Jumaat, Februari 18

Sesekali makan di luar

Alahai serius takde idea nak taruh tajuk.. Hari ni hubby suggest makan tengahari kat luar so ok....nak makan kat mana? Makan kat Seoul Garden pun tak ingat bila. Baru nak update blog. 

Akhirnya pilih nak makan kat Seoul Garden tapi Seoul Garden yang mana? Seoul Garden ni kan banyak branch kan....kita pilih Seoul Garden kat De Pulze, Cyberjaya. 


Rabu, Februari 16

Hadiah buat teman dan solat hajat

Pada 10 Feb 2022, baru-baru ni, kelas Dania dicutikan sebab berlangsungnya ujian bertutur Bahasa Melayu untuk pelajar SPM. Dania punya 9 Feb 2022. Ala ada viral kat facebook soalan "Apakah perkahwinan idaman anda"....nasib Dania tak dapat yang tu. Kalau kena ujian bertutur pada 8 Feb 2022, kebarangkalian untuk dapat soalan tu memang ada. Ok tak nak ulas pasal tu. Hari ni disebabkan kelas Dania dicutikan jadi tak dapatlah nak bagi hadiah kat kawan Dania. Nak dijadikan cerita, 10 Feb, hari jadi kawan baik Dania yang nama Zalilah. Saya cakap dengan Dania nak pergi Rumah Kueh Kak Zu sebab nak belikan Zalilah kek kemudian boleh hantarkan sekali dengan hadiah yang dah dibeli tu. 

Masa ni tengah tunggu staff tulis kat kek tu. Ada beberapa jenis kek boleh dipilih tapi saje saya pilih Victoria Sandwich Cake ni sebab Zalilah suka sangat masa Dania bawak tahun lepas. 


Selasa, Februari 8

Pemetaan Cahaya | Putrajaya Steps

Awal-awal hubby dah cakap nak pergi Putrajaya Steps waktu malam. Nak pergi sebab apa ye?....haaa ni dia....nak [ergi tengok pemetaan cahaya kat Putrajaya Steps ni la. Ia diadakan 3 hari sahaja dari 27 Jan 2022 - 29 Jan 2022. Ianya bersempena dengan sambutan Hari Wilayah pada 1 Feb 2022. Pemetaan cahaya ni berkonsepkan Keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia ni sering disebut oleh Perdana Menteri kita yang baharu Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. 

Pada 27 Jan 2021, jumaat malam tu kami ke Putrajaya. Boleh dijangka jalan akan sesak ke sini. Bila kereta kami melepasi jalan nak ke medan selera Laman Perdana yang terletak dekat je dengan pemetaan cahaya tu, penguatkuasa tutup jalan. Ni yang paling tak gemar ni. Nak ajak orang ramai tengok pemetaan cahaya tapi beberapa akses jalan ditutup pula. Bagi kami, sangat la beruntung sebab lepas tu dah tak sesak la arah kami lalu tu. Senang la dapat parking. 

Selasa, Februari 1

Explore Petronas baru buka tepi highway | R&R Sungai Merab

Cuti Tahun Baru Cina exactly pada hari pertama tahun baru cina, Dania ada kelas tambahan kat sekolah. Tak kisah pun hantar Dania walaupun hari cuti. Nak kena full blast la sebelum SPM menjelang bulan Mac nanti tapi bulan 2 ni dah sibuk dengan ujian bertutur BM, ujian mendengar BI dan amali Sains. Belajar rajin2 anak ummi ye?. Nak nak ni subjek Add Maths. Ada je cikgu buat online tapi cikgu ni nak buat bersemuka. Saya respect Pn. Banu ni terlalu komited. Semenjak masuk sekolah tahun ni setiap hari without fail Pn. Banu buat kelas start 6.45 pagi sampai jadual waktu pertama bermula. Kelas ni buat mereka yang nak datang ajer. Dania pergi setiap pagi awal ke sekolah sebab kelas Pn. Banu ni lah. Harap2 membuahkan hasil yang lumayan. Insya allah.