Jumaat, Februari 19

Zalora dah tiba

Ni bukan pertama kali shopping kat Zalora ni. Mula-mula dapat email kata barang yang saya order on the way. Sehari lepas tu baru la barang Zalora tiba kat tangan saya. Masa tu sebenarnya takde orang kat rumah. Nak dijadikan cerita saya dan family baru je tiba kat rumah lepas balik jalan-jalan nampak van Ta Q Bin dah siap parking depan rumah. 


Ni salah satu item dalam tu. Saya belikan tudung Aidijuma untuk Dania. Gambar rainbow dan kambing biri-biri. Takpe la dah itu yang Dania pilih. Cute juga. Ni photo Dania dengan kawan Dania nama Nadia 


Selain daripada itu, saya beli blouse saya dan tudung saya. Hmmm...takde khabar berita lagi tudung saya ni....harap-harap tiba la 2-3 hari nanti...

Jakarta - Malaysia

Hari ni dah nak balik Malaysia dah akhirnya. Kejap je rasa bercuti kat negara orang. Flight dijadualkan jam 2 petang tapi disebabkan jalan jam di Jakarta ni, pukul 9 pagi camtu dah ambik teksi pergi airport. Kawan saya pun pesan kalau kat Jakarta ni at least 4 jam sebelum departure dah kena ada kat airport. Saya pun since dulu pernah kena tinggal flight kat Gold Coast, Australia memang berhati-hati bab macam ni.

Ni lah terminal international kat Jakarta ni.  Kami cuma cuci-cuci mata ajer. 


Rabu, Februari 17

Jakarta

Hari ni cuti Maulidurrasul kat Jakarta ni. Dijangka jalan kurang macet berbanding hari biasa. Harap-harap la kan sebab yang bagitau ni pemandu teksi. 

Breakfast berat dulu kat Ibis Styles ni. 


Jumaat, Februari 5

Tips Fashion Sales

Ada beberapa cara nak dapatkan tips fashion sales untuk membantu anda membuat pembelian yang berbaloi dengan duit yang kita keluarkan. Ok.....bagaimana nak mulakan ye?....

Photo taken from google

1. Pertama sekali kita kena senaraikan barang yang kita berniat nak beli melalui online. Kalau kita dah senaraikan barang-barang yang kita nak beli....senang la kita dapat idea dari butik online mana untuk kita mendapatkannya. 

2. Online shopping akan menyenangkan kita untuk membuat perbandingan harga dengan hanya satu click. Jadinya kita tak payahlah bersusah payah nak pergi dari satu kedai ke kedai yang lain kan?. Lebih menjimatkan masa dan tenaga. Tau je lah sekarang ni dengan traffic jam lah, nak parking pulak takde tempat parking. Salah parking, dapat pulak surat cinta dari majlis perbandaran. 

3. Nak senang kan....subscribe la melalui mailing list atau newsletter supaya kita antara orang yang pertama akan tahu mengenai deal yang terbaik. Suka tak...suka tak?....

4. Ada banyak online shopping yang kita boleh pilih dengan menawarkan FREE shipping fees. Terpulang kepada kita nak pilih yang mana menjadi pilihan hati.