Sabtu, September 19

Rock and Roll di Hard Rock Hotel Desaru Coast 2

Pagi ni breakfast dekat hotel ajer. Nak makan pun kena ikut SOP ye. Kena pakai facemask. Akan ada staff bawa kita ke meja. Tak boleh terjah je coffee house macam hari biasa. Lepas dah selesai makan, kita cari la port cantik untuk bergambar. Gambar ni ada beberapa pose la. Ambik satu dah la. Dania pun ada pose kat kerusi ni juga. Ummi ambik satu je dia marah. Tak aci dia ambik gambar ummi dan ayah beberapa pose. 😝😝😝. 


Selasa, Ogos 4

Rock and Roll di Hard Rock Hotel Desaru Coast

Most needed holiday. Percutian yang sangat ditunggu-tunggu. Dah lama tak bercuti kan?. Bertolak dari rumah dalam jam 8 pagi. Kami tak breakfast dulu tapi dah standby roti krim kot kot lapar. Niat nak berhenti breakfast di R&R Seremban. Perjalanan melalui PLUS Highway menuju selatan smooth all the way. 


Khamis, Julai 30

Bercuti Aidiladha

Dah lama dah tak tulis blog ni bukan apa tak berapa sihat. Bila tak berapa sihat ni kita takde mood nak tulis blog. Kadang-kadang baca je blog kawan-kawan. Komen sikit. Blog sendiri sepi. Eh tapinya blogger platform ni dah nampak lain ye?. Lama tak menulis tengok lain pulak kat tempat nak tulis post ni....

Kejap je masa kita nak dekat menyambut Aidiladha. Kawan-kawan yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya ye. Saya tahun ni tak balik kampung menyambut Aidiladha. Mula tu memang niat nak duduk rumah ajer. 

Alehnya terfikir lama tu sekolah Dania bercuti. Mula hari Khamis 30 Julai 2020 - 3 Ogos 2020. Sekolah Dania mohon cuti peristiwa kat PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) jadinya diluluskan. Ada sekolah yang cuti cuma Khamis dan Jumaat ajer. Jadi ingat nak pergi bercuti tu tak nak la jauh2 sangat. Nak cuti 1 malam ajer. Call Avani Sepang tapi hampa betul la. 

Credit : Booking.com

Nak tau kenapa hampa?. Ada bilik superior ajer which macam tak selesa untuk 3 adult (Kami 3 adult). Pulak tu kena menginap 2 malam. 1 malam harganya RM800 ++. 2 malam dah RM1700++. Sekian terima kasih je la. Paksa paksa pulak suruh menginap 2 malam. Kalau tengok facebook Avani ni bilik superior berharga RM399. Entah la tak faham la pulak. Ingat malam yang menginap kat Avani ni nak makan ikan bakar kat Restoran HM Bagan dekat situ. Hampa....terus tengok website mana nak pergi ni nak merehatkan minda. Dah lama tak bercuti. 

Akhirnya terjumpa 1 website ni dan call direct hotel. Disambut dengan peramah oleh staff kat reception. Bagus sungguh cara staff tu explain sampai saya tanya nama dan bagitau, nanti akak bagi star banyak kat kad komen hotel. Akhirnya hotel ni jadi pilihan. Nantilah kalau dah pergi baru la cerita ya....

Selamat Hari Raya Aidiladha! Jaga diri jaga kita. Kita jaga kita....

Ahad, Mei 24

Raya pertama tahun 2020 tidak seperti dahulu

Pagi-pagi dalam jam 10.30 ada video call masuk tapi saya tak dapat le nak pick up call. Sibuk nak masak nasi serai. Ok kita tangguhkan la pukul 11.00 pagi. Adik No 3 saya yang beriya. Disokong pulak kakak dia. Kakak yang ni macam takde mood la pulak raya tahun ni. Akhirnya masa ditunggu-tunggu kian tiba. Bervideo call 3 beradik. Saya yang call tu. 

Isnin, Mei 18

How i celebrate my birthday

Semalam, tarikh hari lahir saya iaitu pada 17 Mei 2020. Macamana saya celebrate hari jadi saya kalau bukan zaman PKP dan PKPB ni?, normally saya dan family akan keluar makan bersama. Tak kira la kat mana pun janji makan kat luar. Selalunya akan ada lah 1 slice kek atau kek kecik ke....kami akan makan lepas balik dari makan kat luar. 

Saya dapat whatsapp ni pada 16 Mei 2020 dari seorang kawan saya. Terkejut juga la sebab apa?. Selama ni memang saya ada follow satu IG ni. Kedai kek ni buat kek yang sangat-sangat lawa dan warnanya pun sangat sweet. Tup tup kawan saya suruh pick up kat situ. Macam tau tau je saya suka tengok kek kat kedai tu. 

Alasannya pick kat situ supaya senang la saya nak pick up. Dekat dengan rumah. 



Kebetulan time pick up pada jam 3.30 petang, saya bertolak dari rumah jam 3.30 juga sebab nak bagi masa mereka prepare la kek saya. Hehe. **mode excited**. Dania kata nak ikut jadi dia pun ikut sekali. Hisshhh asyik nak ikut ummi je. 😅😅😅. First time la nak pergi kedai kek ni tapi saya familiar juga la tempatnya sebab area berdekatan saya pernah beli kek butterscotch area situ. Cuma ke exact kedai kek ni je baru first time. Guna google maps akhirnya tiba kat depan kedai. Masa tu hujan turun renyai-renyai. Comel kedai keknya. Takde pulak saya ambik gambar sebab hujan kan. Kena tulis kat kertas kosong then pass ke staff dalam kafe. Kita tak dibenarkan masuk ke dalam. 

Ni gambar saya ambil dari Facebook Rara Kitchy 

Wahhhh comelnya kedai kek ni. Selama ni saya dok follow IG ajer. 

Credit : Rara Kitchy

Double teruja bila tengok half cake saya. Terharu betul saya. Ini betul-betul surprise ni. Dia kata dia tahu saya suka warna purple jadi dia pilih kek yang ada warna purple. Hairan lak saya sebab saya minat warna ni dah lama. Since sekolah menengah rasanya. Hehe. Ni kek dari bahagian atas. Suka sangat warna kek ni lembut ajer warna pastel. 


Kek dari arah belakang. 


Ni kek dari arah hadapan. 


Kotak kek pun agak besar. Cantik pinky warnanya. Dania pun excited tengok kek yang cantik ni. Oh ya ini perisa Chocolate Moist. Sedap. Cream kat luar tu tak manis sangat. 


Lepas pick up cake, saya ke Alamanda sebab nak renew lesen memandu. Kawan saya ada yang kata boleh start renew hari isnin tapi suami saya dah datang renew sini awal lagi. Alhamdulilah sempat ke sini. Last customer sebab Pejabat Pos dalam Alamanda ni tutup jam 4.30 petang. Pejabat Pos dalam Alamanda ni buka hari ahad. Memang ada seorang je kat dalam ni. Tak payah tunggu lama pun. Settle buat lesen memandu, 3 tahun terus saya buat. Specialnya buat masa hari jadi saya 💓💓💓 Lepas tu saya dan Dania beratur kat Tealive pulak. Dah settle beli Tealive baru la bertolak balik. 


Elok je tiba rumah, adik Lalamove kata datang nak hantar kek. Sedang elok sangat la. Ni lah pavlova saya. Specialnya pavlova ni saya tempah dari cikgu sekolah rendah Dania dulu. Pernah juga jadi cikgu kelas Dania masa Darjah 5. Pavlova daripada Meringueliciouss Size dia sangat besar dan berat dalam 1.9++ kg tau. Dipenuhi dengan buah. Haa tengoklah meriah ke tak?. Sedap juga pavlova ni sebab tak manis sangat. Dania kata rasa macam ice cream. Tak habiskan semua. Siap simpan lagi untuk esok. Size 'giant' ok!!!


Alhamdulilah untuk rezeki hari ni. 

Terima kasih saya ucapkan diatas ucapan dan doa yang diterima di facebook, whatsapp, instagram. Ada dari adik beradik, makcik-makcik, sepupu, kawan office lama di Kontena Nasional, kakak kepada kawan, kawan facebook, kawan blogger, kawan contest, kawan-kawan UITM Dungun dan Shah Alam, kawan-kawan AJK KSIB sekolah Dania sekarang, cikgu Dania dan semua yang memberi ucapan dan doa. Saya amat menghargainya. 

Hadiah dari suami?....rahsialah 😉😉😉
Adik saya seorang bagi gold bar PG 1g, seorang lagi bagi tudung Neelofa dan kain berkerawang dari Bandung. Siapa pula yang pergi Bandung ni? Hmmm....
Terima kasih adik-adik 💗💗💗

Isnin, Mei 11

Hadiah dalam perjalanan menemui penerima

Baru-baru ni saya ada post yang saya ada order jute bag kan?. Ok actually jute bag ni pun dah selamat saya terima. Sekarang ni walaupun Poslaju tapi dah tak berapa nak laju mana sebab kita sedia maklum lambakan barang-barang kat Poslaju kan?. 

Ok...anyway, ni lah beg tu live. Hehehe. Dalam website tu tak boleh nampak material dia kan. Bila dah tiba, ok saya suka. Setiap bag ada twilly masing-masing jadi saya dah siap pasangkan kat semua beg. Material beg yang digunakan ni mesra alam. Menggunakan recycle material. Eco friendly product. Dah selamat pos dah pun. Bila track and trace semua dah tiba kat delivery facility dah. Maknanya akan dihantar ke tuan punya bila-bila masa je. 


Saya dah rasmikan masa pergi beli groceries. Semua dalam beg tu termasuk udang lah, sayur-sayuran, cendawan, butter dan banyak lagi. Boleh tahan berat la saya yang bawak. Jadi dah tak payah guna plastik dah. Save the earth!.


Haa yang ni design khas untuk hari raya. Limited edition. Jute bag ni ada glitter. Dalam gambar ni tak nampak. Kalau tengok kat website https://www.famsymall.com/collections/jute-bag dah sold out dah. 


Hadiah The Body Shop sempena hari jadi adik saya pun dah selamat adik terima. Hadiah yang dibeli ni dari range Mother's Day Gift jadi akan terima sebelum 10 Mei 2020. Adik saya kata tiba pada 7 Mei 2020 lagi. 

Memang datang sebijik dalam gambar kat online The Body Shop. Sekarang ni kedai The Body Shop pun dah buka jadi kalau nak beli barang boleh ajer terus ke kedai. Nasib baik adik kata dia suka bau The British Rose ni. Nampaknya macam saya pun nak beli juga tapi kena tunggu hari jadi saya pula sebab member The Body Shop boleh dapat potongan 25% untuk semua barang sempena birthday. Yayyyy.....


Dah nak masuk hari kelapanbelas berpuasa dah. Tahun ni nampaknya macam saya tak beriya nak order kuih raya. Idak memang tak lepaskan peluang setiap tahun. PM pun announce PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 kan?. Moga cepatlah clear kuman yang tak nampak ni. 

Isnin, Mei 4

Ahad, Mei 3

Hadiah Hari Ibu dan Hari Lahir

Hari lahir adik saya kena pulak time kita kena penjarakan sosial. Payah juga nak cari hadiah time ni kan?. Nak pergi shopping mall pun kalau mereka buka pun risau juga kalau kena bersesak-sesak. Kebetulan saya ni member The Body Shop Malaysia. Ada pulak promo hari ibu. Jadi saya pun belek la apa yang patut. 

Ni ha promo kat website https://www.thebodyshop.com.my/ Asal buka phone, promo ni pun menari-nari. Wajib la mengintai kat website ni. 😉😉😉. Ni promo Mother's Day Gift Set. 


Credit : The Body Shop Malaysia

Saya tengok la promo yang ada, ada range dari Strawberry, British Rose, White Musk dan banyak lagi wangian. 


Credit : The Body Shop Malaysia

Bila tengok satu-satu, yang paling menarik minat saya ialah range dari British Rose. Pernah tak you alls bau British Rose Body Shop?. Bau dia sangat menepati citarasa saya sebab wangi sangat. Saya kalau nak cari hadiah adik-adik saya ni mesti nak cari hadiah yang saya akan suka kalau saya dapat hadiahnya. 

Credit : The Body Shop Malaysia

Inilah set British Rose yang menarik hati saya ni. Apa yang ada dalam set Mother's Day ini ialah :

  • British Rose Shower Gel 250ml
  • British Rose Body Yogurt 200ml
  • British Rose Soap 100gl
  • British Rose Hand Cream 30ml
  • Pink Bath Lily made with recycled plastic
  • Enriched with the essence of Community Trade roses handpicked in England

Bauan bunga ros tu dari bunga ros yang dipetik dari England. Kotak berwarna merah jambu siap ribbon ni dah cantik sangat kalau nak bagi hadiah kan?. 

Credit : The Body Shop Malaysia

Ok selamat dah beli gift set ni. Hadiah Mother's Day ini pula akan dihantar kepada penerima pada 10 Mei 2020 sempena Hari Ibu. Pembelian mesti dibuat pada atau sebelum 5 Mei 2020. Tarikh hari lahir adik saya ialah pada 20 Mei 2020. Takpe lah hadiah tiba awal pun. Sekarang ni macam tak boleh nak agak bila akan sampai barangnya sebab selalunya barang akan tiba lewat daripada sepatutnya. Poslaju dah tak laju macam biasa dah. Mau dekat seminggu juga lah nak tunggu barang kan?. 

Harapan saya agar adik saya akan sukalah dapat hadiah ni dari kakaknya.....moga selamatlah tiba hadiahnya seperti yang dijanjikan The Body Shop Malaysia pada 10 Mei 2020. 

Kalau you alls minat nak bagi hadiah Hari Ibu boleh la ke website The Body Shop Malaysia ye?. 

Sabtu, Mei 2

Khamis, April 30

Selasa, April 28

Kenangan lalu dan tukar juadah

Kawasan rumah you alls ada ke tukar-tukar juadah bulan ramadan ni?. Kalau tak tukar juadah bulan ramadan pun....bulan-bulan biasa dengan jiran berlainan agama ke?. Dulu, masa tinggal dekat dengan Kg. Tunku, Petaling Jaya....masa tu duduk menyewa kat sebelah rumah orang cina. Ya allah baik betul family tu. Kami saling bertukar-tukar makanan atau hadiah. Hidangan tu ada pernah sekali jiran cina saya bagi 1 ekor ayam roasted ayamas. Haaa puas makan sebab kemain besar. Masa tu Dania kecik lagi. Masa birthday Dania, atuk Dania bagi 2 kek secret recipe. Ya allah mana nak larat habisnya sebab isi rumah 2 dewasa dan 1 budak kecil. 1 kek besar saya share dengan jiran cina saya tu. 

Pernah juga saya masuk peraduan dan menang 10kg beras Bernas dapat 2. Ikut logik mana nak habisnya beras 10kg tu keluarga kecil saya makan kan?. Nak nak saya dapat 2 kampit. Jadi, saya bagi 1 kampit 10kg kat jiran saya tu. Jiran saya tu ada family dia tinggal dengan orang tua juga. Uncle orang tua tu saya ingat sangat lagi. Pernah kunci rumah saya tertinggal dalam kereta. Saya dan Dania terkunci dalam rumah sendiri sebab masa tu ada 2 kunci rumah. Bila keluar dengan suami, kunci rumah saya dalam kereta. Suami nak pergi kerja kunci rumah guna kunci dia jadi terkuncilah. Saya minta tolong jiran sebelah. Panggil...uncle...uncle....tolong. Uncle tua tu apa lagi lompat pagar dari rumah dia dengan pakai shorts ajer lepas tu ambik kunci rumah dari dalam kereta. Ok...selamat saya dan Dania boleh keluar. Fikir-fikir balik dah la pagar tepi rumah sewa tu jenis fesyen dulu yang atas dia tu tajam. Kalau you alls perasan la kan?. Kalau terkena uncle tua tu macamana?. Mau luka oh....tapi kudrat uncle tua tu kuat. Saya bersyukur sangat. 

Kes ketiga entah macamana suami bakar sampah kat belakang rumah kemudian api naik membakar daun kering sampai naik dekat benteng rumah belakang kami. Rumah belakang kami tu kawasannya tinggi tau. Ada benteng tinggi yang keluar air celah lubang-lubang tu. Kat benteng tu ada daun2 kering. Jadi api menjulang naik tinggi menyambar daun-daun kering tu. Jiran kami uncle tua dan anaknya juga jiran-jiran sekitar bersama suami turut menolong simbah air supaya api tak melarat. Nasib baik api berjaya dipadamkan. Cuak juga suami masa tu. 

Tibalah masa saya nak berhijrah ke rumah yang kami beli, susah hati aunty tua tu cakap sampai dia kata....saya banyak sakit hati.....saya takut jiran baru macamana. Saya dapat tangkap la bukan sakit hati tapi 'susah hati' kami sekeluarga nak pindah. Takut aunty tu dapat jiran yang tak baik la kot. Saya pun berat hati juga nak pindah sebab jiran kami tu baik sangat. 

Ok...tu kisah dulu, kali ni jiran kat tempat baru ni. Suka juga memberi. Baik si kakak ataupun si adik. Saya diapit oleh jiran adik beradik. Ada sekali tu saya dapat kuih ni dari jiran si adik. 




Haa ni saya baru dapat masa iftar hari kedua baru ni. Kuih sagu. 


Semalam, Dania gigih buat oreo cheesecake jadi saya bagi jiran kiri dan kanan saya 2 each. Masa ni oreo cheesecake ni baru sangat buat jadi pesan kat jiran supaya sejukkan dulu oreo cheesecake ni. Alang-alang buat untuk kami makan, buat lebih la untuk jiran kiri dan kanan. 


Seronok tau dapat jiran yang baik ni. Tenang je jiwa. Kalau dapat jenis yang buat tak reti tu jenuh juga kan?. Macam kawan saya cerita, dia nak bagi jiran dia mangga masak. Suami dia panggil la jiran tu. Panggil nama ok?. Jiran tu buat tak dengar je lepas tu terus masuk rumah. Pelik tak?. Kalau ada apa-apa hal jadi agaknya ada ke orang nak tolong jiran macam tu?. 

Kata kunci di sini buat baiklah dengan jiran. Mana tahu satu hari nanti kita perlukan pertolongannya?. 

Ahad, April 26

Bila kirim barang kat kaum adam

Semalam, hubby sukarela nak keluar masa time rehat jadi bagi la list apa nak beli dan barang skincare Dania tu siap ambik gambar dan hantar kat whatsapp. Uiii skincare ni jangan buat main. Harga mahal silap pulak belinya. Dah pesan awal-awal cari kat Watson. Kebetulan Watson ada kat sebelah Paparich, Bandar Baru Bangi. Tak payah masuk shopping mall pun. Selalunya kan Watson ni ada dalam shopping mall kan?. 

Ok ni Cetaphil ni Dania punya Gentle Skin Cleanser. Kalau beli yang oily skin tu mahal sikit. Eh bukan mahal sikit tapi banyak. Dania dulu pakai yang oily skin tapi macam tak serasi. Tukar yang ni ok pulak. Harganya much better. Hubby beli size yang besar sikit pada ni. 500ml. 


Serum Dania ni pulak, pakai yang special untuk acne solution. Harga dia yang ayah Dania bising sikit sebab mahal. Nak buat macamana....nak kena invest juga untuk kesihatan kulit muka Dania yang berjerawat ni tapi tahan dia 4 bulan ye walaupun botol size kecil. Pakai pun bukan banyak. 2 titik ajer.  Untuk rekod, hubby beli kat Aeon Wellness dalam Evo Mall kebetulan nak beli barang kat Maxvalu. Eh ada pulak kat sini sebab Aeon Wellness ni tak banyak barang sangat jadi kalau ada tu kira bagus la kan....

Ok...so far 2 barang yang dikirim pass....hehe


Ok, saya suruh juga hubby saya beli bekas baking yang sederhana. Niat di hati nak bagi kat jiran kiri kanan saya bila saya buat masakan nanti. Hubby post la gambar kat whatsapp. Saya tak perasan sizenya ingat size sederhana. Hubby kata kalau nak masak puding roti ni tak cukup ni. Balik rumah bila tengok size rasa nak tergelak juga sebab size dia besar tapak tangan 😝😝😝. Beli 2 set pulak tu. 1 set ada 6 buah bekas aluminium ni. Hmmm kalau nak bagi jiran ni mau kena bagi 3 bekas sebab memang kecik sangat. Adehh tak tahan nak tergelak. 



So far barang yang hubby dibeli semua ok la ikut spesifikasi. Cuma yang atas ni je tak ikut. Mungkin lain kali kena tunjuk barang tu depan mata kot. Nak senang kita je yang keluar cari barang kan...baru puas hati. ✌✌✌. Ada kawan saya memang dia je yang akan beli barang sebab dia kata kalau suruh suami yang beli entah apa2 yang dibeli nanti. Fikir-fikir balik kalau tak train hubby beli barang kan bila lagi nak reti kan?...

Hikmahnya Perintah Kawalan Pergerakan

Hikmahnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kalau duduk rumah ni ialah kita akan sentiasa bersama di rumah. Nak wujudkan kemesraan ni kena sama-sama tolong menolong dalam bab memasak. Haa masa ni nak asingkan kepala ikan bilis. Nak dijadikan cerita hubby masa nak beli, cari ikan bilis yang dah siap asing kepala takde pulak. Dengar cerita ada yang susah nak jumpa ikan bilis kan masa PKP ni?. Hubby terjumpa yang ni je sebab tu kalau nak masak kena asingkan kepala dia tu. Leceh sikit la. Mulanya saya dan Dania ajer yang asingkan kepala ikan bilis ni tapi since nak cepat masak, saya minta tolong hubby sekali. Haaa siap la dengan cepatnya. Tangan warna-warni tu nak cover tangan saya dan Dania. 😊😊😊. Tak cover tu tangan hubby la tu. 


Kalau Dania takde kelas, saya akan minta tolong Dania potong bahan-bahan masakan seperti kobis ni. Tak pun part menumbuk pun Dania yang buat. Dulu masa kecik2 saya la kena tumbuk bahan-bahan tu. Paling tak suka kalau saya kena tumbuk kelapa yang disangai sampai dia jadi kerisik. Sakit tangan oh menumbuk tu....tapi pengalaman yang tu lah mengajar saya reti sikit-sikit kat dapur. Harapan saya Dania pun macam tu jugalah. Nak kena belajar dari sinilah kan....


Selain daripada itu, rajin pulak nak mencuba resipi baru. Entahlah sebab apa. Sebelum ni takdelah beriya nak mencuba resipi yang baru ni. Benda yang tak pernah masak, dah boleh masak sekarang ni. Err seperti keropok lekor. Hehehe....

Since Dania ni sekarang ni pengguna tegar pc dan laptop ummi (ada kelas online sekolah dan pusat tuition) jadi bila ada apa2 error ke boleh la ayah dia tolong since ayah dia work from home kan?. If not kalau ayah dia pergi kerja, idak la ummi tahu nak buat apa bab pc ke laptop ke. Jadi boleh tolong solve kan error kat pc dan laptop tu on the spot lah. 

Malam pulak selalunya kami akan menonton movie kat Netflix tu. Dania selalunya tidur awal sikit. Saya dan hubby lah yang menonton sampai habis. Kalau sebelum ni sibuk bekerja...takdelah nak menonton macam ni kan sebab hubby pun tidur awal sikit la. Mengeratkan ikatan suami isteri giteww....

Lagi satu kan...kita jadi semakin pembersih semenjak PKP ni. Bukanlah sebelum ni tak bersih tapi kita jadi semakin menitikberatkan kebersihan. Selepas balik membeli barang kat luar, kita akan membersihkan tangan dengan hand sanitizer, balik rumah terus basuh baju yang dipakai tadi dan mandi. 

Sekarang ni juga saya makin rajin menonton berita atau jika ada perutusan dari Perdana Menteri. Kalau tak sebelum ni mana la menonton TV kecuali movie ke kan?. Bagus juga at least dapat mengetahui juga info yang penting. Haaa you alls rajin ke tunggu perutusan Perdana Menteri tu. 

Bila dah kebanyakkan pejabat tutup, kilang-kilang tutup, pencemaran udara seperti asap yang dilepaskan dari kilang-kilang juga berkurangan selain itu, sisa toksik yang dilepaskan ke sungai dari kilang pun berkurangan. Baru-baru ni ada kat berita tunjuk sungai-sungai kat Malaysia semakin jernih airnya. Sebelum ni sungai berwarna teh tarik. Kali ni kita boleh melihat sampai ke dasar sungai. Udara juga semakin pulih kerana kurangnya pencemaran asap kenderaan. Ramai diantara kita bekerja dari rumah kan? .

Kalau bulan ramadan ni dapat berkumpul satu keluarga bagi keluarga yang jarang dapat berkumpul. Boleh bertadarus dan berterawih bersama. Hmmm banyak jugakan hikmah PKP ni kan?

Kena berfikiran positif la kan...kalau tak kita akan rasa terkurung kat dalam rumah ni haa...demi kebaikan bersama untuk memutuskan rantaian Covid-19. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Efek bukan negara kita je tapi seluruh dunia. 

Khamis, April 23

Hadiah sempena kedatangan ramadan dan syawal

Tengah surf internet terus terjatuh hati ternampak Kak Ina dari Sri Munawwarah Design tengah promo tudung baru. Ala Kak Ina pakai apa semua nampak cantik. Kalau sesiapa yang tak tahu....Kak Ina ni anak kepada owner butik. Nama Haslina Ali. Nama owner butik atau ibu Kak Ina ni Dato' Hasnah atau dikenali juga dengan Dato' Nah. Sultanah Zahirah Sultanah Terengganu dan Permaisuri Agong sekarang ni Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pun ada membeli kat Sri Munawwarah. Kedainya terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Saya kenal butik ni pun dah lama since saya dulu membesar kat Damansara Jaya. Taman Tun Dr. Ismail tu kira jiran la. Alkisahnya bila Wardina Safiyyah kahwin, ada baju pengantin Wardina yang ditempah di butik Sri Munawwarah berwarna ungu. Haaa time tu la saya terpanggil untuk ke butik ni sebab saya berkenan dengan baju tu.  Wardina pun saya minat jugak. Ada la beberapa kali ke sini dan membeli. Selalunya beli masa tengah sale 😀😀😀. 

Sekali tengok dekat website ada 3 helai ini je. Lain semua dah sold out padehal Kak Ina ni baru masuk dalam website 4 days ago. 3 tudung square yang berlainan warna tapi coraknya ada border seakan sama. Saya beli ketiga-tiganya. Niat di hati nak belikan hadiah untuk adik-adik saya. 

Lepas tu saya ternampak pulak website ada jual jute bag boleh tulis nama. Ada beberapa corak boleh pilih tapi saya pilih brown jute bag with colour lining. Kebetulan ada 3 warna juga. Jute bag ni boleh la bawa shopping groceries ke, ke pantai ke.....eh banyak tu boleh bawa. 


So dah siap pair kan tudung dengan jute bag. Tudung gold ni dan jute bag warna hijau ni saya punya. Nanti ada la nama saya kat situ. 


Ni untuk adik No. 2 saya. Saya pilihkan tudung warna merah dan jute bag warna merah jugak. Khas untuk adik saya Elza. 

Credit : https://munawwarahdesign.com/
https://www.famsymall.com/

Ni untuk adik No. 3 saya. Saya pilihkan tudung warna biru dan jute bag warna biru jugak. Khas untuk adik saya Erma. 

Credit : https://munawwarahdesign.com/
https://www.famsymall.com/

Nak tunggu tudung dan bag ni ambik masa jugak. Nak hantar lagi kat rumah masing-masing. Seorang kat Kelana Jaya, seorang lagi kat Cyberjaya. Nak kena hantar by post la. Harap2 semua barang yang dipesan selamatlah tiba. 

Harga tudung tu RM18/sehelai dan harga jute bag tu RM35/sebuah. Jute bag ni bagi saya antara range harga yang rendah sebab ada juga harga RM40++ ke atas. Bagi sesiapa yang mencari idea untuk memberi hadiah boleh la ke website di atas ye. Rasanya kita mungkin tak dapat beraya bersama adik-beradik dan sanak-saudara jadi hadiah ni la pengganti diri. Harga bukan ukuran, tapi tanda ingatan tu yang penting...💜💜💜

Psst...psst.....rahsia ni. Harap-harap adik-adik saya tak baca post yang ni 😅😅😅


Selasa, April 21

Resipi nasi lemak pandan

Resipi terlebih rajin PKP kali ini ialah nasi lemak pandan. Sebelum PKP tak pernah nak masak nasi lemak pandan ni. Haa inilah hikmah PKP...kita jadi rajin sikit. Hehe 😄😄😄. Nasi lemak pandan ni saya masak masa 12 April 2020. Ha tudiaa siap tarikh tu. 

Bahan-bahan nasi lemak :

1. Daun pandan 7 helai. 5 helai dikisar dan ambil air daun pandan. Tapis dulu ye sebab tak nak hampas pandan masuk sekali. 2 helai lagi nanti akan dimasukkan dalam nasi. Sebelum tu simpulkan terlebih dahulu. 
2. 1 kotak santan.
3. Bawang besar 1 dipotong bulat  
4. Halia 2 inci
5. Garam secukup rasa 
6. Beras 



Cara masak : 

1. Masukkan beras, bawang besar, santan, garam secukup rasa, daun pandan yang disimpul dan halia ke dalam periuk nasi. 


2. Masukkan air daun pandan ke dalam periuk nasi. Kemudian sukat la beras samada perlu ke tambah air untuk masak nasi ni. Macam saya, tambah air sikit. Beras yang saya masak ni 4 pot. 


Daun pandan yang dikisar tak boleh banyak sangat sebab kawan saya yang memang terer masak nasi lemak kata nanti bau nasi lemak ni bau maung. Resipi ni saya hanya menggunakan 5 helai daun pandan. 

Bahan sambal nasi lemak :

1. Cili boh
2. 5 bawang merah ditumbuk
3. 3 bawang putih ditumbuk
4. Air asam jawa 
5. Gula melaka
6. Garam secukup rasa

Cara masak :

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, air asam jawa dan gula melaka. Masak sehingga pecah minyak. 
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. 

Makan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun (tiada dalam gambar). Kacang memang tak ada sebab tak berapa suka. 


Warna hijau daun pandan pada nasi lemak ni lembut je. Masa masak nasi tu satu rumah bau wangi. 


Haaa kalau ada stok daun pandan tu boleh la cuba. 

Selamat Mencuba! 💪💪💪

Isnin, April 20

Pembelian yang dinanti

Sepanjang PKP ni, nak tunggu barang yang kita order ni kena banyak-banyak bersabar dari hari biasa kan? Tak kisah la company penghantar barang mana sekalipun. Ni barang saya yang saya ada cerita saya beli baru-baru ini kat Decathlon. Barang ni tiba setelah seminggu juga menunggunya. Tu yang saya kata kena banyak-banyak bersabar. Packaging ni dalam kotak besar yang panjang ini. Dalamnya takde la berat mana pun. Syarikat penghantar kurier ni dari DHL. Decathlon ni alamatnya dari Shah Alam je pun. 


Jeng jeng jeng, ni dia skipping rope dan yoga mat dah tiba. Dania ingatkan ummi nak buat yoga dengan yoga mat ni tapi hakikatnya sebagai alas kalau nak buat senaman dalam rumah la kan?. Suami pun guna sekali skipping rope ni. 


Time PKP ni pulak serum saya ni habis. Saya dah serasi dengan serum ni. Menariknya serum dari The Body Shop ni berasaskan tumbuh-tumbuhan. Nampak tu 100% Vegan.  Tidak ada sumber dari haiwan. Mereka juga tidak menjalankan ujikaji terhadap haiwan. 

Asalnya Serum Drops of Youth ni kawan saya yang pakai. Bila saya nampak kulit dia gebu dan tekstur sangat cantik, saya pun tanya la rahsia kawan saya tu. Kawan saya suruh saya try produk ni. Jadi, saya pun try la beli dan pakai. Mana tahu kot elok kan?. Memang serasi pun. 

Pembelian online dapat pulak 20% off jika beli lagi satu barang dari range skincare. Saya pakai ni tahan 3-4 bulan jugak la sebab pakainya 1-2 titik ajer sehari. Pulak tu kulit muka punya liang pori akan mengecil, kulit muka lembut, kulit muka kita akan bercahaya, muka nampak segar. (Saya translate benefits kat The Body Shop ni). Cuba try. Memang best! Ada 2 size 50ml macam yang saya order ni dan size kecil 30ml. 

Face mist ni pula sebab saya nak dapatkan harga 20% off serum Drops of Youth  saya ambil yang ni. Rose Dewy Glow. Harap2 muka saya ni glowing la bila pakai nanti 😃😃😃. Ada esen rose dan raspberry dalam ni. Bau dia lembut sangat bila saya sembur kat muka. Saya memang suka bau bunga dan fruity. 


Bila dah memang pakai The Body Shop ni dapat la jadi ahli dan kena download apps The Body Shop Malaysia. Kat situ nanti kita boleh tengok rewards kita. Kalau ada, redeem la rewards kita untuk next purchase. Boleh la berjimat.  

Oh ya, masa PKP ni order ni tiba agak lambat juga la. 9 hari to be exact.Kalau nak grab free delivery online purchase ni sehingga 23 April 2020. Nak beli online boleh download apps ni ye. 


Dalam masa terdekat ni, inilah sahaja yang tiba. Ada lagi tak tiba tapi yang tu lambat sikit. 😊😊😊

Ahad, April 19

Resipi Oreo Cheesecake mudah tanpa bake

Kali ni resipi ni Dania yang buat. Dah lama dia sibuk suruh ummi dia cari bahan. Ok kali ni lepas cari bahan, Dania buat. Dalam pantauan ummi jugak la. 

Bahan - bahan :

1. Unsalted butter 50g
2. Whipping cream 200ml
3. Cream cheese 250g
4. Oreo 2 paket (1 paket hancurkan dengan cream, 1/2 paket patah-patahkan oreo jadi kecik, 1/2 paket lagi asingkan cream dan biskut. Biskut tu kemudian dihancurkan) 
5. Gula halus
6. Esen vanilla


Cara masak :

1. Oreo 1 paket hancurkan termasuk cream masukkan dalam loyang. Jadi based cake ni. 

2. Unsalted butter dicairkan, whipping cream, cream cheese, gula halus dan esen vanilla disatukan dan dikacau sehingga bahan-bahan jadi sebati. 

3. Masukkan juga oreo yang dipatah kecil-kecil tu ke dalam adunan di atas kemudian tuang adunan tu dalam layer kedua di dalam loyang. 

4. Taburkan serbuk biskut Oreo yang telah dihancurkan. 

5. Masuk dalam peti semalaman. Esoknya ngap la. Kalau tak semalaman pun tunggu la adunan cake tu keras boleh la makan. (Macam Dania tak sabar nak rasa hasil tangan dia)

Ni bahan yang saya gunakan. Boleh ajer beli ikut suka hati kita bahan yang mana senang nak dapat. Zaman PKP ni apa yang ada, yang tu lah saya beli. Pastinya pilih yang halal. 

Butter unsalted daripada Anchor


Credit : Google

Cream cheese Beqa. 

Credit : Google

Whipping Cream dari Anchor

Credit : Google

Inilah rupa cake sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 



Haaa ni lah hasil masakan Dania...
Oreo Cheesecake simple tanpa bake. 



Puji sikit kemudian Dania kata boleh buat lagi. Errr yang ni pun tak habis lagi sayang oii...😁😁😁 Kena puji la nak bagi semangat untuk masak lagi. 💪💪💪. Serius rasanya macam aiskrim dan tak manis sangat. Gula halus tu kena berpada-pada je masuk dalam adunan. Bagi ummi sedap. Secukup rasa. 

Tahniah anak ummi.....next....apa pulak?

Jumaat, April 17

Dapat keluar satu nikmat masa PKP

Ketua keluarga kena work from home. Sebelum ni ketua keluarga boleh ajer keluar time rehat tapi disebabkan kerja bertimbun, saya sukarela nak pergi membeli lagipun last saya keluar rumah exactly sebulan dari tarikh hari ni 17 Mac 2020. Sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. Kena terus pakai mask dari rumah. Rimas juga pakai benda alah ni tapi untuk keselamatan kan. 


Keadaan di traffic light Bandar Baru Bangi yang agak lengang. Kalau hari biasa sorrylah nak lengang macam ni. 


Tempat yang dituju ialah di Evo Mall. Tak sampai 10km pun dari rumah. To be exact 4.5km kalau ikut google map. Saya ke sini sebab nak pergi MaxValu dalam Evo Mall ni. Hari biasa pun tak ramai orang. Zaman PKP ni pun sama. Tak ramai dan lagi sedikit dari hari biasa. Boleh terus masuk je lepas kena check suhu. Ada kerusi yang disusun memanjang macam ni. Hakikatnya yang duduk depan tu pekerja sini. Nampak tak tanda tak ramai orang?. 

Ada satu insiden kat sini. Saya nak mencari cream cheese. Dania nak buat projek memasak dia. Gigih mencari tapi takde. Saya tanya staff sini. Dia kata stok akan sampai kejap lagi. Sedang saya berjalan-jalan, staff tadi approach kata stok cream cheese dah tiba. Nanti bila dia selesai check stock dia akan bagi kat saya. Gigih la saya jalan cari barang lain dalam list. Tengah dok mencari, datang la staff tadi tanya saya ke yang cari cream cheese? Sampai 2 dia bagi tapi saya cakap nak 1 je. Akhirnya saya ucap terima kasih dan sebut nama kat name tag. Namanya tak silap En. Khalil. Ada juga orang datang membantu kita kan?...Alhamdulilah. Fikir2 balik, gigih juga dia mencari saya kat setiap lorong tu. Ikutkan saya jauh dari tempat cream cheese tadi. 

Suami pulak kalau keluar dia pergi Giant kat Kipmall. Saya tak suka sana sebab masalah parking dan suami kata line beratur panjang sampai keluar. 


Time nak membayar saya guna pay wave je. 


Lepas keluar Maxvalu singgah pula Aeon Wellness. Nak mencari deodorant saya dan Dania. Walaupun duduk rumah, kena wangi-wangi ok?. Beli lebih sikit. Malas nak keluar mencari. Aeon Wellness ni langsung takde orang kecuali staff je.


Nikmat betul keluar ni. Sekarang ni nikmat ni yang kita rindukan sepanjang PKP. Nak bebas berjalan sana sini. Moga negara kita bebas dari wabak Covid-19 ni. Banyak-banyakkan berdoa....

Balik rumah, rehat, mandi kemudian masak. Terjadilah 2 masakan simple. Sardin dan kerang rebus hasil rembatan kat MaxValu. Paling manis bila suami dan anak bertambah nasi. 😊😊😊. Suami siap kata rasa macam dah kenyang tapi nak tambah lagi 😍😍. Masakan simple je pun tapi mungkin air tangan seorang isteri dan ibu yang berkat. Bukan senang nak makan lunch dan dinner bersama-sama macam ni kalau tak PKP. Hari biasa, suami dan anak tak ada kat rumah sebab bekerja dan Dania ke sekolah. Ada hikmah juga kan PKP ni?. Training masak2 sebelum bulan Ramadan nanti.