Rabu, Januari 30

Yang mana satu....idaman kalbu....

Masa jalan-jalan kat IOI City Mall, ternampak jam dari Kate Spade yang nampak feminin ni sebab ada gambar bunga dalam jam. Hubby dah banyak kali tanya nak beli jam ke?. Kali ni macam berkenan sangat Kate Spade ni. Strap silicone dan dalam tu ada logo spade untuk menunjuk jam 12. Background warna pastel. 


Credit : Google

Harganya?

Selepas potongan dapat la harga RM580. Akhirnya tak jadi beli la sebab macam sayang pulak duit padehal hubby dah tanya nak ke?. Hehe...

Lepas tu saje2 tengok online dan errrr my eyes lay on this item. Jam brand fossil pulak. Manisnya warna. Tali jam ni leather ye. Dalam tu ada 12 heart dan didatangkan juga dengan rantai tangan berbentuk heart. Wahhhh ni lagi manis ni. Bukan manis warnanya tetapi juga manis harganya...

Saya suka bentuk heart, bentuk rama-rama dan floral. 

Credit : Google

Ni gambar kalau pakai sekali jam dan rantai tangan. Awww suka sangat. Saya suka warna pastel macam ni. 

Credit : Google

Harganya RM200++ boleh jimat banyak kan dari saya beli brand Kate Spade tu. Dengan harga macam ni saya dapat bukan 1 tetapi 2 item. Memang kebetulan ada set yang ni. Saya tengok internet ada set jam Fossil dan subang juga. 

Tapi....kena banyak-banyak bersabar sebab item saya ni dibeli dari United Kingdom. Kena tunggu 2 bulan sebelum sampai Malaysia. Tiba Malaysia sebelum birthday saya. Kira hadiah birthday je la yang ni. Hehe....

Nak tahu saya beli kat mana? Click la sini Cara nak beli ada kat pinned post facebook Barang Murah UK ni. 


Ahad, Januari 27

Jalan makan jalan makan

Pagi-pagi lagi pada 26 Januari 2019 dah kena keluar rumah sebelum 7.15 sebab Dania kena naik bas nak pergi seminar PT3 kat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Ni dalam bas yang sangat selesa. Dania duduk dengan kawan baik dia Zalilah. Bagus juga seminar ni. Ibu ayah hantar kat sekolah je. Selebihnya bas yang bawa ke Universiti Malaya. Balik nanti pun just tunggu kat sekolah ajer. 


Jumaat, Januari 25

Ke mana kita ni...Sunway Lagoon jom....

Negara kita Malaysia ni kan sangat sinonim dengan cuaca panas sepanjang tahun dan juga persekitaran yang lembap. Jadi mesti kita nak mencari tempat mandian ataupun makanan yang sejuk bagi menyegarkan kembali tubuh kita kan? Jadi jika anda semua wondering any places to go in Malaysia, Sunway Lagoon lah tempat yang paling sesuai! Sunway Lagoon dah lama famous dan tak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi bagi you alls yang baru first time dengar pasal Sunway Lagoon ni, ia adalah sebuah taman tema yang terletak di Bandar Sunway, Selangor. Zaman muda-muda (eh sekarang tak muda ke? πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€) dulu memang tak banyak taman tema kan?. Sunway Lagoon ni kira glamour la kat area berdekatan Petaling Jaya ni.
Credit : Sunway Lagoon

Dah lama Sunway Lagoon ni dah dibuka, sejak dari April 1993 lagi. Taman tema ini bukan sahaja luas ya amat, tapi juga sudah memenangi banyak anugerah antarabangsa. Menang tarikan terbaik Asia pula selama empat tahun berturut-turut (2007 sehingga 2010). Sunway Lagoon sebelah je dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid yang kalau anda perasan ada patung Singa besar depan tu. Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak. Yang bestnya, Sunway Lagoon ni boleh dimasuki melalui laluan dari Sunway Pyramid atau Sunway Hotel. Anda boleh membayar yuran asas untuk memasuki taman air, taman ria dan taman haiwan sahaja, atau yuran istimewa yang lebih mahal untuk ke dua taman lain iaitu Extreme Park dan Scream Park. Lepas dah beli tiket, anda akan dapat gelang tangan sebagai petanda kebenaran masuk.

Credit : Sunway Lagoon

Ok apa yang best di Sunway Lagoon ni? Mulai perjalanan anda dengan melalui Pintu Gerbang Nickelodeon Lost Lagoon yang akan membawa anda ke dalam taman kemanusiaan lama yang diliputi tema hutan hujan. Sekarang bersedialah untuk basah dan mengalami pengalaman mengujakan sambil menikmati pelbagai tarikan di taman ini. Ianya ibarat taman fantasi yang dipenuhi air terjun, perjalanan kanopi, air terjun cantik, dan tempat perkhemahan. Tanah selebar 10 ekar ini mempunyai lebih 12 susuran dan penuh tarikan hiburan keluarga. Atasi kehangatan tropikal umpama dalam air di Afrika di Sunway Lagoon Water Park. Anda boleh menaiki pusingan berpusing Sawa Afrika, berlumba dengan rakan di Congo Challenge. Selain itu anda juga boleh memanjat Cameroon Climb dan turun menjunam 15 meter untuk kembali melantun 8 meter. Ianya sesuai untuk tua dan muda. Kalau anda tak nak basahkan diri anda tapi still nak jalan-jalan di Sunway Lagoon, Taman Permainan di sini juga ada tawarkan pelbagai pengembaraan yang menarik. Enjoy pemandangan yang indah melalui jambatan bergantung terpanjang di Malaysia dan lihat dunia dalam keadaaan terbalik di Tomahawk and Pirate’s Revenge. Satu lagi tarikan di Sunway Lagoon adalah sebuah zoo yang mana anda mampu melihat lebih 150 spesis haiwan seluruh dunia. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ke Sunway Lagoon Wildlife Park! Untuk memenuhi kemahuan adrenalin anda, anda boleh juga try sukan ekstrim di taman ini. Lengkapkan diri bagi tujuan aktiviti Flying Fox terpanjang di Malaysia dan pasti anda akan menjerit sekuat hati dari ketinggian hebat melalui Lompatan Bungee. Terdapat juga sukan lain seperti Go Kart atau ATV, sebagai sukan alternatif di sini.

Credit : Sunway Lagoon

Kalau anda cukup berani, anda boleh cuba masuk ke dalam rumah hantu Lynton V Harris’ Scream Park. Siap sedia untuk alami perasan seram sejuk suasana disini. Berhati hati kerana ianya bukan tempat untuk orang yang lemah hatinya! Jadi apa tunggu lagi?Anda boleh beli tiket secara online di Sunway Lagoon online booking. Ok nak share sedikit tips untuk anda sebelum nak datang ke Sunway Lagoon ni, Makan dulu sebelum datang, sebab makanan di sini, adalah sedikit mahal. Kalau boleh plan untuk datang pada hari Selasa atau Rabu, sebab harga tiket jauh lebih murah, dan pengunjung pun tak seramai hujung minggu. Last sekali, ambil loker yang besar, sebab rugi kalau loker kecil tak muat isi semua barang anda.


So apa tunggu lagi? Jom la Sunway Lagoon!

Selasa, Januari 22

Road Run peringkat sekolah tahun 2019

Saya dan suami dah bagi nama untuk jadi sukarelawan untuk road run kat cikgu Dania. Jadi pada pagi yang indah masa tu gelap lagi saya, suami dan Dania ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi pada 12 Januari baru2 ini. 

Saya kena standby kat check point 5. Inilah check point saya. Tugas saya memastikan anak-anak ini berlari di tepi jalan dan kalau mereka ke tengah kena suruh mereka berlari kat tepi. Suami kena jaga kat check point 7 kat depan SK Jalan Empat dengan cikgu geografi Dania masa Tingkatan 2 cikgu Rizal dan ada seorang polis kat situ. 


Pose kejap dengan check point 5 ni haaa....


Ada yang jalan lenggang kangkung je haaa....


Ni malu sebab aunty ambik gambar. 


Hubby ke check point 5 untuk ajak minum air nescafe dalam tin je. Kami tapau roti dan air je. Dania dah siap2 makan dalam kereta sebab nak berlari kan...


Mana tah rumah biru ni?. Dania rumah biru jadi saya sokong rumah biru je la. Aci tak?. 


Dania dah ke depan tinggalkan kawan baik dia Zalilah, baju biru tu Aisya dan hijau tu Chinta. Dah pindah dah ke Melaka tapi join jugak road run ni. 


Ni anak kawan ni. Effa namanya. 


Ni senior Dania ni nama Farhan. Sekarang ni Tingkatan 4. 


Eh eh cikgu Yazid lah....cikgu yang ajar subjek RBT masa Tingkatan 2. 


Go biru go.....


Semangat adik ni berlari. 


Baju merah ni Dayang, hijau ni Iman Sofea. 


Haaa ni Dania dah patah balik ni. Berlawan dengan kawan Dania kat atas yang nama Dayang. Dania siap bawak botol air. 


Masa ni Dania lenggang kangkung je jadi saya suruh Dania berlari la. Terus bersemangat nak berlari. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ


Ni pun kawan Dania ni nama Mira. Pali Pali Mira. Pali ni bahasa Korea bermakna cepat. 


Ni Fatin senior Dania yang cantik dan pandai. 


Ni kelas Dania dulu. Rumah merah tu Harith, rumah kuning tu Zaid. 


Belah kanan ni senior Dania juga tapi lupa nama sebab saya pernah tolong-tolong event kat sekolah kemudian dia pun ada. 


Kecik sekali ni pakai baju putih ni rasanya Tingkatan 1. Cute je kecik je. 


Dari kiri Zalilah, Chinta dan Aisya. Ni memang semata-mata berjalan je nampaknya. Berjalan sambil berborak. Macam saya dulu dulu masa time road run kat sekolah je. Hehehe...


Polis kena kawal lalu lintas. 


Happy dia bila aunty ambik gambar. 


Cikgu Awal ni boleh kata tiap pagi waktu sekolah tunggu kat gate untuk tengok murid yang datang lambat. 


Lepas settle semua murid dah balik ke sekolah, mereka yang bertugas tu dijemput untuk menikmati jamuan. Termasuk la polis yang bertugas. 


Selepas jamuan kena duduk kat atas pentas pula. Alehai kena bersopan santun la ye. 
Dengan guru besar kat depan dengan Penolong PIBG. 


Ni pemenang Top 30 Tingkatan 2 perempuan. Bergambar dengan puan pengetua dan guru penolong kanan. Dania dapat tempat ke 20 dan Dayang dapat tempat ke 21. Anak saudara paksu Nawi saya nama Humairah pun dapat nombor dan anak saudara kawan saya bernama Qurratu Aini pun dapat nombor. Memang berjemaah namanya ni. Tahniah semua!!!


Ni video masa Dania naik atas pentas. Gigih ummi nak ambik video sampai sanggup turun pentas. Hehe.


Bergambar dengan Kak Zu yang sama2 menuntut di UITM Shah Alam. 


Dania dan kawan-kawan. Baru le dapat jumpa balik dengan kawan baik sebab tadi Dania berusaha berlari nak dapat tempat Top 30 tu. 


Itulah kisah road run anak. Dengan mak pak sekali jadi sukarelawan. Nanti cikgu key in untuk markah anak kan?. Dania kata sukarelawan ibu bapa ni nanti cikgu akan masukkan untuk markah anak kita. Maybe untuk markah kokurikulum. 





Selasa, Januari 15

Jangan panik....stay calm

Ni kes yang berlaku pada Ahad baru ni. Masa tu kami sekeluarga baru lepas solat kat masjid subang jaya. Nak pergi ke Sunway Pyramid. Cadang nak ke Harvey Norman Sunway Pyramid tu la. Jalan kemain jam nak buat pusingan U kat depan tu. Kalau zoom boleh nampak papan tanda U-Turn kat depan tu. Belah kanan tu Sunway Pyramid la. Sekali....enjin kereta bergegar-gegar dan terus mati. Start start tak boleh. Apa lagi....hubby terpaksa jadi polis trafik la kat belakang kereta suruh kereta ke lane lagi satu. Dah la jalan tu jam ohhh....kereta kemain banyak. Hubby kata dah la hari sabtu kena jaga check point merentas desa sekolah Dania. Salah satu tugas jaga check point ni jaga trafik la kan. Hari ahad pun nak kena jaga trafik lagi 😝😝😝. Dah nasib badan...abang....

Ni muka saya yang teruk nampaknya....πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Dania kat belakang sibuk cakap ummi jangan la panik. 


Bila telefon careline, dia suruh saya stay calm. Haihhh nak stay calm macamana lagi?. Panik ok....panik....bila try  start kereta balik, boleh pulak start jadi kami parking kereta berdekatan McDonald's Bandar Sunway. Kalau you alls familiar Mc'D ni, opposite ajer Sunway Pyramid ni. Lepas parking terus masuk Mc'D minum-minum dulu. Fuhhh lega sangat-sangat tak boleh digambarkan. Ko rasa?. Semua yang lalu tepi kereta kami dok tengok ajer. Ada yang senyum. Nak balas senyuman tu kelat je senyuman saya. Ada yang macam marah sebab tengok kereta kami tak bergerak. Hello....nak bergerak macamana?. Enjin mati tak boleh start. Saya rasa bersyukur juga jadi kat jalan yang jam sebabnya kereta akan bergerak dengan perlahan. Kalau kat highway tu mesti kereta bawak laju-laju kan?. Bersyukur juga bab ni kan....

Akhirnya datang la technician dari Bandar Utama. Ikutkan jam juga tu nak turun Bandar Sunway tapi dipermudahkan. Lega. Check punya check katanya alternator ok. Jangan tanya saya alternator tu apakah ia?. 😏😏😏. Katanya battery weak. Kena bawa ke service center kata uncle ni untuk diagnos secara menyeluruh. 


So, pagi Isnin call service center untuk bagitau masalah, service center suruh call careline untuk request towing truck. Tow truck ni dari Puchong. Kalau nak ke rumah saya ni jalan tak jam sangat. Ni uncle ni get ready untuk menaikkan kereta. 


Disebabkan tak pernah bawa kereta jenis ni jadi suami je yang naikkan kereta ke atas lori ni. Uncle ni suruh orang naik lori kat sebelah. Suami nak pergi kerja jadi saya je la yang pergi ke service center naik kereta lagi satu. 


Ni dah tiba service center. Jalan ke service center ni saya familiar sangat sebab terletak berdekatan kat area rumah saya dulu. In fact dekat giler dengan rumah sewa masa baru kahwin dulu. Tunggu lama juga dari jam 10 pagi sebelum giliran kereta saya. 


Okay, kereta dah mula nak masuk ke tempat servis untuk diagnos. 


Tunggu sampai jam 1 petang tak settle lagi saya decide untuk pergi makan tengahari kat Medan Selera Bandar Kinrara 5 dan lepas tu terus ke sekolah Dania pulak. 

Pukul 2 petang baru dapat call katanya pam dekat area minyak kereta tu problem. Kena tunggu barang dalam 2 minggu. In the mean time guna la kereta lagi satu. Nasib baik ada kereta lain. Kalau takde satu hal pula nak ambik hantar Dania ke sekolah kan?

Moral of the story : Sentiasa save nombor penting dalam phone. Kalau berlaku benda panik kita dah tahu nak phone siapa. Ni saya kalut-kalut baru nak cari nombor penting kat service book. Nasib baik saya bawa service book. Memang simpan dalam kereta. 

Jumaat, Januari 11

Ada apa dengan La Gourmet?

Kebetulan saya duduk depan TV. Pernah la menonton Go Shop ni tapi tak pernahnya ambik port. Sekali...penangan La Gourmet yang ni saya memberikan sepenuh perhatian. Tu diaaa....La Gourmet ni made in USA dan dah 30 tahun kat pasaran dah. Maknanya memang dah lama la La Gourmet ni kat pasaran. 

Apakah barangan yang dijual ni ye?. Nanti saya akan bagitau harga 3 barang ni. Nama set ni La Gourmet Trio Set. Didatangkan dengan :

1. La Gourmet Food Jar 0.5 L
2. La Gourmet One Touch Tumbler 0.35 L
3. La Gourmet Sport Bottle 0.5 l

Harga asal semua ni dalam RM300++ tapi dalam Go Shop hanya RM188. Tapi bukan dapat 3 barang ni je tapi ada free gift juga. Dapat lagi barang-barang ni....

4. La Gourmet 2 Tier Lunch Carrier.
5. La Gourmet 3 Tier Lunch Carrier.

Credit : Go Shop

Credit : Go Shop

Apa lagi, terus ke website Go Shop la. Saya baru pertama kali log in jadi kena create account la kan. Memang saya tak fikir panjang dah. Harga RM188 dapat 5 barang. 

Paling best dalam food jar tu, u masukkan beras, bahan2 lain untuk buat bubur nasi kemudian masukkan air panas mendidih tu kemudian tutup. Dalam 1 jam ke 2 jam, bubur nasi dah sedia untuk dimakan. Masa review tu Sharifah Shahirah dan lagi seorang tu masukkan beras, labu dan ayam (dipotong kecik2 dan belum masak) ke dalam food jar kemudian masukkan air mendidih dan tutup penutup food jar tu. Biarkan 1-2 jam. Wahhhh dah masak la bubur nasi tu bila dibuka penutup tu. Kat atas food jar tu pun ada disediakan sudu juga. Memang menyenangkan la. 

Panas dalam bekas-bekas semua ni pun sehingga 8 jam jadi kalau masuk dalam food jar tu tapau dari rumah....time nak makan pun masih panas lagi. Ais pun kalau letak dalam tumbler tu pun boleh tahan lama walaupun diletakkan tumbler tu dalam air yang mendidih. Wahhhh wow sangat la boleh keluar ais seketul seketul lagi walau dah soak tumbler tu dalam boiling water. 

Marketing Go Shop ni baguih la sampai saya pun terpengaruh nak beli. 😝😝😝 Ini bukan cobaan, ini benar benar kejadian. Tak tau ada lagi ke tak sebab ada sekali tu bila nak beli dah takde, kali kedua click boleh beli pulak sebab ada masa kat atas product ni tau. Kalau masa tamat dah tak boleh beli lagi. 

Minat gak ke?. Nak saya bagi link Go Shop ni. Selamat membeli belah.....πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ



***Barang tak tiba lagi tapi berbaloi la beli sebab warnanya pun sweet sangat. Ni barang yang saya beli bukan blog review pun ye...😎😎😎.

Selasa, Januari 8

Tahun baru, rutin baru

Diam tak diam dah dekat seminggu dah di tahun baru. Dania pun dari sekolah petang dah naik sekolah pagi. Elok relaks-relaks di waktu pagi dah kena hantar Dania pula ke sekolah. Hari kedua barulah suami ikut hantar ke sekolah sebab senang lepas tu kami berdua breakfast dulu sebelum tu dan balik ke rumah pulak. Then, saya akan keluar balik. Ke mana eh?

Saya akan ke Taman tasik berdekatan rumah untuk senaman. Setiap hari akan ada zumba free kat Taman ni. Start jam 8.30 pagi selama sejam. Saya join 1/2 jam sebab tak nak force pulak sebab baru2 join. Selama ni pusing taman je. 1/2 jam pun bila malam lenguh2 badan jugak. Hehe....

Macam-macam lagu la dari lagu melayu, cina, arab, lagu inggeris, lagu K Pop. Kalau lagu slow tu ok juga la sebab movement pelan-pelan. Ce cuba lagu K Pop yang laju2 tu. Ha pancit oh....tapi ada je pakcik makcik yang zumba dengan semangat yang waja. Hehe. Saya 1/2 jam dah stop. 




Best juga Dania sekolah pagi ni. Boleh la kita ni ha buat aktiviti kita....

Sabtu, Januari 5

Pecah Perut Sunday di mana?

Tahun lepas 2 Dec 2018 ada breakfast pecah perut sunday kat Indus by Bora Ombak kat Putrajaya. Setiap ahad pertama setiap bulan ada buffet ni. Harga masa saya pergi tu RM10.60 kalau tak silap saya seorang. 


Ok jom la tengok banyak ke idak seleksi buffet breakfast ni....


Haaa tu dia...mana nak mula dulu ni? 


Cucur udang in da house yo...


Disusun cantik juga sebegini. 


Ok nak pilih yang mana? 


Saya makan bubur ni. 


Saya letak fish ball ni banyak2. Patutnya fish ball ni makan dengan mee kuning. 


Rencah2 mee kuning. 


Kalau nak lebih simple makan roti bakar ni dengan jem dan mentega, tak pun roti disalut telur. 


Kentang goreng. 


Luas juga kawasan ni. 


Telur hancur ni pun saya ambik letak dalam bubur nasi saya. 


Telur lagi....


Spaghetti pun ada. 


Yang ni anak-anak tentu suka. 


Suasana pagi yang sangat aman damai. Makan pula tepi tasik Putrajaya. 


Awan pagi yang sangat cantik. 


Sesambil makan boleh dengat tazkirah PU Mohsin. Ni Dania dan saya duduk kat Beannie ni. 


Ada sesi tanya soalan juga. Dapat hadiah sesiapa yang boleh jawab. 



Pokok belakang tu bukan pokok ketapang ke?. Kalau letak dalam pasu macam ni lawa pula ye?. Kalau biar atas tanah buruk sebab pokok ni jenis tinggi. 


Ni kami dah nak balik dah jadinya ambik gambar dulu la dengan PU Mohsin yang baru nak bersarapan. 


Aktiviti makan pagi ni juga bersama Wanita PERKIM cawangan An - Nidaa Putrajaya. Satu aktiviti dari kumpulan NGO. 


Kalau tak nak makan kat open air macam ni boleh je makan kat bawah bumbung. 


Cantik tak permandangan kat sini?. Bersarapan mengadap tasik yang tenang. Indahnya saat ini. Gitewww....


Nak tahu lebih info?


Ingat ye....ahad pertama bulan ini jatuh pada hari esok, 6 Januari 2019

Jom kita Pecah Perut Sunday kat Indus Putrajaya by Bora Ombak....