Iklan BTS selalu la keluar kat IG visit seoul. Saya berkesempatan ke hari terakhir Seoul Culture Showroom di My Town Mall, Kuala Lumpur pada 22 September 2019. Event ni bermula dari 20 September 2019. Event untuk memperkenalkan Seoul, Korea Selatan sebagai destinasi pelancongan. Jom tengok apa yang menarik....
Poster BTS ni punyalah besar. Tukang pegang ni staff Seoul Culture Showroom.
Kalau nak redeem snack kat sini kena subscribe la VisitSeoul TV!
Ada mee ni. Saya tak ambik pula ni.
Pepero.
Susu pisang ni memang sedap. Pernah rasa masa kat Seoul tapi susu melon ni tak pernah rasa lagi.
Kat Seoul Culture Showroom ni ada 3 station kena complete baru boleh redeem goodie bag.
1. Berpakaian Hanbok.
2. Menonton VR.
3. Create experience kat Seoul dengan mengumpul 10 gambar.
Sesambil tu TV besar ni menyiarkan iklan Korea Tourism.
Kenapa ada BTS kat iklan Korea Tourism ya?
Ini kerana Kumpulan jejaka jambu BTS merupakan duta I Seoul U atau Seoul Tourism.
Inilah standee BTS kat sini. Tu pasal ramai BTS Army kat sini. Dapat saya snap gambar takde orang atas pentas ni sebab baru je habis performance kat pentas ni.
Jungkook.
Jimin.
Jin.
RM.
V.
J-Hope.
Suga.
Tudiaaa peminat Jungkook....πππ
Jimin ni kawan baik Dania yang suka. This is for you Zalilah....
Dania diapit oleh Jin dan Jungkook.
Lepas dah snap standee BTS, marilah kita beratur untuk ke 3 station.
Ini memang peminat BTS ni dengan patung Mattel Jungkook, light stick dan muka J-Hope kat situ.
Yeahhh beratur lagi....memang nak kena sabar, sabar dan sabar beratur.
Dania tengah khusyuk baca pamplet Korea. Hello awak yang senyum kat kamera tu....
Sementara itu, sebelah line beratur ni ada kedai Calliope. Brand ni dari Itali. Saya tahu pun sebab tanya cashier.
Ada diskaun ni takkan nak tengok luar je. Saya masuk la ke dalam nak tengok apa yang menarik.
Ya masuk bukan dengan tangan kosong. 2 seluar panjang ni setiap satunya harga RM23.20 (Harga asal RM29 tapi discount 20%). 1 hijau army dan 1 light pink. Both Dania punya. Anak ummi dah makin meninggi. Sempat lagi shopping tu heh πππ.
Keluar kedai Dania masih beratur. Line beratur panjang mana? Macam ular ok.....
Ni dah dekat sangat ni. Ayah masa ni dah tawaf 1 mall. πππ.
Ummi dan Dania beratur kat tempat nak pakai Hanbok. Ummi join sekali jugak.
Hanbok Dania berwarna biru dan hitam. Kiranya masuk kali ni 2 kali lah pakai Hanbok. Sebelum ni pakai kat Korea.
Ummi pun pakai Hanbok tapi nak bergambar kat sini susah la nak kosong. Merah menyala pulak tu warna Hanbok saya. πππ.
Ni baru kosong tapi dah terpotong seorang anggota kumpulan. Suga tak masuk frame.
Since dah pakai Hanbook ambik kesempatan la bergambar.
Lepas pakai hanbok ke station VR pulak.
Kat sini la kena redeem goodie bag dengan syarat 3 station diselesaikan dan lepas selesai setiap tempat kena mendapatkan cop. Jadi kena ada 3 cop lah. Masa redeem goodie bag kena isi pulak borang lucky draw.
Semua ni la selamat diredeem. Bergulung tu poster BTS sama macam paper bag ni. Bunga tu rupanya sticky notes yang berbau wangi. Mula-mula cium ingat apa...bila Dania kata ummi...ni sticky notes la. Ohhhh baru ummi tahu...πππ.
Masa tengah beratur ada BTS Army pass 2 barang ni. Bagi for free ajer. Thank you. Ada seorang BTS Army kata setiap kali event ada je Army akan bagi goodies for free. Bagi saje saje. Kiranya ada mutual interest diantara peminat BTS ni. Lagi pun saya ni mulut ramah tanya itu ini. Rezeki la kan...Dedua ni Dania punya la of course. Apa kes saya pulak nak simpan? πππ.
Masa ni saya pergi solat dulu sementara Dania dengan ayah dia. Masa turun escalator ni lah ada event lucky draw. Masa announcement tu dia sebut....ok the first winner....Dania Yasmine. Saya bersorak dari escalator tingkat atas ni. Masa sibuk bersorak ni Dania pun dah habis ambik hadiah...πππ. Ada 2 kali sesi lucky draw. Dania menang ni untuk sesi yang kedua.
Ni yang Dania menang ni. Ada 4 orang pemenang kesemuanya untuk lucky draw kali kedua. Hadiah yang diberikan lain-lain. Ada yang mendapat blue tooth microphone. Dania pula dapat Discover Seoul Pass yang expiry date 5 tahun lagi ie 2024 dan boleh digunakan percuma di 34 tarikan pelancong di Seoul pulak tu setiap tarikan pelancong tu boleh spend selama 24 jam selain dapat discount di beberapa tempat di Seoul kalau nak shopping dan dapat potongan untuk naik train dari airport (AREX).
Info lanjut di discoverseoulpass.com
Ni lah kad Discover Seoul Pass tu. Ada juga kad yang menampilkan ketujuh-tujuh anggota kumpulan BTS. Dania dapat yang pinky pinky lembut ni. Nampaknya ada yang nak kena repeat ke Seoul kalau ada rezeki lagi. Insya Allah.
Ini sebagai balasan Dania work hard selama cuti sekolah jerebu. Sesekali ummi bagi reward. Reward yang macamana? It depends la. Menghabiskan masa bersama pun reward juga kan?.
Hari ni banyak kali Dania cakap thank you ummi....thank you ummi.....
Ummi pun ada sedikit pesanan kat Dania juga.
Thank you kepada suami yang sangat sporting!
Hari ni banyak kali Dania cakap thank you ummi....thank you ummi.....
Ummi pun ada sedikit pesanan kat Dania juga.
Thank you kepada suami yang sangat sporting!
Post ni akan live pada hari Dania akan menghadapi peperiksaan PT3 mendengar Bahasa Malaysia. Moga berjaya anakku!...πππ
Anak-anak PT3 yang lain pun Moga Berjaya! πππ