Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, March 3

Kelas Bahasa Korea

Tahun ni Dania nak ambik SPM dah. Dania batch SPM 2021. Dania busy juga dengan mana nak studynya, kelas online sekolah dan kelas online tuition, nak buat kerja sekolah lagi. Kesian juga ada nampak stress kat situ jadi nak bagi aktiviti yang agak relaks la kan contohnya belajar bahasa ketiga. Dalam pada tu since sekarang ni susah sangat nak kumpul sijil kokurikulum jadi kebetulan ada kawan saya forward link kelas Bahasa Korea, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol yang diadakan oleh pihak UniKL jadi Dania pun join lah kelas Bahasa Korea. Lepas kelas nanti akan dapat sijil penyertaan. Boleh la clear the mind kan. Takde la fikir study ajer. Nampaknya Dania enjoy kelas Bahasa Korea ni. Kelas ni diadakan sehari ajer. 

Bila nampak Dania macam berminat dengan Bahasa Korea ni so bila kebetulan terjumpa kelas Bahasa Korea online dengan harga yang sangat berpatutan kat Akademi Bahasa Korea...apa lagi tanya la Dania kot dia berminat. Memang Dania berminat pun. Selalu kelas bahasa ketiga ni agak mahal la sampai boleh mencapai ratusan ringgit tapi yang ni RM89 untuk 8 kelas yang mengambil masa 1 jam 30 minit (selalunya lebih masa) setiap sabtu. Memang sabtu Dania agak free juga. Kelas sekolah dan kelas tuition takde pada hari sabtu. Berbaloi sangat. Cikgu pula orang malaysia jadi senang la nak tanya soalan dalam bahasa kita. Hehe. Dania panggil Ssam (Seonsaengnim). Berpengalaman mengambil ijazah dan masters di Korea Selatan dan pernah beberapa tahun bekerja di syarikat Korea. Masa mula2 belajar kat Korea Selatan cikgu ni pun blur2 dengan bahasa Korea ni. Nak tak nak kenalah belajar rajin2 bahasa ni. Kuliah kat universiti di Korea Selatan selalunya dalam bahasa ibunda mereka ya jadi bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan kena ambik exam TOPIK (Test of Proficiency in Korean) kat UKM.  Samalah kalau nak sambung belajar ke Jepun. Kena la mempelajari Bahasa Jepun pula. 

Ini pula modul pembelajaran untuk Bahasa Korea ni. Siap-siap print dan comb binding sebelum kelas bermula. Punyalah Dania bersemangat ni. Eh...ummi dia yang suruh comb binding ni. Senang bila buat macam ni. Nampak kemas. 😊

Ni Dania baca bahasa Korea click sini hasil daripada pembelajaran online kelas kat Akademi Bahasa Korea. Terima kasih Ssam!. 

Kelas asas Hangul ni sangat bermanfaat kerana ia bermula dengan nak kenal huruf asas Hangul itu sendiri. Selain daripada itu, ada rakaman setiap kelas, modul pembelajaran yang akan diberikan setiap minggu yang akan diletakkan di page facebook batch Dania ni. Latihan juga disediakan. Kelas pula selalunya akan dimulakan dengan kuiz di mana cikgu akan menawarkan hadiah produk Korea. Apa lagi seronok la mereka berlumba-lumba nak menjawab soalan. Gambar kat bawah kuiz yang diadakan untuk minggu keempat. Dania dapat No. 9. Ada 22 soalan yang dikemukakan. 

Ni pula kuiz yang diadakan untuk minggu kelima. Dania memperbaiki kedudukan. Dania dapat nombor enam. Kali ni ada 30 soalan. Dania kata masa yang diperuntukkan nak menjawab setiap soalan tu berapa saat ajer. Fuhhhh...ummi pakat tak jawab soalan agaknya. 1 sebab panik, 1 lagi nak fikir pun lama 😝. Cikgu pun best Dania kata. 


Takpe lah nak bagi Dania tak terikat dengan belajar ajer. Ada masa untuk diri sendiri jugak. Nampak sangat la Dania suka sangat kelas Bahasa Korea ni sebab siap bagitau ummi belajar apa, dah boleh eja nama sendiri juga. Just nice ajer Dania akan habis kelas asas Hangul ni pada 20 Mac 2021. Elok ajer habis sebelum start sekolah pada 5 April 2021 nanti. Dah sekolah nanti pulun belajar la pulak ye tak?. 

Oh ya, dapat sijil penyertaan juga kalau selesai kelas ni selama 8 minggu. Boleh la menambah koleksi sijil untuk kokurikulum. 

Kalau berminat nak belajar Bahasa Korea boleh la ke facebook Akademi Bahasa Korea untuk info lanjut. Ada rezeki insya allah akan sambung kelas perbualan pulak. 💪. Berbaloi ke join kelas kat Akademi Bahasa Korea ni? Best ke cikgunya???. Dania kata best, best dan best!!! 



42 comments:

  1. wahhh menarik dan sgt besh!!! good luck dania!!

    ReplyDelete
  2. Menariknya!
    Yuran pun sangat berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat2 berpatutan. Kalau yang lain mahal juga.

      Delete
  3. murah gila.... class online korea ni.. berbaloi register kalau dah minat kan

    ReplyDelete
  4. menariklaaa.. kite pun nak belajar la jugak hee

    ReplyDelete
  5. Wah menariknya kelas online bahasa yang ditawarkan tu, harganya pon memang berpatutan betul berbanding di tempat lain! Nanti nak tengok2 jugaklaa 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia paling best kalau banding dengan tempat lain.

      Delete
  6. This truly a good opportunity to broaden one's horizon while picking up a new language. The fee is quite reasonable too. Now you can understand Korean dramas more easily.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My daughter love k-drama and k-pop so i took this opportunity to broaden her korean language skills.

      Delete
  7. Bagusnya kelas online macam nih boleh belajar bahasa asing lagi mudah. Harga pun berpatutan dan sangat berbaloi. Good luck Dania.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Lea. Nanti Dania belajar bersungguh2.

      Delete
  8. serius murah sangat ni. macam mana nak join sis? anyway goof luck dania

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi kat fb Akademi Bahasa Korea. Kat situ ada infonya.

      Delete
  9. Rajin dania join kelas bahasa. Tapi kalau mmg minat sgt bagus kan ezz.. senang lps ni tgk cerita korea dia paham hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah kalau minat I memang support. Janji minat yang baik2 ajer....ada sikit2 dia faham la you. Pastu leh ajar I pulak.

      Delete
  10. menarik juga kelas bahasa korea ni. boleh tambah ilmu pengetahuan. lagi senang kalau mereka yang suka k drama. hehe

    ReplyDelete
  11. Bestnya belajar bahasa Korea. Kalau yg minat tu memang senang nak belajar. Rasa comel je kalau cakap bahasa Korea. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Anak Sis pun nak juga amik kelas Korea, cuma dia tengah masuk kelas Mandarin dulu ni.. budak seumur Dania kalau belajar bercakap Korea, nanti dewasa senang nak berkomunikasi..

    ReplyDelete
  13. wow this is my first time hearing someone sending their children to korean class! the experience sure is fun and exciting!

    ReplyDelete
  14. Wah berbaloinya harga dia untuk 8 kelas. Saya sebenarnya minat juga belajar bahasa, cuma kalau bahasa yg jarang digunakan kat Malaysia ni, susah sikit. Sbb bila jarang praktis, nanti cepat lupa. Nanti la kalau saya nak travel ke Korea lagi, mungkin saya akan cuba belajar bahasa Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga berbaloi sangat. Tambah anak sis pun minat.

      Delete
  15. Wah bestnya belajar bahasa asing. saya dulu pun ada belajar bahasa asing jugak. waktu sekolah menengah saya belajar bahasa jepun, and time degree pulak saya belajar bahasa german. :)

    ReplyDelete
  16. Wah.. bagus lah jika pandai banyak bahasa ni.. semoga terus sukses pada masa akan datang

    ReplyDelete
  17. Seronoknya dapat belajar bahasa baru. Memang ramai sangat minat belajar bahasa korea

    ReplyDelete
  18. Wahhhh menarik yee. Bagus juga kita dapat mempelajari bahasa ketiga ni. Nanti senang nak communicate. Lagi-lagi boleh tambah ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  19. Wahhhh menarik juga ni. Bagus juga kalau kita mempelajari bahasa ketiga ni. Nnati senang juga kalau nak communicate.

    ReplyDelete
  20. Menariknya ada class macam ni.. yes so important to learn at least a bit on bahasa ketiga.. walaupun singkat but master the basic pun dah okay.. slowly kita boleh improve and go further kan.. (Y) Nak try la untuk adult pun ada kan..

    ReplyDelete
  21. Wah thanks for sharing this info, actually sis pun berminat nak belajar bahasa Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke?. Kalau berminat boleh la join. Senang nak faham K Drama. Hehe

      Delete