Jumaat, Disember 31

Selepas berbasikal kita pekena kambing | House of Kambing

Semenjak dua menjak ni dah mula beraktiviti sihat samada berbasikal atau berjalan kaki. Selalunya buat weekend atau lepas hantar Dania ke sekolah. Mula la cari port nak berbasikal. Nak dijadikan cerita ada sekali tu berbasikal di tepi tasik di Cyberjaya Perdana Lakeview East sehingga ke Ayer 8, Putrajaya. Kami tak berbasikal di jalan besar ye cuma tepi tasik je. Kebetulan kat sini tembusnya ke Ayer 8. Fuhhh penat sungguh oiii. Boleh tahan la bagi saya ni haa....lepas tu lalu tepi tasik ni kena la bawak sekali basikal menuju ke restoran Ore Kampung Ayer 8 tu untuk breakfast. Parking la basikal depan restoran ni ha.... 

Nasib baik pakai topi. Panas ya amat la....


Khamis, Disember 30

Barang yang ditunggu-tunggu | J&T punya angkara

Inilah barang yang saya tunggu punya lama untuk reach saya. 15 hari ye....15 hari....kalau ikutkan tarikh saya order ialah pada 4 Disember 2021, Famsy perlu 10 hari untuk siapkan order (Bagi saya untuk order siap selama 10 hari ni lama sangat sebab saya order cuma 2 bukan bulk order). Order saya siap 14 Disember 2021. Saya dah beritahu Famsy supaya order saya reach saya sebelum saya pergi bercuti pada 18 Disember 2021. Confident betul Famsy kata courier partner dia boleh fulfilled sebelum tarikh saya bercuti. 

Tup tup saya balik rumah selepas bercuti 21 Disember 2021 pun barang masih tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu sampai 29 Disember 2021 masih hampa. Kemudian saya google la cari owner J&T ni. Rupanya organisasi syarikat kurier ni berasal dari Indonesia. Tahu tak?. Saya pun baru tahu. Bukan syarikat kurier berasal dari negara kita rupanya. 

Terjumpa IG owner dia....letak pulak perkataan rendah hati...apa lagi saya pun tinggalkan komen kat sini. Hehe. Geram sangat kan?. Ayat saya tidak la ada perkataan yang tak elok cuma tunjuk ketidakpuasan hati saya je. 


Sebab saya komen IG owner dia ke malam tadi?. Laju pulak kurier ni tiba kat saya. 😆. Boleh pun kan?. Terkejut bila hubby yang baru balik surau cakap, eh ada bungkusan. Beli apa?. Saya dah tak terfikir apa dah mesti bungkusan Famsy yang saya tunggu-tunggu ni. Lama ohhhh mereka deliver tu. Pick up dari Famsy dari 15 Disember lagi....tiba kat saya 30 Disember 2021. Bersyukur akhirnya selamat tiba ke pangkuan saya tapi setelah 15 hari la ye???.
 

Servis macam ni la saya tak suka. Dah la sekarang ni musim hujan. Main letak je atas tembok. Pulak tu takde sms ke whatsapp ke call ke kata barang dah sampai. Dia buat macam touch and go je. Ambik gambar untuk purpose upload kat website dia je konon dah selesai deliver barang. 

Ni saya ambik gambar dalam website J&T.  


Bagi pihak Famsy pulak tak habis update saya status parcel saya ni ha. Bagus tu bagus la....


Tapi.....yang angin....barang customer tak tiba lagi tapi dah siap suruh tulis review pengalaman kita. You alls rasa?. Dah tentu la saya tulis pengalaman muka sedih tu. Bagitahu la barang tak tiba lagi dan stop tanya saya dan suruh review ni....eiiii angin la jugak kan?. 


Eh eh eh tup tup 29 Disember 2021 suruh saya review lagi barangnya.....hello barang tak tiba lagi la Famsy sayang........29 Disember 2021 untuk rekod....barang masih ding dong entah kat mana. Malas dah nak check kat website J&T sebab selalunya result dia pasti hampa.  Selalu update on hold disebabkan external factors. Entah apa maksud J&T ni. 


Ni lah barang yang saya beli. Straw Hat saya dan Dania. Memang cantik dan murah la bagi saya sebab harganya RM35/hat. Boleh pilih twilly nak warna apa. Siap boleh ukir nama juga. Selalunya agak mahal straw hat ni kalau survey kat online. Saya cakap dengan hubby ingat nak pakai kat pantai hari tu tapi tak kesampaian. Agaknya sebab kesian....ok nanti kena pergi bercuti tepi pantai la. Hooray.....(tapi....entah bila la tu? 😏)

Apa pun bersyukur la selamat tiba topi pantai ni ha....dalam keadaan yang baik. Alhamdulilah. Journey nak mendapatkan topi ni yang tak berapa nak gemar. 


Nak guna ke voucher yang Famsy bagi sebab barang mereka lambat tiba?. 😑

Hmmm nak kena fikir 10 kali kalau mereka masih menggunakan J&T sebagai rakan kurier mereka. Mau sakit jantung lagi nak deal dengan barang lambat tiba.....you alls sanggup ke? 



XOXO,
Ezna


Isnin, Disember 27

Menakluk JDT | Day 4

Diam tak diam nak masuk hari keempat kami di Johor dan trip kami hari ni nak ke Taman Negara Tanjung Piai. Nanti saya ceritakan tempat menarik kat sana dan kat mana lagi kami singgah dalam perjalanan. Lepas breakfast jalan-jalan tengok hotel ni. Kalau ada anak-anak kecik best la boleh masuk theme park KSL. Guest hotel ni cuma bayar RM20/pax. Ambik peluang bergambar dalam gigi dinosaur. Over tau.....I don't care...Hehe... 


Ahad, Disember 26

Menakluk JDT | Day 3

Eh....cepat betul percutian ni...dah nak masuk Day 3. Kejap je rasa. Ambik gambar dulu kat kerusi ruang tamu ni. Dania tidur kat atas ni malam tadi. Ummi dan ayah kat tilam yang kami bawa dari bilik sebelah. Hehe. Nasib baik selimut besar. Kongsi 3 orang pun takde hal. 


Sabtu, Disember 25

Menakluk JDT | Day 2

Ni lepas breakfast kat hotel. Dania kena bayar RM21/RM23 tak ingat untuk breakfast. Seleksinya banyak juga kat La Grandeur ni. Hotel ni kan ada padang golf. Baru tengok kat IG Shuib Sepahtu update anak dia Uwais tu dapat champion untuk golf. Wow hebatnya Uwais. Pasti arwah Siti Sarah bangga kan kalau masih ada....😰. Apa kena mengena dengan Hotel ni? Tournament tu nampaknya dibuat kat sini dan anak Shuib ni masuk tournament pada 21-22 Disember 2021. Saya pula, 19 Disember 2021 dah nak check out. 


Khamis, Disember 23

Menakluk JDT | Day 1

Tajuk kemain lagi menakluk, tiba-tiba perkataan tu yang teringat kat minda. Masa kami keluar rumah tu pada 18 Disember 2021, memang hujan je sehinggalah berhenti dekat area berdekatan Johor. Ikutkan plan nak bertolak malam 18 Disember je sebab tak plan pun nak menginap area Senai. Tiba2 je hubby kata nak rehat 1 malam dulu kat Senai sebelum ke Mersing pulak. Jadinya memang last minute booking hotel berdekatan Johor Premium Outlet. Memang sebenarnya nak ke sini la pun tapi on the way nak ke Mersing je. Kiranya singgah kejap la. 

Nasib baik last minute hotel ada pulak kosong kat La Grandeur, Senai. Ianya terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Senai. 

Gambar ni masa nak keluar tol dekat Bandar Baru Bangi di tepi Bangunan Jakel. 

Rabu, Disember 22

Menyambut anniversary 14 Disember 2021 | Subak Restaurant

Alhamdulilah dah 18 tahun pun usia perkahwinan kami. Baru ada kesempatan nak update. Busy sangat la kononnya tu. Hehe.
 
Mulanya tak tahu nak makan kat mana. Last minute punya plan ni. Kalau ikutkan nak makan kat tempat biasa je. Hubby kata makan la kat tempat lain pulak. Saya ni jenis kalau suka satu tu kat situ je la makannya. Hehe. Saya survey la sana sini. Ada whatsapp kat beberapa tempat kemudian yang Subak ni balas dan ada pula set up meja. Nampak menarik juga. Tak pernah lagi set up meja. Jadi nak kelainan saya pun booked yang ada set up meja. 

Lepas maghrib kami pun menuju ke sini cuak betul la kawasannya berbukit. Ye lah nama pun Bukit Lanjan. Pulak tu macam kat hujung je dan gelap je kawasan ni. Masa kami pergi pun hujan macam tak berhenti. Sementara nak tunggu meja, ambik dulu la gambar Dania kat sini. Kawasan ni terang sebab banyak lampu jadi gambar pun jadi terang malam-malam ni. 

 

Setibanya kami ke meja, inilah hiasan bunga yang ada atas meja. Subak dah bagitau awal2, stok bunga ros merah takde jadi dia akan gantikan dengan bunga lain. Saya whatsapp balik saya tak kisah bunga apa. Nampaknya kat atas meja ada taburan kelopak bunga ros dan dalam pasu kaca ada bunga daisy warna merah dan pink. Ni pun dah cukup lawa bagi saya. Saya minta Subak hias kat tengah2 je sebab kami datang bertiga. Biasanya nak romantik ni datang berdua je. Ishhh yang seorang ni memang selalunya tak tinggal la. Ada 2 lilin. Memang ni candle light dinner anniversary kami yang ke 18 tahun. 


Sebelum makan ambik gambar untuk kenang-kenangan la. Pandai la photographer ummi ni. 


Tema malam ni hitam, putih dan biru. Melambangkan warna suka duka pahit manis kami bersama. 


Gambar photographer ummi pulak. 

Tibalah masanya dapat makanan yang kami order. Ni pilihan Dania. Spaghetti Bolognaise. 


Saya pilih fish and chips. Sedap juga rasanya. 


Ni hubby punya Subak's style grilled chicken. 


Bila dah selesai makan, minta staff situ ambik gambar sebab ada port yang cantik sangat ambik gambar macam kat sini. Kanan dan kiri ni kolam ikan. Lepas tu ada lampu ala tanglung dan lampu kecik2 ni dengan akar pokok berjurai macam langsir. Bergambar atas titi kat tengah ni sambil pegang bunga kat meja kami. 


Rasanya akar ni dari pokok yang menjalar ni. 


Ni apasal ni. Tidur ke ni? 😆


Kalau nak kan kelainan untuk makan malam sambutan anniversary atau hari jadi atau nak celebrate apa-apa pun boleh tengok seleksi harga dekorasi meja. Harga ni tak termasuk makan ye. Diulangi....tak termasuk makan. Ada kes orang depan kami, couple ni kat cashier, total bill RM500++. Kemudian macam rungsing. Nampak macam whatsapp orang dan macam nak guna kad pun tak lepas. Tak tahu apa masalah atau mungkin mereka ingat pakej dekorasi ni termasuk food jugak. Mungkin deko kaw kaw lepas tu makan kaw kaw terus terkejut tengok harga total. 







Bersyukur dengan apa yang ada. Mensyukuri walau kita dapat rezeki sikit. Insya allah kita akan dapat rezeki yang lebih besar lagi. Dalam perkahwinan ni kena ada gift and take selalu. Macam2 dah kami lalui baik pahit atau manis. Moga ikatan kami ini diberkatiNYA sehingga ke syurga....insya allah. 

14 Disember 2003 - 14 Disember 2021

Kalau nak tahu alamat Subak Restaurant ni :

Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

019-7981465



XOXO,
Ezna

Jumaat, Disember 17

Kurier paling teruk | J&T

Kalau kita guna kurier ni, kita mestilah nak dia hantar dengan pantas kan?. Ke ada yang suka dapat barang macam siput?. Alkisahnya ada la saya beli barang online. Kononnya untuk beach holiday la nanti. Saya beli stokin renang ni kat shopee. Saya pun tak tahulah tapi penghantarannya saya tak boleh pilih kurier mana yang saya suka jadinya kurier yang menghantar stokin renang saya ni ialah J&T Express. Ye nama ada perkataan 'express' ya. Kita tengok la berapa express dia hantar barangan saya. 


Tiap kali la saya check la penghantaran barang saya ni melalui Shopee. Haa tudia...siap ada kat J&T Johor. Entah la pelik pulak siap ke Johor padahal alamat Selangor. Kat CDC dan LDC Bandar Teknologi ni dari 28 Nov 2021 - 4 Dis 2021. Kiranya transit dalam 6 hari. Bila check tracking J&T katanya cuaca buruk. Dah kenapa?. Hantar naik basikal ke?. Jenuh la kalau hujan sebulan....sebulan la barang saya transit. Itu pun ada 2 kali kot submit complaint online. 

Akhirnya selamat terima barang pada 6 Dis 2021. Kiranya setelah 9 hari baru barang selamat diterima. 


Kali ni saya ke website Famsy ni la sebab nak beli Straw Hat. Perfect for my beach holiday. Harga straw hat ni dengan nama printed....RM35. Ko rasa?. Berbaloi ke idak?. Rata-rata kalau tengok kat website, straw hat ni mahal kiranya dalam RM60++. Kat Famsy ni best pulak harga dia. Boleh pair kan dengan beg senada jugak. 

Jadinya saya order la pada 4 Dis 2021. Dapat email daripada Famsy ucapan terima kasih sebab order dengan dia walaupun banyak company besar yang lain yang banyak mainkan harga. Kita pilih company yang masih baru ni haa....(ni drama ni...jeng jeng).

Tup tup pada 6 Dis 2021, dapat email daripada Famsy kata dia dapat banyak order dan akan ambil masa untuk siapkan. 3 email tau....email yang sama kata dia dapat banyak order dan order kita akan delay. Sudahhh...ni drama yang saya kata ni (mula2 mainkan perasaan customer ucap terima kasih bagai tapi akhirnya baru bagitahu tak boleh nak siapkan secepat mungkin). Lepas tu, email balik kat dia kata saya nak order saya disiapkan secepat mungkin sebab bla bla bla. Alaa the reason saya order sebab nak pergi beach holiday kan?. No point la dia tiba selepas tu. 

Ada ads Famsy menari kat sponsored IG saya komen, dapat barang lambat kat sini. Nampaknya komen saya pun dah takde kat situ (kena delete mungkin sebab kena tunjuk yang indah belaka). Famsy DM kat IG tanya order number saya. Saya pun bagitahu la. 14 Dis 2021, order saya ready....ada tracking number dan kuriernya ialah J&T. Terus lemah semangat....😞

Kat Famsy ni kan kalau you alls nak tempah barang jangan la time peak ye...ni nak Christmas ni memang banyak order....


Ni saya cuba nak log complaint kat J&T tetapi tak boleh go through ye...alasan tak sampai 5 hari pun barang saya diambil dari sender. Adehhh target dia lebih pada 5 hari baru boleh complaint dan kena ingat ye...5 hari tu kira standard la dia tak hantar barang lagi. Huhuhu....

Jadinya.....setakat ini parcel saya masih di J&T Shah Alam Gateway - Petaling. Lepas tu kalau check kat website J&T ada gambar scattered clouds nak tunjuk cuaca tak baik la tu. Nanti boleh buat alasan cuaca buruk. Sebenarnya saya tak boleh brain la alasan cuaca buruk ni. Barang2 kita ni dibawa dengan kenderaan tidak berbumbung ke?. Kalau nak buat alasan cuaca buruk ni macam tak boleh diterima juga sebab kalau pantai timur kita faham la. Kot banjir la kan. Ni kat Selangor kot....dan pulak cuaca malaysia ni sepanjang tahun hujan kan?. Kalau hujan sebulan jenuh la barang kita tu transit.


Ni saya komen kat sponsored post Famsy kat fb. Ye lah ramai betul tu Happy Customer. Memang banyak barang yang best2 kat Famsy ni. 

Harap2 lepas ni customer dah boleh pilih kurier yang mereka nak. J&T memang awal2 lagi saya X kan. 


Entah la...kalau diberi peluang untuk pilih kurier....J&T bukan dalam list saya. Anda ada pengalaman dengan kurier J&T tak?. Kalau tengok review, rata2 J&T kena marah la sebab lambat hantar barang. 😡

Dan....saya kena redha la straw hat saya dan Dania tu tiba lewat. 😭



XOXO,
Ezna

Khamis, Disember 16

Peperiksaan Percubaan SPM 2021 | Cabaran zaman pandemik

Rasa macam kejap sangat la masa berlalu tahun ni. You all rasa tak?. Dania pulak tup tap tup tap....sekolah buka je...tak lama lepas tu dah kena ambik Peperiksaan Percubaan SPM. Batch mereka ni bukan la nak kata apa kan....banyak lagi belajar online dari bersemuka kat sekolah. Tahun lepas masa Form 4 pun sama jugak. Banyak kelas online ajer. 

Tapi tu lah tak boleh la nak jadikan alasan banyak belajar online tu untuk tidak buat yang terbaik kan?. Kita cubalah selagi terdaya...Insya Allah. 

Ahad, November 7

Picnic Birthday | Surprise buat Dania

Pada birthday Dania ke 17 tahun ni nak buat something special sikit sebab sweet '17' kan. Jadi kita buat yang sweet ajer. 

Bila type picnic birthday keluar few la kat IG tu tapi paling menarik bagi saya @glamsurprisebyse sebab dah sedia tertera harga semua pakej dan IG dia nampak kemas. Ingat nak buat outdoor picnic sebab nak kelainan tapi Syahira Ilyana ni tak buat pulak outdoor sebab katanya zaman pandemik ni dia tak nak interact dengan ramai orang kat luar jadi indoor lebih selamat. Saya pun fikir la nak buat kat bilik hotel ke....survey punya survey ada yang berdekatan iaitu di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Harga pun ok dengan bilik Saya macam nak kat La Meridien sebelah IOI City Mall tu je tapi hubby kata tak macam bercuti je sebab dekat bandar. 😅

Rabu, Oktober 20

Hari pertama sekolah setelah lama berPDPR

Keluar rumah jam 6.38 pagi kemudian tiba di sekolah Dania sebelum pukul 7 pagi. Kumpulan A setiap kelas kena datang sekolah minggu ni. Dania dan kawan baik terpisah kumpulan untuk sementara waktu sebab Dania mula huruf D dan kawannya huruf N. Kelas Dania tak ramai pun macam kelas biasa tu....29 orang ajer. Ramai yang pindah ke sekolah asrama masa Form 4. 

Nak jadikan cerita pagi ni hubby yang drive ke sekolah sebab nanti nak breakfast sekali. Lepas drop kan Dania saya dah cakap nak turun dan ambik gambar. Saya ingat takde la cikgu2 ke penolong kanan ke tunggu depan gate. Selalu kat pondok tunggu bas berdekatan. Bila tak nampak cikgu2 saya pun ingat memang takde la cikgu2. Saya ternampak kawan saya turunkan anak dan saya siap ber Hai lagi dengan kawan tu...kuat ok saya ala ala jerit. Guard perempuan yang saya kenal pun saya Hai kan jugak....sekali maju je setapak nak sampai gate sekolah....terdengar satu suara....oh Puan Ezna rupanya....ya allah Datin Pengetua rupanya dan ada guru penolong kanan 2 orang beserta cikgu kaunseling. Ya allah malu betul saya. Haha....ber Hai tak ingat dunia....ye saya akui saya excited beno hari ni. Dah lama saya tunggu saat2 Dania nak ke sekolah. Boleh imagine ke tak macamana excitednya saya??. 😜

Nak cover malu punya pasal....saya ambik gambar la semua yang menunggu di gate sini. Datin Pengetua, Wan Nor Ashikin baju semua biru (Pengerusi Pandu Puteri Hulu Langat), Penolong kanan baju hijau dan baju putih/biru. Guru kaunseling Cikgu Yus tudung pink. Sebelum balik, Datin kata jaga diri baik2 Na. Manja pula panggilan Na. Hehe....cepat2 saya masuk kereta....aduiii kalau saya tahu ada mungkin saya cover la sikit. Haha 😅. Dania pun tak perasan cikgu2 termasuk Datin Pengetua depan pagar sekolah. Dania pakai tu uniform Pandu Puteri. 

Takpelah harap2 cikgu2 tahu saya happy anak kembali ke sekolah.....

 


Ni gambar first saya snap. Dari sini tak nampak ramai cikgu2 tu. 


Breakfast berdua. Dah lama tak breakfast berdua.....selalu ada Dania. 


Kalau teringin je nak makan roti canai baru makan. Selalunya saya breakfast roti bakar. Hari ni saya order roti tampal. Hubby roti telur. Alehnya yang saya tak lalu saya pass ke hubby....


Singgah sebetulnya nak tengok tasik ni. Baru je dirasmikan. Dekat sangat dengan rumah saya dan tepi highway ajer ni. Nak ke sini takde exit dari highway. Kena ikut jalan dalam. Masih banyak lagi perlu dibuat kat sini. Dalam perancangan akan ada sampan kecik kat sini.....boleh la nanti nak naik sampan pulak. 


Sepanjang tasik ni ada pokok Tecoma baru tanam. Alaaa....pokok yang macam pokok sakura tu. Tunggu la dia besar nanti dan berbunga lebat mesti cantik tempat ni. Kami jalan sekeliling tasik ni dapat la dalam 500 meter. Haha. Idak la jauh mana tapi at least saya cuba ok....berpeluh jugak la....


Tasik Baginda ni diapit oleh ILIM dan Amsa Driving Center. Di kejauhan bangunan kuning tu LHDN di Bandar Baru Bangi. Dari sini nak ke seberang sana dalam 6km. Tak la jauh mana. 

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak yang masuk sekolah. Lama sangat belajar kat rumah rasa macam tak efektif pulak. 




XOXO,
Ezna







Selasa, Oktober 19

PICK Remaja Selangor di PPV | Pengalaman dos kedua di PPV Bangi Avenue Convention Center

Alkisahnya masa Dos 1, ayah Dania yang bawa Dania ke PPV tetapi untuk Dos 2 since ummi sihat jadi ummi pun kata nak hantar Dania ke PPV. Sehari sebelum siap buat lawatan ke PPV lagi sebab ayah Dania nak tunjuk jalan. Boleh je guna waze tapi entah la saya ni kadang waze pun saya tak percaya. Dia tunjuk jalan lain....saya ikut jalan yang saya tahu jugak. Haha....apa apa hal senang. Malam tu, ayah Dania kata boleh drive kan ke PPV. Hoorayyy ummi suka duk sebelah. 

Apa pun dalam 7.45 pagi dah keluar rumah dan makan pagi kat kedai berdekatan rumah. Makan kenyang2 dulu terutama budak nak vaksin tu. Alhamdulilah habis bihun yang Dania makan. Yang tak lalu makan saya. 😁


Isnin, Oktober 18

BTS Pop Up Store kini di 1 Utama

Mulanya hubby ajak cari sarung luar untuk phone saya. Nak kena pakai sarung sebab phone tu takde baju. Bila pegang agak licin dan takde protection. Kemudian hubby mencadangkan ke 1 Utama. Tersenyum la ada orang tu kan?. 

Kami parking kat 1 Utama new wing. Tak tahu tempatnya kat old wing ke new wing ke sebab kalau tersilap, kena la menapak jauh sikit. Parking pun senang je tak payah pusing 2-3 kali. Tempat pertama yang dituju ialah di Ground Floor Highstreet setelah tengok kat mall directory. Sebelum masuk ke BTS Pop Up Store : Map of the Soul kena beratur dulu kat sini. Line tak panjang pun. 

Tiba sini bila ada staff nampak saya boleh dia cakap You Again?. Haishh bila pulak saya pernah ke sini?. Saya cakap la This is my first time here. Hehe. Kena isi borang online jugak untuk setiap orang jadi kena ada phone la kot setiap orang.  



Selesai isi borang boleh terus masuk. Line tak panjang kan. 


Teruja tengok Tiny Tan ni. Ambik gambar dulu ok?. 


Ayah Dania tengah scan harga la tu....hehehe.....rata2 baju ni harga RM200++ ke atas. 😅


Hi Jimin!. 


Jungkook la pulak. Ni memang peminat dia ni. Hehe.


Ummi Dania pun nak join sekaki jugak....Ini bukan sebarang Jin....ini Kim Seok Jin. 


Ada dijual 3D poster Tiny Tan. 


Cute la pulak budak kecik berdua ni. 


Kalau peminat BTS memang tahu ni memang lambang BTS ni. 


Pencil case pun ada. 


Masuk je ada screen LCD BTS. Ummi nak ambik gambar Jungkook terambik gambar Suga...pun boleh. 


Mini pouch ni tak silap masa ni tinggal RM dan J-Hope ajer. Lain2 dah kena ambik la kot. 


Buku nota ni takde la murah sangat....Tengok la harga yang dipaparkan tu. 


Kalau boleh setiap inci BTS Pop Up Store ni nak ambik gambar. 


Ambik gambar kat Disco ni pulak. 


Dania bersama beg pasar. Walaupun beg pasar je pun tapi harganya bagi saya bukan harga beg pasar. 😆


Dania kata ni lirik lagu 'On'. Siap tunjuk bukti kat youtube lagu BTS On. Hehe. Manalah ummi tahu. 


Meh tengok apa yang ada kat sini....


Showcase ini diadakan sehingga 31 Januari 2022. Peminat BTS boleh la berkunjung ke sini sebelum tarikh tu ye. Pop up store ni kalau kat Korea nampak luas sikit tempatnya berbanding sini sebab kat Korea lebih dari 1 tingkat. Barang-barang pun banyak sikit. Oh ya barangan yang dijual di sini ada hologram 'Big Hit Entertainment' ya. 2 barangan yang Dania beli tu made in Korea. 


Sayap ni katanya Black Swan. Lepas kaunter pembayaran ada sayap ni. Ambil gambar la sekeluarga sebelum keluar. 


Dania nak terbang pergi mana tu?. 


Dah keluar ambik gambar kat sini pulak. 


Ni kat tempat masuk ni. Ambik gambar kat sini jugak. 


Seronok tak terkata peminat BTS seorang ni. Dapat la 2 barang. Ummi kata early birthday present untuk Dania. Walaupun ummi kata ni je hadiah birthday dia bulan 11 ni tapi ummi dah prepare 2 hadiah kat rumah. Hehe. Ingat tak saya kata nak cari sarung phone saya?. Takde stok la pulak. Frust betul la....

Apa pun moga Dania belajar rajin2 ye.....



XOXO,
Ezna