Bila anak nak exam besar tahun ni dan kita pulak stay at home mom. Rasa terpanggil nak join kan anak aktiviti yang berkaitan dengan matapelajaran yang diambil untuk exam PT3 tahun ni. Ni adalah salah satu kem matematik yang Dania join masa bermulanya cuti sekolah. Dania join ni Circle Your Correct Answer (CYCA) oleh Sir Uzairi Taib. Sir Uzairi ni memang dikenali oleh student dengan 'circle challenge', 'backflip' dan muka Sir yang comel comel macam tu. Hehe. Sir Uzairi ni dari Pusat Tuisyen Maths Clinic yang Dania join sekarang ni cuma cikgu Dania, Sir Jazel. Ok berbalik kepada CYCA 3 (Dah kali ketiga diadakan tahun ini). Sir Uzairi ni akan cover la topic untuk PT3.
Dania datang awal untuk CYCA ni yang diadakan di Multimedia University, Cyberjaya. Lepas daftar dan suruh Dania duduk di barisan hadapan, settle kan Dania dulu kemudian dah settle baru saya dan ayah Dania dengan senang hati tinggalkan Dania. Bila bagi Dania sorang-sorang macam ni boleh mengajar juga untuk dia berdikari.
Dania jumpa kawan sekolah rendah ex Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Ain namanya. Ambik gambar dulu. Ain sekarang kat Sekolah SBP di Cyberjaya. Kawan-kawan Ain semua duduk depan sekali. Dania pun ada seorang kawan kat SBP Cyberjaya ni nama Anis (kawan baik Ain masa sekolah rendah) tapi tak datang sebab balik kampung. Nak raya korban kan...
Being a mak mak risau anak pergi sorang-sorang kem ni. Haa terbukti anak ok je masa makan. Tu haaa belah kanan atas tu gambar kecik tu. Dania makan dengan kawan sekolah mana la tu. Nasi tomato hidangan yang disediakan untuk makan tengahari.
Screenshot dari link
Bila balik, Dania kata best cara penyampaian Sir Uzairi. Cikgu cikgu kat Maths Clinic ni macam dihantar ke kelas motivasi or something sebab cara penyampaian mereka ni sangat menarik minat pelajar. Kalau dapat menarik minat pelajar, mereka akan boleh score la subjek tu. Puas hati la dapat hantar Dania ke kem matematik Sir Uzairi ni.
Kalau nak tengok kem lain yang diadakan oleh CYCA ni boleh refer sini ye...
Ni lagi satu masa cuti sekolah bulan Ogos 2019 saya hantar Dania ke sini. Saya dapat tahu pun masa mencari maklumat kat page UPM dan kebetulan Dania kata ada announcement kat sekolah tentang program ini. Normally, jika ada aktiviti di UPM, UKM ataupun di Uniten, pihak universiti akan menawarkan program yang diadakan kat sekolah Dania. Lagipun sekolah angkat fakulti bioteknologi dan sains biomolekul ni ialah SMK Jalan Empat. Selain, anak-anak Professor universiti yang ada bersekolah kat sini, maka program universiti juga berkolaborasi dengan SMK Jalan Empat. Selalu juga nampak bas UKM atau UPM menghantar pelajar sekolah Dania yang join aktiviti universiti.
Ok....sehari sebelum saya dah survey jalan ke lokasi fakulti ni supaya senang la nanti nak drop Dania. Kali ni Dania pergi dengan kawan baik dia Nur Zalilah. Saya yang ambik hantar Zalilah dari rumah ke UPM dan sebaliknya. Siap minta izin dari mama Zalilah yang menunaikan haji di Mekah. Kali ni Dania seronok la sebab kawan baik ada sekali.
Kali ni Biotech Experience School Programme. Korean Experience @ Biotech.
Kali ni Biotech Experience School Programme. Korean Experience @ Biotech.
Pagi pagi dah bersiaran dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
Ni gambar selepas dah daftar dan dapat tag. Hari ni kena berpakaian sukan sebab ada zumba.
Ada zumba lagu-lagu Korea untuk menaikkan mood anak-anak ini di pagi hari. Lagipun tema hari ni kan Korea....hehe. Kakak-kakak dan abang-abang dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul yang menjadi ketua zumba kat depan.
Ada penglibatan anak-anak sekolah rendah juga tapi nanti bila kena masuk makmal nanti akan diasingkan sekolah menengah dan sekolah rendah. 3 orang belakang ni Tingkatan 4 sekolah Dania. Ada 6 orang dari sekolah Dania yang join. Semuanya perempuan.
Breakfast makan nasi lemak disediakan selepas penat penat zumba. Ummi tukang tengok je walaupun Pengarah projek suruh makan. Ummi minum air panas yang disediakan ajer.
Selepas itu saya tinggalkan Dania dan kawan baik dia.
Gambar-gambar di bawah seperti yang dikongsikan di dalam group. Punyalah banyak gambar jadi saya pilih-pilih je ni. Pensyarah menerangkan cara-cara untuk melihat ekstrak DNA strawberry. Nak tengok jelas kena tengok di bawah mikroskop. Kena pakai lab coat dan cermin mata dalam makmal ni.
Program 1 : Teknik pengekstrakan DNA menggunakan buah strawberry.
Dania dan Zalilah kat hujung sana tengah mendengar kata-kata pensyarah.
Ni adalah program kedua.
Program 2 : Sains dan teknologi dalam pembuatan kimchi.
Sibuk Zalilah memotong kobis.
Rupanya dalam kimchi ni ada probiotik. Dania cakap ada tengok la rupa probiotik ni di bawah mikroskop tapi yang dah mati.
Lepas aktiviti semua selesai, yang participate akan mendapat sijil. Ini penting ni untuk markah kokurikulum. Markah kokurikulum ini juga penting kalau nak masuk universiti.
Dania dengan kimchi yang boleh dibawa pulang. Masa nak balik tu hujan lebat jadi Dr Phang selaku Pengarah projek suruh saya parking kereta bawah bumbung. Beliau escort Dania dan Zalilah masuk dalam kereta. Seorang yang berdedikasi Dr Phang ni.

Kalau ada aktiviti macam ni lagi saya akan join kan Dania sebab banyak memberi informasi yang berguna. Hands on experience menggunakan mikroskop dan melihat DNA serta bakteria probiotik di dalam makmal universiti dengan memakai lab coat macam saintis boleh menggalakkan anak kita mencintai subjek sains selain banyak benda baru yang mereka belajar.
Puas hati la sebab cuti sekolah Dania bulan Ogos 2019 ni dimanfaatkan sepenuhnya.