Ahad, Mac 29

Surprise Birthday untuk Hubby

Hubby menyambut birthday pada 28 Mac 2015 baru ni. Memang hubby tau yang saya dah buat tempahan steamboat buffet kat PICC Cafe Putrajaya. Apa yang hubby tak tau surprise saya. Hehehe...

Kami bertolak ke Putrajaya jam 6.15 petang. Beberapa hari sebelum tu dah tempah pavlova cake kat kawan saya yang tinggal di Putrajaya. Pada hari kejadian, kawan saya kata beliau ada kelas memasak kat Klang nun dan habis kelas pukul 5.30 petang. Dalam hati eh sempat ke nak baking pavlova. 

Maghrib kami kat Masjid Besi. Lepas tu bertolak ke PICC Cafe. Tiba dalam pukul 8.15 malam. Masa dapat meja No 8 tu memang sebelum tu dah pakat2 dengan Dania supaya hubby saya tak duduk menghadap pintu (kang terkantoi la kot nampak saya keluar pintu kan). Jadi saya cepat2 cakap ngan Dania...tempat ni tempat saya dan Dania.

In between sempat berWhatsapp dengan kawan suruh hantar pavlova between 8.30 malam ke 8.45 malam tapi kawan cakap nak datang kol 8.50 malam sebab tiba rumah pun jam 7.30 malam dari kelas memasak. Nak baking pavlova lagi. Udah???? sempat ke?....

Ni tempat kami ni. Meja No. 8 


Dalam periuk meja kami tu pun dah sedia ada sup tomyam dan ayam cuma nak nyalakan api ajer.  


Boleh pilih la nak makan apa. 


Ni seleksi makanan laut. 


Nak pilih letak ajer dalam bekas ni. Kalau nak ambik banyak bekas ni boleh dibawa bertingkat-tingkat. 


Sayurnya i tell you....banyak jenis tau. 


Masa tengah makan ni pun saya ada pass kertas kat cashier suruh singer yang tengah menyanyi kat cafe ni wish happy birthday. Oh ya....saya tak sangka pulak ada penyanyi kat dalam cafe ni. 

Tengah-tengah saya dan Dania gi washroom dulu. Dania kuar dulu. Dalam washroom jugak my friend call kata dah tiba so saya kena naik tingkat atas nak ambik pavlova. Kena la tengok kanan kiri kot hubby ternampak pulak kan. Hubby masa ni tengah ambik makanan. Dah ambik pavlova sempat la cakap kejap ngan kawan saya tu dan tiba je cafe saya pass kat cashier suruh hantar pavlova kat meja kami. 


Masa gi kat meja hubby baru duduk dari ambik makanan. Itu pun nak bangun lagi tapi saya kata nanti la dulu tunggu la makanan ni masak. Padahal saya tak nak hubby takde kat meja masa cashier tu hantar pavlova. Bila hubby tanya kenapa saya tak ambik makanan lagi? Saya kata tunggulah dulu penat la. Dalam hati....ishhh mana lak orang nak hantar pavlova tak hantar lagi kat meja kami?....I was so surprise sebab ada 3 candle kat situ. Rasanya my friend tak letak candle pun. Err hubby nak masuk 43 tahun ok....bukan in his 30's lagi. Hehehe or adakah maksudnya I Love You untuk 3 batang candle itu?. Kali kedua penyanyi menyanyi lagu Happy Birthday. Saya dengar macam atas permintaan isteri. Muka hubby selamba tapi dalam masa yang sama macam terkejut gak tu. Hehe. 


Ni gambar kami bertiga sebelum potong pavlova. Eh eh kali ketiga berkumandang lagu Happy Birthday bila hubby potong pavlova. Staff PICC Cafe memang awesome!!!! 


Ni lah pavlova special untuk hubby. TQ kin @ Pav's Lover Bakery Tengok la penuh buah pic dan strawberry. 


Ni hubby tengah bagi pavlova kat jiran meja kami. 2 orang daripada mereka pernah bekerja di LKIM dengan saya dulu. Kebetulan la pulak tetiba kakak tu tegur saya macam kenal la....Akhirnya memang kenal sebab 12 tahun yang lepas ok....12 tahun dahulu beliau masih cam saya cuma nama je tak ingat.Oh Kak Ainon namanya itupun selepas saya tanya nama sebab dah lama dah. 

Oh ya steamboat buffet ni RM30/dewasa dan RM15/kanak-kanak dan dibuka dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Nak tau info dengan lebih lanjut boleh ke info ini 


Selamat Harijadi abang / ayah !!! Ikhlas dari hati.....hadiahnya sepasang kasut warna hijau gelap. Dalam tak tau nak beli apa tu terus terjatuh cinta dengan kasut ini. Alhamdulilah......Kalau jalan-jalan tu ingatlah orang yang tersayang ni ha.....hehehe...yang macam best tu bila jalan-jalan hari ni saya berkenan dengan satu gadget ni. Hubby kata nanti insyaallah akan beli......oh...adakah kerna sepasang kasut hijau gelap ini atau surprise birthday ini?.....Alhamdulilah.....









Selasa, Mac 24

2 Hari 1 Malam di Singapura Part 2

Memang menolong sungguh Smart Phone dalam package Hotel Ibis yang saya ambil ni. Ok....today kita nak pergi ke Sentosa Island. Tak jauh pun dari hotel kami tu. 


Isnin, Mac 23

Susu Dutch Lady PureFarm

Saya dan Dania berpeluang untuk ke Majlis Pelancaran susu Dutch Lady yang sedia untuk diminum. Dutch Lady didatangkan dengan rekabentuk yang baharu dengan nama Dutch Lady PureFarm. Nama Dutch Lady PureFarm diinspirasi dari warisan susu negara Belanda sejak 140 tahun yang dahulu.  

Dania bergambar dengan abang dari negara Belanda. 


Sheahnee Iman Lee selaku pengacara majlis. 


Anja Henze selaku Marketing Director Dutch Lady Malaysia. Menurut kajian yang dilakukan oleh Nielsen Retail Audit Peninsular Malaysia MAT Dec 2014 (Liquid Milk), susu yang sedia diminum Dutch Lady merupakan pilihan nombor satu di Malaysia. Wah.....hebat bukan?....Give them a big clap....


 Perasmian susu sedia diminum Dutch Lady. Kuatnya lah bunyi meletup itu. Nasib baik tak terkejut. ohhh saya tipu sebab saya memang terkejut. Hehehe. 


Jom Jom Jom minum susu yang sedia diminum Dutch Lady PureFarm. 


Ada sesi diskusi diantara Anja Henze dan Loo Mei Fong selaku pakar nutrisi Dutch Lady. 


Boleh ambik gambar dengan mulut bermisai susu. 


Ada game juga. Saya dan Dania cuba load timbangan ini dengan rumput seberat 2 kg dalam masa yang ditetapkan. Yay team ummi dan Dania berjaya. Tak tengok tu haa bersungguh saya berlari wei...


Jigsaw Puzzle pun ada.  


Saya berjaya menyelesaikan jigsaw puzzle ini dalam masa 22 saat. Masa yang diberikan ialah 30 saat ya. 


Kat sini kita kena pakai alat ini. Bagai persembahan 3D di mana kita akan dibawa ke ladang lembu. Terasa macam kita dikelilingi lembu yang sebenar. 


Kita kena merasa susu yang mana kita paling suka. Dania dan saya gemar pada susu penuh krim Dutch Lady. 


Dania bergambar dengan isteri pengacara Jalan Jalan Cari Makan, Naz Habibur Rahman. :-) iaitu Sheahnee Iman Lee. Manis kan beliau? 


 Inilah goodie bag yang saya dapat. Saya suka kotak kayu Dutch Lady ini :-) Ada juga gambar saya dan Dania dengan mulut bermisai susu selain susu Dutch Lady yang sedap ini. 


Kalau nak rasa susu Dutch Lady yang sedap ini, didatangkan dengan perisa coklat, strawberry, kopi, low fat calcium. Oh pilihan saya dan Dania ialah susu Dutch Lady PureFarm strawberry!!!. Ada 3 pilihan susu iaitu susu UHT (Ultra High Temperature), pasteurised dan sterilized milk. 

Bagi meraikan Dutch Lady PureFarm, ada aktiviti yang menarik yang dirancang untuk sesi keluarga. Aktiviti ini akan diadakan di LG floor Oval di 1 Utama, Selangor (18 - 22 Mac), Queenasbay Mall, Pulau Pinang (26-29 Mac) dan Mydin, Seremban 2 (1 - 3 Mei) 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Dutch Lady PureFarm boleh like page www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my

Eh jap nak minum susu Dutch Lady PureFarm Strawberry-lah :-) 

Rabu, Mac 18

2 Hari 1 Malam di Singapura

Minggu lepas hari Sabtu jam 3 pagi, kami semua bertolak ke Singapura. Ada berhenti 2-3 kali juga kat perhentian. Tiba Johor Baharu dalam jam 7 pagi. Kami breakfast dulu berdekatan dengan check point Woodlands tu setelah berpusing-pusing cari tempat nak breakfast. 

Selepas itu baru mulakan perjalanan ke Singapura. Pagi-pagi ni pun ramai dah warga Malaysia nak masuk Singapura. Since ini pertama kali nak bawa masuk kereta ke Singapura jadinya ini dokumen yang diperlukan. 

1. Passport.
2. Salinan Insurans Kereta.
3. Salinan Geran Kereta.

Selasa, Mac 17

Dettol Healthy Fresh Body Wash perlindungan dan keharuman sehingga 12 jam

Bertempat di Capri by Fraser yang terletak di Bangsar South, Dettol memperkenalkan variasi yang diperbaharui iaitu Dettol Healthy Fresh Body Wash.

Para media dihidangkan dengan refreshment sebelum majlis bermula. 


Dania saya bawa sekali sebab sekarang ni kan cuti sekolah. Janji dah minta izin organizer yer. :-) Sebelum majlis bermula, kita bergambar dulu dengan Nana AF. Kurus je orangnya. 


Close up celebrity mama yang mengamalkan cara hidup aktif. Nana memakai warna baju mengikut tema warna Dettol. 


Air yang sangat menyegarkan iaitu air timun. Saya dah cuba. Boleh tahan rasanya. 




Kerusi pun ikut warna tema Dettol. 


Majlis dimulakan dengan persembahan Zumba. 


Marketing Manager Dettol, Mr. Rakesh Kumar Singh melancarkan Dettol Lasting Fresh Variant. Daripada survey yang dilakukan, 83% pengguna menyukai variasi ini. 

Beliau percaya Dettol Lasting Body Wash adalah variasi yang terbaik untuk setiap rumah di Malaysia bagi melindungi dan keharuman berpanjangan sehingga 12 jam. 



Mr. Rakesh Kumar dan Nana Mahazan memperkenalkan produk terbaharu daripada Dettol. 




Mr Steven Chow, pakar dermatologi memperkatakan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri terutamanya negara kita yang bercuaca panas dan lembap. 

Penjagaan kebersihan diri yang betul terutama penggunaan produk sabun anti-bakteria akan dapat membantu menentang kuman dan mengelakkan bau badan. 


Variasi yang diperbaharui Dettol Healthy Fresh Body Wash boleh didapati dalam 4 variasi. 

i) Dettol Lasting Fresh Body Wash. (Baharu). Saya pilih bauan ni. Wangi sangat.
ii) Dettol Cool Body Wash. 
iii) Dettol Fresh Body Wash. 
iiii) Dettol Re-energize Body Wash. 

Dettol Healthy Fresh Body Wash ini boleh didapati dalam botol 250ml (RM6.90), 500ml (RM11.90), 950ml (RM17.90) dan pek isian semula 900ml (RM15.25) dijual di semua kedai di Malaysia dan sesuai untuk digunakan oleh satu keluarga. 


Para media juga dijemput untuk menjamu selera di Caprilicious Capri by Fraser. 


Seleksi makanan yang menyelerakan. 



Saya akhiri dengan secawan teh. 






4 variasi Dettol Lasting Fresh Body Wash, yang mana satu pilihanmu???

Khamis, Mac 12

Apa yang menarik di Setia Ecohill?

Ni pertama kali sampai ke sini. Saje-saje nak tengok projek perumahan SP Setia di Semenyih. Kalau jumpa yang menarik boleh la consider. Area rumah saya tu dah terlalu rancak dengan projek perumahan. Dah tak tenang macam dulu. 

Dalam Welcome Center SP Setia ni ada area untuk anak-anak bermain sementara ibu bapa boleh tengok brochure atau bercakap dengan tenang dengan sales person. 


Stop Dania Stop....ada air pulak kat slide ni. 


Kat luar bangunan ni ada park yang sangat cantik. Kawasannya berbukit. Boleh jogging atas bukit yang hijau ni. 


Ramai juga yang beriadah hujung minggu kat sini. 


Ni lah bukit yang saya cakap tu. 


Saya tengok orang dewasa pun syok naik jongkang jongket. 


Comelnya lady bug ni. 


Rasanya syok kalau dapat tinggal kat sini. Ada taman yang luas. Taman ni yang tumpang bermain orang sekitar perumahan Setia Ecohill sebab projek perumahan ni tak siap lagi. Jadinya taman ni walaupun public, ada operating hours. Sebab tak nak bagi orang luar datang selepas waktu ditetapkan takut apa-apa jadi kan. 

Ada beberapa show house kat sini tapi katanya show house ni akan dirobohkan sebab kawasan show house ni akan dibina projek lain. Sayangnya sebab cantik-cantik rumahnya. Tenby School pun akan dibina kat sini. Saya cuma tahu Tenby School ada di Setia Alam. Oh ya....price starting dari RM500,000++ ke atas. 

Rabu, Mac 11

Kidzania lagi masa cuti sekolah

 Ni kali ke 10 kot Dania pergi Kidzania. Nampaknya Dania tak jemu2 nak berkunjung ke sini. Ni citer cuti tahun lepas ni bulan 12. 

Redeem tiket free yang Dania dapat dari sekolah kebangsaan. Saya je kena beli tiket. 


Ni tempat pertama Dania main ni. Kalau nak bawak kereta kena check mata kat Hoya Eye Care dan ambik exam kereta kat Honda. Dah dapat lesen kereta baru boleh memandu kat sini. Kena tunjuk lesen kereta ya. Dania cuma tunjuk lesen kereta sebab dah ada.


Ummi....Dania nak jadi painter pulak kat Nippon ni. 



Anak ummi yang comot ini.....rajin cat rumah....


Crowd tak berapa ramai masa kami pergi ni. 



Setiap kami pergi Kidzania mesti Dania pergi kat acting academy. Kali ni mereka semua berlakon jadi Ninja Turtle. Sempat la saya ambik video masa Dania dan kawan-kawan perform kat stage. 


Banyak lagi Dania main since the crowd tak berapa ramai. Gambar selebihnya takde sebab saya gi berehat kat Parents Lounge.