Khamis, Mac 21

Sah la Muhammad Haziq bin Mohd Tarmizi telah tiada

Credit : Wisma Putra

Sah la yang Muhammad Haziq Bin Mohd Tarmizi telah tiada. 

Baru je semalam kawan-kawan Muhammad Haziq buat solat hajat kat SMK Jalan Empat. Berita hari ni pula menyedihkan.

Kita kena terima ketentuanNYA.

Moga Allahyarham Muhammad Haziq Bin Mohd Tarmizi ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Saya yakin adik Haziq di tempat yang terbaik sekarang 

Al Fatihah....

Rabu, Mac 20

Tragedi yang memberi kesan

Credit : Malaysiakini

Tentu ramai yang dah tahu pasal tragedi ni kan?. Maybe saya kena brief lagi la insiden ni. Ada tembakan rambang kat 2 masjid di New Zealand iaitu Masjid An Nour dan Masjid Linwood. Salah seorang mangsa kat Masjid An Nour ni pernah bersekolah di SMK Jalan Empat....sekolah Dania sekarang. Saya tahu pun sebab kebetulan ada seorang cikgu yang keluarkan cerita kat IG mengatakan Mohd Haziq ni ex JESS (Jalan Empat Secondary School). Doakan Mohd Haziq. 

Mohd Haziq Tarmizi ni sehingga hari ini tiada khabar berita manakala ayahnya dikhabarkan dah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru di belakang badan. Info ni pun saya tahu daripada sumber yang boleh dipercayai yang bekerja bersama ayah saudara kepada Mohd Haziq. 

Tadi masa kat perhimpunan pagi, Dania bagitahu...selepas baca doa nak exam, Ketua Pengawas sesi pagi (yang pakai songkok duduk tu) announce akan diadakan solat hajat untuk Mohd Haziq (berdiri belakang belah kanan sekali yang pakai cermin mata). 

Gambar kelas ni  diambil kat dalam majalah sekolah tahun 2017. Maknanya sekarang Mohd Haziq dah berumur 17 tahun. Kalau kat Malaysia bakal menduduki peperiksaan SPM lah. Mohd Haziq meninggalkan sekolah ni selepas ambik exam PT3. 



Mohd Haziq nampak macam orang yang baik. 



Moga dipermudahkan misi pencarian Mohd Haziq....
Moga semua yang terlibat dikuatkan hati dan dipermudahkan urusan. Kejadian yang sangat menakutkan....

Emo pulak saya mendengar cerita macam ni. 

Sekarang nak tahu apa2 update saya tanya kawan saya tu. Ye lah macam2 versi cerita kan. Nak sahih kena tanya orang yang betul. 

Sayang betul kawan2 Mohd Haziq ni sampai mengadakan solat hajat walaupun Haziq dah tak bersekolah kat situ. 

Kawan2 yang baca blog ni doakan sama ye?...

Isnin, Mac 11

Buffet ramadan Lambaian Rasa TPCKL 2019

Sekarang ni kalau tahun hijrah Rejab dah kan?. Haaa.....ini bermakna tak berapa lama sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Haaa dah ganti puasa ke tu?....bila bermulanya bulan Ramadhan pasti kita teringin nak makan itu lah ini lah. Tak sempat nak masak ke nak makan kat luar ke....

Haa ni ada satu tempat yang saya rasa berbaloi kalau nak berbuka puasa sebabnya harga seorang makan di bawah RM100. Saya akan sentuh bab harga tu nanti tapi ni saya nak cerita hidangan yang akan disediakan sempena Buffet Ramadhan yang diberi nama 'Lambaian Rasa'. 

'Lambaian Rasa' ni akan mempunyai 22 gerai klasik yang akan mengingatkan kita pada bazar ramadhan. 

Ni lah diantara hidangan yang akan menghiasi meja buffet dan gerai di 'Lambaian Rasa'. Nasi Biryani ada. 


Pencuci mulut yang disediakan seperti pulut mangga kegemaran Dania. 


Pulut panggang dan kuih lapis. Kuih lapis ni Dania masa kecik2 dulu makan selapis selapis. Dah besar ni takde lak peel makan selapis ni. 


Aneka puding. 


Chocolate Eclaire pun ada. 


Puding ni warnanya sangat ceria. 


Udang. 


Rendang daging pedas. 


Peparu. 


Ni set up kat buffet manisan mulut. Dihiasi lampu lap lip ni rasa maca ehhhh dah nak raya?....


Ikan sepat masin. 


Acar mentah manakala belakang tu seleksi asam. 



Aneka kerabu & ulam-ulam kampung ni station favourite saya. 


Kalau makan ulam-ulaman tak sah la kalau takde penyedap ni macam sambal tempoyak, budu dan cincalok. 


Buah-buahan. 


Mari mari ke station Oden ni. Ada 2 kuah yang kita boleh cuba iaitu clear soup ataupun kuah tomyam. 


Maggi Assam laksa?....hanya terdapat di Malaysia....eh eh siapa tahu ni dialog siapa?. Tentulah Beto Kusyairi dalam Istanbul Aku Datang. 

Ok....ni bukan Maggi Assam Laksa tau....ni cuma Assam Laksa....nak highlight Assam Laksa tu je. 


Ni pun favourite Dania ni. 


Nak satay ayam ke daging? 

2-2 ada.


Shawarma Ayam ni rasanya macam kebab yang akan dimasukkan ke dalam roti pita tu. 


Kuay tiaw ni kalau bulan puasa kan memang berselera je tengok. 


Mee goreng.....


Churros pun ada. Comel2 je adik ni buat. 


Aneka sup dan bubur. 


Kak Mah Goreng2 ni pun tahun lepas ada kat TPC Kuala Lumpur.


Highlight kat Buffet Ramadhan 'Lambaian Rasa' tak lain tak bukan....Lidah Bakar. Adik ni tak menang tangan menyediakan hidangan ni. Asyik kena top up ajer. Haaa ni mesti rasa tau kalau datang sini. 


Ni lah lidah bakar kalau tengok secara dekat. Rasanya macam daging je. Makan tu cicah air asam atau cili kicap yang makan dengan ikan bakar tu. 


Ikan bakar.


Bukan ini je tau, banyak lagi hidangan yang akan disediakan. 

Sambil kita makan, kumpulan ini akan bermain alat muzik tradisional untuk para tetamu. 


Chef yang bertanggungjawab menyediakan menu yang lazat ni terdiri daripada :
Chef Abu Zaren Bin Bakri, Chef Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Chef Azmin Bin Mohamed Burhan dan Chef Ah Fei. 



Berbuka puasa lebih bermakna jika bersama yang tersayang....


Dah tentu surau yang berhawa dingin dan luas ada disediakan untuk tetamu yang datang berbuka kat sini selain daripada ruang parking yang banyak dan ada buggy servis akan mengambil kita dari parking ke tempat berbuka puasa. Kalau nak menggunakan khidmat valet parking pun kat sini ada. Kalau ada anak kecil yang nak salin lampin pun ada bilik disediakan.

Harganya?

Voucher early bird ada disediakan bermula 1 April 2019 - 7 Mei 2019 dengan harga RM96 nett untuk dewasa. Harga asalnya adalah RM110. Ni yang saya kata harga di bawah RM100 ni. Kanak-kanak berumur 6-12 tahun akan menikmati potongan harga RM50% dari harga asal RM110. 

Untuk tempahan boleh menghubungi 03 - 2011 9187 / 189 (Promosi Lambaian Rasa Buffet). 

Nak tapau?

Ada juga. Bermula pada 8 Mei - 2 Jun 2019 dari jam 3 petang - 6.30 petang. 

Pakej untuk mengadakan iftar

Ada 2 lokasi iaitu di Piano Lounge (80 pax) atau di The Gallery (50 pax) bermula dengan harga RM55++ - RM85++ per pax. Nak tahu lebih lanjut boleh la menghubungi Banquet and Sales di talian 03 - 2011 9188 ext 182 / 183 / 138. 

Alamat :

TPC Kuala Lumpur 
10 Jalan 1/70D off Jalan Bukit Kiara
60000 Kuala Lumpur

"Early Bird Catches the worm" Kalau book awal dapat la penjimatannya. 

Isnin, Mac 4

Sesekali berdua

Is that time again bila mana Dania kena pergi kem selama 3 hari 2 malam. Kali ni kem Pembimbing Rakan Sebaya. Ummi as usual get ready dengan bag nak bawa dan start la suruh Dania packing itu ini barang nak bawa nanti. Ni ambik gambar hari nak hantar ke kem.