Jumaat, September 27

Ke Maha 2024 lagi dan rezeki

Dania kerja pagi jadi tengahari ni hubby dan saya je la yang makan. Hubby suruh masak simple je jadi saya masak Bok Choy kicap tiram. Saya ada menyuarakan nak pergi Maha kali kedua sebab nak beli dim sum. Top up saudara saya punya frozen dim sum. Kalau ada pau...saya nak top up pau kaya frozen. 


Sotong goreng tepung. Salut dia dengan tepung jagung, tepung gandum, telur, lada putih, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Tepung pula saya salut dua kali. Iaitu setelah disalut dengan telur dan tepung, kemudian bekas lain salut lagi tepung. 


Lepas makan, tiba-tiba hubby kata ok kita pergi Maha selepas asar nanti. Apa lagi...happy la saya. Orang yang nak masuk ke Maha ramai tapi kurang dari hari pertama yang saya pergi dengan Dania.  


Jumpa sedara saya dulu sebelum cakap nak 2 frozen dim sum dan 1 frozen pau kaya. Tak lama pun sebab kami nak ke satu tempat ni. Saya nak pergi tempat floating market LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia). 


Masa nak pergi tu naik shuttle. Ni kami turun kat rumah tradisional yang dipanggil pavilion. 


Teringat kawan Dania bernama Ayuni dan Wafa. 


Ini pavilion apa pula? 


Tak lain tak bukan Pavilion Sarawak. Negeri kelahiran Corina dan Hana. 


Masa berjalan nak ke Floating Market LKIM, tiba-tiba ada yang panggil Ena....Belah kiri Fajar dan kanan Shima. Ya allah rindunya batch saya kat LKIM ni. Hehe


Batch saya sekarang ni yang menerajui LKIM. Tumpang bangga pula saya. Time saya masuk tu umur saya 27 tahun kot. Masa kat LKIM la saya kahwin. 


Bye Shima dan Fajar....ayah Fajar pun pesara LKIM juga. Mereka penat sampai nak bangun pun tak larat sebab kena berdiri sepanjang kat Maha ni. 


Kat tasik tu yang ada jualan LKIM tapi dah habis dah. Saje nak pergi tempat saya kerja dulu je. Bukan nak beli sangat. 


Kemudian ke Pavilion Terengganu. Nampak banyaknya pokok jagung yang dah berbunga dalam polibeg ni. 


Beli keropok keping dari Terengganu ni. 


Petang ni, pekerja Terengganu ni dah mula nak clearkan tanaman yang menghiasi pavilion terengganu. Lepas tu siapa yang pergi dekat dia kata ambiklah. Dapatlah bunga balung ayam dan bunga taik ayam ni. 


Kat pavilion perak. 


Ada binaan Kellie's Castle miniature. 


Kami berdua. Anakanda banting tulang kerja. 


Kemudian kami kat jalan ni nak ke Laman Tiba 1 balik. Lepas tu tanya adik ni pergi mana?. Bila saya cakap Laman Tiba 1 dia terus ambik kami. Hehehe....masa ni tak perasan lagi.

Rupanya buggy VIP. Adik ni baru lepas hantar VIP. Tanya punya tanya student UPM rupanya. Kursus Kejuruteraan Mekanikal. Hehe. Memang ada ditawarkan untuk menjadi sukarelawan Maha dengan elaun RM100/sehari dan makanan disediakan 3 kali. Adik ni kerjanya bawa buggy je jadi sentiasa kena duduk. Untung la dari kawan Dania yang kena berdiri je. Ada seorang kawan Dania sekelas lagi jadi sukarelawan Maha ni dan lepas bertugas baru balik Sabah. Habis Maha 22 Sep 2024. Masuk balik UPM untuk pelajar semasa pada 14 Oktober 2024. 


Close up tulisan VIP.


Lalu kat kawasan tanaman bawang ni. Geram je tengok sebab hijau je. 


Ternampak pokok pukul lima. Kenapa dipanggil pukul lima?. Daunnya akan kuncup jam 5 petang. 


Alhamdulilah dapat pergi ke hari terakhir Maha. Dapat top up dim sum dan pau kaya frozen dengan sedara saya, dapat jumpa kawan LKIM saya, dapat pokok bunga free dan bila nak balik dapat naik buggy VIP pula. Rezeki....alhamdulilah...





XOXO,
Ezna

Khamis, September 26

Jung Kook : I am still

Kebetulan hari pertama movie ni keluar, hari rabu. Kalau hari rabu Dania off day. Pada 18 September 2023, saya dan Dania ke IOI City Mall. Hari ni saya masak nasi goreng je jadi bila hubby balik, dinner dah siap la. Waktu tayangan ni tak best sebab buat waktu malam jam 8 pm dan jam 8.20 pm. Memang kebanyakkan tayangan time ni. Pilih kat sini sebab dekat dengan rumah. 


Masa ni tengah duduk kat sini sebab tengah tunggu waktu maghrib. Dania mengenakan keychain Cooky BT21. Mewakili karakter Jung Kook....seekor arnab berwarna pink. Memang padan dengan beg yang berwarna senada. 


Bila beg sama kena la bagi lain sikit kan. Hehe...


Lepas solat, kami menuju ke cinema GSC kat new wings. Jauh juga nak menapak dari surau berdekatan 7-11 ke new wings ni. Pick up air dan popcorn dulu. 


Bila masuk dapat la photocard. 


Ambik gambar dulu kat dalam ni. Pilih seat berdua kat tepi. 


Masa ni tak penuh lagi. 


Tiba2 ada seorang army ni distribute gift. Kadang kalau pergi mana2 program yang melibatkan BTS ni...akan ada BTS Army (peminat BTS) yang akan bagi gift. Free ya. Saya pun dapat sekali walaupun BTS Army 'senior' 😆


Nak dekat full house juga cinema GSC malam ni. Kebanyakkannya perempuan la. Lelaki boleh dikira dengan jari. Bawah 10 orang. 

Jadi, Jung Kook : I am still ni tentang apa? Ia berkenaan perjalanan Jung Kook sebagai artis solo untuk merakamkan album di luar negara. Bila merakamkan album tu time nak menyanyi...sebutan Bahasa Inggeris tu perlu betul dan mengikut kehendak penerbit untuk nada tinggi atau rendah itu. Lepas tu kena merekodkan sampailah penerbit berpuas hati. Jung Kook sendiri Bahasa Inggerisnya agak terbatas jadi nak berjaya menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeris tu bukan senang. Tambahan pula sikapnya yang merendah diri dan tidak ego sanggup untuk mengikut kehendak penerbit sehingga terpaksa merekod lagu berkali-kali walaupun beliau seorang yang sangat dikenali dan ramai yang ingin berkolaborasi dengan beliau ataupun kumpulan BTS. Mereka terkenal seantero dunia. 

Kemudian ada masa time menyanyi tu kena menjerit pada nada tinggi dan menyebabkan beliau sakit tekak. Jadi kena pula merakamkan lagu yang lain pada masa yang sama jadi nampak proses tu agak meletihkan. Ada juga part kelakar bila Jung Kook kata kenapa susah sangat nak sebut perkataan tu macam tongue twister. Ya lah bahasa ibundanya Bahasa Korea bukan Bahasa Inggeris. 

Mereka pula selalu in a group of 7 tapi kali ni Jung Kook tidak ada support la dari ahli yang lain sebab ahli yang lain kena berkhidmat dengan 'military service' di Korea. Jung Kook rasa kena menghadapinya sendirian. Agak tertekan dan pada masa yang sama teruja nak berjumpa dengan peminat. 

Kalau nak berjaya memang tak ada jalan yang mudah. Kadang lepas satu persembahan, kena pergi negara lain pula untuk merakamkan lagu. Nampak sangat padat pengisiannya dan sangat penat. Lagu2 nyanyian Jung Kook juga telah menduduki carta No 1 di the Billboard HOT 100, Global 200 dan Global 200 excl US. Beliau merupakan artis pertama dari Asia yang menduduki carta teratas. 

Selain daripada tu ada la behind the scene time makan, time tidur sampai tertidur pakai baju yang perform. Macam tak menikmati masa dengan family atau kawan-kawan hanya konsert dan aktiviti nyanyian. Kena berkorban masa untuk diri sendiri juga. 

Ada beberapa lagu yang dimainkan seperti Standing Next to You, Seven, Magic Shop. Part Magic Shop ada la saya menyanyi jugak. Kat dalam cinema ada juga yang bawa army bomb iaitu light stick yang akan bercahaya mengikut lagu yang dimainkan. 

Di akhir movie boleh scan kat screen dan dapat melihat video youtube Jung Kook. 


Inilah yang saya dapat small gift dari BTS Army. Photo card ni bukan gambar Jung Kook tapi gambar Jimin. Saya dah kenal dah nama semua BTS ni. 😅


Part bertindik bibir, telinga, bertatoo dan bersolek untuk seorang lelaki tu jangan dijadikan panduan hidup untuk kita tetapi part bersemangat buat apa yang kita suka dengan menepis kesukaran dan sentiasa menjadi seperti resmi padi, makin tunduk makin berisi. Pasti kita akan berjaya jika kita buat kerja kita dengan bersungguh-sungguh.   

Buat peminat kumpulan K Pop BTS atau Jung Kook....memang sesuai la menontonnya. Pasti akan terhibur dengan gelagat di sebalik tabir Jung Kook. Dania keluar movie ni dengan senyuman di bibir tanda best la tu. 





XOXO,
Ezna

Sipi sipi selebriti di IOI City Mall

Dania kerja kat IOI City Mall ni berpeluang la bertemu dengan selebriti yang berbelanja kat IOI City Mall ni ataupun yang datang sebab event. 

Satu hari saya dapat whatsapp dari Dania suruh teka ni gambar siapa?. Artis lelaki baju putih tu. Memang saya tak tahu siapa pun. 


Rupa-rupanya beliau ialah pelakon yang memainkan watak Sheriffuddin Hussein dalam Sheriff : Narko Integriti iaitu Zul Ariffin yang datang sebab ada event Saudi Travel Fair di ruang legar tengah IOI City Mall. Zul Ariffin jemputan event ni. 

Dania ada terpanggil nama Zul Ariffin dan beliau pun pandang ke arah Dania tapi sibuk dengan telefon. 
Dania ada ambik gambar? Takdelah....

Credit : Zul Ariffin

Kemudian, Lee Min-Ho pun ada meet and greet di IOI City Mall. Ni gambar dari kamera phone Dania. 


Tak berapa clear la ya sebab Dania kat tingkat atas dan ambik gambar dari tepi pulak. Gigih minta kat Kak Aini nak rehat jam 5 petang patut rehat jam 4 petang macam tu. Dania kata siap ke event ni lepas siap solat dan makan bekal. 


Ni baru clear dari IG IOI City Mall. 

 
Credit : IOI City Mall 

Dania kata pun baru-baru ni nampak yang kena gossip dengan Syamsul Yusof yang rambut kerinting tu anak owner Utama Motors nama Irene tu ada masuk F.O.S teman seorang lelaki membeli-belah kat sini. Dania kata macam pernah nampak Irene tapi masa tu tak betul2 confirm yang kena gossip dengan Syamsul Yusof tapi bila ummi tunjuk gambar.....Dania kata ya orang yang sama. 

Menghitung hari nak berhenti kerja dah ni. Surat dah bagi dah.....tik tok tik tok....





XOXO,
Ezna

Rabu, September 25

Flora Cinta

Terjatuh cinta pula sebenarnya dengan design berbunga ni. Aduhhh manisnya. Pembelian ni kat Heejab.my 

Masa beli tu ada promosi. Kalau beli 2 hijab satu hijab akan berharga RM25. Saya ada beli 2 hijab untuk Dania dan saya. Lunalook Emily ni hijab untuk Dania untuk dipadankan dengan kain shantung berwarna rose gold. Bila tengok bunga kat hijab ni ada warna orange tu saya rasa ok...padan la dengan kain Dania tu. Design dia kat tepi ajer sebab Dania ni dia suka design yang clean tak nak bunga banyak sangat. Kalau saya, bunga lagi banyak...saya lagi suka sebab rasa sweet. 

Credit : Heejab.my

Ini pula saya punya hijab berwarna ungu dari Lunalook Bloom. Kalau beli sehelai harganya RM29. Ini pula saya akan gandingkan dengan kain shantung berwarna ungu lembut. Kain tu tak buat baju kurung lagi. Buat pembelian dengan personal shopper yang beli direct kat Bangkok, Thailand. 

Credit : Heejab.my

 Ada kain baru, nak kena pair pulak dengan hijab warna senada. Hehe...





XOXO,
Ezna

Join perarakan maulidur rasul

Hari Malaysia yang jatuh sama dengan cuti Maulid Nabi ni, kawasan saya ada mengadakan perarakan maulidur rasul. Kebetulan pada tahun ini...surau dekat rumah saya jadi tuan rumah. 

Ini pasukan muslimat dari Surau An Nur. Siap berbaju bunga biru dan bunga manggar lagi. Selayaknya mereka di bahagian hadapan untuk muslimat. 


Ini pula muslimat dari Surau Ar Ridhwan. Kena sarung jubah hitam dan tudung berbunga tapi saya takde tudung berbunga ni. Pakai je la warna yang lebih kurang supaya tak nampak janggal. Depan kami ni remaja perempuan. 

Dalam group muslimat ni ramai yang berusia dari saya. Pandai-pandailah bawa diri. Ada 2-3 yang saya kenal juga. Ramai juga tak dapat join sebab di luar kawasan kebetulan cuti panjang dan bersambung pula cuti sekolah. 


Perarakan ni sejauh 850 meter menuju ke Surau Ar Ridhwan dari tempat bermula. 


Kereta juga terpaksa disekat sementara. 


Ini setelah tiba ke surau. Fuhhhh boleh tahan ya...


Terjumpa AJK Surau ni yang tiba2 je ada kat tengah jalan ambik video. Eh.....hubby aku....😅. Bila hubby ambik video saya melambai la....jangan siapa yang tak tahu kata eiii gediknya melambai kat video lelaki ni....hello ni hubby saya ler....(kalau orang tak tahu...tapi muslimat surau saya tahu 😆). 


Setibanya di surau dijamu oleh roti atau pisang. Saya ambil pisang sebab sumber tenaga yang cepat. Ada disediakan bersama teh o panas. Makanan ni simple je sebab malamnya nanti ada makanan berat disediakan untuk aktiviti di surau. 
      

Surau Ar Ridhwan....


 Di kawasan anda ada buat perarakan juga ke?. 





XOXO,
Ezna 

Selasa, September 24

Shopping masa Hari Malaysia

Kalau kerja part time ni, time Public Holiday kalau kena kerja...ada peluang la dapat triple pay.  Dania pula masa Hari Malaysia kena kerja full pulak. Drop kan Dania dulu kat sini kemudian hubby cari parking. 


Cari tempat duduk yang berdekatan dengan F.O.S ni. Ada sofa boleh duduk. Dania pun baru masuk ke F.O,S sebab hari ni terawal pula. Saya dan hubby nak tunggu sini sebab nak tunggu semua kedai dah buka la. Nak ronda-ronda dalam ni. 


F.O.S pun buka sikit je nak bagi staff masuk. 


Ada sofa, ada kerusi dari Maju Homes. 


Kat tengah ni petang sikit ada meet and greet dengan Lee Min-Ho. Artis Korea. Dania kata nak minta rehat jam 5 petang. 


Singgah AEON dan nampak ada promo cadar. 


Promo ni cuma sehari sempena Hari Malaysia. Saya beli cadar size Queen. 


Hubby mencuba sandal baru. 


Dah cuba yang atas rasa yang bawah pulak lagi selesa. 


Kanan ke kiri?. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 


Try yang ni pulak. Akhirnya beli la juga sandal. Jenuh try banyak kali ya. 


Lepas tu singgah The Body Shop sebab nak beli sabun. 


Balik rumah....rehat kejap makan la pau yang beli dari sedara saya di Maha. Ini pula pau nasi lemak. Ada telur dan pau dia memang inti dia ada rasa nasi lemak. 


 Tak ke mana pun hari ni....tunggu Dania balik malam karang. 





XOXO,
Ezna