Rabu, Julai 31

Aiskrim perisa ubat batuk cap ibu dan anak?

Semalam masa jalan-jalan dengan Dania kat mall TRX dan Lalaport ada la Dania mentioned pasal ni. Tau ke isu Inside Scoop ni?. Dania kata nampaknya dah takde dah flavour ni dijual di Inside Scoop.

Boleh Inside Scoop invent resipi aiskrim yang kononnya kreatif la kan.....aiskrim vanilla campur ubat batuk cap ibu dan anak. Nama aiskrim ni Pei Pa Koa. 

 
Kemudian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun dah beri kenyataan pasal isu aiskrim ubat batuk ni. KKM ada pergi check ke premis Inside Scoop dan mendapati aiskrim ni disediakan bersama picagari yang berisi ubat batuk Pei Pa Goa. 

Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM di bawah produk tradisional. 

Di bawah adalah kenyataan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui facebook mereka. 


Kemudian Inside Scoop pun ada buat kenyataan. 


Kadang kalau nak kreatif dan berfikiran luar kotak pun janganlah sampai mengabaikan faktor kesihatan dan undang-undang semata-mata nak meraih keuntungan. 

Sekarang ni mereka dah dapat fame yang dicari. Maybe nak cari fame dengan cara 'viral'. 





XOXO,
Ezna

Uniqlo Limbongan Melaka dan berhenti rehat

Lepas makan kami ke Uniqlo Limbongan. Masa datang dulu tak siap lagi Uniqlo ni. 


Memang satu bangunan ni Uniqlo yang punya. 


Mirror selfie dulu. Hehe. Hubby dan Dania masing-masing ke tempat masing-masing. Terpisah jap kat sini. Alah terpisah dalam Uniqlo ni je. 


Skirt dan baju ni berlubang-lubang jadi kena pakai inner la ya. 


Fesyen zaman sekarang ni. Bukan menutup aurat tapi fesyen je ni. 


Dress berkotak. 


Luas jugalah Uniqlo ni. Akhirnya takde duit habis kat sini. Cuma cuci mata ajer. 


Lepas tu singgah pula R&R Ayer Keroh arah utara nak solat dan berehat. Singgah la beli produk kat sini dulu sebab takut tutup awal. 


Lengang juga R&R ni. Lepas solat, minum air hangat dulu kat sini. 


Sekarang ni kita kena letak sendiri pinggan, cawan dan sudu kat tempat mengumpul ni. Dulu, akan ada orang bersihkan meja. 


Masuk dalam kereta, driver tidur sekejap sebab penat sebelum ni kena hadap jalan yang sesak. Lepas terjaga tu barulah meneruskan perjalanan balik ke rumah. Tiba rumah jam 1 pagi hari ahad 29 Julai 2024. 

Day trip kami pun berakhir dengan 1001 pengalaman manis. 





XOXO,
Ezna

Potong pizza guna parang | GSK

Mulanya cadang nak makan asam pedas kat Melaka ni tapi ditukar ke saat akhir kita ke Grass Stream Kitchen (GSK).

Jom tengok Pizza apa ya.....tak banyak seleksi pizza kat sini tapi yang special boleh buat 2 perisa kat satu pizza. Maknanya ada 2 perisa la kita boleh try. Kami pilih perisa pizza original dan pizza chickie untuk digabungkan. 


Ada tempat duduk berbumbung juga. 


Tempat kami open air. 


Kelabu asap pula gambar ni sebab matahari terik ni. 


Ni untuk lapik perut ya. Chicken wing. Sedap la bagi saya. 


Pizza dah tiba dan besarnya pizza ni. 


Tak potong dulu sebab nak tunggu hubby gi wash room kejap. Nanti terlepas la dia part presentation potong pizza ni.  


Presentation untuk potong pizza ni dengan menggunakan parang jadi unik la. Cuma kena sentiasa berhati-hati ya. Bila abang parang nak potong pizza selalunya dia akan buat bising. Maybe nak alert kan orang sekeliling. Lantai pun diletakkan batu kerikil. Mungkin tak nak bagi lecak kan....tak sesuai untuk abang parang bawa parang takut licin kan....


Tengok cheese dia tu....


Letak juga sos cili baru la puas makan. Ada juga pizza dibawa pulang sebab kami dah kenyang. 


Ni masa nak balik. Nasib baik kami datang awal sebelum dia buka jam 6 petang ya. Kalau tidak tak sanggup juga nak beratur panjang-panjang ni. Kesian kalau ada orang tua dan kanak-kanak. 


Matahari nak tenggelam dah ni. 


Amboi....seronok ya menumpang tidur kat kereta ya?.


Harga kat sini tidaklah murah sangat jadi kena bersedialah kalau datang ramai-ramai dan kalau nak tenang datang awal sebelum GSK ni buka jam 6 petang. Kalau lewat sikit takut beratur panjang lagi. 

Kalau nak ke Grass Stream Kitchen beralamat di :
7851-C KM 14, Jalan Kampung Paya Rumput
76450 Melaka. 

Apa pun unik juga pengalaman di GSK ni. 





XOXO,
Ezna



Selasa, Julai 30

Rezeki dari masjid, keria & coconut shake

Lepas makan kat dusun durian, carilah masjid yang ada tepi jalan ni dan singgah la Masjid Al Muhaimin yang rekabentuk macam ada suntikan negara China. 


Lepas solat, masa tengah tunggu Dania kat luar...ada AJK Masjid suruh saya ambil buah rambutan. Mulanya ambik 1 tangkai je rambutan gading ni tapi AJK Masjid suruh ambik lagi. Banyak ni yang saya ambik. Hehe.


Lepas tu singgah GSK ni. GSK ialah Grass Stream Kitchen. Konon nak makan tengahari....rupanya buka jam 6 petang. 


Ada seekor kucing yang sibuk mengikut jadi Dania bagi je la treats kucing ni. 


Nampaknya makan malam kami kat sinilah....


Dari kejauhan nampak rumah papan tersergam megah. 


Dah namanya nak jalan-jalan cari makan jadi kami singgah la Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil yang terletak di Limbongan. Ada 2 cawangan. Satu lagi kat bangunan kayu. Ni dekat shoplot. 


Masa kami pergi ni cuma ada seorang ajer tengah beli. Barisan belum bermula lagi. 


Singgah minum dalam ni sebab nak makan kuih keria. 


Dalam ni pun tak ramai pun orang. Tenang je la. 


Lepas tu singgah pula Klebang untuk Coconut Shake pulak. Ni pun tapau je. 


Coconut Shake special sebab ada aiskrim. 


Apa yang saya perhatikan kat Melaka ni walaupun hari sabtu tapi jalan kat sini sesak la juga jadi nak sampai ke satu destinasi tu ambil masa jugak walaupun dekat ya. Traffic light punya banyak dan lama pula masanya. 

Lepas ni kami akan ke Grass Stream Kitchen balik semula untuk kami makan malam tapi kiranya early dinner la. 





XOXO,
Ezna

Isnin, Julai 29

Breakfast di kampung dan makan durian di dusun

Hari ni kami nak jalan jalan cari makan ke negeri Melaka. Sebelum tu kena breakfast la dulu. Breakfast di mana?.

Kami breakfast di Warung Kendi di Sepang. Tiba dalam 9 lebih sebelum jam 10 pagi dan dapat makan semua setelah 45 minit dan habiskan masa kat sini dalam 1 jam la. 


Lama nak menunggu makanan tiba sebab ada bahan masakan yang habis 😅. Kalau nak rushing kena cari makan kat kedai lain la nampaknya. 


Kami baru memasuki sempadan Negeri Sembilan. 


Smart lane activated la ni. Jumaat - Ahad sahaja ya. 


Kami dah tiba kat destinasi pertama ni iaitu Dusun Tok Wa yang terletak di Bemban, Melaka. 


Mula-mula pilih durian jenis apa yang kita nak. 


Akhirnya beli 2 biji durian je sebab Dania tak makan durian. 


Isi durian udang merah. 


Isi durian D88. 


Kami duduk kat meja di bawah pokok durian. Pokok ni tak ada durian. Kalau ada buahnya tak duduk la sini. 


Hubby beli rambutan sebagai ganti untuk Dania yang tak makan durian. 


Manggis pun beli sebab nak sejukkan badan. 


Redup juga la duduk bawah pokok ni. 


Isi buah manggis yang masam-masam ni. 


Memang rasa seronok dapat makan durian dan buah-buahan lain kat dusun ni. Feel dia lain tau. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa lagi tu. Suasana yang penuh dengan kehijauan ni. Seronok pulak kalau ada dusun sendiri ya. 


Ada lagi tempat duduk disediakan kalau melangkah parit ni. 


Kalau nak kan suasana makan dalam dusun buah-buahan boleh la ke :

Dusun Tok Wa
77200 Bemban,
Melaka

Boleh waze je sampai la ke sini. 





XOXO,
Ezna