Jumaat, Januari 31

Pengalaman Yee Sang di Four Points by Sheraton Puchong

Kami ada berkumpul adik beradik kat Four Points by Sheraton, Puchong sebelum cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Inilah pertama kali dalam hidup ni saya cuba 'Yee Sang' Ala yang kacau-kacau semua ramuan tu kemudian angkat tinggi-tinggi. Haaa pernah cuba ke?. 

Yee Sang ni sebenarnya dalam wikipedia ialah potongan ikan mentah (khususnya salmon) yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa. Yusheng, Yee Sang atau dipanggil Yuu Sahng diterjemah menjadi ikan mentah, namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. 

Tengok la ni saya dan adik beradik ipar duai anak saudara mendengar penerangan dari kawan adik saya yang berbangsa Cina tentang tatacara Yee Sang. Rupanya masa gaul-gaul dan angkat tinggi-tinggi tu kena make a wish. Kalau lagi tinggi lagi bagus. Idak la saya make a wish bagai sebab saya nak cuba aktiviti ni je. Ada juga penampakan ikan salmon tercampak keluar di situ. Siapa la punya angkara?. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Bila saya rasa sikit ikan salmon tu dah tak nak dah sebab masin. Syoknya bila ramai-ramai ber'Yee Sang' ni. 


Dalam pada itu, Adam Eerfan yang pada mulanya duduk sebelah saya, berpindah duduk sebelah Kak Dania. Kemain manja lehai. Rindu kakak dia la tu yang kat MRSM Bentong tu.


Tengok la cara Dania melayan Eerfan ni haa....kalau ada adik mungkin ini cara Dania melayan adik dia tapi adik sepupu pun dikira adik juga....


Ni la Eerfan yang buli aunty ye?. Jap jap aunty nak pizza, aunty...nak air....aunty Ena ni pun melayan je la. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Adik beradik sibuk makan ni haaa....



Pepahat bercili ni saya suka tapi cili dia entah rasa kurang pulak.


Masa ni nak dapatkan staff yang boleh ambikkan gambar kami punyalah susah. Nampak sampai 3 staff kat cashier counter. Ada masalah mungkin atau buat-buat sibuk. Hmmmm.....


Bila tanya kat seorang staff ni dia boleh kata I'm a bit busy ya. Tak lama kemudian baru la ada seorang staff tolong ambikkan gambar kami tapi bukan staff 'yang busy' tu. Mungkin juga dia suruh staff lain ambikkan gambar sebab saya suruh ambik guna DSLR saya ni.


Pose lagi....say cheese.....
Missing Sofiah kat sini....


Tempat makan ni pun takdelah besar sangat.


Seleksi makanan pun takde la banyak mana.


Adik saya Erma yang saya selalu jumpa kalau dia turun Bangi.


Pilih Pilih....


Apa yang boleh saya katakan ye?....pertama sekali....terima kasih la kepada adik saya Elza sebab belanja kami semua kat sini. Kedua.....macam tak berbaloi sangat harga kat sini dengan apa yang dihidangkan. Harga Luna Buffet Dinner sempena Tahun Baru Cina ni berharga RM130/pax. Mahal la bagi saya.....

Apa pun paling menarik kat sini, pengalaman pertama saya ber'Yee Sang' tu yang paling berharga.

Selasa, Januari 28

Pakej matapelajaran Sekolah Menengah Teknik

Kalau tak tarikh hari ni saya dan suami dah bersiap-siap menghantar Dania ke Melaka dah.


Isnin, Januari 27

Bila ibu-ibu terlibat untuk gimik sekolah

Bila dapat call dari Puan Sharifah tentang akan ada penglibatan 4 ibu-ibu bersama anak masing-masing. Jadinya beberapa hari sebelum diadakan perjumpaan tak rasmi bagi membincangkan gimik Guru Penyayang ni. 

Jadi, pada hari yang ditentukan, kebetulan 2 anak-anak ni pengawas dan 2 orang lagi bukan pengawas. Dania dah nak letak jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Kenapa?...Haaa nanti saya cerita la part itu...kami semua kena standby kat sekolah sebelum jam 7.15 pagi. Ni kat dalam bilik kaunseling. Guru kaunseling yang mengadakan gimik ni dan hanya guru2 kaunseling dan guru penolong kanan yang tahu gimik ni. 

Dari kiri Dania, saya, Puan Haslinda, Puan Sharifah, Puan Zohara dan Hameeza Shahnaz. Belakang dari kiri Zaim dan Daniel Akmal.  



Kita posing la para ibu. Memang dah bincang untuk bagi sedondon jubah hitam dan shawl / tudung warna kelabu. Puan Sharifah pula bawa cekak ribbon. 



Ni kalau nak tengok full size baju yang kami pakai pada hari tersebut. Lain-lain mostly plain. Saya ada berbunga hijau sikit-sikit. Janji latar belakang dia hitam. Hehe. 


Tudung pakai fesyen tengok dari tutorial youtube. Pastu ada flowy kat tepi tu tapi nak bergaya punya pasal letak tepi la perasaan rimas tu....πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Shawl saya pakai dari Ariani iaitu Nura dari drama Hero Seorang Cinderella...Alahhh yang Fazura berlakon tu. Tu yang saya terjebak beli shawl ni dulu. 


Apa yang kami kena buat dalam gimik ni?

Ibu dan anak berjalan beriringan dengan alunan muzik marching kemudian, anak2 akan menyerahkan sampul yang berisi button badge, kemudian ibu akan menyematkan button badge ke tudung para guru. Ada 4 guru kesemuanya. Itulah sebab ada 4 ibu-ibu. Nak kata nervous tu memang ada perasaan tu you alls....kecut perut semua ada sebab guru2 dan murid sesi pagi yang menonton kami. 

Gimik ini telah direka oleh guru2 kaunseling. 

Tau ke apa itu guru penyayang?. Rupanya idea guru penyayang ni diilhamkan oleh mantan Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik di mana para guru akan menunggu kehadiran murid di depan pagar sekolah. Ada hadiah akan diberikan kepada 10 murid terawal yang datang ke sekolah. Pastinya ini menggalakkan pelajar2 semua datang awal kan dengan senyuman mesra guru2 menyambut kedatangan pelajar. 😍😍😍.

Selepas itu kami semua diraikan kat bilik guru di kantin sekolah. Bermacam makanan yang dihidangkan. Tetiba ada guru pengawas tanya saya....anak jadi masuk ke sekolah xxxxxxx ke?....Saya tanya kenapa cikgu?. Haaa yang ni pun saya save untuk post lain ye sebab hari ni nak cerita pasal aktiviti gimik ni je tapi yang pasti buat saya senyum sampai ke telinga....alehaiiii πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.

Inilah aktiviti saya dengan sekolah pada 20 Januari 2020. Awal-awal tahun sekolah baru dibuka. 


Khamis, Januari 9

Balik kampung dan jalan jalan cari makan

Minggu sekolah tu weekend tu kami ada balik Alor Setar, Kedah. Saje balik Kedah sebab sepanjang cuti sekolah tu tak balik pun. Lagi pun kalau balik bukan cuti sekolah ni jalan clear ajer. 

Balik Kedah ni Dania request nak makan ais kacang kat Dinalang, Simpang Empat. Berdekatan dengan kampung hubby. Kalau ke Simpang Empat ni jangan lupa try ais kacang Dinalang tau. Nak nak masa balik kampung macam kemarau dan cuaca memang panas la. Makan ais kacang ni memang nikmat sangat. 

Ni lah rupa kedai Dinalang Ais Kacang tu. 


Selasa, Januari 7

Tahun Baru, Azam Baru, Sekolah lama

Kita ni masih di awal tahun baru. Jadi saya nak mengucapkan selamat tahun baru untuk semua pembaca. Gambar di bawah ni masa orientasi Tingkatan 1 di sekolah menengah kebangsaan Dania pada 31 Disember 2019. Saya dan wakil PIBG dan KSIB Puan Sharifah dan Puan Haslinda ada buka meja untuk ibu ayah anak-anak Tingkatan 1 yang nak wakaf kertas A4. Kertas A4 ni digunakan untuk mencetak kertas soalan peperiksaan dan lain-lain kegunaan. Kita dah sedia maklum yang sekolah kena cari dana sendiri untuk pembelian A4 ni. Inilah cara kami nak kumpul kertas A4. 

Ok....kami berjaya mengutip wakaf kertas A4 sebanyak 211 rim pada hari tersebut. Cikgu yang tengah tengah duduk dan tudung oren. Penat juga menunggu dari 7.30 pagi - 2.00 petang tu tapi bila dapat kumpulkan 211 rim kertas A4 tu rasa puas sangat. At least ada juga buat sumbangan kat sekolah kan walaupun kecik je tugas saya tu. 

Ada jumpa juga 2 kawan saya yang anak baru masuk Tingkatan 1 kat sekolah Dania ni. πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ Selamat datang adik-adik. 


Okay ni gambar pagi masa hantar Dania ke sekolah pada 1 Januari 2020. Ada beberapa guru beserta Puan Pengetua tunggu kat depan gate untuk menyambut anak-anak ini. 

Dari kiri tu Puan Banu (guru matematik tambahan Dania), Puan Pengetua Puan Maziah dan Guru Penolong Kanan Puan Rosmawati. 

Citernya macam ni saya hantar Dania sampai depan gate nak ambik gambar Dania salam Puan Pengetua tapi Puan Pengetua excited nampak saya sambil kata KSIB....KSIB (kan sehari sebelum saya buka meja wakaf A4 paper)....kena ambik gambar ni. Larrr dah terbalik sebab saya nak ambik gambar Dania salam Puan Pengetua tapi bila saya kena ada dalam gambar tu tentulah saya tak dapat ambik gambar Dania kan? (sebenarnya ada sedikit frust kat situ πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…). Kita nak masuk IG buat kenang-kenangan. Actually Puan Pengetua dan Guru Penolong Kanan tu nak berterima kasih kat saya dan mereka yang terlibat membantu sekolah. 

Akhirnya kami semua pose untuk phone Puan Pengetua. Petang2 sikit saya acah acah berani la whatsapp nak minta gambar ni kat Puan Pengetua. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Seram juga nak susun ayat tu. Yeah....inilah hasilnya dari kamera phone Puan Pengetua. Dania tu sebenarnya nak cepat masuk sekolah pun ya sebab dah 7.15 pagi. Ni nak kena pose lagi....


Alhamdulilah, Dania pun dah mulakan pembelajaran kat sekolah ni. Dania ambil aliran STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan). Sekolah Dania ni buat masa ni hanya ada aliran STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) dan STEM  (Sains Tulen dan Matematik Tambahan beserta Pengajian Islam) untuk Kelas Aliran Agama (KAA). Mereka yang tak minat aliran ni kena mohon sekolah lain. Ada je kawan yang saya tahu dah siap2 mohon sekolah lain untuk anak dia. Dah anak dia tak minat Sains Tulen. Ye lah nak belajarnya anak jadi kena tengok la juga minat anak tu macamana kan?. Bukan minat ibu dan ayahnya pulak....

Jadi ye.....Dania masih meneruskan pembelajaran di sekolah yang sama. Sebenarnya masa kami bercuti ke Taiwan bulan 12 baru ni....Dania kena menduduki satu ujian. Terlepas dah pun ujian tu. Takpelah ada plan lain yang Allah nak bagi kat Dania. 

Doakan Dania ye....

Jumaat, Januari 3

Salam Taiwan Day 5

Selepas breakfast baru la kami keluar. Ni bukan ikut group. Bebas sebelum transfer ke airport. Hubby ajak menikmati suasana pagi kat Taiwan. Ikut je la since tak tahu boleh jejak kaki lagi ke kat sini.

Ambik gambar atas jejantas yang unik ini.