Saya seorang member The Body Shop. Ada produk yang saya guna untuk kulit muka. Kebetulan buka apps nak beli hadiah birthday untuk Suzi. Selesai membeli ternampak pulak workshop kat The Body Shop IOI City Mall...apa lagi saya nak join la kan. Pilih slot petang jam 3pm sebab pagi sibuk nak hantar Dania ke kelas pulak.
Isnin, April 29
Jumaat, April 26
Buah tangan dari Sarawak
Adik saya balik seminggu ke Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri dan........apa yang dibawa balik?
Kek Butter Cheese dari Mita. Sebenarnya ni adik kepada adik ipar saya yang nak bagi kat saya. Terima kasih Siti. Adik saya kata Kekna order kat Siti ke?. Saya kata tak sebab lebih baik saya order kat adik sendiri kan?. Ada sekali tu suami adik saya (adik ipar) nak beli kek Mita ni sebab rakan sekerja pesan. Sekali......adiknya juga pesan sebab nak bagi kat saya. Alhamdulilah......rezeki....
Kek ni Dania dah pernah rasa sebab kawan dia dari Sarawak bawak kek ni dan kongsi kat bilik masa Dania asasi dulu. Dania paling excited bila kata ada kek ni.
Saya pun berterima kasih la dengan Siti. Siti nak bagi saya sebab ingatkan saya tak pernah rasa kek ni sebab baru-baru ni viral katanya......alhamdulilah....teringat juga Siti kat Kak Ena ya....
Khamis, April 25
Jamuan Ukhuwah Raya Sekampung 2024
Jamuan Ukhuwah Raya Sekampung ini diadakan pada 21 April 2024 (Ahad). Majlis diadakan di MZ Garden. Owner MZ ni sewa kat rumah kawasan saya. Kat sini selalu diadakan majlis perkahwinan.
Rabu, April 24
Pertama kali membeli di Tik Tok
Mungkin ramai yang dah biasa beli di Tik Tok Shop kan?. Saya baru pertama kali ni. Sebenarnya selalu je saya tengok live Tik Tok tu. Pernah masuk dalam cart akhirnya tak beli.
Kali ni saya 'terbeli' pulak. Saya dah lama tengok live Ira ni. Comel orangnya. Promote shawl malas cotton jersey ni. Dania suka juga pakai shawl cotton jersey ni....tak jarang pun ya jugak.
Harganya pun bagi saya ok sebab RM10.90 satu unit.
Selasa, April 23
Kenduri kahwin selepas sambutan Hari Raya
Jemputan dari kariah surau untuk majlis yang diadakan di Big Pillars Hall, Astana Putra. Kalau ikutkan Astana Putra ni pernah la pergi beberapa kali makan kat sini. Kalau dewan tu tak pernah pulak pergi. Ini pertama kali kami ke sini. Cantik juga dewan ni. Tak jauh pun dari Fakulti Pertanian UPM tu.
Majlis diadakan pada 14 April 2024. Minggu raya tu la...

Isnin, April 22
Syoknya Agro Bazaar | Pusat Asasi Sains
Kali ni junior Dania yang akan mengadakan Bazaar ni sebagai carry marks untuk subjek Pertanian. Satu kelas kena menjual. Saya dan Dania pun support la mereka ni. Masa tiba sini, ternampak dua orang ni. Rambut kerinting tu memang saya cam sebab sama sekolah dengan Dania. Rupanya baju hitam ni pun junior Dania. Teringat Afiq ni masa merentas desa Form 1 dulu, dia comel sangat masa tu macam orang putih. Saya kata comelnya budak ni. Ni dah 19 tahun dah. Cepat masa berlalu.
Jumaat, April 19
Khamis, April 18
Book Fest sempena Anniversary ke 100 tahun | Popular
Dania ni sangat pantang kalau dengar pameran buku ni mesti ajak ummi dan ayah. Dania dah bagitau masa kami bertolak balik Ipoh lagi. Haha.....
Kami pergi ni hari sabtu. Jalan ke KLCC Convention Center tengok la.....betapa lancarnya....
Rabu, April 17
Beraya di Menara Condong Teluk Intan
Dari Kellie's Castle, hubby punya idea pula kami ke Teluk Intan sebab nak pergi ke Menara Condong. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam lebih jugak la nak sampai sini. Kami sampai pun dalam jam 5 lebih.
Selasa, April 16
Beraya di Kellie's Castle......
Selepas dari rumah Makcik Ani, kami menuju ke sini. Tak jauh mana pun....cuaca panas sangat ni dalam jam 2 petang. Nasib baik la bawa sekali topi pantai ni.
Nak masuk sini kena bayar RM5/dewasa dan parking RM2. Tak faham kenapa ada yang sanggup parking kat luar dan jalan jauh-jauh nak masuk sini. Nampak bawa juga anak-anak kecik dan orang tua...
Isnin, April 15
Hari Raya Kedua kami | 2024
Ni bergambar setelah selesai check out. Minta adik kat counter tolong ambikkan gambar. Barulah ada gambar raya masa hari kedua.
Jumaat, April 12
Hari Raya Pertama kami | 2024
Lepas solat hari raya, baru kami memulakan perjalanan balik ke Ipoh. Ya tahun ni kami beraya di Ipoh. Memulakan perjalanan di lebuhraya baru WCE. Perjalanan agak lancar cuma jalan dalam tu biasalah banyak kereta.
Selasa, April 9
Poslaju sampaikan pakej keceriaan | Poslaju EziDrive-Thru
Ni saya ada belikan 2 helai jubah untuk dihadiahkan kepada kakak ipar dan anak saudara saya. Kakak ipar saya ni kehilangan suaminya dalam kemalangan. Suaminya nak buat pusingan U kemudian ada kereta di lane laju merempuh abang ipar saya tu. Meninggal kat tempat kejadian.
Ok kita tinggalkan kisah sedih ni.....jubah ni ada 2 warna. Pink ni untuk anak saudara saya la. Simple je kosong cuma kat tangan tu ada sulaman dan manik sikit.

Bercahaya moreh kami
Malam 27 Ramadhan kami ke Putrajaya selepas terawih. Ada lampu hiasan dah mula dipasang di tiang lampu jalan.
Isnin, April 8
Berbuka di Mee Hiris IOI City Mall
Ini kali ketiga Dania berbuka dengan kawan dia. Kali ni dengan seorang kawan sekelas masa Asasi. Kawan masa asasi jugak yang Dania ngam selain kawan sebiliknya. Dania baik dengan 2 orang dalam kelas masa asasi. Nik Aisya ambil Doktor perubatan veterinar dan Anis ambil Kimia Perindustrian. Ikutkan tarikh yang sama kelas Dania dulu K18 nak buat berbuka puasa tapi tak jadi sebab ramai yang takde. Ada fakulti yang buat kelas online jadi mereka memang tak balik UPM. Macam Dania Fakulti Pertanian dan Anis Fakulti Sains...pembelajaran secara bersemuka.
Saya dan Dania pick up terus ke kolej di Kolej Tun Dr Ismail, UPM. Since Anis seorang saya pick up je sebab takkan nak biar naik grab sorang2.
Jumaat, April 5
Bazar Ramadhan Seri Serdang
Ini kali kedua pergi Bazar Ramadhan. Kami pergi setelah selesai masak menu utama. Hari ni saya masak Nasi Lemak Pandan. Ni masa kami ke Bazar Ramadhan pada 31 Mac 2024. Baru keluar post ni kat blog.
Kali ni kami ke Bazar Ramadhan di Seri Serdang. Nampak la beberapa bas UPM yang sedang menunggu pelajar berbelanja di Bazar Ramadhan. Bas UPM akan bawa pelajar dari kolej ke Bazar ni. Dania ada nampak kawan sekelas masa asasi tapi tak sempat nak tegur sebab Nik Aisya tu dah naik bas UPM. Kawan dia ni ambik Perubatan Veterinar. Kolej jauh sikit luar dari main campus. Lebih kurang 7km jugak la.
Khamis, April 4
Aneka coklat Beryl's
Ni saya bawa Dania ke kilang coklat Beryl's. Tak jauh pun dari UPM tu. Kebetulan untuk subjek Accounting, Dania dan group kena menjual barangan pertanian. Ingatkan amali apalah untuk Accounting ni rupanya kena menjual betul-betul. Lecturer akan bagi dana kemudian student akan menjual dan akan catit duit keluar dan masuk. Ni ada yang suruh kawan2 asasi Dania suruh support beli paksa rela. Haha....
Dania dan group decide nak menjual coklat jadi ni Dania tolong survey coklat kat sini. Bila tiba sini rupanya ada Jualan Coklat pulak.
Rabu, April 3
Shopping di IOI City Mall
Bila ada benda nak beli barulah masa bulan puasa ni kena gagahkan juga ke IOI City Mall. Idak saya suka berehat kat rumah lagi bulan-bulan puasa ni.
Mula-mula ke sini. Masa birthday Dania bulan 11 tahun lepas saya ada belikan hadiah mineral powder untuk Dania. Bila Dania pakai katanya serasi pulak. Dania pun dah suka jadi kebetulan bedak ni dah nak habis. Kalau beli mineral powder ni 2 dapat 1 free. Tahan 5 bulan jugak la. Jadi saya beli 2 dan bedak percuma tu saya yang punya. Dania dapat 2. Smooth je mineral powder ni. Lip balm Innisfree yang hadiah birthday pun tak guna lagi sebab guna lip balm yang sedia ada. Dania pergi kelas pakai lip balm ni je. Sweet je warna dia dan bagi bibir tak kering.
Selasa, April 2
Sungkai kali kedua dalam gelap?
Sungkai Dania dengan kawan-kawan sebilik masa Asasi kali kedua berlangsung di K Garden, IOI City Mall. Kata Dania dah try nak booking tempat lain jugak tapi semua full dan bila booking kat sini kebetulan ada kosong. Dania cerita order makanan untuk 3 orang tapi portion punya meriah. Ada nasi jugak. Dania dan kawan-kawan order ala carte je ni kalau nak makan buffet RM79.90/pax. Ini pun Dania kata dah berbaloi sangat. Cukup je untuk 6 orang.
Isnin, April 1
Pertama kali ke Bazar Ramadhan Putrajaya tahun ini
Dania ni dah ajak ke Bazar Ramadhan. Nak cari kuih muih yang berkenan la. Jadi Bazar Ramadhan Putrajaya jadi pilihan cumanya hubby dah bagitau kat sini memang agak sesak sebab Bazar kat sini besar.
Hubby drop je saya dan Dania kemudian kami berjalan la dalam ni. Hubby kata tak turun sebab parking berdekatan pun penuh. Ya memang sesak. Kebanyakkan parking tepi jalan je. Kat Putrajaya ni jangan main-main ya sebab Penguatkuasa sangat aktif. Silap-silap kena saman kalau kereta kita yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.