Pada hari minggu baru-baru ini, saya plan dengan adik beradik nak bawa makan kat kebun durian. Sebelum itu, kami adik beradik makan kat Seri Menanti House of Salai sebabnya kebun durian tak jauh pun dari sini. Actually, saya tak makan pun hanya minum sebab baru sangat breakfast bihun soto. Kenyang la pulak. Adik beradik semua makan la salai. Respon kat sini katanya sedap makanan salai. Gambar tak perfect ada seorang tu notty tak pandang kamera. Cuma seorang ajer takde iaitu adik ipar saya. Babah yang tak pandang kamera tu le.
Ahad, Jun 30
Jumaat, Jun 28
Garnier....berseri Aidilfitri dengannya
Kempen Serikan Diri Di Aidilfitri dengan rakan kerjasama TechForGood program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). Ia adalah inisiatif meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi. Sejak penubuhannya pada tahun 2019, TechFroGood telah membantu seramai 500 orang ahli.
Kempen yang diadakan di Mydin USJ, Garnier Malaysia mengumumkan kolaborasi dengan Mydin akan memberi manfaat kepada TechForGood.
1. Setiap produk Garnier yang dijual di Mydin pada bulan Ramadan, 20 sen akan disumbangkan kepada program.
2. Bagi setiap perbelanjaan RM30 ke atas untuk produk Garnier, semasa roadshow MYDIN 24 - 30 Jun 2019, pembeli akan menerima beg tote buatan tangan atau pouch yang boleh diguna semula yang dijahit oleh wanita di bawah program ini.
Sempena dengan kempen ini, barisan selebriti yang turut sama menyokong ialah seperti Shafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz. Ketiga mereka akan muncul dalam drama bersiri mini di TV3 bertajuk Serikan Hatimu. You alls dah menoton ke belum?. Nanti saya bagi link.
Ni lah diantara gambar-gambar yang sempat saya abadikan.

Kempen yang diadakan di Mydin USJ, Garnier Malaysia mengumumkan kolaborasi dengan Mydin akan memberi manfaat kepada TechForGood.
1. Setiap produk Garnier yang dijual di Mydin pada bulan Ramadan, 20 sen akan disumbangkan kepada program.
2. Bagi setiap perbelanjaan RM30 ke atas untuk produk Garnier, semasa roadshow MYDIN 24 - 30 Jun 2019, pembeli akan menerima beg tote buatan tangan atau pouch yang boleh diguna semula yang dijahit oleh wanita di bawah program ini.
Sempena dengan kempen ini, barisan selebriti yang turut sama menyokong ialah seperti Shafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz. Ketiga mereka akan muncul dalam drama bersiri mini di TV3 bertajuk Serikan Hatimu. You alls dah menoton ke belum?. Nanti saya bagi link.
Ni lah diantara gambar-gambar yang sempat saya abadikan.
Pengacara majlis pada hari tersebut. Si cantik manis Nisa Kay.
Pengurus pemasaran Garnier Malaysia, En. Ian Cheng.
Pengarah urusan Mydin bersama isteri beserta barisan para artis juga Cik Deborah Melissa Bottreau, presiden GEMA.
Agak-agak saya fokus kat siapa?.
Kita fokus kat kasut pula.
Bila artis undangan dijemput naik ke pentas.
Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azira Shafinaz.
Presiden Gema, Cik Deborah Melissa Bottreau.
Pengacara 3R, Yuen pun turut hadir.
Dah menonton drama bersiri mini Serikan Hatimu? Click je link kat bawah ni.
Last but not least.....😃😃😃
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kempen Serikan Diri di Aidilfitri sila layari
Insiden yang mendebarkan
Semalam masa balik dari event dan nak balik ambik Dania kat sekolah jadinya melalui jalan Sungai Besi. Kat area depan Astro tu ada laluan ke Kajang jadi saya ambik laluan tu. Bila tiba je laluan yang bertembung dengan highway Sg Besi saya nampak polis, ambulan kat situ dan nampak ada seorang lelaki terbaring dengan kasut hitam dan payung kat kepala. Dalam hati saya cakap kalau dia meninggal, saya sedekahkan Al Fatihah jika yang meninggal tu orang Islam.
Kredit : sini
Memang exactly ada payung kat kepala dan pakai kasut hitam.
Berita selanjutnya boleh la baca kat link atas ye.
Memang saya tak boleh la tengok benda-benda macam ni mesti teringat-ingat. Nasib baik tak teringat-ingat berhari-hari kan?. 😩😩😩
Berhati-hatilah semasa memandu tu. Ingat la ada yang tersayang tunggu kat rumah tu. Sebelum memulakan perjalanan tu bacalah doa menaiki kenderaan. Moga kita semua dilindungi.
Rabu, Jun 26
Kisah Raya Saya Part 2
Alkisahnya perjalanan kami dari Alor Setar ke Cameron Highland berjalan lancar. Trafik kalau nak teruk pun bila tiba area Pulau Pinang tapi nampaknya aliran trafik sangat tenang pada 8 Jun 2019 tu. Ada la sekali ke dua kali berhenti rehat sebelum memulakan perjalanan.
Kami tiba di Cameron Highland dalam jam 5.30 petang. Check in je Avillion Hotel Cameron Highland rasa best tengok bilik dengan 2 bilik tidur ni. Luas macam apartment je. Ruang tamu tu untuk kami bertiga ni memang selesa sangat.
Ahad, Jun 23
Sabtu, Jun 22
Insiden kejar selebriti
Lepas balik daripada kampung, kisah ni lepas balik cuti berhari raya la kan. Kami ke rumah abang ipar kiranya abang kepada suami saya la kat area Bukit Subang yang bersebelahan dengan Denai Alam sebab nak bagi kiriman dari kampung berupa ketupat palas, mangga muda dan kuih bahulu.
Siap beraya la dengan keluarga abang ipar yang tak balik beraya sebab seorang anaknya exam ACCA. Kiranya sepupu Dania la. ACCA ni bukan kira raya ke apa sebabnya paper all the way dari UK. Ni Dania beraya dengan sepupu Dania nama Adam Hariez. Sekarang ni senyap je tak cakap apa tapi masa kecik-kecik dulu kemain geng lagi. Malu la sebab masing-masing Adam Tingkatan 2 dan Dania Tingkatan 3 tapi masa kecik-kecik Adam kata Dania ni girlfriend dia. Tak nak tukar girlfriend dah. Kak ipar cakap hey...Dania tu tua setahun. Masa tu mana nak fahamnya. Masih kecik lagi kan?. 😃😃😃
Sebelum tu boleh tengok keakraban Dania dengan Adam ni. Boleh geng sebab beza mereka setahun je kot. Masa ni Dania berambut panjang.
Kat pangkin rumah kat kampung Tok Wan Dania dan Adam.
Ni tidur betul ke tidur sesaje?
Kemain geng eh?.
Gaya angkat kaki sebelah. Gaya flamingo agaknya...😂😂😂
Main masak-masak. Habis la bunga Tok Wan jadi mangsa.
Ok lah sedikit perkongsian mengimbau Adam dan Dania masa kecik. Ok lepas tu kan lepas beraya rumah abag ipar, kami pun dalam perjalanan nak balik.
Tiba-tiba....
Suami ternampak motor vespa putih depan kami. Suami kata tu motor Amy Search. Jangan tak tahu suami saya follow Instagram Amy Search. 😄😄😄. Saya mengapi-apikan suruh ikut je vespa Amy Search. Isteri pun sporting kauuu....👻👻👻
Vespa Amy Search berhenti depan 7 11 kemudian saya masuk dalam 7 11 terus panggil nama Amy sebab suami nak ambik gambar. Entah la siapa yang excited sebenarnya. Amy dengan singlet yang berpeluh dengan sepasang selipar Jepun macam muka musykil. Saya kata dengan yang jaga kaunter 7 11. You kenal ke? Penyanyi famous ni. Dia kata 'I know'. So yerp....ambik gambar. Dalam gambar ni boleh nampak suami macam terkedu bergambar sebelah penyanyi legend. Isabella adalah......𝅘𝅥𝅘𝅥𝅮𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅰𝅘𝅥𝅱𝅘𝅥𝅲𝆔𝆕. So lepas tu kami pun keluar dari 7 11. Saya tanya Amy tinggal kat Denai Alam ke?. Amy kata ya. Bila nampak kami nak naik kereta dah, Amy kata Selamat Hari Raya!. Yayyyyyy....saya pesan dengan suami haaa tak payah basuh tangan sebab suami ada salam Amy...😆😆😆.
Wahhhh serius Raya kami macam wow!. Anak-anak zaman sekarang ni tak berapa kenal la Amy Search tapi zaman suami dan saya memang kenal sangat. Nak nak lagu Isabella, Fantasia Bulan Madu, Pawana, Kejora, Meniti Titian Usang, Rozana.....
Lupa pula nak buat video Amy cakap Phewiiitttt....
Jumaat, Jun 21
Bila isteri artis komen.....
Saya ada komen kat IG Diyana Halik isteri Aaron Aziz. Dibalas pula komen saya....saya komen kat Surprise birthday party Dahlia Arissa. Anak Diyana dan Aaron yang bongsu. Bagi saya anak-anak Diyana dan Aaron ni dah terdidik dengan adab sejak kecil lagi. Memang mereka bertiga ni jenis yang bersopan santun.
Rasa kembang juga bila isteri Aaron kata lama dah tak jumpa saya. Ye memang lama. Last saya jumpa masa event Dutch Lady. Diyana, Aaron dan family sebagai duta Dutch Lady.
Macamana kenal?
Dulu Dania masa kecik pernah join speech and drama class kat Julia Gabriel, Bangsar. Kebetulan anak-anak Aaron dan Diyana pun sekolah tadika Chiltern House kat Julia Gabriel, Bangsar tu juga. Time tunggu Dania habis kelas, kekadang Diyana dan Aaron tunggu sekali.
Lama dah gambar ni, Aaron dan saya tahun 2008. 11 tahun yang lalu. Anaqi pun masa ni sebaya Dania. Saya pun sebaya Aaron. Dania masa ni 5 tahun. Depan tu mak mertua Aaron tengah tengok. Bagus Aaron tak ambik gambar berdua.
Masa ni Aaron baru dikenali melalui drama Emil Emilda. Siapa yang pernah menonton?
So far memang keluarga Aaron + Diyana ni clean je. Takde gossip-gossip liar selain mereka pun tak sombong bila dah dikenali. Diyana pun sama, isteri aktor yang dikenali tapi senang didekati dan tak sombong. She's very friendly.
Moga mereka berbahagia la sebagai satu family dengan 3 cahayamata yang bersopan santun Anaqi, Dwi dan Dahlia.
Kisah raya saya
Tak habis-habis cerita raya ke lagi? Raya kan sebulan. 😉😉😉. Ok ni nak cerita kisah raya kami ni. Kami balik raya sehari sebelum iaitu hari selasa 4 Jun 2019 menuju ke Ipoh, Perak. Kita raya 5 Jun 2019 kan?. Dalam perjalanan tu kereta ok sangat tapi ada tempat-tempat slow. Slow pun kereta masih bergerak la. Tempat last sebelum ke hotel kami, kami singgah berhenti dekat R&R di RTC Gopeng. Terjumpa pula blogger Zarina. Kejap je berboraknya sebab kami dah nak gerak. Zarina dan family baru tiba.
So yeah.....Ipoh here we come...
Kami kalau beraya kat Ipoh ni suka menginap kat MU Hotel. Maybe sebab dulu MU Hotel ni under Ibis Styles dan sangat selesa. Lagi pun ni diantara hotel yang baru juga la compare dengan Impiana ke, Syuen ke...
Esoknya, sebelum ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri breakfast kat hotel dulu. Majoriti dari tanah besar cina yang menginap kat sini. Terasa macam kat Beijing pulak. 😊😊😊
Dari MU Hotel ni nak ke Masjid Negeri dah tak jauh dah. Kami datang agak awal jadi parking masih banyak di dalam pekarangan masjid. Kat dalam masjid pun boleh duduk kat saf depan.
Lepas dah habis solat, berfoto pulak kat luar masjid.
Balik hotel dulu sebelum keluar beraya dan berfoto kat MU Hotel dulu minta tolong staff reception ambikkan gambar. Suka sangat background belakang ni. Baju keemasan diapit oleh baju hitam. Kalau tengok baju hitam tu pun ada warna keemasan. Jadi bukan semua la dominasi warna keemasan. Kalau semua warna keemasan tak nampak la kontranya. Suami pula jenis whatever.....warna apa pun ok. 😂😂😂.
Ni rumah yang kami singgah beraya tu. Ni rumah diperbuat daripada kontena tau. Actually untuk sementara waktu sebab rumah kayu kat depan rumah ni akan dirobohkan sebab rumah tu dimakan anai-anai. Masa saya kecik2 memang saya selalu pergi ke rumah kayu tu beraya. Kakak kepada arwah mama saya.
Sekarang ni cuma ada sepupu saya je la.
Raya kali ni tak banyak rumah pula kat Ipoh kami singgah sebab nak kejar balik Kedah takut jam. Dalam perjalanan balik Alor Setar, kami dah jauh dah ke depan sebelum suami kata nak solat kat Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar. Udah la kami masuk tol Taiping kemudian keluar tol Taiping menuju tol Kuala Kangsar. Tak jauh dari tol Kuala Kangsar, tersergam indah Masjid Ubudiyyah. Kami sempat solat kat Masjid Ubudiyyah ni.
Cantik kan?. Kalau poskad negeri perak je pasti ada gambar Masjid Ubudiah.
Rumah ni berdekatan dengan Masjid Ubudiah. Cantik dan klasik senibinanya.
Saya pun sibuk nak ambik gambar sebelum.......🚗🚗🚗....
Tetiba ada pula kereta keluar dari belakang rumah. Udah la malu + panik. 😝😝😝
Cantik sungguh la Masjid ni macam ala ala dalam hikayat 1001 malam je.
Sebelah dengan Masjid Ubudiah ada rumah tinggal ni. Baitul Annur namanya. Nampak menyeramkan tapi kalau ambik gambar nampak klasik je.
Kami masuk ke?
Oh....tidak.....nampak berpenghuni mungkin tapinya yang kita tak nampak. Rumah ni katanya rumah pusaka tinggalan kerabat diraja zaman dahulu.
Ok. Kita tinggalkan misteri Baitul Annur sebelum meneruskan perjalanan ke Alor Setar, Kedah.....