Apasal la balik Ipoh, tak pernah try pun Mee Kicap Haals ni. Tak tahu pun kewujudannya 😅. Maybe family saya tak makan mee kicap kot. Kalau popiah S.S. Ali kalau balik Ipoh, arwah papa ada la beli. Ok nak dijadikan cerita hubby terbaca kat twitter kini mee kicap yang dikenali kat Ipoh ni ada cawangan di Bangi. Apa lagi, petang tu terus la pegi cari Mee Kicap ni. Area tau la kat mana tapi exact location tu kena cari la. Akhirnya jumpa juga Haal's Mee Kicap ni.
Jumaat, Januari 28
Sabtu, Januari 22
Bila kereta perlu pemeriksaan terperinci
Hari jumaat, hubby bawa kereta saya ke service center kat Puchong untuk check. Mana taknya tetiba keluar alert kat kereta ni. Alert tu yang 3 berwarna kuning tu. Kalau keluar alert macam tu kena cepat-cepat bawa ke service center. Tu je masalahnya. Dok keluar alert tu. Harap2 bukan masalah yang major la. Saya tak ikut sekali sebab nak kena standby kat rumah sebab jumaat Dania balik sekolah awal.
Khamis, Januari 20
Indahnya majlis perkahwinan di Bora Ombak, Putrajaya
Bila keluar je fan clutch ni dari dust bag @ dalam bahasa malaysia beg habuk? Apa ke namanya entah, maknanya ada event la ni. Hehe. Inilah event pertama tahun ni. Sebenarnya patut saya attend event anak sepupu kahwin masa pergi Port Dickson hari tu. Disebabkan invitation melalui whatsapp je jadi saya terlupa. Dah bayar kat hotel PD baru teringat. Saya dok ingat event minggu selepas balik PD. Jadi tak pergilah. Jadinya cuma kirim hadiah buat pengantin baru. Nasib baik ada wakil adik2 saya dan keluarganya ada pergi.
Ok, clutch ni dah lama beli kat Christy Ng ni. Pakai pun jarang-jarang je. Saya warna hitam, Dania warna perak. Clutch ni ada glitter. Ada juga tassel warna gold nampak menyerlahkan lagi clutch ni. Masa nampak dalam web Christy Ng terus jatuh cinta pandang pertama. Terus la grab....boleh pulak custom nama.
Khamis, Januari 13
Saya sudah booster....anda bagaimana? | Pengalaman di PPV Offsite IOI City Tower 1
Lepas hantar Dania, hari ni kira first day of school tahun 2022, breakfast dulu kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Makan siap-siap breakfast sebelum nak pergi booster. Alahai...saya bab cucuk ni saya paling takut. Tarikh booster ni saya dapat pukul 2.57 pagi hari jumaat sehari sebelum saya ke Port Dickson. Nak suruh saya syok2 bercuti dulu la ni.
Sempat la menghabiskan masa berdua dengan hubby dulu. Dah 3 minggu takde makan berdua. Ada Dania kan?.
Rabu, Januari 12
Di tepi pantai yang indah | PD Part 2
Tau tau dah hari kedua kat PD. Lepas breakfast nak jalan-jalan kat pantai pulak. Bergambar kat gerbang heart. Kalau heart tu dipenuhi bunga mawar saya rasa lagi menarik. Tak pun bunga2 lain....mesti lagi cantik kan?
Selasa, Januari 11
Di tepi pantai yang indah | PD Part 1
Plan last minute je ni nak ke Port Dickson. Kan saya ada cerita sebelum ni yang saya ada order topi pantai tapi tiba lambat jadi tak sempat nak pakai kat pantai Mersing tu. Hubby kata nanti kita cuti kat tepi pantai lain. Haha.
Ni saya dan Dania test pakai topi ni kengkonon kat tepi pantai la ni.
Selasa, Januari 4
Segalanya untuk keluarga di Mines dan De.Wan 1958
Hari kedua lembaran baru tahun 2022, petang tu nak ke Mines sebab nak beli ink printer. Dania asyik print je sebabnya. Ambik dulu gambar kotak parking. Hehe. Takut terlupa parking kat mana. Siapa lagi macam saya?
Isnin, Januari 3
Selamat Tahun Baru 2022 !!!
Selamat Tahun Baru 2022!.
Apa yang anda dan keluarga lakukan bersama pada tahun baru?. Kebetulan nak jumpa kawan sebab nak beli laptop yang beliau menang dalam contest Nescafe. Saya pun ada menang contest yang sama tapi cuma ewallet Touch and Go ajer. Pagi tu bergerak ke Shah Alam. Sebelum tu pun dah tanya kawan tentang banjir. Fobia pulak saya bila memikirkan Shah Alam kan baru dilanda banjir. Masa tiba tu pun malam sebelum tu pun hujan renyai-renyai. Takut kat Batu 3 air naik.