Jumaat, Mei 31

Review Movie The Experts

Movie ni keluar di pawagam pada 23 Mei 2024. Pada 24 Mei 2024.....saya dan Dania berpeluang untuk menonton filem ni. Sementara Dania free ni boleh la. Kalau hari jumaat ni Dania ada kelas pagi je jadi petang tu boleh la menonton. Siap makan tengahari dulu kat rumah barulah ke IOI City Mall. 


Picking while cycling

Hari ahad minggu sebelumnya Dania ada aktiviti sukarelawan di kandang kuda. Kali ni hari ahad juga Dania ada aktiviti Picking While Cycling. Salah satu yang sponsor ialah Unicef. Mulanya Dania kena bayar RM2 kalau ada basikal dan RM12 kalau tak ada basikal. Basikal kena sewa kat UPM ni. Akhirnya wang dikembalikan kerana ada penaja. Aktiviti kali ni ialah mengutip sampah sambil mengayuh basikal kat UPM ni. Laluannya dalam 5km lebih kurang. 


Khamis, Mei 30

Test dan kangkung fresh

Test di UPM ni kadang-kadang dibuat waktu malam. Pernah masa Sem 1 ada test juga waktu malam untuk Food Science dan Kenegaraan / falsafah. Kali ni Test 2 subjek Penghayatan Etika dan Peradaban yang diambil oleh pelajar Malaysia. Kalau pelajar luar negara ambil subjek wajib yang lain. 

Test kali ini diadakan di Dewan Besar jadi Dania seronok la sebab kebarangkalian jumpa kawan-kawan dari fakulti lain tu ada. Sekejap je pun Test 2 ni dalam 45 minit ajer. 


Hari Wesak bersama teman di District 21

Masa saya berMe Time di IOI City Mall, Dania sibuk bermain lasak di District 21. Dah siap pakat-pakat bayar kat seorang ni. Dia yang handle bab tiket masuk. Ni gambar dari kamera Dania atau kawan dia la. 


Rabu, Mei 29

Hantar anak-anak balik asrama

Dah pesan dekat Dania kalau balik tak payah naik Grab. Ummi hantar semua balik asrama. Mereka pun suka sebab boleh la save duit kan. Harga ke IOI City Mall ni naik Grab katanya mahal jugak. Ya la student ni selalunya akan berkira-kira jugak la kan kewangan ni. Bukan boleh bersukaria selalu. Dalam jam 6 petang dapat la call dari Dania. 

Belakang dari kiri Corina, Wafa dan Hana. Dania pulak muka pasrah je tu. Haha....penat sebenarnya tu. 


Berdua menikmati makan tengahari

Bila Dania takde keluar dengan kawan-kawan...saya berdua je la dengan hubby. Makan pun agak lewat jugak dalam 3 lebih camtu. 

Kami makan ni kat Umai dalam UPM tu. Dekat sikit. Ni hubby order nasi bajet. Dalam ni ada telur goreng, daun salad, timun, sambal dan kari ayam. Nasi pula portion dia banyak. Harganya RM8. 


Selasa, Mei 28

Me Time di IOI City Mall

Pada cuti hari Wesak baru-baru ini, sebelum saya me time di IOI City Mall, kita makan berdua dulu. Ayah Dania tak join sebab pergi Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di Maeps, Serdang. Kalau Auto Show tu saya tak berminat la ya. Hehe. Kenapa saya cakap nak me time? Sebabnya kejap lagi nak hantar Dania jumpa kawan2 dia kat Kolej 10, UPM dan lepas tu nak makan2 dulu situ sebelum ke IOI City Mall. Derang nak gi main kat District 21. 

Singgah la kami makan kat Line Clear, Putrajaya ni haa....


Sukarelawan di kandang kuda

Aktiviti kesukarelawan ini diadakan pada hari ahad oleh pelajar Tahun 1 Bacelor Sains Haiwan. Dania tahu je terus sign up dan bayar. Dapat tahu dari person in charge yang Dania orang pertama yang mendaftar. Suka sangat dengan haiwan kan....


Isnin, Mei 27

Bila tak ada mood nak masak kita........

Suruh orang masakkan untuk kita je la. Jemu pula kalau dah selalu masak untuk diri sendiri. Kali ni kami ke Bangi Square 2 yang terletak berdekatan dengan Maahad Hamidiah Kajang. 

Dania makan buttermilk chicken macaroni. Ayam ni sedap dan rangup. 


Breakfast di Tamam Tea & Coffee

 Lama dah tak breakfast kat sini. Kalau datang weekdays ok lagi tapi kalau weekend....bersedialah untuk beratur dan ambil nombor. 


Sabtu, Mei 25

Makan aiskrim seperti dulu dulu di Petronas

Ada satu hari tu sebab busy sangat hari tu, saya ajak Dania makan aiskrim kat Petronas. Dalam ni ada meja dan kerusi dan boleh la makan kat sini. Bersantai bersama anak. Teringat masa Dania kecik...sebelum ke kelas Speech & Drama makan aiskrim dulu. Tu yang sampai besar makan aiskrim sebab saya ajar 😅. Bukan selalu la ya....


Al Ikhsan Sports Clearance

Selalunya kalau ada urusan di Bank Simpanan Nasional (BSN) saya lalu je kedai sebelahnya Al Ikhsan ni. Kali ni saya masuk dengan Dania. 

Nampak la kasut berwarna sweet ni berharga RM109. 


Jumaat, Mei 24

Pengeluaran SSPN I Plus di kaunter

Setelah saya tulis berkenaan Pengeluaran SSPN I Plus secara online, kini saya akan cerita pula pengeluaran SSPN I Plus di kaunter. Pada 10 Mei 2024, saya dan Dania ke Kementerian Pendidikan Tinggi di Presint 5, Putrajaya. Oh....kat sinilah tempat pejabat UPU tu.......yang bagi Dania pilihan pertama masa lepas SPM....terima kasih UPU....


Pengeluaran online SSPN I Plus

Ini baru pertama kali saya nak keluarkan duit dari Simpanan SSPN I Plus yang saya nak simpan untuk Dania.

1. Perlu install apps myPTPTN di phone. 

2. Setelah set semua pergi ke page ni. Kalau akaun SSPN I Plus ni boleh buat pengeluaran setelah 3 tahun anda menyimpan. Macam saya ni start tahun 2019 jadi nak masuk 5 tahun la menyimpan. Jadi part yang ni ngam dah. Lepas syarat!. 

***Nak setkan i/c tu agak renyah sikit sampai saya kena minta staff PTPTN kat Star Education Fair tolong buatkan. Staff  PTPTN pun cakap manja sikit sistemnya...anda cubalah.....

Khamis, Mei 23

Apa yang menarik di Star Education Fair?

Pada 5 Mei 2024 bersamaan hari ahad, saya dan Dania ada nak beli barangan kat Watson jadi kami ke IOI City Mall but before that singgah Star Education Fair di IOI Grand Exhibition & Convention Center. Dania kata ada lecturer masa asasi kat Exhibition ni. 

Sir Khairul Jauhari aka Sir KJ ni mengajar Matematik mengikut gaya/cara tuition MC+. Sir KJ kata terinspirasi dengan cara MC+ jadinya cara Sir mengajar memang menarik la. Aktif, lively......semua yang best la Dania cerita. Beruntung Dania dapat Sir KJ masa Sem 2 Asasi. Ni betul2 ya. Bukan saya menambah nak bagi best cerita ni. 


Review Sheriff Narko Integriti

Pada 6 Mei, saya dan Dania ada menonton filem Sheriff Narko Integriti. 

Filem ini dijayakan oleh :

Zul Ariffin : DSP Sheriffudin Hussein
Syafiq Kyle : Inspektor Nazri Mutalib
Aaron Aziz : Tony Ifrit
Elizabeth Tan : ASP Jenniffer Wong
Azira Shafinaz : ASP Syazlin, kakak kepada Nazri Mutalib
Amir Nafis : Inspektor Farouk
Kamal Affandi Hashim : DSP Hafsham
Shaharuddin Thamby : Superitenden Malik

Credit : Google

Rabu, Mei 22

Bila mata kena ketumbit......

Masa pergi Rumah Kueh Kak Zu tu petangnya mata dah ok sikit nampak surutnya tapi esoknya nampak bengkak balik jadinya nak tak nak kena pergi la ambik ubat. 


Selasa, Mei 21

Balas membalas di Rumah Kueh Kak Zu

Ada satu hari tu kawan saya cakap datang rumah pick up nasi dagang. Beliau memang ada menerima tempahan nasi dagang. Kebetulan ada Kak Tie ni masak lebih. Ada pula terselit rezeki saya. Sebelum ambik nasi dagang tu haruslah saya mencari apa yang akan dibalas dengan nasi dagang tu.

Dania pakai spec hitam ni bukan apa sebab mata kena ketumbit. Kesian pulak sebelah mata bengkak. 


Bersyukur dengan hadiah-hadiah yang diterima....

Alhamdulilah pada 17 Mei 2024, umur saya bertambah satu anak tangga. Alhamdulilah Allah masih beri saya peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan melihat bumiNYA yang luas terbentang. 

Saya ada menerima hadiah Hari jadi yang pertama dari tak lain tak bukan Mama Zharfan. To be exact 2 hari sebelum Hari Jadi saya. 

Mari buka step by step bersama saya. Hehe. Ni bukan pembalut yang pertama ya. Lilac ni pembalut yang kedua....pembalut yang pertama berwarna coklat. Gigih saya berhati-hati buka hadiah ni. Sweet warna pembalut ni. Mestilah sweet sebab berwarna lilac. 


Isnin, Mei 20

Ladang jagung dulu dan sekarang….

Ada sekali tu, lepas ambik Dania....on the way back home lalu area penanaman jagung Dania. Jadi saya kata dengan Dania nak tengok kawasan tu sekarang. 


Dulu

Dulu belakang ni takde tanaman apa-apa pun. 


Jumaat, Mei 17

Selepas Hari Guru....Hari Jadi saya pula...... | 17 Mei 2024

Alhamdulilah untuk hari ni. Lambat sikit post yang ni keluar. Ni bukan scheduled. Saya tulis terus ni. Masa nak google la check email etc pagi ni....kat nama kat google tu ada macam bergerak-gerak....curious saya apa la yang bergerak ni.....sekali bila click nama sendiri....

Ada ucapan hari jadi dari google la. Lepas tu belon-belon ni bergerak-gerak tau. Hehe rasa kagum la pulak. Pertama kali pulak nampak macam ni. Ke sebelum ni pun ada cuma saya je tak perasan. 


Dating berdua di Retro Lab Cafe

Dania Sem 2 ni Selasa - Sabtu memanjang je kelas jam 8 pagi. Sabtu tu kokurikulum Cak Lempong. Ni ada satu hari ni lepas hantar Dania ke kelas, ummi dan ayah Dania mencari la tempat nak breakfast. 

Akhirnya ke sini. Tak jauh dari asrama KTAG Dania masa asasi dulu. 


Khamis, Mei 16

Hari ibu di Gula Petite by Gula Cakery

Dania yang ajak ayah ke sini.....IOI City Mall masa Hari Ibu 12 Mei 2024. Ramainya kat sini....


Kami dah 'raya'.....

Lambat pulak post ni keluar. Sebenarnya pada 30 April 2024 lepas ni, kami ada makan kar Serai Cyberjaya sempena selesai puasa ganti dan puasa enam. Hubby puasa enam je la. Kiranya ni hari last hubby berpuasa (30 April 2024). Dah berbuka dulu kat rumah. Hubby stop hari jumaat dan hari yang office buat makan-makan tapi saya dan Dania puasa hari tu. Jadinya saya dan Dania habis dulu. Alhamdulilah. 

Saya suka kat Serai Shaftbury ni sebab selalunya tenang ajer tak ramai orang tapi masa kami pergi tu ramai pulak. 


Rabu, Mei 15

Hari Ibu di Klinik Pergigian Musfirah?

Lepas breakfast kami ke sini. Kalau ada masalah gigi ni memang saya susah hati jadi pergilah ke klinik pergigian Musfirah kat Bandar Baru Bangi ni. Setiap hari sebelum jam 12 tengahari tak payah buat appointment boleh terus walk in je. Ini pagi hari ibu ni pada 12 Mei 2024. 


Beraya di Warong Dato dengan Datuk?

Hubby dapat jemputan ni. Majlis akan diadakan di Warung Dato area kami ni. Sebenarnya Warung Dato ni tokei dia yang mengajak ni. Buat majlis kat Warung beliau je. 


Selasa, Mei 14

He & She tapi kami She & She…

Masa ni hantar Dania ke kelas kat Fakulti. Hari ni Dania kena berlakon sebagai seorang peguam untuk berhujah menyelesaikan satu kes. Eh eh kasut tu tak ikut warna tema la. Amboi seriusnya 'peguam' ni. Senyum pun tak....


Menu highlightnya sambal kuinin.....

Masa pergi rumah sepupu saya di Mutiara Damansara tu, saya ada mengambil 2 biji buah kuinin. Saya kupas buah kuinin tu dan dijadikan.....

Sambal kuinin.....lama tak makan ni....ada sesiapa lagi yang suka sambal kuinin?...

Resipi :

1. Buah kuinin dibuang kulitnya dan dipotong kecil.
2. Cili api (ikut kepedasan kita. Saya masukkan 5 cili api)
3. Cili merah (2 biji)
4. Garam secukup rasa
5. Gula secukup rasa
6. Air asam jawa
7. Belacan 

Buah kuinin, cili api dan cili merah dan belacan ditumbuk tetapi saya masukkan dalam food processor. Setelah itu satukan garam, gula dan air asam jawa. Sedia untuk dihidangkan.  


Isnin, Mei 13

'Jemputan khas' Hari Raya di Surau Nurul Iman | Taman Puncak Jalil


Bila suami dapat jemputan ke Surau Nurul Iman yang diadakan pada 1 Mei 2024 melalui 'Setiausaha' Surau Nurul Iman merangkap kawan tempat kerja hubby dan jiran lama. Kami dulu kariah di Surau Nurul Iman ni la. Hubby tanya boleh ke datang?. Kawan hubby kata kau 'Jemputan Khas'. Hehehe....itulah tajuknya pun 'Jemputan Khas'. 

Jumaat, Mei 10

Bergambar putih, hitam dan kelabu bersama lecturer

Bila Dania cakap lecturer Business Law suruh pakai baju warna hitam, kelabu dan putih untuk sesi bergambar. Tak lama lagi lecturer ni akan menunaikan haji jadinya gambar ni sebagai kenang-kenanganlah. Dania pun sporting la pakai baju hitam dan putih. Kat luar tu Dania kenakan knitted sweater. 


Pelajar-pelajar subjek Business Law dengan lecturer Dr. Hanna Binti Ambaras Khan. Selain Bachelor of Science in Agribusiness, ada juga senior dari Bachelor of Business Administration juga yang sekuliah dengan Dania untuk subjek ni. 



Moga Dania berjaya score untuk subjek Business Law ni....dan Moga ibadah haji Dr. Hanna diterima oleh Allah....selamat pergi dan balik....

***Dania cerita bila Dr Hanna cakap boleh kalau nak kirim doa. Dania pun kirimlah doa dan akhirnya Dr balas dari tanah suci dah pun mendoakan kiriman doa Dania. Alhamdulilah. Terima kasih Dr. mendoakan untuk anak saya. 





XOXO,
Ezna

Melawat rumah kekal mama dan papa....

Dari Mutiara Damansara, singgah pula Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Area yang paling baharu tu batu nisannya seragam je semua berwarna putih. Cantik pulak nampaknya. 

Mula-mula ke pusara mama. Pusara mama paling senang sebab dekat ajer dengan roundabout kecik dalam kawasan ni. 


Khamis, Mei 9

Sesekali bila Cucu Cicit Puteh Zaleha berkumpul di Mutiara Damansara.....

Ini kisah masa cuti hari pekerja baru-baru ni. Beberapa hari sebelum dah dapat jemputan melalui facebook Cucu Cicit Puteh Zaleha. Puteh Zaleha ni nama Pah sebelah mama saya. Memang can't wait untuk pergi ke rumah sepupu saya Cho (Tajul Azwa) ni yang terletak di Mutiara Homes, Mutiara Damansara.  

Ni gambar adik beradik Cho mengikut turutan. 
Dari kiri : Tak, Cho, Kak Yan, Abang Kamal dan Kak Pi. 
(Gambar dari phone Tak. Tq Tak). 


Rabu, Mei 8

Akhirnya ke Paparich….

Masa beriadah kat Taman Botani tu, kami ingat nak singgah kat Rebung kan?. Tak jadi tu sebab Rebung tu cuma ada buffet ajer RM79/pax. Kami nak ala carte je. 

Singgah la kami ke Paparich, Bandar Baru Bangi ni. Owner dia sepasang suami isteri umur sekitar 50an ke atas yang selalunya akan berada di sini waktu malam. Kadang isterinya akan menyapu dan membersihkan meja. Sweet je isterinya ni. Ya couple orang Melayu....tu yang agaknya kat Bandar Baru Bangi ni ramai muslim makan kat sini. Kami makan kat sini mungkin rezeki kami nak.........ok nanti saya cerita...


Pengalaman minum dalam gua…

Gua mana ni?.....ala ala gua kat Taman Botani ada cafe nama 'Gua Juicery'. Nampaknya macam ada tempat duduk juga di bahagian atas. Hubby la yang tau kewujudan tempat ni sebab ternampak orang review kat youtube. 


Selasa, Mei 7

Beriadah di Taman Botani Putrajaya

Dah lama tak pergi Taman Botani kat Putrajaya ni. Kali ni pergi hubby dan Dania nak berbasikal. 


Isnin, Mei 6

Jemputan rumah terbuka

Ni cerita selepas ke kenduri perkahwinan yang diadakan di A Park tu. Ada jemputan pulak selepas tu. Hubby kata nak balik dulu kemudian datang balik tapi saya kata kalau balik dulu...memang saya malas dah nak pergi. 😅. 

Ni bukan rumahnya tapi saya suka pulak design rumah ni. Kawasan saya ni banyak tanah lot. Tanah lot yang ni terletak kat atas bukit. View atas ni memang cantik. Ada juga tanah nak dijual atas ni.....


Jumaat, Mei 3

Garden wedding tempat perkahwinan Mira Filzah

Keluarga kami dapat jemputan ke majlis salah seorang anak kepada kariah surau...Ir Hj Mohammad dan Siti Rafeah. Majlis diadakan di A Park...tempat perkahwinan Mira Filzah. Saya memang teruja ke sini sebab apa?....cantik tempatnya.....nanti saya bawakan anda dengan gambar-gambar di sini. 


Khamis, Mei 2

Rumah terbuka Pengacara Jemputan Nona

Tajuk pun kan.....ya saya dapat jemputan di rumah kawan saya ex Pengacara Jemputan Nona.....Junaidah Zainuddin pada 26 Jun 2024 (Jumaat). Time tu June bergandingan dengan Nornisamsila. Selain daripada itu June ni juga pengacara Wanita Hari Ini, Remaja dan Fabrik di TV3. Sekarang ni dah bersara la. Buat business sendiri. 

Ok....masa tengah makan hubby ternampak Roy Azman ni. Saya pun apa lagi approach nak ambik gambar la. Rupanya Roy Azman ni gang main bola sama2 dengan hubby June. Hubby tengok Roy ni masa Maharaja Lawak. Boleh tahan lawak juga. Kemudian Projek Bapak-Bapak.....kalau saya Roy Azman ni saya teringat watak dalam Sembilu tu.....eiiii jahatnya.....(dalam filem je ya.....bukan kat luar). Ada affair dengan kakak ipar Wati (Erra Fazira). Kakak ipar Erra tu wataknya dilakonkan oleh Aida Khalida. Pastu dalam filem tu Roy ni bunuh Aida ni.....