Lepas hantar Dania kat Klinik Pergigian UPM tu, saya pun menuju ke Pejabat Pos Bandar Baru Bangi. Err terlupa pasal Pejabat Pos dalam UPM. Pun ada juga. π
Nak hantar baju baby yang saya beli tu untuk 2 anak saudara saya. Dah siap wrap 2 warna yang berbeza jadi tahulah untuk siapa. Kedua baju baby ni untuk baby girl.
Beli 2 sampul size M kemudian tulislah alamat semua. Pastikan ambil salinan pengirim sebelum masukkan kat tempat plastik bahagian belakang.
Kalau nak hantar barang ni selalunya saya menggunakan khidmat Poslaju dan bukan kurier yang lain. Mungkin sebab paling dekat dengan rumah dan banyak cawangan kot. Sekarang ni kan dah banyak kurier yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Lepas tu hantar la kat kaunter. Tak perlu bayar apa dah sebab dah bayar sampul kan.
Bila balik je....mulalah prepare nak masak untuk makan tengahari pulak.
Lobak merah dan bayam tumis.
Actually ni nasi yang dimasukkan dalam air dan tunggu kembang nasi ni baru tutup api. Masuk juga kentang, lobak merah dan isi ketam untuk Dania. Saya letak sikit minyak bijan dalam ni. Senang sikit la Dania nak makan sebab lembut. Dania kata sedap. Alhamdulilah....
Ketam bercili. Saya buat berkuah sikit.
Dah siap semua....Alhamdulilah.....
Hubby malam baru balik jadi makan tengahari untuk 2 beranak je la.
XOXO,
Ezna
alhamdulilah sedap tu ;)
BalasPadamAlhamdulilah....
PadamSy pun suka poslaju...maybe sbb dah biasa gi pej pos kot dari dulu utk sbrg urusan pos2 ni kan...
BalasPadamAh ah la PH. Lagi satu kalau saya ada box boleh la masukkan dalam box je kemudian poslaju je kat Poslaju Drive Thru 4.1km dari rumah. Kalau nak kata dah biasa tu memang ya kan PH....beli setem la, renew lesen kereta lah....Kat Bangi ni je ada 3 Pejabat Pos berdekatan kecuali Poslaju Drive Thru tu. Ada tempat poslaju je.
PadamAlhamdulillah, mesti anak2 saudara suka menerima pemberian hadiah.. mak baby mesti suka..
BalasPadamsedapnya masakan tu..
Harap2 sukalah apa yang dibeli ni.....alhamdulilah kenyang la untuk kami bertiga.
PadamBertuahnya dua baby tu dapat kiriman daripada ibu saudara.
BalasPadamSelamat menjamu selera Dania. Air tangan ibu enaknya tiada bandingan.
Hadiah untuk anak saudara baru dapat baby....haa sampai 3 anak saudara pulak tu. Haha
PadamSA prefer pos laju sebab potential parcel kita hilang kurang...hehehe
BalasPadamYa betul SA setuju.....
PadamLobak merah atau wortel π₯ itu saya tak seberapa suka π€π . Tapi masih mau makan, hanya saja biasanya saya potong kecil biar tak terlalu terasa π€£.
BalasPadamSaya pun kalo kirim2 barang di Malaysia pasti pakai pos laju. Kemarin juga pakai pos laju saat kirim paket untuk ke Anies dari Penang π. Cepat pula sampai