Bila Dania bagitau yang dia akan join e-camp Korea ni, saya tak membantah pun malahan menggalakkan ajer. Selalunya memang saya tak kisah pun nak join apa-apa janji tak membelakangkan pelajaran. Nak nak bila ada peperiksaan besar tahun depan. Patutnya tahun ni tapi ditangguhkan ke tahun depan.
Zaman kita dulu masa masuk pasukan beruniform, kalau join aktiviti perkhemahan tu diadakan di alam realiti kan?. Kali ni disebabkan pandemik telah melumpuhkan seluruh dunia, pihak penganjur mengadakan di alam maya. Nama event ni The 18th Girl Scout International E-camp Korea anjuran Girl Scout dari Korea Selatan. Ia disertai oleh badan beruniform Tunas Puteri / Pandu Puteri satu dunia bermula 1 Ogos 2021 - 20 Ogos 2021. Temanya 'Apart and Together'.
Ini adalah website dia. Canggih jugak la ada burung terbang, keretapi bergerak, dan ada aktiviti di setiap tempat. Peserta kena log in nak menyertai aktiviti dalam ni.
Ni diantara negara yang mengambil bahagian.

Kalau perasankan, tengok khemah Malaysia kemain banyak bunga berbanding khemah negara peserta yang lain. Ada 4557 orang peserta dari negara Malaysia dan 620 pemimpin Pandu Puteri dari Malaysia yang turut serta. 👏. Ramai kan?, Padan la setiap aktiviti yang diadakan ni memang penyertaan dari negara Malaysia ni paling meriah. Terus rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Katanya Pandu Puteri Malaysia ni diantara yang aktif di arena antarabangsa. 💪💪💪. Daebak! Pandu Puteri Malaysia.

Kat sini bunga pun tak banyak berbanding negara kita. Di bawah ini khemah maya setiap negara peserta. Peserta Korea ni mengikut daerah di Korea Selatan.

Salah satu aktiviti yang kena join ialah Girl Matter. Tulis pendapat kita secara ringkas tentang soalan yang ditanyakan. Ini hashtag yang pilihan dari soalan ini. Amboii dah pakai SKII tu....
Ni aktiviti kena upload apps ni kat phone. Phone saya la jadi mangsa. Phone Dania dah tak cukup memori. 😄. Dah masuk uni nanti baru la beli yang ok sikit. Ni phone yang bagi ada je la time emergency.
Ada reward juga yang disediakan tapi Dania buat bagi ada je lah aktiviti ni. Aktiviti ni pasal recycle. Idak la beriya sangat sebab busy kan tapi busy-busy pun sampai Platinum jugak level Dania.
Setiap peserta kena mencantikkan page dia. Inilah page Dania. Dia letak gambar dengan cikgu Pandu Puteri sekolah dan kawan-kawan. Masa ni program kat sekolah lain. Dania dan kawan-kawan dapat No. 3 untuk persembahan ini.
Bila dah buat semua aktiviti atau mission dapat la badge online. Hari ni dah naik dah markah Dania tu.
Ni diantara mission yang dijalankan. Banyak lagi la sampai selesai e-camp ini. Ada nampak kena menari jugak. Hmmm siap la tu mungkin Dania suruh bear dia ajer yang menari. 😂. Tak koser. Janji upload ajer mission tu. Kira selesai la. Ada dua benda kena selesaikan. Mission Participation dan Activity Participation. Hari ni Activity participation ni nak kena kait menggunakan jari untuk buat gelang tangan. Bukan kena kait macam kait biasa tu tapi nak kena buat gelang tangan. Jenuh juga la saya kena mencari benang kait. Mana ada kedai jahit bukak....nasib baik ada satu kedai jahit tu boleh pick up dari kedai. Gigih juga saya mencari benang kait ni....
Inilah hasil gelang dari benang kait.
Ni jadualnya. Boleh katakan hari biasa kena tengok live kat website untuk aktiviti yang telah ditetapkan. Waktu Korea bermula jam 5 petang tapi kita kena tengok jam 4 petang sebab Korea awal sejam daripada Malaysia. Dalam 1/2 jam selesai la. Lepas tu boleh sambung mission atau activity.
A Night of International Peace ada persembahan dari Malaysia. Persembahan khas dari rumah masing-masing tapi ni rakaman ni.
Ada peluang macam ni grab ajer sebab susah juga nak dapatkan markah kokurikulum zaman pandemik ni. Moga dipermudahkan sehingga selesai e-camp ni. E-camp Dania ni mission dan aktiviti kena selesaikan sehingga 12.01 am sebab esoknya ada mission dan aktiviti yang baru. Pandai2 kena bahagi masa untuk semua. Pulak tu 16 Ogos - 26 Ogos 2021 ada exam sekolah online pertengahan tahun. Clash dengan e-camp ni tapi boleh ajer bahagikan masa.
Terima kasih guru Pandu Puteri sekolah Dania yang aktif menghantar wakil Pandu Puteri sekolah Dania untuk menyertai aktiviti Pandu Puteri di peringkat sekolah, daerah, kebangsaan dan antarabangsa.
***gambar semua kredit kepada The 18th Girl Scout International E-camp Korea
XOXO,
Ezna