Isnin, Julai 30

Suasana luar negara tetapi di Malaysia

Lepas breakfast roti canai tampal kat kedai kat Presint Diplomatik, terus la kami ke Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, Putrajaya. Kali ni nak explore banyak kat sini sebab masa pergi sebelum ni dah petang dah jadi tak sempat nak explore lagi Taman Saujana Hijau ni. 

Ni salah satu tempat di taman ni berkonsepkan oriental. Terletak kat salah satu puncak jugak kat sini. 


Sepanjang menuruni taman yang ada konsep oriental ni banyak terdapatnya pokok palma jenis ini. Batangnya agak gemuk dengan daunnya macam daun pokok kurma. 


Ni pun kat taman berkonsepkan oriental. 


Pokok-pokok ni kita boleh nampak kat kawasan tinggi kat tempat kita. 


Dari kejauhan boleh nampak deretan pokok krismas. 


Nampak tak fauna kat sini? Kalau bawak teropong boleh tengok spesis burung kat Taman Saujana Hijau ni. 


Ni area taman sebelah lain ni. Kat sini deretan ni ditanam bunga tahi ayam atau marigold warna oren dan kuning. 


Dah tiba kat gazebo berkonsepkan taman inggeris. Saya berkenan kat bunga yang menjurai tu. Ikutkan kalau nak buat patio kat tepi rumah nak la tanam bunga spesis menjalar ni tapi hubby kata semak. 


Kat sini pun boleh tahan cantik jugak pokok-pokok kat sini. kasi chance ayah dan Dania untuk berfotografi. 


Kononnya nak suruh Dania berlari anak tapi macam tak larat je tu.....


Ummi dan ayah pun nak ambik momen indah kat sini. Kat depan kami rupanya ada kawan hubby. Nasib baik tak ambik gambar ala hindustan sangat. Hehe....Kawan hubby tu dari Cheras pun sanggup pergi kat taman ni yang terletak di Putrajaya. 


Kalau tiap minggu pergi sini pun ok jugak sebab aktiviti ni menyihatkan. Janji buat jugak la exercise walaupun berjalan perlahan kan?. 

Khamis, Julai 26

Ramziela's Delights

Dulu pernah cari juga kat Bukit Jelutong bila arwah Pak Engku Kuzie Katering promote. Rupanya masa kami cari tu, Ramziela dah tutup restaurant dekat Bukit Jelutong, Shah Alam. 

Ada sekali tu kami berjalan-jalan kat Taman Tun dan kebetulan ternampak restaurant Ramziela ni.  Kalau siapa yang pernah pergi area Taman Tun dan tahu dimana terletaknya Pasaraya Hero, Ramziela's Delight ni opposite Pasaraya Hero ni lah.  

Alamat Ramziela's Delights :-

No. 22, Jalan Wan Kadir 4
Taman Tun Dr. Ismail

016-3337580 (Heri / En. Din)

Kami order Mee Rebus ni. 


Bihun Tomyam


Kat Ramziela's Delights ni pun ada pemuzik veteran untuk menghiburkan pengunjung. 


Ni Claypot Nasi Beriani ni. 


Kunjungan ni tak bermakna jikalau tak bergambar dengan owner Ramziela's Delights. Siapa lagi kalau bukan Ramziela?. Ramziela ni artis tahun 80an ke 70an ke kan?....


Kalau turun Taman Tun Dr. Ismail boleh singgah sini lagi. 

Selasa, Julai 24

Selebriti mana pulak ni?

Saya telah dijemput oleh kawan saya untuk open house katanya. Kisah ni masa bulan Syawal 1 Julai baru-baru ni. Ada Fitri Haris. Saya suruh la Dania yang ambik gambar dengan Fitri. 


Saya memang clueless bila nampak ada Mawi dan geng Zayan FM ke rumah kawan saya ni. Nampak geng ni pun kat luar rumah. Rupanya kawan saya menang contest online di mana Zayan FM bersama deejay dan artis jemputan akan marhaban kat rumah pemenang. Saya pun tak pernah dengar Zayan FM. Pernah dengar ke? 


Saya dan suami wefie dengan Mawi. Jumpa Mawi juga masa bulan puasa kat Hotel Bangi Putrajaya. 

Bila Mawi pun komen walaupun "hehe" πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š pun dah bahagia. 


Fitri ni datang lambat ke rumah kawan saya Shikin ni jadinya Fitri je lah yang tinggal manakala semua team Zayan FM yang lain dah balik. Sebelum balik sempat juga buat live kat rumah kawan saya ni. 


Kalau nak tengok marhaban kat rumah kawan saya ni boleh tonton kat bawah ni. Best juga kan marhaban ramai-ramai ni. Ada adik Faizal Tahir, Anas Tahir yang juga merupakan deejay kat Zayan FM dan Johan Ashaari. 

Credit : IG Zayan FM

Credit : IG Zayan FM

Isnin, Julai 23

Bila teringin sotong bakar....

Bila hubby nampak pengusaha restaurant tengah bakar sotong kat Nona, TV3 terus lepas asar je hubby suruh siap2 sebab nak pergi makan ikan bakar. 

Sebelum tu singgah beli durian dulu kat Jenderam Hilir. On the way nak ke Sepang. 



Ke mana kita ni?. Kami akan ke Sepang makan ikan bakar di....
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Ahad, Julai 22

Petani moden ....

Hari Ahad ni kami awal sikit breakfast sebab nak breakfast kat D Bukit. Kalau datang lewat sikit ramai sungguh orang. Dalam pukul 8 lebih pagi dah tiba. Walaupun ramai juga tapi masih ada parking dan tempat duduk. 

Lepas makan, hubby kata nak pergi beli pokok kat Sg. Buloh. Jalan pagi2 ni agak tenang sebab tak banyak kereta. Dalam 9 lebih pagi tiba kat Sg. Buloh. Kami selalu kalau beli pokok, kat nursery berdekatan dengan UiTM Sg. Buloh tu. Keluar je susur highway tu pusing kiri dah ada dah deretan tapak semaian. Pilih je nak beli apa.

Kali ni kami beli pokok delima, ros jepun dan pokok bunga kantan. Balik ajer, saya dan hubby memulakan projek tanam menanam ni. Sebelum tu AbangLa....eh bukan.....Abanglah.....😜😜😜mesin rumput kat luar ni sebelum nak tanam pokok bunga ros jepun. Mesin tu pun beli sendiri. Kalau nak suruh AbangLa mesin rumput mau RM50 - RM70. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Pokok bunga ros jepun selepas ditanam dan diletakkan batu putih sekeliling. 


Ni pokok bunga kantan ni. Kalau dah ada bunganya memang cantik sangat pokok ni. 


Kawasan belakang ni kami tak buat renovation besar-besaran macam kebanyakkan rumah kat sini tapi kami tanam banyak pokok-pokok. Keluasan belakang ni dalam 50 kaki mungkin. Hubby baru lepas tebang pokok pisang tanduk yang berbuah sebelum ni. Reason saya pilih pisang tanduk sebab pisang ni kalau orang jual mahal berbanding pisang2 yang lain. 


Ni lah pisang tanduk yang berbuah 8 biji. Kebesarannya sebesar lengan orang dewasa. 

Delima ni pun dah selamat ditanam. Senang ajer berbuah delima ni. Rumah sebelum ni ada pokok ni tapi bila tanam kat sini tak menjadi pulak. 


Pokok nangka ni kawan Dania punya atuk yang bagi. Lambat jugak pembesarannya. Ni saya dah siap siram dan tabur baja. 


Kalau nak tanam pokok jenis besar rasanya dah tak muat dah. La ni pokok2 masih kecik lagi. Kalau dah rimbun bagai takde la nampak luas kawasan belakang ni. Boleh nampak jiran belakang saya tu tanam banyak pokok pisang sampai ada yang pisang berbuah masuk kawasan pagar rumah saya. 

Nampak tak pokok kecik warna coklat tu? Mak jiran saya bagi. Katanya kalau masak rendang ayam kat Negeri Sembilan mesti masukkan daun tu. Entah apa ke nama daun tu. 

Bila saya google....rupanya ini adalah pokok....https://www.bharian.com.my/node/78905


Kalau ada lebih buah-buahan di kebun kecil saya ni rezeki jiran terdekat, kawan2 dan adik beradik lah insya allah. Seronok tengok orang yang terima pemberian kita tu happy. 

Sabtu, Julai 21

Audi private invitation

Bila dapat invitation card untuk ke Private Sale Audi di Glenmarie, kami pun bertolak ke Shah Alam untuk brunch di Cili Merah dulu. Dah lama dah tak pergi breakfast kat Cili Merah ni since dah duduk jauh sikit. Dulu masa tinggal kat Puncak Jalil selalu juga breakfast kat sini. Lepas tu kami ke Euromobil, Glenmarie yang menjadi dealer untuk kereta jenama Audi kat Malaysia. 


Nak masuk pun kena tahan kat pintu sebab katanya 'private sale'. Nasib baik hubby bawa invitation card. Kalau tak, nak kena ambik kat kereta pulak. Kalau tak bawak pun dari rumah sia2 tak boleh masuk pulak. 

Masa masuk tu sesambil hubby tengok2 Audi ni saya pula ternampak seseorang seolah sales person pakai baju merah. Sekali saya tanya apa tak ingat tapi dia kata I'm the CEO. CEO pun pakai baju biasa je dan turun padang kan. Bila nak wefie, dia merendahkan diri dia sebab orang sebelah tu....hehehehehehe....memang selalunya CEO mat salleh ni approach lain berbanding CEO kita. What say you?. Tak semua la kan tapi kebanyakkan CEO mat salleh ni approachable. Dah dealing dengan customer kan?. Kalau muka ego je siapa yang nak beli?. 


Nak confirm kan saya google dan ini jawapannya....Jack Zaal nama CEO ni. Sempat saya tanya  beliau berasal dari mana. CEO ni kata beliau berasal dari Holland. 

Taken from LinkedIn

Sementara itu, saya teruskan berwefie dengan Dania kat showroom ni. Alang-alang private sale kan. Orang pun tak ramai kat sini. Boleh tengok beberapa series Audi kat sini. 


Ni actually my favourite car. Kereta SUV sesuai la untuk kami bertiga. Tak besar sangat. Cuma tinggal 1 je kalau nak booked. 


Warna A6 ni dah nak sama dengan warna seluar Dania dah. 


This is my favourite color so far untuk Audi. Dania kata menyerlah sangat la warna ni ummi. 



Banyaknya belon-belon kat sini. Tumpang ambik gambar je lah. 


Slogan Audi : "Vorsprung Durch Technik" atau kalau translate melalui bahasa kita, Kemajuan Melalui Teknologi. 

Khamis, Julai 19

Dialog Prestasi bersama guru

Dialog Prestasi kali kedua baru je diadakan kat sekolah Dania. Suka betul buat hari jumaat. Tiap kali hari jumaat je so far. Start jam 2.30 petang sehingga lah ke 6.30 petang sebab Dania sekolah petang. Form 3 baru sekolah pagi. Tak sabar nak Dania sekolah pagi sebab lagi senang saya rasa sekolah pagi. 

Ni kelas Dania ni. Siap ada welcome note kat white board. Masa ni takde orang lagi pun. Kalau ibu ayah tak datang masa Dialog Prestasi ni, tunggulah pelajar tu sampai petang. Kalau ibu ayah datang lepas habis consultation dengan guru kelas boleh terus balik. Sebelum jam 3 petang, kami dah pun  selesai dan gerak balik. 


Dalam 2.30 petang macam tu datang la cikgu kelas Dania. Seperti tahun sebelumnya saya orang yang pertama berdialog. Hehe. Apa komen cikgu?. Dania ni rajin, Dania ni ok. Result? Nak kena tingkatkan lagi untuk berjaya. Insya Allah. Diakhiri dengan wefie. Apa nama IG akak eh? Tanya cikgu Dania. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ


Time nak keluar pintu tu, kawan baik Dania nama Zalilah salam ummi. Apa lagi kita wefie dulu ek?. Hehe. Asyik berkepit je dua orang ini. Zalilah ni sopan orangnya. Jenis yang tak banyak cakap. Kena la dengan Dania ni. Berkawan elok-elok tau.....Moga mereka berdua berjaya sehingga peringkat yang tertinggi ya.....Insya Allah. 


Nak kena persiapkan diri juga sebab tahun depan nak PT3. Ummi dah mula suspen sejak tahun ni lagi. 😌😌😌

Rabu, Julai 18

Dari A Famosa ke Cyberjaya diakhiri dengan Kendurian

Lepas check out A Famosa terus la bertolak pulang. Habis sudah cuti2 di Alor Gajah. Till we meet again?. Entah bila la tu. 


Selasa, Julai 17

Dari wedding ke A Famosa berkarnival

Pada 14 Julai 2018, lepas ambik Dania kat sekolah. Kebetulan Dania ada Hari Kokurikulum pulak kat sekolah. Terus menuju ke Alor Gajah. Rumah blogger Nad. Sebelum pergi sini dah siap-siap booked bilik hotel kat sini. Sesambil menyelam minum air la kan. Boleh la merehatkan minda walaupun 1 malam je kat sini. 

Tiba je kat rumah pengantin, jumpa dengan ayah Nad dulu kemudian kami makan. Best betul ada kuih cakoi ni. Jarang la kat rumah pengantin ada kuih cakoi. Betul tak?. Katanya kuih cakoi famous kat Lendu ni. Haaa haruslah cuba ye tak?. 

Selamat pengantin baru Nad...moga berbahagia sehingga ke akhirnya. 

Balik je daripada rumah pengantin baru nak check in kat A Famosa sebab check in time jam 4 petang. Bolehlah berehat, mandi dan solat dulu sebelum kami ke Freeport. Dekat sangat Freeport ni. Sebelah A Famosa Resort ajer. 

Jumaat, Julai 13

Bila dijemput untuk memeriahkan suasana

Bila kita dah jadi AJK Keceriaan dalam group Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), selalunya adalah jemputan untuk AJK samada PIBG atau KSIB. Pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya pada 28 Jun 2018. Pelajar petang pun kena datang pagi jugak jadi saya datanglah dengan Dania sekali. 

Sebelum majlis bermula, ambik dulu la selfie diri sendiri. Saya ada tolong sikit-sikit la perhiasan belakang ni sehari sebelum majlis. 


Photobooth ni tempat untuk cikgu-cikgu ambil gambar. 


Barisan para juri pakaian cikgu yang menepati tema. Hujung sekali tu pelajar sekolah yang akan assist para juri. Dayana namanya. 


Tempat duduk saya pun tempat duduk khas. 


Sempat juga la ambik gambar pelajar kat sini. Mereka yang bukan di dalam Badan Perkhidmatan Sekolah macam Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas SPBT dan Pengawas Pusat Sumber boleh je pakai baju raya. Dania sebagai PRS kena pakai baju putih, kain hitam dan tudung warna ungu. Tak boleh la nak melaram ye. Hehe.  


Cikgu baca ikrar diketuai oleh Cikgu RBT Dania, Cikgu Yazid. 


Mereka ni macam Dania la ni. Badan Perkhidmatan Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya. Tengah ni sebelah yang pakai bunga kat kepala tu Fatin Qistina. Senior Dania la ni. Pelajar pandai ni. Berangan-angan anak kita sepandai Fatin ni. 


Ada slot AJK PIBG dan KSIB ni. Kami ni selaku juri pakaian guru paling menarik untuk JESS Twinnies. Bila dah diberi Mic.....errr lama dah tak bercakap kat depan guna Mic. Masa kerja dulu pernah la jadi emcee. Cerita lama hehehe....

Ramai la cikgu2 dengan tema kembar ni. Dalam gambar ni pemenang cikgu kembar paling menarik sampai dapat merebut tempat pertama ni. Atas sampai bawah semua sama termasuklah handbag. 


Jemputan makan ni saya pun dapat la ye. Makanan yang dihidangkan ni special lah. 


Bila dah tamat dah majlis ni ummi sesibuk la nak ambik gambar anak dan kawan-kawan. Dari kiri Aisya, Mira, Zalilah dan Dania. Mereka semua ni sekelas. 

Patutnya ada lagi makan-makan dengan guru tapi saya putuskan tak nak makan la since Dania tak makan. Pelajar hanya dihidangkan makanan pagi ajer. Tak sampai hati la pulak. 


Sekali sekala nak kena aktif juga kat sekolah anak supaya boleh tahu perkembangan sekolah selain dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak kita. Satu hari tu Dania cakap ummi....cikgu PRS kirim salam. Kalau cikgu dah kenal ni senang la apa-apa hal. 


Rabu, Julai 11

Exclusive Gift For a Special Teacher on Teacher’s Day

Students have their favorite teachers. That is inevitable. There are those that you less like and there are those that you keep more than a teacher, but already a special friend. On special occasions like a Teacher Day celebration, sending a special gift is very sweet. How do you make the present extra special?

Flowers are always an excellent choice when it comes to giving of presents to teachers. These gift items send a message that no other materials can give. Their natural scents are comforting, very alluring, and bring so much love and care. In addition to that, flowers are practical gifts because they are less expensive if you will compare them with other products. Indeed, they are friendly to a student’s budget.




Going to a flower shop Singapore should be the first thing to do if you have finally decided to pick this gift option. Visiting flower shops can make things either easier or more difficult for you. With so many available flowers to pick, you might find it hard to select, which one is the best. If you will base it on the flower arrangement, still, all of the arrangements are nicely done.

How do you narrow down your options?

You can always ask help from the best florist available in the store. The florist to hire can give you many suggestions, which can help you in making your final decision. As flowers do have meanings, the florist can share his or her knowledge for that matter. You can also ask from these florists on what additional items you can add to your gift.

If visiting those flower shops is a hassle, then ordering your flower gifts online is another choice you got. An online florist can help you in getting your orders.



You need also to decide if you will have the orders delivered to your place so you can hand them over to your teacher in the campus or you can also avail of the cheap flower delivery and have your gifts delivered to your teacher’s place. Whichever you choose, as long as you will get your flower gifts from reliable sources and trusted florists, it will arrive beautiful and nice to your teacher.

By spending some money to buy the most beautiful gifts for your teacher, bear in mind that you are giving these gift items as a token of appreciation and recognition for all his or her efforts and love he or she has shared with you and to the whole class.

Your teacher deserves it.