Rabu, Disember 16

Doclab Face Ampoule....mesti cuba!

Saya ni tak sebarangan menggunakan produk kat pasaran ni walaupun saya ni mempunyai kulit yang tidak bermasalah. Berkesempatan mencuba produk 5 botol kaca Doclab Face Ampoule

Ikuti langkah-langkah untuk membuka produk kaca Doclab ni ye. 



Apa kelebihan Doclab Face Ampoule ni? Nah ni dia...
Banyakkan kelebihannya.....
Satu kotak ni ada 5 botol Doclab Face Ampoule dan berharga RM138. 


Sebelum saya menggunakan produk ini, muka saya agak kurang bermaya. 


Saya menggunakan DocLab Face Ampoule ni selang sehari. Sapukan ke muka sebelum tidur. Sebelum sapu tu pastikan kita dah basuh muka kita tu terlebih dahulu. Esok paginya saya merasakan muka saya licin dan muka saya masih moist. Muka kita pun perlukan kelembapan ye sebab kalau tidak muka kita akan kering dan cepat berkedut. 

Kalau nak pakai Doclab Face Ampoule ni untuk make up kita supaya tahan lama, bersihkan muka anda kemudian pakailah Doclab Face Ampoule dan akhirnya make up anda. 

Dah pakai produk yang berinovasi dari Korea ni, kena tambahlah senyuman ye tak. Kalau tak nampak kelat ajer muka kita tu. Lagi pun senyum itu kan satu sedekah..... 


Nak tahu lebih lanjut tentang produk Doclab Face Ampoule ni kan....boleh la refer http://kokoadik.blogspot.com/2015/11/apa-itu-doclab.html  atau www.doclabkr.com atau 
instagram.com/doclabkr dan fb.com/doclab.my 


Nak order?

017-3201998 (Whatsapp / SMS) Ila Saleh 

Jumaat, November 27

Kelas intensif dan tuition cuti sekolah November 2015

Cuti sekolah ni bagi kebanyakkan sekolah dah mula cuti dan mungkin tak buat kelas tambahan untuk persediaan UPSR tahun depan kan....sekolah Dania ni ada buat kelas intensif bahasa inggeris khas untuk persediaan UPSR tahun 2016 kertas bahasa inggeris pada 23 Nov - 26 Nov 2015. Kebetulan ada juga diselitkan tuition Maths dengan cikgu yang mengajar kelas Dania. 

Kelas intensif bahasa inggeris ni setiap hari 4 jam dari 8 pagi - 12 tengahari. Masa ni sempat saya snap gambar group Dania tengah present. Ni dah hari last dah ni. Murid yang join kelas intensif ni ada 80 orang dan dibahagikan kepada 2 kelas. Kalau ikutkan tahun 5 ajer ada seramai 200++ orang murid. 


Habis ajer kelas intensif bahasa inggeris, saya dah bawa dania dan kawan-kawan balik kecuali Nadia gambar bawah ni. Saya bawa pergi makan dulu. Lepas makan hantar balik rumah kejap. Dalam 1.30 petang dah fetch untuk bawa ke sekolah sebab ada tuition matematik dengan cikgu ni, cikgu Siti Rozila. Special kelas ni sebab cuma ada 3 murid ajer. Hari pertama ni cuma ada 2 ajer murid sebab murid yang ketiga tu balik kampung. 


Okay ni hari kedua tuition ni. Macam tu lah rutin saya. Pagi Dania kelas intensif bahasa inggeris. 2-4 petang Maths la pulak. In between nak kena hantar 2 kawan Dania balik rumah. Kali ni Faris baru join kelas Maths ni. Cikgu ni memang ajar tuition Maths Dania start lepas UPSR 2015. 3 murid ajer jadinya cikgu dapat tumpukan sepenuhnya kepada mereka. Cikgu pun tak nak ambik murid ramai-ramai sebab tak dapat nak fokus. 


Ni hari ketiga dah ni. Pemalu yang boboi seorang ni...


Cikgu ni bagi buku dan suruh buat latihan. Cikgu ni tengah bagi nasihat kat Dania tu. Kelas pulak kalau start selalu jam 2 - 4 petang...hari keempat ni mula jam 12.30 - 2.30 petang. Dapat la rehat 1/2 jam sebelum tuition Maths ni. 


Hari last je yang takde kelas intensif bahasa inggeris. Kelas Maths start awal jam 8-10 pagi. Kelas hari ni kat sekolah agak sunyi sebab takde murid yang ada kelas kecuali mereka bertiga ni. 


Sebelum bercuti, cikgu dah siap bagi pakej percutian yang menyeronokkan lagi. Bagi homework Maths. Moga Nadia, Dania dan Faris akan mahir lagi menjawab kertas matematik ya. Semua gambar ni menggunakan kamera telefon Galaxy Note 5. Memang puas hati lah sebab terang gambarnya. Blackberry 10 pun tak seterang ni. 







Isnin, November 23

Sambutan Hari Jadi buat puteri di sekolah...

Ni untuk kenangan Dania ni. Goodie bag dan kek untuk kawan sekelas Dania. Actually, saya tak plan pun nak prepare goodie bag bagai ni. Dua hari sebelum birthday Dania saya terpengaruh dengan sepupu saya Aireen yang menyediakan goodie bag untuk birthday anak dia Zara. Jadinya saya pun kata dalam hati why not saya sediakan goodie bag jugak. So, saya ke IOI Mall kat Puchong tu nak pergi Daiso sebab nak beli beg plastik yang comel ni. Dalamnya saya isi layer cake, sugus dan kit kat. 


Kek ni pun saya tak plan jugak. Tetiba lalu sebelah kedai kek King's dan saya nampak kek Hello Kitty perisa chocolate yang sangat sangat comel. Ok lah saya tak tahan sangat tengok kek yang comel ni so saya beli lah. 


Dania pun surprise bila saya kata saya ada beli kek dan goodie bag untuk distribute kat kawan-kawan dia. Dania sangat suka tolong benda2 camni. 


Tiba kat sekolah just in time waktu rehat. Kumpul-kumpul kawan sekelas Dania. Semua nyanyi lagu Happy Birthday. Gamat jugak la kantin sekolah masa tu. Hehehe. Tengoklah anak ummi yang rasa happy sesangat tu. 


Lepas nyanyi kita makan beramai-ramai ye?. Boys ramai yang tambah 2 kali kek Dania ni. Ok lah janji cepat habis. Hehehe....


Kawan Dania yang tukang potong kek. Akhirnya ummi yang tak merasa kek Dania. Takpelah...janji budak2 ni happy pun dah cukup happy bagi ummi. 


Isnin, November 16

Cenderahati buat yang tersayang kini di hujung jari ajer...

Saya kadang-kadang buntu nak cari hadiah harijadi untuk keluarga saya dan anak kepada kawan saya. Saya cuba nak cari hadiah yang personalised supaya ianya special dan boleh dijadikan kenangan untuk selamanya. Kemudian saya ternampak di dalam blog kawan saya tentang website http://www.printcious.com/ Jadi saya terpanggil untuk click website ini. Bagai orang mengantuk yang disorongkan bantal. Macam tau-tau je saya cari personalised cenderahati ni. 

Sebelum bermula kenalah create account dulu. Senang ajer nak create. Semudah A-B-C ajer. Click create account selepas buka website http://www.printcious.com/
    

Ok dah siap create account jadinya kita tengoklah apa yang menarik kat http://www.printcious.com/
Ada personalised T-Shirt, Mugs, Cushions, Ceramic Tiles dan Personalised Mouse Pad. Wow...this is cool. 


Cepat ajer jari jemari click seleksi personalised T-Shirt. Banyaknya seleksi T-Shirt sampai rambang mata dibuatnya weiii...


Kalau tak nak pilih T-Shirt kita boleh pilih Mugs pulak. Macam2 gambar ada. Nak bagi suami, isteri, anak...semua pun boleh.


Ini pun menarik perhatian saya. Ceramic Tiles. Comel juga kalau dibuat perhiasan di rumah ye tak?. Kalau ada tulis 'your text here' tu ikut suka hati kita nak add wording apa kat situ. Be creative lah. Janji wording tu tulus dari hati kita. Awww mesti cair sesape yang bakal terima mug tu nanti. Memang kena sangat dengan tagline mereka....printcious.com - 'Precious Gifts From Your Heart'.  Please please pretty please personalised mug untuk saya...hehehe....


Personalised mouse pad ni pun ada. Sesambil online boleh jeling mouse pad gambar Mat Tahir....Mat Tahir? Mat Tahir mana? Mat Tahir ke mata air?....hehe...Mat Tahir pun boleh atau sesiapa lah kalau kita nak abadikan gambar mereka kat mouse pad ni. Kalau saya la diberi pilihan haruslah saya pilih gambar famili tersayang. Chewahhh...


Ok...jom tengok betapa senangnya nak order barangan di http://www.printcious.com/ ni. Contohnya saya berkenan sangat dengan cushion ni. Saya nak hadiahkan kepada anak kawan saya Fitrah. Birthday nya baru ajer lepas. 5 hari selepas birthday Dania.

Saya pilih Forever BFF's. 


Boleh pilih warna cushions lagi. Saya nak pilih warna kegemaran saya, purple. Kalau putih ni bebudak ni takut kotor pulak kan....cushion ni ada gambar 2 budak comel berpegangan tangan dengan nama memasing kat bawah. Semoga Dania dan Fitrah akan jadi BFF selamanya...


Haaa....best tak? best tak? Barangan cenderahati ni memang special sebab kita yang personalised dari hati. Apa tunggu lagi meh le http://www.printcious.com/. 

Jumaat, November 13

Legoland Hotel dan Legoland Water Park

Sebelum gi breakfast saya kumpul semua ni. Simpan dalam beg dulu. Comel kan? 


Khamis, November 12

Legoland Hotel dan Legoland syurga kanak-kanak

Mula-mula tak sure nak pergi bila masa cuti sekolah. Akhirnya setelah travel voucher dalam tangan ada balance lagi RM900, saya discuss dengan hubby nak pergi Hotel Legoland on Dania's birthday. Kebetulan birthday Dania jatuh pada hari Sabtu, 7 November 2015. Kalau pergi bukan pada cuti sekolah, harap-harapnya tak ramai orang la kat hotel legoland tu. Bertolak pada 7 November 2015 jam 3 pagi dan tiba di Hotel Legoland dalam pukul 8.30 pagi. Kira ada la tidur kat R&R sekali. 

Masa tiba tu terus parking dalam Hotel dan pre check in. Check in yang betulnya jam 4 petang. Kalau bilik dah ready awal, staff hotel legoland akan contact. Dania main-main dulu dengan lego yang berjuta-juta lemon kat lobi hotel tu. 


Selasa, November 3

Aktiviti Hari Sabtu

Pepagi dah hantar Dania ke sekolah kebangsaan sebab ada aktiviti kat sekolah. Ada aktiviti hari sabtu yang selalu kalau ada memang tak pegi tapi disebabkan Dania masuk bakat ok lah kasi lah dania join. Dania main melodian. 

Hari keusahawanan tak silap saya ni. Ada beberapa khemah siap pasang ni. 


Aktiviti Aqua Ball ni yang paling ditunggu-tunggu oleh Dania. 


Bouncy Castle.


Slide yang tinggi ni. Why lah masa saya kekecik takde pulak benda-benda gini kat sekolah kebangsaan?. 


Cat contest pun ada. Dania kata dia undi kucing yang dia rasa dia suka. 


Ada movie juga. Movie Cicak Man 3 sold out tiketnya. 



Dania dan kawan sekelas. 


Dania dan kawan sekelas yang lagi satu. 


BSN juga ada mengadakan pameran. BMW ni pun ada display kat sekolah. Ni hadiah cabutan bulanan Sijil Simpanan Premium. 


Lepas breakfast dengan hubby kat Glenmarie, singgah body & paint kat Glenmarie untuk urusan claim insurance. 


Ada satu kereta ni accident dan masuk dalam longkang. Teruk juga dalam kereta. Moga cepat la sembuh kereta owner ni. 


Singgah Maxis Sunway Pyramid pula nak survey package 'Zerolution'


Akhirnya saya pilih plan Galaxy Note 5 ni. Saya ambik package yang tak payah tukar smart phone setiap tahun. Dah lama dah teringin nak phone yang boleh doodle ni. Before this memang saya pakai phone Blackberry. Lama saya pakai tu. Besides, tak boleh nak IG. Dengan Galaxy Note 5 ni boleh la. Dah mula belajar nak guna IG. 


Saya ambik dengan sales girl yang cute ni nama Ms. Shannon. Jadi kalau datang Maxis Sunway Pyramid boleh cari Ms. Shannon. 


Bab menunggu ni memang alehai....lomah den. 


My hubby sibuk la tulis ni. Hubby saya pakai Galaxy Note 3. Ni tulisan orang lefthanded. 


Kanan saya punya warna gold. Kiri hubby punya warna rose gold and black limited edition. Saya suka rose gold lagi. Warnanya menyerlah dengan hitam. 


Balik je rumah, hubby bawak kereta lagi satu nak service. Saya pula nak gi ambik Dania kat sekolah kebangsaan. Sebelum ke sekolah sempat nap selama 30 minit. Entah letih sangat hari ni. Ikutkan balik jam 5.30 petang tapi ishhh tak larat la nak tunggu lelama. Lepas ajer Dania main Aqua Ball ni baru kami balik. Seronok berguling dalam tu dalam kolam yang berisi air. 

Photo diambil menggunakan Galaxy Note 5. 


Petang sikit dalam pukul 3 petang macam tu after Zohor terus la menuju ke sini. Nak beli baju mandi muslimah untuk Dania. Kat Haleema ni. Terletak kat Meru Klang. Tak jauh la dari Setia Alam tu. 


See....banyak pilihan baju renang muslimah untuk kanak-kanak. 


Baju renang untuk orang dewasa pun ada. 


Ni baju renang yang Dania pilih. Ada panda. Dania kata comel. Saya lebih menitikberatkan warna baju yang gelap supaya bila dalam air tak nampak la warna kulit. Baju mandi ni dijahit sekali dengan seluar. Baju renang panda ni ada warna pink lat belah kanan tu tapi warnanya lembut takut nampak kulit bila basah. Ada tudung dan swimming cap sekali. 


Lepas tu kami makan kat satu tempat ni. Next entry la kot...



Jumaat, Oktober 30

Tips hilangkan parut chicken pox / demam campak

Daun pokok semambu atau bambu ni atau dalam bahasa inggeris dipanggil Neem ni penawar kepada penyakit chicken pox (varicella-zoster). Ada seorang jiran saya namanya saya panggil Kak Ani ada bagitau pokok ni memang ada berdekatan dengan kedai runcit dekat rumah saya. Jadinya masa saya gi kedai runcit ni...saya tanya india yang jaga cashier tu lalu dia pun tunjuk mana ke pokok semambunya. Ingat dia yang tanam tapi katanya memang dah lama pokok ni kat situ.

Dari jauh nampak macam pokok cermai. 


Inilah rupa daunnya dari dekat. 


Ada kawan saya bagi tips untuk buat bedak sejuk.

Bahan - bahan :

1. Sedikit air
2. Segenggam beras direndam dalam air untuk bagi lembut
3. Daun pokok semambu atau bambu yang telah dibasuh bersih

Cara - Cara :

Ambil sedikit beras lalu dibasuh dan direndam untuk bagi lembut. Kisarkan beras tadi dengan daun pokok semambu atau bambu ini dan campurkan sedikit air. Texturenya jangan terlalu cair. Kemudian bolehlah disapu pada badan yang terkena chicken pox itu tadi. Dipercayai dapat menyembuhkan dan memulihkan parut chicken pox.  

Boleh la gantikan calamine lotion tu dengan ni. Saya nak cuba nanti. 

Khamis, Oktober 29

Ada apa dengan cinta? 28 Oktober 2015

Bukan ada apa dengan cinta TETAPI....ada apa dengan Harian Metro?. Semalam pepagi lagi Ayu Rafikah dah tag kat facebook. Petang sikit pergi mencari paper kat 7-11. Ni ceritanya di satu event Dutch Lady yang saya pergi. Ada aktor Aaron Aziz dan isterinya Diyana Halik. 


Close up gambar sikit. Petugas Dutch Lady sedang menerangkan tentang BMI kepada saya dan Dania. Oh well sebenarnya photographer sibuk suruh saya, Dania dan petugas Dutch Lady berlakon kengkonon kami ni sibuk mendengar penerangan. Dania ada ni pun sebab event ni buat masa cuti sekolah so angkut sekali...hehe. 


Ni ada gambar lama saya dengan Aaron Aziz dan Danish Anaqi anak Aaron. Masa ni saya tengah tunggu Dania yang masuk kelas Speech & Drama. Lihatlah betapa mudanya Aaron masa ni. Err orang sebelah tu pun sebaya dengan Aaron Aziz.   Depan tu dok tengok kami, ibu mertua Aaron Aziz iaitu ibu kepada Diyana Halik. Di saat gambar ini...drama Aaron yang ditayangkan di TV3 ialah Emil Emilda. Masa ni Aaron baru dikenali di Malaysia. 


Apa kena mengena gambar atas dengan Aaron Aziz?. Aaron Aziz dan keluarganya adalah duta Dutch Lady untuk menyampaikan mesej mengenai kebaikan susu dalam diet harian kepada seluruh rakyat Malaysia. 

****wartawan yang sama menulis artikel ini