. Ummi dia apa lagi rasa nak terbang je....bahagia la tu. 😍. Bila masak sendiri ni memang jimat berganda la kan. Lagi pun bahan-bahan dan cara masakan pun senang ajer. Cicah dengan roti mantao macam Two Sons pun sedap jugak. Dania cicah dengan roti Gardenia Butterscotch tu. 

Cubalah....





XOXO,
Ezna







Isnin, Oktober 28

Jualan hari gaji di UPM?

Lepas Dania habis kelas Bahasa Turki, nak balik la ni...lepas tu dalam perjalanan....


Ada nampak jualan depan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Dania kata setiap kali gaji akan ada jualan kat sini. Jom la singgah tengok apa yang ada. 


Apam balik ni buat Dania drooling. Takpe kita pusing dulu ya. 


Ada jual kentang jugak. Baby crab pun ada. 


Air nanas. 


Mami Penang mari tapi Mami ni bukan buat Nasi Kandar tapi semua yang penyet. 


Haaa tudia dah jalan-jalan dah dan singgah sini sebab Dania nak beli apam balik dia. 


Beli apam balik yang nipis tu. Balik rumah bila makan masih crispy lagi. 


Pendek kata banyak juga la makanan yang berlainan dijual kat sini. 


Beli aiskrim potong time cuaca panas ni memang best la. Tapi kami tengok je la. Tak terasa nak makan pun. 


Kalau king ni selalu saiz karipap ni besar. Nampak kan saiz karipap yang besar tu. 


Yong Tau Foo. 


Ada beberapa gerai juga jual tudung kat sini. 


Dah macam pasar malam pulak sebab jual baju anak kecil. 


Teringin nak makan yang mana?. 


Pengunjung ke sini. 


Akhirnya saya dan Dania nak makan yang ni....bukan ayam ni je tapi disalut cheese.


Samyang + Cheezy Chicken. Harap-harap takde la pedas sangat sebab pernah makan terlalu pedas ohhh.....


Samyang sedang disediakan. 


Balik rumah bila makan Samyang tu ok la rasanya. Dapat ayam 2 ketul. Mula-mula makan tu memang sedap tapi bila lama-lama muak dan akhirnya saya bagi Dania je Samyang dan seketul ayam. Maknanya tak semua la saya makan. 

Tengahari selalunya saya masak tapi takpe la hari ni kita tapau je la. 





XOXO,
Ezna