Rabu, Januari 31

Merubah wajah blog dengan Canva

Sempena tahun baru ni jadi saya nak tukar tema blog saya. Saya nak header blog saya tu kecik sikit dari sebelum ni...

Tema blog sebelum ni berwarna ungu. Saya masih kekalkan tema ungu ni sebab ye lah my favourite color jugak. Rasa tenang tengok blog warna favourite kita. Saya menggunakan canva.com untuk mereka header blog. Sebelum ni tak reti sangat menggunakan Canva ni tapi masa PKP dulu...saya join online macam mana nak create warna instagram menggunakan Canva ni. Saya belajar dengan Fara Bosnita. Boleh click link tu kalau nak tahu mengenai beliau. Walaupun Fara mengajar cara menggunakan Canva untuk instagram....boleh juga apply untuk apa-apa yang kita nak buat....macam-macam boleh buat dengan Canva ni. Dania pun masa sekolah menengah dah guna Canva ni nak create poster la etc....

Selasa, Januari 30

Takziah buat kawan.....

Berita ni baru sampai ke pengetahuan saya hari ini. Takziah buat Juliana dan suami kerana telah kehilangan anak sulung pada 23 Januari 2024. Baru seminggu kalau ikut perkiraan. 

Kisahnya saya dok scroll Instagram kemudian ternampak post Juliana ni la. Ada post mengenai rindu kemudian ada video seorang lelaki dan baby. Saya agak baby itu yang meninggal kemudian nampak komen-komen kat bawah post instagram tu. Eh siapa pula yang meninggal?. Kemudian, ada seorang kawan saya whatsapp...Ezna tahu tak anak Julie meninggal? Saya pun surf la internet kemudian ternampak post kat sini dan surf lagi kat facebook HEP Uitm Cawangan Melaka. Ada pula muka yang saya familiar. Confirm la berita ni. 

Final Exam hari kedua dan keindahan flora di…..

Macam semalam jugak exam pagi jam 9. Jadi, bertolak dari rumah jam 8 pagi. Hari ni Dania ada paper kedua iaitu Falsafah dan Isu Semasa. Dania kata paper ni agak pening sikit sebab tak berapa nak faham bahasa bombastic ni. Lecturer ni pula kata Dania memang suka dengan bahasa bombastic ni. Ini adalah salah satu paper wajib ambil ketika menuntut di UPM tak kira course apa yang kita ambil dan wajib lulus. Kalau dah kata wajib ambil dan wajib lulus...nak tak nak kena ikut sebabnya nanti akan effect bila nak graduasi. 

Hari ni paper diadakan di Kompleks Akademik E di mana Dania punya kelas masa asasi jadi mengimbau kenangan jugak la. Ada kawan sebilik Dania sampai nak buat tour kat sini dengan kawan satu Ijazah dengannya...nak bawa makan kat cafe Rasa Asper etc.....sebab nak tunjuk tempat belajar masa asasi la konon-kononnya. 


Buta warna?

Dania dan kumpulan kena present 1 produk samada minuman atau makanan dan kena nyatakan satu bahan dalam produk tersebut. Dania bagi suggestion susu pisang tapi macam ada seorang ahli group nak buat Coca Cola juga.....like....bersemangat nak buat Coca Cola ya.....satu... Dania kalau boleh nak boikot produk ni. Kedua...produk ni agak klise sangat. Dah biasa nampak. Jadi why not buat lain daripada yang lain kan?. 

Produk tu sendiri saya kata boleh beli (apa-apa yang dipilih nanti) to make it presentable kan sebab ada props. Akhirnya ok lah....Dania ikutkan ajer buat Coca Cola. Tup tup sampai ada 3 group buat Coca Cola tapi bahan yang mereka present tu lain2 la. Hmmmm...kan dah kata klise sangat. Ok....back to Coca Cola....warna apa yang lebih menonjol?. Merah kan?. 

Credit : Google

Isnin, Januari 29

Final Exam hari pertama dan kami lari dari……

Pagi ni ummi dan ayah siap hantar Dania ke UPM sebab hari ni merupakan hari pertama final exam subjek Kenegaraan Malaysia yang akan dijalankan di Dewan Besar UPM. Ayah takde dalam frame sebab sibuk bawak kereta ya....


Movie Review | Hi Nanna

Kali ni saya berkesempatan menonton movie ni di Netflix. Pelakon movie Tamil ni tidak dikenali oleh saya. 

Credit : Google

Jumaat, Januari 26

Urusan Dania dan ummi dan rezeki lagi....

Bila pegawai pertanian dah bising suruh tanggalkan nama dan kembalikan plet nama besi ni jadi saya pun hantar la Dania ke sini. Dania pakai baju lawa-lawa ni sebab lepas ni nak pergi IOI City Mall...hehe...sebelum tu selesaikan dulu urusan yang ni. 


Khamis, Januari 25

Apa yang dibeli tu?

Lepas ajer Dania selesai fertigasi ni, kelas lepas tu online jadi sempat la kalau nak pergi tengok hasil kat kedai UPM ni. Sebelah Restoran Astana Putra ya. 

Ternampak dengan senior Dania grad 2020. Dulu saya dah ambik video Aiman untuk bagi semangat kat Dania. Masa tu Dania tunggu dalam kereta. Aiman masa ni agak sibuk sebab nak kena handle apa entah tapi saya sibuk nak ambik gambar. Haha....


Rabu, Januari 24

Penanaman secara fertigasi

Masa projek jagung tengah berjalan, Dania ada buat juga penanaman secara fertigasi. Apa yang ditanam tu?. Dania dan group dia menanam kailan dan daun salad. 

Masa penanaman fertigasi ni memang buat masa kuliah jadi saya tak dapatlah nak mengambil gambar. Hehe. Ni semua gambar dari Dania dan group dia jadi kena bertabahlah nampak hanya tangan sahaja 😅. 


Isnin, Januari 22

Bagaikan reunion sekolah menengah Dania

Pagi, kami breakfast di Warung Kendi kat Sepang. Pernah buat post warung kendi ni....


Jumaat, Januari 19

Rezeki lagi....

Masa pergi rumah adik sebab utama nak hantar jagung yang Dania harvest tu. Rezeki untuk dikongsi kan?. Adik saya membalas pizza hawaiian dari Pizza alamak nama Pizza pun lupa sebab bukan Pizza Hut dan Domino's. Kalau teringat nanti saya edit kat sini. 

Ok teringat dah....namanya Vivo Pizza. 


Khamis, Januari 18

Bonding ibu dan anak meraikan selesainya Projek Jagung…

Lepas je ke rumah kawan saya, saya dan Dania balik rumah dulu untuk membersihkan diri. Lepas Zohor baru gerak ke IOI City Mall. Plan tengahari ni makan dekat Secret Recipe. Masa ni buat Time Lapse dekat phone. Masa awal2 buat tu letak phone sandar kat nombor meja sekali datang staff Secret Recipe dia ubah nombor meja tu jadi terjatuh phone. 😅

Kena la buat lagi sekali Time Lapse tu. 😅....Sambil makan, sambil bercerita. Nak kata meraikan selesainya Projek Jagung pun boleh jugak la.....Diam tak diam dah selesai. Tak payah lagi la bertandang ke ladang lagi. Next sem pun puasa kan jadi takde la amali kat luar. Semuanya kat bilik kuliah. Kalau ada pun mungkin Sains Tanah kot sebab nak ambik sampel tanah. 

 

Selasa, Januari 16

Rezeki tak salah alamat pada hari jumaat...

Kebetulan masa nak balik dari ladang, saya dapat panggilan telefon dari kawan saya minta datang rumahnya pick up keropok lekor. Haaa pantang dengar keropok hahaha.....memang Dania pun takde kelas hari jumaat ni jadi zasss terus ke Sepang. 

Sihat pokok-pokok Nor ni. Daun kesum ni Nor ada bagi saya. Nor suruh petik2 dari pokok tapi saya tak berani nak petik guna tangan takut terpatah atau merosakkan pokok orang lain. Dah nampak Dania penat jaga pokok dia kat ladang dah kita rasa bersalah pulak kalau merosakkan pokok orang lain. Kalau bawa gunting tu lain cerita. 


Isnin, Januari 15

Selamat Tinggal Ladang.....

Pada 12 Januari 2024, Dania ke ladang jagung buat kali kedua untuk menuai hasil jagung. Kali ni tanpa kehadiran lecturer Dania sebab kuliah pada hari Selasa je. Hari ni kebanyakkan kawan kelas Dania takde kelas. Jadi datang la pagi. Ikut masing-masing punya time la. Dania tiba pun jam 9 pagi. Terus beraksi di ladang menuai jagung yang dah matang. Dania ada photographer dan videographer ikut sekali. Hehehe.....

Berbaloi la saya invest beli pongkes ni. Boleh la buat letak jagung yang dituai. Sebelum ni letak rumpai je bila time merumpai (mencabut rumput). 

Kebanyakkan gambar Dania kat sini saya snap candid je. Sesambil Dania buat kerja dia saya snap jadi nampak natural. Dania tak sedar pun sebab tengah kusyuk kan buat kerja. 


Khamis, Januari 11

Pertama kali dan mencari hadiah perkahwinan

Dah lama saya lalu lalang kat UPM ni dan lalu Taman Konservatori dalam UPM ni. Kebetulan kelas Dania Agriculture and Life buat kat sini. Hari ni dijadualkan Dania kena melawat Tanaman Ubatan dalam Taman Konservatori ni.

Waktu lawatan :
Isnin - Khamis 
Pagi : 8.30 - 12.30
Petang : 2.30 - 4.30

Jumaat
Pagi - 8.30 - 11.30

Sabtu / Ahad, Cuti Am : Tutup

Zon 1 : Halia
Zon 2 : Tumbuhan Ubatan
Zon 3 : Paku Pakis
Zon 4 : Ulaman / Tradisional
Zon 5 : Tumbuhan Akuatik
Zon 6 : Orkid Liar
Zon 7 : Periuk Kera
Zon 8 : Keladi
Zon 9 : Rempah-Ratus
Zon 10 : Tumbuhan Wangian
Zon 11 : Buah-Buahan Hutan

Kiranya ada 600 spesis kat sini dengan keluasan kawasan 2 hektar. 

Lepas hantar Dania, saya dan suami breakfast dulu kat Ikhwan Putrajaya. Lepas tu dapat call dari Dania kelas dah selesai dan saya pun nak pick up la Dania. Rupanya Dania kena test kat sini dan perlukan IPad. Mulanya test dijadualkan di Fakulti Pertanian. 

Test online menggunakan gadget sendiri. Tak kisah la phone, laptop atau tablet. Rasa berbaloi juga belikan Dania IPad sebab ringan sikit nak bawa berbanding laptop. Laptop tinggal kat rumah je la. Test kat Institut Biosains ni. Tangan Dania penuh tu, phone ada, topi ada, kuih donut ada....suruh Dania distribute kat kawan2 terdekat donut tu. 


Bangunan Institut Biosains ni sangat besar. Pertama kali tahu bangunan sebesar ni.


Bangunan ni kat kawasan bukit. Ya allah cantik sangat permandangan kat sini. Dari kejauhan boleh nampak pokok pines yang selalu dijadikan tempat penggambaran filem atau iklan atau klip video muzik. Ingat bila Dania dah grad nak datang ambil2 gambar kat pokok pines tu. 

Saya nampak ada sungai juga yang mengalir sini. Dengan kicauan burung2 pula....tenangnya....banyak lagi rupanya saya tak explore dalam UPM ni. 


Video yang saya ambil. Cantiknya ciptaan yang maha esa....semenjak dah berumur ni saya suka tempat2 yang tenang macam ni.....😊.


Tak hairanlah jika UPM diletakkan sebagai No. 1 Universiti paling Hijau di Malaysia melalui UI Greenmatric World University Rankings. Kalau di dalam ranking dunia, UPM di tempat ke 25. Di tempat pertama Wageningen University & Research, Netherland. Universiti ini juga universiti No 1 di dalam ranking subjek terbaik di dalam bidang Pertanian. Universiti Mama Zharfan pula di tempat ke 7 terbaik dunia universiti paling hijau di dunia. 

Jadi, kalau nak masuk kampus hijau dalam Malaysia boleh la masuk ke UPM. 😊. Ada pokok yang macam pokok kat Taman Tasik Taiping. 


Balik rumah dulu dan lepas solat Zohor, saya dan Dania ke IOI City Mall. Saya nak mencari hadiah perkahwinan untuk anak 'Sahabat Syurga' saya. Kawan saya tu anaknya nak kahwin. Whatsapp group tu kawan saya tu yang create. Nama pun Sharifah yang pilih. Umur mereka lebih tua daripada saya. Kiranya saya la yang paling muda hehehe boleh la perasan muda. Alaaa 3 orang je dalam group tu....segan juga sebabnya saya yang paling bising kot dalam group....err banyak cakap maksud saya. Lain2 tu sopan ya amat.....tengok nama group tu la....tu yang buat segan jugak tu....😅. 

Ok....anak Sharifah ni yang sulung yang nak mendirikan rumahtangga jadi kena cari hadiah untuk anaknya tu. Sebelum tu kita healing dulu la dengan anak yang satu ni....hehe....Dania makan Llao Llao dia. 


Terasa nak makan manis jadi beli Croffle kat Madam Croffle ni. Ada masa-masanya nak yang manis sikit. Bukan selalu pun sebab tak bagus pun ya. 


Croffle dengan topping white chocolate and mango. 


Masuk pula area kedai ni....yang ada Spao kat New Wings IOI City Mall. Ok nama kedai luar dia Outpozt. Dalam ni ada banyak brand seperti Spao dan 7 Dayz. Gigi Coffee pun ada dalam ni. Sesambil tunggu pasangan / kawan shopping boleh la pekena kopi dulu. 


Dalam ni pun ada 7 Dayz. Baju2 Dania ada 2-3 juga beli kat sini. Seluar baggy ni lembut fabrik dia jadi Dania try seluar ni. Selain putih....ada juga warna....


Haaa warna hitam pun ada. 


Tema kat sini warna putih, hitam, coklat cair....selain tu warna pastel. 


Baju waffle ni belikan Dania yang warna coklat. Selain tu Dania dah ada warna kelabu dan pink. Eh eh banyak baju Dania je...saya macam takde mood nak beli baju. Alehnya seluar baggy warna putih tu Dania tak nak sebab bila try kat fitting room Dania tergelak-gelak kata Dania macam badut la ummi 😆. Tu yang malas bawak Dania beli sekali baju tu....ada je komen dia...


Saya suka Dania pakai baju ni tapi since beli dengan dia...tak nak la ummi. Ce ummi yang belikan tanpa Dania ikut memang dia akan pakai selalunya. Eiiii cerewet.....


Baju crop top ni cantik juga tapi kena pair kan baju di dalam yang panjang menutup bon bon. 


Saya ada pergi ke Objet. Sukanya saya kat sini....saya belikan anak kawan saya yang nak kahwin tu pewangi bilik. Pembalut pun beli yang Objet dengan harga RM1 je. Kalau pembalut biasa paling kurang pun RM2.50 ke atas kan?. Wangi bau pewangi bilik ni...lembut je....saya tak suka bau yang menyengat tu....


Hari ni....ayah saudara saya meninggal dalam tidur kat Ipoh. Kiranya abang kepada arwah mama saya. Tak dapat nak balik sebab Dania masih ada kelas lagi. Adik2 saya je balik. Sekurang-kurangnya ada wakil dari keluarga saya. Jadi tinggal 2 orang ibu saudara yang masih hidup. Moga almarhum ayahanda saudara saya, Abdul Rauf ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Jenazah akan disolatkan di Masjid Kg. Melayu di Ipoh. Tak silap saya masjid berdekatan dengan rumah kawan saya Jona. 





XOXO,
Ezna

 

Rabu, Januari 10

Hari terakhir ke ladang? & Hasil tuaian

6 Januari 2024 (Sabtu)

Pagi lagi dah menjenguk ladang. Nak kena buat penjarangan buah. Penjarangan buah ni apa?. Nak kena buang buah yang lebih kecil supaya jagung dapat tumbuh dengan sihat. Takde la bersaing nak mendapatkan nutrien. 1 pokok kena ada 1 buah ajer. Hari ni memang bukan waktu kuliah jadi ummi dan ayah boleh la join sekali. Hehe.....if not bila lagi? Tak kan la nak saje-saje datang sini tanpa arah tujuan. 

Contohnya macam kat bawah ni, Dania kena buang jagung yang lebih kecil. Buah yang lebih besar dibiarkan kat pokok. Ayah pun excited juga cakap haa buah ni buang.....lepas satu dua pokok ayah pun pergilah berjogging sekitar UPM ni. Ummi je la seperti biasa setia kat sini. Saya ni memang akan berminat dengan apa yang Dania buat....tak pernah jemu....


Selasa, Januari 9

Review movie Marry Me

Ini kali ketiga kot menonton Marry Me ni kat Astro. Ia dibarisi oleh teraju utama Jennifer Lopez dan Owen Wilson. Pelakon lain seperti Maluma, Chloe Coleman, John Bradley, Sarah Silverman. 

Credit : Youtube

Jumaat, Januari 5

Review movie Drishyam

 Ada hari tu sempat menonton Drishyam dengan suami. Mulanya dah mengantuk tapi bila movie makin lama makin best kita lupakan mengantuk tu. Hehe.

Credit : Facebook

Rabu, Januari 3

Shopping apa tu kat Mitsui Outlet Sepang?

Lepas solat, ke mana ni?
Haaa tak jauh daripada masjid KLIA tu.....terletaknya Mitsui Outlet Park. Ok nak masuk boleh guna Touch and Go dah. Sebelum ni kena ambik tiket dan bayar kat mesin TAPI....lambat pulak palang tu nak naik sebab lambat detect Touch and Go ni. 


Selasa, Januari 2

Sehari sebelum tahun baru 2024...

Sehari sebelum tahun baru buat apa ya?....
Dalam pukul 3 petang keluar dan menuju ke Sepang. Niat kami nak makan ikan bakar kat HM Bagan tu jadi nak gerak lepas solat Asar dulu. Tiba kat Sepang tak masuk Asar lagi jadi menghabiskan masa minum dulu kat Nasi Lemak Royale. 

Lepas siap solat Asar kat Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA....kami terus menuju ke HM Bagan Ikan Bakar kat Sepang tu. Kalau lewat takut ramai orang pulak. Sepanjang perjalanan ke sana...kat jalan banyak kereta juga. Tiba je kat situ, dah ramai dah yang duduk ya.....bila ditanya buka jam 5 petang. Kami tiba dalam 6 petang. 

Lepas dah dapat tempat duduk, kena pilih seafood yang kita nak makan....saya pilih la satu scoop kerang dan dua ekor sotong. 


Isnin, Januari 1

Top Nine di Instagram dan Selamat Tahun Baru 2024

Selamat Tahun Baru 2024!!!
Selamat Tinggal 2023....

Alhamdulilah dapat kita ke tahun baru 2024 hari ini ya?. 

Ni saya terinspirasi dari blog Suzz sebab buat post Top Nine Instagram. Dah buat lama dah tapi tak masuk dalam Instagram mahu pun blog lagi. Jadi ini best nine untuk tahun 2023 bagi instagram saya.

1. Balik kenduri kahwin anak saudara di Kedah. La ni isteri anak saudara saya tengah dalam pantang. Alhamdulilah.

2. Gathering hari raya kawan-kawan Sekolah Menengah Damansara Jaya di rumah salah seorang kawan saya. Suaminya business di dalam agriculture. Tanam pokok bunga raya (Kenaf) yang mempunyai 1000 hektar kawasan ladang bunga raya di Chuping, Perlis. Mereka memproses pokok bunga raya ni jadi kertas dan minyak biodiesel dan export juga ke luar negara. Tu yang kawan saya ni ada beli rumah di Dubai. Katanya kalau datang Dubai boleh duduk rumah dia...hehe...rezeki kan?. 

3. Dania praktis bawa kereta sebelum pra test JPJ. 

4. Wedding anniversary saya....alhamdulilah 2023 ni tahun ke 20 kami. Moga berpanjangan la jodoh kami sehingga ke syurga....

5. Email dari seorang pelajar yang nak sangat masuk Asasi Sains Pertanian kat UPM jadi saya guide beliau. Akhirnya saya tanya feedback...beliau mengatakan beliau berjaya menempatkan diri di Asasi Sains UITM Dengkil dan bercita-cita nak ambil Veterinar di UPM.

6. Saya dan Dania pergi balik bilik Dania masa Asasi kat UPM sebab nak mencari kasut sukan kawan yang tertinggal. Bila masuk bilik Dania rasa sayu je semua dah kosong....😭. Memori Asasi Dania tercipta di sini....

7. Hari jadi Dania pada 7 November 2023. Alhamdulilah. Moga menjadi anak yang baik ya...

8. Dania test jalan raya kali kedua dan lulus. Jalan raya kali pertama tiba-tiba ada construction kat jalan pulak....

9. Hari pertama Dania mendaftar sebagai pelajar Bacelor di UPM. 

Jadi, kesembilan highlight inilah untuk tahun 2023 di Instagram.  Alhamdulilah....moga dapat cipta lagi kenangan untuk tahun 2024 nanti. Dania akan bergelar mahasiswi sem 2 dan sem 3 tahun 2024 nanti. Moga perjalanannya smooth nanti....insya-Allah. 

Moga kita semua dimurahkan rezeki, diberi kemudahan untuk beribadat kepadaNYA, dikurniakan kebahagiaan, tertunai semua impian dan dilindungi dari benda yang memudaratkan dan semua yang baik-baik ajer ya untuk tahun 2024 ni.

Selamat Tahun Baru 2024!!!.





XOXO,
Ezna