Selasa, Disember 31

Salam Taiwan Day 4

Dah nak masuk Hari keempat kami di Taiwan. Saya dah mula rindu Malaysia tanahairku. Hari ni lepas breakfast berkesempatan untuk ke tempat membuat kek nenas. Kat sini dipanggil kek nenas tapi saya rasa macam tat nenas cuma size yang sedikit besar dari tat nenas. 

1. Vigor Kobo


Isnin, Disember 16

Salam Taiwan Day 3

Wahhh dah nak masuk Day 3 dah. Kejap je masa berlalu.

Lepas breakfast, kami semua menuju ke :

1. Shifen Waterfall

Cantik betul permandangan kat air terjun ni tapi apakan daya tak dapat nak explore jalan jauh sikit kat sini sebab hujan. Mula-mula pakai baju hujan yang memang bawak dari Malaysia. Nampak kuda ni ambik gambar sebab banyak pulak patung kuda kat sini. 


Khamis, Disember 12

Salam Taiwan Day 2

Nak kena get ready untuk naik bas pukul 8 pagi jadi jam 7 pagi baru breakfast siap kami pun breakfast dulu. Tempat breakfast ni tak la besar sangat. Suka breakfast awal sikit supaya takde la sesak sangat nak makan. 


Rabu, Disember 11

Salam Taiwan Day 1

Awal-awal pagi dalam jam 3.15 pagi dah bangun dah pada 3 Disember 2019. Kejut hubby dan Dania. Saya macam tak boleh tidur sangat sebab takut tak terbangun. Rasa macam kejap je tutup mata dah kena bangun. 

Kami park kereta kat Putrajaya Sentral dan naik ERL yang pertama jam 4.51 pagi. Tiba jam 5.08 pagi kat KLIA. Lepas tu terus cari breakfast sebab pagi-pagi ni terasa lapar pulak. Ambik yang light ajer. Burger ayam ni kecik ajer tapi ok lah sedap. Lepas tu kat surau nak solat kena tunggu turn dengan yang nak pergi umrah. Suraunya kecik ajer. Dalam 6.15 pagi berkumpul tunggu group travel kat Terminal M. Group kami akan bertolak ke Taiwan.