Sabtu, Ogos 31

Ke Feast Garden @ Royal Floria Putrajaya

Dania hari ahad 25 Ogos kena kerja full jadi dari pagi kedai buka sampailah kedai tutup. Ambil dulu anakanda sebelum kami akan menuju ke Feast Garden. 


Tempat makan ni bersempena Royal Floria yang sedang berlangsung di Putrajaya. Jom tengok gerai apa yang ada kat sini. 

Dania kalau nampak kedai camni...tengok la kot dia akan pergi beli. Mulanya survey dulu. 


Skewer Wagyu pun ada ya...


Ubi lambung. 


Gerai Kakak Gemuk pulak dah...creamy buttermilk makan dengan mantao ni best jugak eh?.


Korean Chicken pun ada. 


Ada juga tempat makan yang disediakan di sini. Lantai ni diletakkan papan jadi bila berjalan tu bergegar meja dan kerusi berdekatan. Nak mengelakkan lecak agaknya. 


Ada jus mango dengan ice cream. Bekas dia tinggi tapi ais dia banyak la tapi air sikit je. Kejap slurpp je dah habis airnya. 


Seberang jalan ni pintu masuk Floria. 


Haaa kan dah kata....Dania singgah kedai first tu beli ni. Cheese Tart & Brownies. 


Banyak juga gerai makan kat sini. 


Ada juga gerai artis seperti Bellaksa Bella Astillah. 


Nazeera Sardi. 


Char Kuey Teow Umie Aida. 


Alif Satay oleh Aliff Aziz ok tak ya....oleh Alif Satar. Tengok la kartun tu. 


Ni Bapak Ayam yang datang guna food truck meniaga kat depan dewan besar UPM tu. Nama pun....tapi kan nasi dia sedap ya...


Don'Ya ni pula Achey Kintang Kintung punya. 


So far, tak nampak pun kelibat artis kecuali gerai dia ajer. Gerai Achey ni paling besar. Nak kena cari masa Dania off day untuk pergi Floria ni. Kali ni kami singgah Feast Garden ajer. 





XOXO,
Ezna

Jumaat, Ogos 30

Musim tecoma berbunga dan tak jumpa apa yang dicari

Selepas menghantar Dania ke tempat kerja, ummi dan ayah pun ke Sepang. Ternampak pokok Tecoma tepi jalan. Bunga putih dan bunga merah jambu sedang lebat berbunga. 


Sementara itu kami ikut laluan kecik ni bila nak mencari rumah. 


Lalu pula kawasan yang menghijau ni dengan sungai kecil mengalir. Tenang je saya rasa. Ok moh la balik sebab tak jumpa apa yang nak dicari. 


Kemudian balik la kami dan tangkap lagi gambar pokok tecoma dari arah yang bertentangan. 


Tiba di rumah, berdekatan porch rumah kami....ada sepohon pokok betik yang tumbuh liar di sebalik pokok heliconia. Mungkin dari najis haiwan seperti burung atau tupai yang bawa benih pokok betik ni. Kat belakang rumah pun ada sepokok betik yang tak tahu mana datangnya. 


Ada ternampak pokok tecoma yang berbunga lebat kat tempat you alls?





XOXO,
Ezna

 

Set talam Chef Ammar sempena bulan kemerdekaan

Selepas balik dari Nanas Montel, terus kami gerak ke USJ 4 pula. Nak singgah kat Chef Ammar. 


Ini dalam kedainya. 


Kami nak beli set talam sempena merdeka ni. 


Rupanya sederet ni ada 3 kedai Chef Ammar. Ini Express Souk Cafe. 


Ini pula Chef Ammar Steakhouse. 


Kena tunggu dalam 1/2 jam sebelum order siap jadi kami solat di masjid berdekatan. 


Tiba je....order dah siap dan ada tukang bawakan talam ke kereta kami. 


Talam letak kat seat belakang la. 


Sementara itu, menghampiri waktu habis syif Dania jam 6 petang. Dari USJ 4 kami ke IOI City Mall pulak. 


Elok je masanya tu....Dania pun selesai di kedai. 


Balik rumah....Haaaa tudiaaaa set talam ni....
Nasi Kabsah je 1.5kg, Seekor ayam yang beratnya 1.3kg - 1.4kg dipotong empat. 


Ini pula sosnya seperti kuah kambing, arabic salsa, coleslaw salad, sos cili dan garlic sauce. 


Ini pula bekal Dania bawak untuk keesokannya sebab set ni memang meriah.


Sampai beberapa kali makan la baru habis 😅. Ada banyak lagi set. Lebih meriah kalau makan ramai-ramai. Tempoh masa set ni sampai akhir bulan kemerdekaan ni. 





XOXO,
Ezna

 

Khamis, Ogos 29

Menu nanas | Nanas Montel

Lepas kenduri singgah Nanas Montel pulak. Nanas Montel ni pun dalam Maeps ni juga. 


Nampak truck ni dengan stok nanas yang banyak. 


Tempat duduk outdoor ni kalau tak hujan best la. 


Kalau ke sini memang akan order air nanas ni. Sedap. Rasa pure sangat tanpa tambahan air. Ada rasa manis-manis dan masam-masam dari nanas tu sendiri. Bungkus juga sebotol untuk Dania. 


Hubby menunggu air panas dia yang tak kunjung tiba. 😅


Ada jugak keropok lekor buat kunyah-kunyah. 


Kopi nanas in da house yo. 


Lepas Nanas Montel...ke mana kita?. Kami nak grab promo merdeka sebelum ianya berakhir. Promo merdeka apakah?. Ok....lepas ni ya....





XOXO,
Ezna

Perkahwinan indah di dalam bangsal?

Lepas tunggu yang tak kunjung tiba tu....lepas Zohor kami ke Maeps sebab nak ke G2G Garden Hall. Ada wedding kat sini. Wedding ni anak kepada kariah surau. Hubby kenal abangnya...adiknya ni macam tak cam tapi jemputan majlis ni dipaparkan kat TV surau tanda menjemput semua yang hadir ke surau. 


Hall ini berkongsepkan kayu untuk dindingnya. Macam ala ala Barn (bangsal) di ladang luar negara. 


Cantik dan luas dewannya. 


Catering oleh Pok De. 


Ni gambar kat tengah-tengah dewan. 


Lauk pauk yang diambil. 


Berdua ajer sebab anak tengah membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk beli novel dia 😅. Kalau novel luar negara boleh tahan harga sebuah buku pun....


Pengantin lelaki ni pakai baju polis. Uniform pengantin askar pernah la tengok. Kalau polis ini pertama kalinya. 


Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan. 


Moga berkekalan sehingga ke akhirnya....


Pelamin yang dihias indah. 


Hiasan di siling ni berkenan betul saya. Dengan kain rentang dan di tengahnya lampu chandeliar. 


Kayu pula saya nampak macam kayu pallet yang digunakan. 


G2G Garden Hall. 


Princess siapakah gerangannya ini?. 


Pengantin lama pun nak ambik gambar kat cermin ni. Tahun ni nak masuk 21 tahun umur perkahwinan kami. Insya Allah. 


Bakal2 pengantin boleh la mengambil pamplet kat sini. 


Ada pondok kecil juga luar dewan. 


Kalau dalam dewan penuh, boleh duduk kat luar juga. 


Lepas ni kami nak singgah minum pula sebab hubby tak puas tak minum air panas. Mesti nak minum air panas sebab kat majlis ni cuma ada air sejuk ajer. Kadang-kadang ada majlis sediakan air panas juga kan?. 





XOXO,
Ezna